wish a happy new year

i'm feeling sad.

=> dan dalam setiap denyut nadi, ada sebuah kerinduan.

Selamat Tahun Baru

Mahkamah putuskan Herald boleh guna perkataan ”Allah”

31/12/2009 8:36pm

KUALA LUMPUR 31 Dis. — Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini.

Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan “Allah”.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan mingguan itu. - Bernama

sumber: klik di sini

p/s: 1Malaysia

Janji

Dan aku sangat berpegang pada janji, kerana di situ terletak harga diri.

daripada lensa kameraku




























Gerhana Bulan

Gerhana bulan separa Jumaat ini

30/12/2009 5:22pm

PUTRAJAYA 30 Dis — Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

"Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

"Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam,” kata Jakim.

— BERNAMA

Sumber: klik di sini.

Satu Hari Yang Indah

Aku ingin menulis diari. Di sini. Kisah hidupku hari ini. Boleh?

Malam semalam aku tidur tak pakai baju. Bila pagi, aku asyik tersedar sahaja, kesejukan. Tengok jam di penjuru skrin telefon, lambat lagi mahu cerah. Sebelum tidur, aku sudah berazam untuk bangun pagi dan bersolat Subuh secara berjemaah, sesuatu yang sudah terlalu lama aku tingggalkan. Aku berazam untuk solat di masjid UKM.

Tepat jam 4.45 pagi waktu yang diawalkan lima minit, ayam dalam telefon akupun berkokoklah, dan akupun bangun. Gosok gigi dan mandi. Bersiap, dan aku turun berjalan kaki ke masjid.

Aku tak pandai nak cerita panjang-panjang, biar aku cerita ringkas-ringkas sahaja.

Aku berjalan turun ke masjid. Motosikal? Malaslah. Sesampai sahaja aku di Pusat Kemudahan Ibrahim Yaakob, azan dilaungkan, bertelingkah. Aku menoleh ke surau - gelap. Maka akupun mengambil keputusan untuk singgah sekejap dan melaungkan azan.

Aku masuk, buka lampu, tekan suis benda alah tu, kemudian, akupun azanlah. Sambil aku azan, aku terfikir, 'ini sampai mana sahaja suara aku ni, entah dengar entah tidak di blok-blok asrama.' Aku berfikir sedemikian kerana pada malam semalam, semasa aku turun solat Isya', aku berada di kafe atas suraupun tak dengar bacaan imam. Mungkinlah cafe bising, tetapi bila aku turun ke bawahpun tak dengar. Bila aku sampai sebelah surau barulah aku dengar, itupun daripada speaker dalam surau. Di luar surau tak ada speaker gamaknya.

Dan aku terus melaungkan azan, dan aku terus berfikir. 'Rasanya dengar kot di blok perempuan. Kalau dengar kat sana tu kira ok la kan. Kalau blok aku, sahih-sahih tak sampai.'

Siap melaungkan azan, aku tutup suis benda alah pembesar suara tersebut dan menutup lampu. 'Ni kalau aku tutup lampu, ada orang datang, maunya azan sekali lagi ni. Tapi, kalau aku tak tutup, kang malas pula nak singgah masa balik nak tutup lampu.' Aku tutup juga, dan keluar, dan menutup pintu.

Di luar rupanya azan masih belum habis. Yalah, aku azan pendek-pendek sahaja. Hayya 'alas solah, 'laahh' tu muazin biasa maunya 3 minit tarik lagu. Aku tak ada, lima saatpun tak sampai. Jadi tak hairanlah kalau aku mula azan lewat tapi cepat siap. Tak ada lagu, tak ada bunga, tak ada panjang-panjang. Azan untuk kejut orang bangun subuh, cukuplah.

Baru aku nak melangkah, aku dengar "Assolatu khairon minan naum...." Lah! Aku tak sebut 'assolatu khoirun minan naum' tadi. Patutlah cepat habis. Hahaha...Tak mengapalah, lupa, kan? Bukan sengaja. Kalau masa jadi imampun boleh lupa, inikan pula azan.

Aku turun ikut tangga ke jalan raya. Tiba-tiba aku nampak binatang sedang berjalan di atas jalan raya. Kambing? Sebiji macam anak kambing. Aku tengok betul-betul. Lah, anjing. Namun, dia dengan hal dia dan aku dengan hal aku. Dengan menyarung hud baju sejuk dan berpeluk tubuh, aku terus melangkah ke masjid.

Sampai sahaja di depan kolej Burhanuddin Helmi, tiba-tiba aku mendengar azan baru dilaungkan. Agak jelas. Sah!!! Ada orang melaungkan azan sekali lagi di surau Ibrahim Yaakob! Sah! Tak mengapalah kan, zaman Nabi kan Subuh azan dua kali. Zaman Nabi, azan pertama dilaungkan oleh Bilal sebelum masuk waktu subuh, azan kedua oleh Ibn Ummi Maktum bila masuk subuh. Ni, dua-dua azan dalam waktu subuh, belum berselang lima minit, apa cerita?

Kemudian, aku sampai di masjid, solat. Sudah, balik.


Dalam perjalanan balik, aku berfikir lagi. Yelah, pagi-pagikan otak segar, mudah berfikir. Aku berfikir, Nabi s.a.w dulu bila masuk waktu Subuh, baginda akan mengerjakan solat sunat dua rakaat ringan di rumah, baru pergi ke masjid untuk menunaikan solat Subuh. Mesti rumah Nabi s.a.w dekat kan dengan masjid. Rumah baginda dengan A'isyah memanglah tersangat dekat. Tetapi, dalam hadith Bukhari, Ibn Abbas meriwayatkan hadith tersebut semasa beliau bermalam di rumah Maimunah, isteri Nabi s.a.w. Di sanalah beliau memerhatikan dan meniru cara Nabi s.a.w berqiamullail.

Aku kalau nak solat sunat di bilik dulu, boleh juga, tetapi kena datang ke masjid dengan motosikallah. Tapi masalah juga, azan bukannya boleh didengar di bilikku. Hmm, rugi juga kalau tak solat sebelum subuh tu. Solat fajar sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan segala isinya. Kan?

Aku jalan lagi, terserempak pula dengan dua orang perempuan berjogging. Awalnya.

Balik, aku ngaji sekejap, buka laptop, baca akhbar Kosmo! atas talian sekejap, tengok mel elektronik, sambung tidur. Bangun pukul 9.15 pagi. Mandi, solat Duha, pergi ke kelas.

Habis kelas pukul 12, aku ke PTSL, pinjam buku Ulum al-Hadith. Nak bacalah konon, nanti petang takut kena soal. Rajin tak aku? heheh...Keluar dari PTSL, terserempak pula dengan dua orang rakan. Singgah dulu, borak-borak. Salah seorang daripadanya kemudiannya pergi ke kelas.

Kemudian, kawan yang sorang yang tinggal itu mengajak aku pergi mencuba makanan cina di FSSK pula. Aku sudahlah tengah pokai. Tau pokai?

Pergi jugalah. Di sana, dia yang pesan semuanya, aku jadi pak turut sahaja. Memang sudah tabiat aku macam itu. Tak pandailah kalau nak tempah benda pelik-pelik ni. Kalau masuk McD ke KFC ke, aku tak pandai tempah. Kalau pergi panggung wayang, aku tak pandai nak beli tiket. Huh, kuno kan...yang aku tahu, tempah nasi gorang pataya di cafe KIY ini sahaja. Hahaha.. Bahkan nak bayar di pasaraya, aku suruh orang lain kadang-kadang.

Tengah beratur nak ambil makanan itu, datang pula seorang Arab, ingin mencuba juga. Kemudian kamipun berboraklah. Campur, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Tak mengapa, yang rosak bukan bahasa Melayu...hahaha...Dia berasal daripada Palestin. Masya Allah, dan dia ceritakan kepada aku keadaan semasa di Palestin.

Tak pernah aku berbicara secara langsung dengan seorang yang berasal dari Palestin. Dia datang mengambil sarjana di FTSM. Alhamdulillah.

Kemudian kami berpisah, dan aku masuk kelas pukul 2. Belajar, tukar kelas pukul empat, sambung belajar, sampai pukul 6.

Sebelum pulang, kami solat beramai-ramai, berjemaah dalam bahasa yang tepatnya. Baru mula solat, hujan turun dengan lebatnya. Alamak, aku nak balik macam mana?

Sudah solat, kami menunggu hujan reda. Aku sangat penat dan mengantuk. Penat memerah otak cuba memahami apa yang diajar. Hehehe...yelah sangat.

Pukul 7.15, kawan aku cakap, "nampak macam dah reda hujan tu."

"Molek ah, ata kawe meta..." aku hari ini datang ke kelas berjalan kaki sahaja. Bagi motor rehat sedikit. Dan mulalah menyusahkan orang.

Diapun hantar. Tuan asal motor kata boleh kan. Baiknya. Terima kasih. Tengah jalan rupanya hujan masih lebat lagi. Kuyuplah kami. Pemandu motosikal lagilah kuyup daripada aku. Sampai di bilik, akupun menggigil. Kemudian mandi, kemudian solat, kemudian aku malas nak cerita lagi.

habislah. Sebenarnya ada beberapa perkara menarik yang terjadi pada hari ini...tetapi...entahlah...biarlah, aku penat ni.

=> dan dalam setiap denyut nadi, ada sebuah kerinduan.

p/s: apa ya?

Ulasan berita

Baca dulu berita ini:-

Harga minimum rokok RM6.40 - Usaha mencegah kanak-kanak, remaja daripada terjebak dalam tabiat merokok


KUALA LUMPUR - Mulai Jumaat ini, harga minimum rokok di pasaran tempatan ditetapkan pada kadar RM6.40 bagi pek 20 batang bagi mengurangkan akses kanak-kanak serta remaja daripada terjebak dalam kancah merokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penguatkuasaan peraturan itu akan dapat membendung golongan tersebut daripada membeli rokok selain menyekat aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja daripada terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko penyalahgunaan dadah serta penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tegas beliau, banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutama di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok sebanyak 3.8 peratus," katanya.

Menurut beliau, peraturan baru itu dikuatkuasakan melalui Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009 yang telah diwartakan.

Sumber: klik di sini

Ulasan:

1. Kenapa tak haramkan terus?

2. Ok, untuk mencegah remaja dan kanak-kanak untuk terjebak dalam tabiat merokok. Nampaknya bagus. Mungkin berjaya.

3. Walaupun tidak dibolehkan, penjual tetap menjual rokok sebatang-sebatang. Maksudnya, remaja dan kanak-kanak yang tak banyak duit masih boleh lagi membeli rokok, sebatang dua batang. Tak perlu beli sebungkus terus untuk hisap rokok. Tetapi, langkah menaikkan harga ini mungkin akan berjaya mencegah remaja dan kanak-kanak supaya tidak terjebak dalam ketagihan merokok.

4. Itu cerita remaja dan kanak-kanak yang belum cuba merokok. Bila mereka nampak harga rokok yang mahal, merekapun tak beli. Tetapi bagaimana pula dengan remaja dan kanak-kanak yang SUDAH terjebak dalam kegiatan merokok ini? Mereka akan berhenti? Mungkin.

5. Kita selalu mendengar bahawa peragut terdiri daripada penagih dadah, dan ragut menjadi jenayah sekunder kerana 'kesuntukan' untuk mendapatkan dadah. Cara mudah adalah dengan meragut. Mungkinkah selepas ini kita akan mendengar pula remaja meragut untuk membeli rokok? Kita tahu remaja tak kerja, tiada sumber pendapatan. Dan kita tahu, bahawa rokok boleh menyebabkan ketagihan, dan kita tahu, ketagihan rokok juga sukar untuk dihentikan. Maka, akan meningkatkah jenayah ragut? Curi? pecah rumah amatur? Minta jauhlah...

6. Untung sebenarnya kerajaan bila naikkan harga rokok. Sebab itu, kerajaan tak nak haramkan terus. Tetapi, itu cakap-cakap kedai kopi, hearsay orang putih kata. Sahih tak sahih, belum tentu lagi.

7. Bukankah rokok tidak boleh dijual kepada orang yang berumur 18 tahun ke bawah?

Sekian. Fikir-fikirkan.

Apa-apapun, aku memang sokong usaha kerajaan ini. Yelah, aku tak merokok kan. Baguslah kerajaan buat macam ini.

=> dan dalam setiap denyut nadi, ada sebuah kerinduan.

p/s: aku ingin mengucapkan tahniah kepada ayahku kerana telah mengambil langkah bijak dengan berhenti merokok, dan tahniah kerana mampu melakukannya, tanpa bantuan apa-apa ubatan, tanpa bantuan sesiapa, hanya dengan kekuatan azam dan kesedaran dalam diri. Alhamdulillah, ayahku berhenti merokok lama dahulu sebelum menjadi trend kerajaan menaikkan harga rokok setiap kali bajet negara. Sayang ayah!!

Menunggu kekasih yang tak pulang

Pernahkah anda membaca novel 'Matahari di Atas Gilli' karya Lintang Sugianto? Bagi saya novel ini sangat berbekas di jiwa. Ia mengisahkan tentang seorang isteri yang sarat mengandung ditinggalkan suami untuk mencari sejernih rezeki. Sebelum pergi, dia berjanji akan pulang pada suatu jangka masa. Maka isteripun setia di pulau menunggu sang suami pulang, untuk menyulam kasih kembali. Dia tidak berseorangan menunggu, sebaliknya, dia bersama-sama anaknya setia di pelabuhan, mengintai setiap layar yang berlabuh.

Sang suami sebaliknya sedikit mungkir janji. Dia melanjutkan tempoh musafirnya. Bukan suka-suka, bukan tidak rindu isteri, tetapi kerana ingin menambah sedikit rezeki, untuk mengabulkan janjinya, membahagiakan hati isteri.

Si isteri tidak jemu menunggu dengan perut yang makin membesar, dengan kandungan yang makin matang. Suami akhirnya pulang juga, tetapi, terkandas pula di daratan sebelah sana, kerana berlaku sedikit kecelakaan.

Apabila semuanya sudah reda, suami akhirnya menjejakkan kaki di pulaunya, pulau tempat kekasih hatinya saban hari setia menunggu. Namun, takdirnya, sang isteri kembali dulu dijemput Ilahi, dengan meninggalkan seorang waris hasil cintanya kepada suami.

Akibatnya, suami menjadi gila.

Itu novel.

Tadi, selepas mandi, sementara menunggu waktu Maghrib, saya ada membelek-belek buku Maharat Istima' wal Fahm yang baru dibeli petang tadi (kawan tolong bayarkan dulu). Saya sempat membaca kisah perkahwinan bapa dan ibu Nabi s.a.w yang ada di dalam buku tersebut. Kemudian, saya terfikirkan sesuatu, dan menyebabkan saya hiba sendiri.

Abdullah dan Aminah, selepas berkahwin, menikmati hari-hari bahagia bersama-sama, menyulam kasih, mengikat janji dan menabur cinta.

Namun, bukan tugasnya lelaki untuk duduk goyang kaki berlenang-lenang. Belum habis menikmati 'bulan madu', Abdullah 'terpaksa' berpergian untuk mencari sesuap rezeki. Lelaki yang perkasa adalah lelaki yang kuat berusaha untuk membahagiakan keluarga.

Abdullahpun pergi mengikuti rombongan dagang ke Syam. Syam yang letaknya jauh di utara semenanjung Tanah Arab, hanya dituju dengan menunggang unta merentas padang pasir. Abdullah pergi meninggalkan kekasih, menitipkan benih cinta. Tunggu kepulanganku.

Saya tidak berapa mengetahui sejarahnya. Tetapi saya bayangkan begini:

Abdullah pergi bukan sehari. Aminahpun sabar menunggu di Makkah, sabar menunggu kekasih yang dicintai. Abdullah berdagang di Syam, menjual dan membeli barang.

Kemudian tiba waktu pulang. Abdullah membeli banyak hadiah untuk Aminah. Abdullah pulang dengan gembira, dengan penuh hati. Gembira akan bertemu lagi dengan kekasih yang ditinggalkan.

Takdirnya, Abdullah sakit dalam perjalanan pulang dan ditinggalkan di Madinah, lalu akhirnya meninggal di sana.

Orang zaman itu tiada telefon bimbit, tiada TV, dia semua jenis alat perhubungan canggih seperti hari ini. Yang ada khabar daripada mulut orang. Jadi, Aminah di Makkah hanya mampu menunggu, menanti detik ketibaan suaminya dengan penuh harap, penuh sabar, penuh setia.

Pedagang pergi dan pulang, ada musimnya. Semakin dekat musim pulang, semakin gembira, semakin besar pengharapan untuk menatap wajah suami lagi.
Hati semakin dipenuhi rindu.

Begitulah, rombongan pedagang berdatangan pulang, sehinggalah sampai khabar kepada Aminah bahawa kekasihnya, suaminya Abdullah tidak akan pulang lagi sampai bila-bila. Tidak akan untuk selama-lamanya. Tidak akan dapat menatap wajahnya lagi, tidak akan mampu mengusap bahagia lagi, tidak akan ada waktu untuk menyulam kasih lagi.

Bayangkan betapa remuknya hati seorang kekasih yang setiap hari sabar menunggu kepulangan kekasih, tetapi yang hadir cuma seberkas berita menghancurkan rasa. Bayangkan apa perasaannya apabila mengetahui satu hakikat bahawa suaminya tidak akan pulang lagi untuk menguntum senyum kepadanya.

Aminah tabah...

Semua bayangan itu membuatkan saya sayu sendiri. Kemudian, saya ingin beristighfar memohon keampunan kepada Allah, kalau-kalau dengan bayangan-bayangan ini, saya telah menyentuh peribadi ayah dan bonda Nabi.

Selawat dan Salam ke atas Nabi, keluarga dan sahabat baginda.

Betapa sedihnya ditinggal sendiri.

=> dan dalam setiap denyut nadi, ada sebuah kerinduan.

Puasa pada hari Asyura

Puasa pada hari Asyura

قال النبيُّ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ عَاشُورَاءَ: إِنْ شَاءَ صَامَ

Terjemah: Nabi s.a.w bersabda tentang hari Asyura: “Sesiapa yang mahu, berpuasalah.

قال البخاري: حدثنا أبو اليمان: أخبرنا شعيب, عن الزهري قال: أخبرني عروة بن الزبير: أن عائشة رضي الله عنها قالت: كان رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَمَرَ بِصِيَامِ يَوْمِ عاشُورَاءَ, فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ, كانَ مَنْ شَاءَ صَامَ وَمَنْ شَاءَ أَفطَرَ.

Terjemah: Al-Imam al-Bukhari berkata: Telah Mengkhabarkan kepada kami Abu al-Yaman: Telah menghkabarkan kepada kami Syuaib, daripada al-Zuhri, beliau berkata: telah mengkhabarkan kepadaku Urwah bin Zubair: Sesungguhnya A’isyah r.a telah berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya berpuasa pada hari Asyura. Apabila difardukan puasa Ramadan, maka (puasa hari Asyura itu) bagi sesiapa yang mahu berpuasa, bolehlah berpuasa, dan bagi sesiapa yang mahu meninggalkannya, bolehlah meninggalkannya (berbuka).”


عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قَدِمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم المَدِينَةَ, فَرَأَى اليَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عاشُورَاءَ, فَقَالَ: (ما هذا؟) قالُوا: هذا يَوْمٌ صَالِحٌ, هذا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ, فَصَامَهُ مُوسى. قالَ: (فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسى مِنْكُمْ). فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِه.

Terjemah: Daripada Ibn Abbas r.a, beliau berkata: Apabila Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, maka Baginda telah melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Maka Nabi s.a.w bersabda: “Apakah (hari) ini (mengapa kamu berpuasa pada hari ini)?” Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik, pada hari ini Allah telah memberi kemenangan kepada Bani Israel ke atas musuh mereka, maka Nabi Musa telah berpuasa pada hari ini.” Nabi s.a.w bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa a.s berbanding dengan kamu.” Maka Nabi s.a.w pun berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan (umat Islam) supaya berpuasa pada hari tersebut.


عن سَلَمَةَ بْنِ الأَكْوَع رضي الله عنه قالَ: أَمَرَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم رَجُلاً مِنْ أَسْلَمَ: أَنْ أَذِّنْ في النَّاسِ: أَنَّ مَنْ كانَ أَكَلَ فَلْيَصُمْ بَقِيَّةَ يَوْمِهِ, وَمَنْ لَمْ يَكُنْ أَكَلَ فَلْيَصُمْ, فَإِنَّ اليَوْمَ يَوْمُ عاشُورَاءَ.

Terjemah: Daripada Salamah bin Al-Akwa' r.a, beliau berkata: Nabi s.a.w telah memerintahkan seorang pemuda daripada Bani Aslam: “Hebahkanlah di kalangan manusia: Sesiapa yang telah mengambil makanan, hendaklah dia berpuasa pada baki hari yang masih tinggal, dan sesiapa yang belum makan, hendaklah dia meneruskan puasa, kerana hari ini adalah hari Asyura.”


Marilah kita sama-sama berpuasa pada hari Asyura.

Sekian.

=> dalam setiap denyut nadi, ada sebuah kerinduan.

p/s: maaf, setting blog ini lari sedikit. Tak dapat nak copy and paste daripada Microsoft Word dengan betul, dan tak dapat nak masukkan nota kaki. Oleh itu, boleh juga rujuk di blog Beberapa Catatan Waktu.

Sudah mati

Slobodan Milosevic kena 40 tahun penjara

26/12/2009 4:02am

BELGRADE, Serbia 25 Dis. - Mahkamah Agung Serbia telah menjatuhkan hukuman maksimum 40 tahun penjara ke atas bekas ketua keselamatan presiden, Slobodan Milosevic kerana melancarkan serangan bunuh ke atas pemimpin pembangkang pada tahun 1999.

Mahkamah mendapati Radomir Markovic bersalah melakukan pembunuhan peringkat pertama. Enam pembantu Markovic, termasuk bekas komander separa tentera juga telah dijatuhkan hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun.

Mereka dihukum kerana mendalangi kemalangan kereta yang membunuh empat orang pada Oktober 1999, di mana mangsa yang disasarkan Vuk Draskovic, tokoh penentang utama Milosevic ketika itu, terselamat dalam kemalangan tersebut.

Milosevis telah digulingkan pada tahun 2000 dan mati pada tahun 2006 ketika sedang menjalani perbicaraan di mahkamah jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AP

berita ini dipetik daripada Utusan Online.

p/s: jenayah penghapusan etnik macam mana?

Cghito di sbutei kapong...

"Habih doh ngaji?" soale paling keghek oghe kapong dok tanya. Lamo bena doh ko aku dok ngaji skolohnyo? Hmmm..
"Eh, dok lagi..."
"Ado baghapo taung lagi?"
"Stahung stengoh lagi doh..."
"Ooo, tok lamo doh tuh. Pah tu khijo oh?"
"Tahu la. Khijo kalih." Aku senyung.

Habih sbabok. Maghi hok lain pulok. Gitu la sokmo-sokmo gak kalu aku kelik kapong. Hari tu, duo tigo haghi aku nak maghi UKM, lepah asar, aku gi tubek deghak ppade meta, nok tengok oghe maing bola. Aku lalu kok blake ghumoh aku tu, ado jale kot tepi umoh bughuk. Bo aku tubek jjale semin, aku napok soghe mok cik tu dok nyako tanah. Aku baik jugok la ngn mok cik ni. Akupun tegur dia, yo la oghe kapong ke, cekak nak wak sombong...dohla aku ni kecik lagi...kena benno la sikik ko oghe tuo.

"Wak ggapo mok nik?" Aku tanyo. Padahal aku napok doh dia tu dok tebokok-bokok dok nyakul.
"Eh, wak jale ni." Dia dok cako tangga bowoh pohong kkabu naik ko jale semin. Aku senyung jah la.
Bo aku jjale lepah cikit jah pade dia tu, dia panggei aku smula, "eh, si, maghi smeta nok ghoyak."
"Ho, ghoyak ah..." aku gi dekat dio.
"Maghi ngaji ghumoh mok nik deh, ghabu ni. Buleh?"
"Bilo?" Aku tanya, mugo aku dekat dah nak gi UKM doh ni, takot tok dei.
"Ghabu ni la, esok luso."
"Ghabu dekat ni?" peseng aku doh bghehi banyok tanyo.
"Ho la. Bulih ke dok? Ayoh skali."
"Kito buleh. Ayoh tok tahu la, keno gi tanya dia sdighi la..."

Wat pendek ko cghito, akupun stujula. Akupun nok gi la pade, mugo niat aku nok gi pade, ke...? Bo aku stat ayun lakoh tu, tembong la pulok ngan nnatu mok cik tu sakni. Dia dengar ghuponyo aku dok kecek ngan tok tuo dia.

"Buleh ngaji?" dio tanyo aku, tok ccayo. Aku sengih.
"Buleh," aku jawab. Dia kelih ko muko aku.
"Sgoti eh, buleh ngaji?" dia tanya skali lagi. Bekali dia tok cayo tengok ko muko aku, sghebeng nga ghambot panje tok gguting, budok lagi pulok tu.
"Bakpo? Tok cayo ko?" aku tanyo dio balik.
"Eh, cayo, tengok muko pun cayo doh," dia jawab cepat-cepat, cover malu aa tu. Dia kelih ko tok ttuo dia, mencari kepastian, bahasa surat kato. Mok cik tu anggok-anggok, susik-susik bisik gapo ko dia, aku tok dengar doh. Aku wat bodo ah jale hala ko pade.

Ha, baghu dia tahu. Ingat oghe ghambut panje supo aku ni xpanda ngaji Qur'e ko. Dia tok kenal aku mugo dio tok dok kapung aku, dio dok llain.

Pahtu, esokke tu puloknyo,...uh, skak tu la dulu..sambong smula-smula la pulok. Panje lagi cghito nih kalu ikut eghe gak.

maah la, ejo'e tok tepat lah mano.

=> dalam setiap denyut nadi, ada sebuah kerinduan.

p/s: kina faham tak? Hehik...

Sunyi...

"Sunyila..." Hens menghantar satu pesanan ringkas, SMS.
"Playboy pn sunyi? Plik bunyinya" SMS Hens dibalas. Hens tersenyum.
"Hahaha...Xde mood nk wat jht kat ppuan..." Hens membalas lagi, sengaja menyakitkan hati.
"Crlah mood. k,bye" marah benar nampaknya. Ya, Hens tahu, si pengirimnya terasa, makan hati. Makan hati dengan sikap Hens selama ini.

"Homesick" Hens YM dengan seorang teman.
"Windu umah ye?"
"Haah" Hens membalas.
"balikla umah" Hens diberi cadangan.
"Nak balik cane?" Hens bertanya, laju menaip papan kekunci komputer ribanya.

"Rindula" Hens memberitahu hatinya sendiri.
"Aku tahu, dan aku merasakan denyutnya," balas hati.
"Aku menanggung pedihnya," tambah sang hati lagi.

Dan Henspun memberitahu dunia bahawa dia sedang merindu, tanpa mengambil peduli pada hati yang kian terluka.

Beza antara Bahasa Kelantan dan Bahasa Baku

Penggunaan perkataan pergi dan balik.

Orang Kelantan sangat sayang akan tempat asalnya. Mungkin sedikit fanatik. Maka mereka membezakan antara tempat asal mereka dan tempat mereka bermastautin dengan penggunaan perkataan pergi dan balik.

Baiklah. Kita kemukakan satu situasi. Adzim berasal dari Kg. Bertam Baru, Gua Musang. Sekarang dia belajar di UKM.

Jadi, apabila tiba musim balik kampung, orang Kelantan akan bercakap begini:-

1) Apabila Adzim ingin balik ke kampungnya di Gua Musang:-

-Orang yang berada di UKM akan bertanya, "Mu nak balik bilo?"
-Orang di kampung akan bertanya, "Si kelik bilo?"

Di sini, jelas bahawa apabila seseorang itu pulang ke tempat asalnya, orang Kelantan akan menggunakan kalimah balik atau kelik. Balik dengan kelik itu sama sahaja maksudnya - pulang, kembali.

2) Apabila Adzim ingin kembali semula ke UKM:-

-Orang kampungnya akan bertanya, "Nak gi bilo UKM?"
-Orang yang berada di UKM akan bertanya, "Mu mari bilo?"

Jadi, orang kampung akan menggunakan perkataan pergi. Itu bermaksud seseorang itu akan menempuh perjalanan daripada tempat asalnya ke tempat yang lain, mungkin tempat kerja, tempat belajar atau tempat tinggalnya yang lain.

Manakala orang yang berada di tempat mastautinnya (dalam situasi ini UKM) akan menggunakan kalimah mari. Mari dalam bahasa Kelantan bermaksud datang. Perkataan ini secara tidak langsung menyedarkan orang yang di soal itu bahawa dia adalah pendatang di tempat orang. Oleh itu hendaklah pandai menjaga diri dan hendaklah dia ingat asal usulnya (teori aku sendiri...hahaha)...Begitu juga perkataan pergi. Pergilah dengan berhati-hati.

Bagaimana kalau seseorang itu memiliki dua kampung? Contohnya, kampung asal ayah ibunya di A, tetapi kemudiannya dia berkahwin dan menetap di kampung B. Dalam keadaan ini, penggunaan istilah itu terpulang kepada individu dan situasi. Ada yang memakai istilah seperti situasi di atas, ada juga yang menggunakan balik sahaja untuk semua situasi.

Semasa aku mula-mula belajar di DQ dahulu, aku sedikit pening apabila pulang semula ke DQ dari kampung. Teman sebilik aku bertanya, "balik bila?"

Berkerut dahi aku. Aku tanya balik, "balik ke mana?" Sebab, aku sudah datang ke DQ, mustahil juga dia baru hendak bertanyakan bila aku pulang ke kampung. Sudah sebulan lebih. Dalam pemahaman aku yang berasal dari Kelantan ini, balik itu bererti balik ke rumah.

"Balik ke sinilah," jawabnya.

"Oh, sampai pagi tadi." Aku menggaru kepala.

Untuk semua keadaan, mereka menggunakan perkataan balik sahaja. Bila balik ke kampung dan bila balik ke UKM.

Oleh itu, sebagai kesimpulannya, Bahasa Kelantan itu amatlah kaya dengan istilah-istilah yang tepat untuk menggambarkan hal keadaan situasi. Siapa yang setuju, angkat tangan!

Itulah sepanjang pengetahuan aku berkenaan bahasa Kelantan, dan sepanjang pemerhatian aku terhadap bahasa pertuturan rakan-rakanku seluruh Malaysia.

Bahasa dan loghat lainpun kaya juga, dalam cara mereka yang tersendiri pula. Aku berbangga dengan bahasa Kelantan, dan aku mengagumi loghat Utara, loghat Pahang dan lain-lain. Kita semua sama, beza bunyi sahaja.

Penulisan ini bukan untuk memperbesarkan perbezaan atau menunjukkan kefanatikan, tetapi sebagai satu penjelasan mengapa aku selalu pening apabila di soal, "balik bila?"...

=> dalam setiap denyut nadi, ada sebuah kerinduan.

p/s: bahasa kita kaya, mengapa malu untuk menggunakannya.

Apa nak jadi...

Hari ini, mari kita bercerita tentang mentaliti kelas ketiga. Biar kita definisikan mentaliti kelas ketiga itu dengan satu sikap yang kolot, mundur, tiada sivik dan lain-lain lagi perangai hodoh.

Sebelum kita mengupas tentang mentaliti kelas ketiga ini, ada baiknya kalau kita membaca satu berita yang disiarkan di akhbar Kosmo! hari ini. Kita petik ke sini:-

Ancaman objek terbang - Pelbagai benda dibuang dari tingkat atas termasuk batu giling, sinki

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammarjazlan.madlela@kosmo.com.my

ABDUL HAMID (kiri) dan Md. Saleh menunjukkan batu giling yang dibuang penghuni di PPR Batu Muda, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Impian mempunyai kediaman sendiri walaupun sekadar rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sudah pasti menggembirakan.

Bagaimanapun, bagi penduduk di PPR Batu Muda khususnya di Blok F di sini, impian tersebut bertukar menjadi mimpi ngeri ekoran sikap segelintir penghuninya yang kurang kesedaran sivik.

Walaupun disediakan rumah sampah namun ada pihak yang mengambil jalan mudah membuang sampah dari tingkat atas kediaman masing-masing.

Sebut apa sahaja daripada objek plastik hingga kepada kasut, sinki, topi keledar malah batu giling turut dibuang oleh penghuninya.


GAMBAR KANAN: Serpihan sinki yang dibuang oleh penghuni tidak bertanggungjawab di PPR Batu Muda, Kuala Lumpur semalam.

Pengerusi Surau Al-Muhajirin, Abdul Hamid Abdul Ghani berkata, keadaan itu sudah berlarutan sejak PPR itu mula dihuni sejak lebih setahun lalu.

"Bagaimanapun, ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, jika dulu sekadar sampah atau botol plastik sahaja kini ia membabitkan objek-objek berbahaya.

"Setakat ini, seorang penduduk cedera akibat terkena serpihan sinki yang dibuang dan kami tidak tahu siapa yang bertanggungjawab kerana PPR ini mempunyai 17 tingkat," katanya di sini semalam.

Abdul Hamid berkata, ekoran kejadian itu, para penghuni blok berkenaan semakin bimbang dan sentiasa berwaspada untuk keluar dan masuk ke kediaman masing-masing.

(sumber: klik di sini)


Berita ini dengan jelasnya menunjukkan kepada kita tentang budaya dan mentaliti dan sikap dan perangai kelas ketiga yang masih wujud dan berkembang subur dalam masyarakat kita pada hari ini, termasuk masyarakat bandar yang selalu dikatakan maju dan setapak ke depan berbanding masyarakat di kampung-kampung. Dan berita di atas dengan sejelas-jelasnya mengkhabarkan bahawa ia memang dilakukan oleh penduduk bandar, atau mungkin sedikit pinggir bandar.

Bandar ataupun tidak tuan-tuan, ia tidak menjamin tahap mentaliti seseorang. Ramai juga penduduk kampung sangat tinggi dan maju mentalitinya. Sebab itu adalah tidak wajar mengkampungkan orang-orang yang bermentaliti kelas ketiga ini.

Baiklah. Bagaimana mentaliti ini masih wujud dalam masyarakat kita? Aku pernah bersembang dengan seorang rakan tentang masalah ini. Aku berkata, "saya berpendapat bahawa orang yang tinggal di bandar itu datangnya dari kampung. Dan mereka masih mengekalkan ciri-ciri kekampungan mereka itu. Mereka membuang sampah merata-rata, membuat pembakaran terbuka...bla bla bla...Di kampung tak mengapalah kalau membakar sampah secara terbukapun..."

Maka rakan saya itu menjawab. Dia jawab begini:

"Akupun hairan," katanya. "Sebanyak-banyak benda di kampung itu, ciri kotor itu juga hendak di bawa ke bandar. Padahal di kampung ada budaya tolong-menolong. Di kampung ada budaya tegur-menegur. Di kampung, kita kenal jiran kita, bahkan satu kampung kita kenal. Di kampung ada semangat gotong royong. Banyak benda baik ada di kampung. Tapi kita tak bawa ke bandar. Kita di bandar tak kenal jiran. Kita di bandar tak bertegur sapa, bahkan kita marah kalau ada orang menegur kesalahan anak kita. Yang kita bawa hanyalah sikap buruk kita, perangai hodoh kita. Tengoklah flat..." katanya lagi, "sampah penuh, berbau busuk...penyakit banyak...bla bla bla..."

Itu daripada segi kekampungannya. Yalah, tidak semua. Kan. begitu juga aku melihat dalam kes PPR di atas. Mereka itu dulunya tinggal secara 'biasa-biasa' dalam kemajuan bandar. Apabila melihat keadaan ini, dan keadaan mereka ini boleh 'mencacatkan' 'kemajuan' sesebuah bandar, maka kerajaan mengambil inisiatif untuk 'memodenkan' mereka. Terima kasih kepada kerajaan. Sekurang-kurangnya kerajaan prihatin kepada masalah mereka, yang dulunya berumah 'ala kadar' sahaja.

Kerajaan mengambil inisiatif untuk memberi kemudahan kelas 'pertama' kepada mereka. Boleh dipersoalkanlah kan sejauh mana pertamanya kemudahan tersebut, tetapi, secara bandingannya, ia jauh lebih baik daripada hal keadaan mereka dahulu. Lihatlah keadaan setinggan, dan lihat pula keadaan PPR. Aku selalu pergi ke Taman Maluri Cheras, dan dekat-dekat situ ada PPR...Wah, mewah, siap ada taman permainan kanak-kanak...ok lah kan. Tersusun. Selesa. (sedikit selesa - bagi yang tak bersyukur).

Namun, yang menimbulkan masalahnya adalah, mereka yang berpidah ini, daripada kehodohan tempat tinggal mereka yang lama kepada yang cantik, tidak berpindah daripada akhlak dan perangai yang hodoh dulunya diamalkan semasa tinggal di tempat yang hodoh kepada akhlak dan amalan dan sikap dan sifat yang murni dan terpuji dan mulia. Maka tinggallah mereka dalam mentaliti kelas ketiga itu terus-menerus, zaman berzaman.

Maka timbullak berita seperti di atas. Timbullah isu sampah, isu busuk, isu kotor. Tuan cantik. Rumah cantik. Taman cantik. Tapi busuk. Busuk kenapa? Kerana sampah, kerana najis. Kenapa ada sampah, ada najis? Kerana sikap sambil lewa dan tidak ambil peduli dan tidak ambil kesah dan tidak ambil berat. Inilah tuan-tuan perangai yang sangat kita sesalkan.

Banyak lagi yang boleh diperkatakan sebenarnya. Tetapi biarlah. Tak ada gunanya juga kita membuka pekung di dada. Bukankah?

Tuan-tuan, cuba kita melihat kepada masyarakat di Barat. (mungkin orang akan mempersoalkan - tapi tak mengapa - memang di mana-mana ada mentaliti kelas ketiga ini). Cuba lihat di Barat. Masyarakat mereka sangat mementingkan etika, nilai, akhlak dan moral dalam kehidupan mereka.

Kita bagi contoh ya, tentang kebersihan, sebab isi utama perbincangan kita hari ini adalah tentang kebersihan. Masyarakat di Barat sangat mementingkan kebersihan. Hatta sampahpun mereka basuh terlebih dahulu sebelum dibuang ke dalam tong sampah, supaya tidak berbau. Mereka mengasingkan sampah yang kering dengan sampah yang basah. Mereka menolong jiran mereka yang tidak peka untuk menguruskan sampah. Buktinya? Ha, pandai-pandailah cari sendiri...hahaha...

Tak ada kah masyarakat kita begitu? Adaaa..Cumanya...Hmmm..malas nak menyebut.

Baiklah. Daripada segi keselamatan sosial misalnya, keselamatan kanak-kanak, mereka sangat peka. Mereka sangat menjaga ketenteraman awam. Dengan kata mudahnya, mereka memiliki satu mentaliti kelas pertama. Sesuailah dengan kemajuan yang mereka miliki. (Walaupun akhlaknya bobrok!)

Kita? Usahkan nak basuh sampah tak nak bagi berbau, usahkan nak tolong buang sampah jiran, usahkan nak asingkan sampah kering dengan sampah basah; sudah ada tong sampah betul-betul depan matapun, boleh lagi buang sampah di tepinya alias di luarnya tong sampah itu. Tidakkah itu bahlol namanya? (kalau aku boleh sedikit berkasar).

Ok, kemudiannya, kita mengatakan kita Muslim. Ya, kita Muslim. Negara kita negara Islam. Ya, daripada satu sudutnya. Tetapi...ya, tetapi tuan-tuan, akhlak kita...sangat tidak Islam. Ya, sangat tidak Islam. Akhlak Islamkah itu baling-baling batu tenggiling dari tingkat atas ke bawah, baling singki ke bawah, padahal ada tong sampah? Hatta kalau tak ada tong sampah sekalipun, akhlak Islamkah itu baling-baling?

Kita hari ini Muslim pada nama, pada kad pengenalan, pada masyarakat, pada negara, tetapi tidak Islam pada akhlak dan muamalah dan perangai. Kita tahu bahawa Islam sangat menjaga akhlak dan Islamlah yang mampu membawa kemajuan kepada manusia.

Tetapi kita lihat Umat Islam, Muslim sangat mundur. Atau supaya tidak nampak terlalu teruk, kita katakan bahawa umat Islam mundur (tak ada sangat). Kenapa? Sebab mereka tidak mengikut garis-garis Islam, tidak mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh Islam. Alah, soal kebersihan itu kecil ajeee...kita kan sudah solat, pergi haji. Bagus! bagus sekali pemikiran seperti itu.

Kalau yang kecil-kecil begitupun kita tidak boleh bagi komitmen, bagaimana kita hendak berinteraksi dengan nilai-nilai dan ajaran-ajaran dan prinsip-prinsip besar Islam? Sebab itu hari ini banyak berlaku rasuah (walaupun tonggeng-tonggeng orang tahu itu haram), remaja minum arak (walaupun sejak kecil orang tahu itu haram). Sebabnya, kita tidak diajar untuk menghalusi perkara-perkara kecil seperti isu kebersihan dan mentaliti ini.

Kemudian, tinggallah kita berkekalan dalam mentaliti kelas ketiga keempat kelima itu. Bawa datanglah mekanisme manapun, bawa datanglah infrastuktur apapun, bawa datanglah kemudahan kelas pertamapun, semuanya tidak akan membawa manfaat sedikitpun. Beli bas baru, rosak. Buat taman permainan baru, hancur. Sediakan rumah lawa-lawa, busuk. Sediakan telefon awam, jahanam. Buat pagar landasan keretapi, gunting. Tandas awam, bergelumang tahi. Begitulah, dan sampai kiamat Malaysia ini tidak akan maju.

Maju itu bermula dalam diri. Maju bukan bererti ada bangunan tinggi, ada kemudahan canggih, tetapi maju adalah kemampuan menggunakan setiap nikmat yang Tuhan beri dengan penuh berhemah. Maju tak zaman Nabi? Maju! Dengan teknologi dan kemudahan yang ada, mereka menggunakan sebaik mungkin kearah kebaikan dan kelestarian.

Kita tidak dikira maju kalau sampai bumipun nak hancur.

Oleh itu, dalam semangat Hijrah ini, dan tahun baru Masihi yang sedikit hari lagi akan menjelma, alangkah baiknya kalau kita mampu berhijrah, bukan sahaja dari kampung ke bandar, tetapi daripada akhlak 'kampung' ke akhlak 'bandar'. Berhijrah dari akhlak 'setinggan' ke akhlak 'PPR'. Dengan erti kata lain, berhijrah dengan maju setapak dalam pengamalan akhlak harian. Mungkin kita di Malaysia ini sangat malas untuk membasuh sampah, tak mengapalah, memadai untuk meletakkan sampah dalam tongnya yang betul.

Tak perlu dah rasanya kerajaan menbazir duit menyiarkan lagu tandas dalam tv. Mentaliti kita ini, janganlah bila ada orang mengikut peraturan, kita booo pula dia dengan 'skema' dan sebagainya.

Kadang-kadang, bukan orang tak nak berakhlak mulia, tetapi, gelaran untuk orang yang berakhlak mulia itu sangat kejam sehingga membantutkan hasrat murni mereka. Usah ada lagi skema, lurus dan sebagainya.

begitulah. Maafkan atas penggunaan istilah yang tidak tepat.

=> dalam setiap denyut nadi, ada sebuah kerinduan.

p/s: mengalu-alukan tren laju KL-Ipoh. Ke Kelantan bila?

cuti yang tak berapa cuti...

Cuti aku semester lepas bermula berapa hari bulan ya? Akupun tak ingat. Tapi, tidak seperti kebiasaannya aku terus balik apabila bermulanya cuti, kali ini, aku menggagahkan diri untuk bertahan di UKM dahulu...Ada beberapa program yang aku ikuti semasa cuti kali ini. Adalah agak pelik juga bila aku fikirkan kembali, kerana biasanya sebelum ini aku tidak pernah mengorbankan cuti aku untuk mengikuti apa-apa program, melainkan yang wajib sahaja. Harap maaf, bila aku cuti, aku memang hendak berada di rumah. Sahaja! Mungkin bagi orang lain bercuti itu adalah cuti daripada belajar dan pergi bergembira dengan rakan-rakan, mengikuti perkhemahan, melancong, berkumpul dan bertemu dengan rakan lama, tetapi, aku tidak begitu. Cuti bagi aku adalah berada di rumah. Bersama-sama ayah, ibu, adik-beradik dan keluarga.

Tapi kali ini lain.

Program pertama di permulaan cuti. Aku mengikuti rombongan ke Seremban, Negeri Sembilan bersama Sekretariat Rakan Muda UKM. Apa nama program itu entah, akupun malas nak ingat..hahaha...jangan marah ya ketua pengarah dia.

Dalam mengikuti program ini, aku telah dilantik (konon-kononlah) sebagai...apa ya? entahlah, akupun tak ingat...hahaha....haru tak? Tapi tak mengapa, biar aku ceritakan benda lain.

Di Seremban, kami menginap di Hotel Sri Malaysia, dan aku sebilik dengan dua orang lagi sahabatku, sama-sama daripada Fakulti Pengajian Islam. Banyaklah kami berbincang tentang penerimaan orang terhadap kami, dan penghinaan orang terhadap kami. Kemudian ditambah lagi ada beberapa orang pelajar perempuan yang juga datang daripada Fakulti Pengajian Islam, perbincangan kami menjadi lebih menarik. Sampaikan kami secara berseloroh mengatakan bahawa PhD kami hanyalah mengira populasi cicak di masjid sahaja. Ok lah kan...

Kami semacam satu kepala. Kebetulan pula aku pergi ke sana memang untuk mengambil sedikit angin selepas tamat musim peperiksaan. Jadi, akupun buatlah perangai sedikit sebanyak. Sampaikan bila dekat-dekat nak balik, aku secara bersahaja membuat polemik, dengan mencipta istilah 'geng FI'. Dan kami yang satu bilik berseloroh pula, "kamu daripada fakulti apa?", "FIS, Fakulti Islam Sosial." Hahaha...

Dan kamipun baliklah. Tetapi aku tidak terus pulang ke kampung. Aku bertahan dahulu beberapa hari di UKM, menginap di rumah sahabatku yang sama-sama ke Seremban sebelumnya. Hal ini kerana aku terpaksa...terpaksa apa ya? hmm, terpaksa...apa ayat dia ya? Sekejap...terpaksa menduduki ujian JPJ. Menduduki? Mendudukilah kot. Mengambillah sedap sikti. Aku mengambil ujian JPJ. Apabila sudah dapat lesen P, akupun baliklah. Rugi wooo...Hangus seminggu lebih cuti aku.

Aku balik, sudah dekat sangat hendak raya haji. Kemudian, raya hajipun datanglah. Emak aku tidak membuat ketupat, kerana beberapa sebab. Dan nenek aku melakukan ibadah korban.

Raya Haji 27 hari bulan kan? 30 hari bulan, aku datang lagi ke UKM. Sedih tau. Rugi cuti aku. Tapi tak mengapa, kerana aku datang adalah kerana (apa punya belit dah ayat) untuk menyertai Debat Bahasa Arab antara IPT 2009 yang bertempat di UM. Sampai 1hb di UKM, kami dalam kekalutan telah membuat beberapa persediaan. Tapi mana cukup beb. Dengan tak ada pengalamannya lagi...

3hb, kami berangkat ke UM. Dan bermulalah satu episod lagi kenakalan aku. Entah mengapa, entah diserang angin apa, entah disampuk apa, aku menjadi terlebih teruja, dan seorang kawan daripada UPSI menggelar kami (aku dan beberapa orang lagi) 'kepoh'...hahahaha...padan muka siapa-siapa yang menjadi mangsa. Kami segera akrab dengan 'runner' yang cantik-cantik dan manis-manis, segera mesra dengan kawan dari UPSI, UMK, UM dan lain-lain lagi. Dan aku digelar 'Abu Sorfi'...hahahahahaha..(Aku tengah gelak ni sambil taip).

tapi yang menjadi masalahnya, bila tiba waktu berdebat, aku jadi tergagap. Yelah, ingat senangkah nak bercakap arab. Spontan pula. Kalau orang hebat tak mengapalah kan. Ini aku, yang tak mengerti. Maka hancurlah pasukan debat bahasa Arab B UKM.

Tak mengapa. Yang penting, aku mendapat banyak pelajaran, pengajaran dan pengalaman. Aku mendapat beberapa nasihat berguna daripada para hakim; satunya, perubahan itu roh kepada kehidupan. Hanya mati sahaja tidak perlu kepada perubahan. Jadi, aku mesti berubah ke arah yang lebih baik, dan berubah dan berusaha berubah untuk terus menguasai bahasa Arab dengan lebih baik. Begitulah.

Kemudian kamipun balik. Aku boleh berbangga dengan pencapaian aku. Puihh..

Aku tidak terus balik kampung. Tidak tuan-tuan. tapi, aku melencong pula ke Port Dickson untuk menyertai Kolokium Sekretariat Rukun Negara, wakil UKM la ni...hahaha..seluruh IPTA dan IPTS ada datang, dan UKM sedikit menyerlah dengan pengelibatan sahabat-sahabatku, terutamanya pengerusi kami. Aku pergi sekadar mencukupkan korum sahaja. Dan aku pergi untuk makan. Hahaha

Kat sini, ada orang panggil aku ustaz...mana aci begitu.

Kemudian akupun baliklah pada 11hb. Lama tu beb.

Duduk di rumah dua tiga hari, aku terpaksa datang lagi ke UKM. Kenapa? Kerana semester baru akan bermula. Bila aku bersiap hendak kembali ke UKM, mak aku bertanya, "Berapa hari je cuti?"

"Cuti sebenarnya sebulan lima hari. Sebulan lebih seminggu. Sebulan tujuh hari."

Itu sahajalah.

nanti aku letak beberapa keping gambar. kalau ada salah eja, maaf. aku malas nak semak. esok-esoklah ya.

p/s: 1Malaysia.

salam

Masa terus berlalu, berdetak dan berdegup, dengan setia merakam setiap kisah manusia dan segala isi dunia untuk menjadi sejarah esoknya. Bilah-bilah hari bergantian, yang pergi tak akan berpatah kembali lagi. Ia pergi bersama kenangan, bersama sejumlah kejayaan dan juga beberapa kegagalan dalam hidup manusia.

Begitulah, dan aku hari ini kembali datang ke UKM untuk memulakan satu semester baru. Percaya ataupun tidak, aku sudah menginjak semester empat di UKM ini.

Keputusan peperiksaan semester tiga sudahpun diumumkan, dan aku sedikit kecewa. Sedikit sahaja,kerana aku rasa aku patut lebih banyak bersyukur. Aku kecewa kerana tidak mencapai sasaran dan ada subjek yang aku tak jangka aku akan dapat A-. Mana aci begitu... Keputusan aku jatuh berbanding dengan semester lepas. Itulah, banyak main. Tapi, yang syukurnya, aku cuma jatuh 0.01 sahaja, dan pngk aku naik 0.01...hahaha...

Aku kembali ke UKM hari ini menunggang motosikal. Ditimpa hujan dalam perjalanan. Biasalahkan.

Sampai di UKM, aku berasa sunyi sangat-sangat. Kemudian, kesedihanpun mengambil tempat dalam hati. Sedih apabila memikirkan apa yang telah berlaku, apa yang telah hilang. Sedih apabila mengenangkan kenangan-kenangan semalam. Semuanya telah pergi. Kemudian sedih pula memikirkan hari-hari mendatang, bagaimana harus aku hadapi. Tabahkah aku? Kuatkah?

Akhirnya aku tak mahu berfikir apa-apa. Dan ia mematikan daya kreativiti aku. Mematikan idea aku. Aku tak mampu untuk menghasilkan apa-apa buah fikiran.

Dan aku hidup begitu-begitu juga. Satu-satunya perkara yang boleh aku buat adalah datang ke kelas dan mendengar kuliah. Itupun datang dengan separuh perasaan. Dengar kuliahpun separuh perhatian. Maka keputusan peperiksaanpun separuh-separuh sahajalah.

Tak mengapa, semester ini banyak perancangannya.

Ah, malas nak menulis lagi. Tak mengapalah, nanti aku ceritakan lagi....

Hmmm, syukur itu kunci kebahagiaan. Aku ingin bersyukur. Kerana aku ingin hidup bahagia. Aku ingin bahagia. Hmmmm, bersyukurkah aku?

Ya Allah, aku inginkan kebahagiaan. Aku inginkan kedamaian. Aku inginkan ketenangan hati. Hmmm, bukankah itu kehendak semua manusia? Bukankah kita sering melihat betapa ramai orang yang menumpuk harta kerana ingin hidup senang dan bahagia? Tapi tak juga didapatkannya. Bukankah kita sering melihat betapa manusia bersuluk, menyendiri, menjauhkan dunia kerana ingin tenang dan bahagia? Tetapi tidak juga didapatkannya? Bukankah kita sering melihat ramai manusia menogok arak hingga berbuih mulut semata-mata ingin melupakan semua masalah dan mendapat ketenangan jiwa? Bukankah kita sedar bahawa mereka tidak pernah mendapatkan apa yang mereka inginkan itu?

Kemudian, bukankah kita orang Islam selalu sedar bahawa punca ketenangan jiwa dan kedamaian hati itu hanya ada pada Tuhan Pencipta jiwa? Bukankah kita selalu sedar bahawa cara terbaik untuk mendapatkan kebahagiaan adalah dengan duduk bersimpuh di kaki Tuhan Yang Maha Pengasih?

Maka mengapa kita masih terlolong-lolong? Maka mengapa kita masih mengecer-ecer cerita...

Sebagai penutupnya, kita mungkin boleh mendapatkan tilam yang cukup empuk, tetapi, kita belum tentu dikurniakan tidur yang lena.

Sekian dulu aku merapu pada malam ini.

p/s: belajarlah bahasa Mandarin seperti seruan PM 1Malaysia.

Mengapa Harus Berbeza?

Aku tak pernah mengerti. Aku tak pernah mengerti dengan orang-orang dan golongan-golongan yang suka sangat mencari dan menonjolkan perbezaan. Suka sangat menyebut-nyebut perbezaan, dan suka sangat membeza-beza.

Memang, aku tidak pernah menafikan bahawa setiap makhluk itu sangat berbeza. Biar aku kecilkan skop. Kita bicarakan sahaja soal manusia. Ya, memang manusia antara seorang dengan seorang yang lain sangat berbeza. Antara satu golongan dengan golongan yang lain pasti berbeza. Pasti berbeza walaupun sedikit. Pasti ada. Kerana memang Tuhan ciptakan setiap sesuatu itu berbeza-beza. Sengaja Tuhan ciptakan begitu.

Sengaja.

Akan tetapi, perbezaan itu diciptakan bukan untuk diperbesar-besarkan, sehingga menimbulkan permusuhan dan persengketaan. Perbezaan diciptakan bukan untuk meluaskan jurang antara manusia. Bukan. Bahkan perbezaan itu diciptakan untuk mewarnawarnikan dunia ini, menghiasi hidup manusia. Perbezaan diciptakan dengan tujuan utamanya, untuk saling berkenalan dan saling menghormati, menumpahkan kasih sayang. Renunglah ayat Quran, jangan sekadar baca sambil lalu sahaja. Bukankah Allah ada menyatakan bahawa Dia menciptakan manusia itu bersuku-suku dan berbangsa-bangsa hanya supaya manusia itu dapat saling mengenali? Mengenali apa? Mengenali perbezaan dan mengenali keindahan perbezaan itu.

Maka Allah menyatakan, orang yang paling mulia adalah orang yang paling bertaqwa.

Oleh itu, aku sekali lagi berasa hairan kepada orang yang suka melebarkan perbezaan. Mengapa terlalu gembira mewujudkan jurang? Tambah lagi, unsur perbezaan itu ditokok dengan nafsu dan emosi.

Maka lahirlah (maafkan aku) 'dia itu Wahabi' 'itu ahli bid'ah', 'dia itu jemaah lain', 'jangan ikut dia, dia JIM', 'kuat PAS tu', 'ahli amno tu', 'kaum muda tu', 'ortodoks tu', 'keluaran pondok tu', 'dia tu Jabatan Quran Sunnah tu, anak murid ustaz sekian-sekian', bla bla bla..

"Dia tak baca qunut tu."

"Bid'ah sesat tu."

Habis cerita.

Itu baru selingkar 'Ahli Sunnah wal Jamaah'. Kalau nak tepat sikit, itu baru selingkar Malaysia. Kalau tengok luas sikit, ada lagi, 'itu Syiah, sesat'. Kalau luas lagi, 'Kristian tu, kafir!!!'

Seperti yang aku nyatakan awal-awal tadi, tidak salah wujudnya perbezaan. Sebab memang Allah jadikan begitu. Tetapi, yang sangat aku hairankan, mengapa terlalu bersemangat untuk membeza-beza? Mengapa?

Aku tak kisah kalau disebut perbezaan hanya sekadar keperluan. Contoh, "Adzim mana?" "Alaa, Adzim Quran Sunnah tu." Ok.

Tetapi malangnya, ramai yang menyebut perbezaan dengan nada membenci. 'Ahli bid'ah' sangat membenci 'Wahabi'. 'Wahabi' sangat menyesatkan 'ahli bid'ah'. (Segelintir sahaja yang berperangai begini sebenarnya, tetapi sudah cukup untuk membuat aku hairan). (Jangan marah dengan label-label yang aku tulis, sebab itulah yang selalu menyapa kuping aku yang dua ini). Orang yang mengikut usrah PAS sangat membenci golongan yang mengikut usrah JIM (istilah sahaja, ok).

Dan kebencian-kebencian ini, perbezaan-perbezaan ini melenyapkan titik kebersamaan kita. Betapa perbezaan diperbesarkan sehingga tiada ruang lagi untuk bersatu. Tiada jalan lagi untuk ahli bid'ah duduk berbincang dan bertukar hujah dengan ahli wahabi. Tiada jalan lagi pengikut usrah ini untuk berkongsi idea dengan pengikut usrah tersebut.

Mengapa kita tidak boleh duduk di atas satu (atau beberapa) titik persamaan? Mengapa kita tidak pernah cuba mengiktiraf bahawa antara kita banyak persamaan?

Kita bersama di atas kalimah tauhid. Kita sama-sama mengucap syahadat. Kita sama-sama mengikuti (atau berusaha) mengikuti Rasul. Kita solat. Kita mengadap Tuhan yang satu; sama-sama taat untuk mengadap kepala ke Baitullah. Sama-sama. Serupa.

Maka mengapa kita terlalu membesarkan 'dia tu syiah'-'sesat!'.

Siapa yang betul, siapa yang salah, itu terpulang kepada hujjah, dan Allah telah nyatakan bahawa orang yang paling mulia adalah orang yang paling bertaqwa. Mengapa kita perlu membenci orang lain yang tidak sama pemahaman dengan kita, sedangkan Allah tetap setia menilai ukur taqwa kita.

Ya, kebenaran haruslah disampaikan. Tetapi bukan dengan memperbesarkan nilai perbezaan. Cuba lihat Nabi Muhammad, bagaimana baginda menyampaikan kebenaran kepada raja Rom. Baginda tidak pernah membangkitkan 'Wahai kafir, engkau sekarang dalam kesesatan. Aku yang benar.' Tak pernah. Diulangi, tak pernah.

Apa nabi tulis dalam surat baginda? Antara pokok isinya, antara lain (lebih kurang) "Wahai ahli kitab, kita menyembah Tuhan yang sama." Kita menyembah Tuhan yang sama. Kalau Nabi boleh mengungkapkan begitu di dalam suratnya kepada orang yang pada pemahaman kita sangatlah kafir, maka mengapa kita tidak pernah cuba untuk menyatakan, 'kita menyembah Tuhan yang sama, Tuhan Yang Satu' kepada saudara kita, yang hanya berbeza dalam masalah qunut, yang berbeza dalam masalah imamiah, berbeza dalam masalah fiqh.

Itulah puncanya mengapa dakwah kita sangat dibenci orang. Diulangi, dakwah kita sangat dibenci orang. Sebab? Kita suka sangat melihat perbezaan.

Lihat kepada sukarelawan-sukarelawan 'kafir'. Sebelum itu, lihat kepada negara-negara 'malang' di seluruh dunia, siapa yang lebih ramai hadir menjadi sukarelawan? Mengapa ada di Palestin, sebuah negara berkomuniti Islam, ada sukarelawan bukan Islam?

Lihat kepada sukarelawan bukan Islam. Mengapa mereka datang dan menyukarelakan diri mereka membantu umat Islam? Hal ini tidak lain dan tidak bukan kerana dalam jiwa mereka di tanam semangat persamaan. Ya, mereka lihat banyak persamaan. Mereka lihat mangsa perang, tak kira Muslim, Kristian, Buddha atau apa sahaja, memiliki satu persamaan, iaitu, mereka memiliki hak asasi manusia. Maka mereka bergerak atas landasan hak asasi manusia.

Mereka menyedari setiap manusia mempunyai hak untuk hidup aman dan selesa, maka mereka bekerja untuk itu. Mereka melihat semua manusia sama sahaja, harus dilayan sebagai manusia.

Maka, alangkah kita, sudah tentu terlebih aula untuk melihat persamaan antara kita, persamaan budaya, persamaan agama, persamaan apa lagi...

Betapa harmoninya dunia ini andai manusia boleh bergerak atas titik dan landasan persamaan. Pasir di pantai, indah kerana 'mereka' bersatu dan berbaik kerana mereka memikirkan bahawa mereka adalah sama. Cuba kalau pasir-pasir asyik memperbesarkan perbezaan dan sering berkelahi.

Alangkah banyaknya masa yang tidak perlu dibazirkan. Alangkah banyaknya tenaga yang boleh dijimatkan. Dan alangkah, mahkamahpun boleh kurang satu kes.

Sebenarnya, kita sering dilagakan. Ahli Sunnah dengan Syiah, Salaf dengan Khalaf, PAS dengan apa tu....(senyum)....

Tak mengapa untuk kita berbeza dan mengekalkan perbezaan. Tak mengapa. Sebab memang begitu dunia diciptakan. Tetapi, usahlah memperbesarkan perbezaan-perbezaan sehingga timbul permusuhan dan persengketaan.

Bukankah perbezaan itu dijadikan supaya saling mengenali dan saling menyanyangi?

nota: sokonglah kebenaran di manapun ia datang.

Lagi-lagi cinta

Hens termenung sendiri. Apa yang tidak pernah diberitahu oleh ayahnya (atau mungkin pernah diberitahu, tetapi Hens tak sempat simpan dalam kotak ingatan) adalah, cinta bukan sahaja boleh menyebabkan orang membunuh diri sendiri, tetapi cinta juga boleh membuatkan orang tergamak membunuh orang lain.

Dan itulah yang dibacanya dalam akhbar kemarin. "Kalau aku tak dapat, biar orang lainpun tak dapat." Maaf, itu bukan tajuk berita. Itu cuma kata-kata hero dalam cerita tersebut.

Lama Hens termenung, mengunyah baris demi baris kisah yang tertulis di dalam akhbar tersebut. Seorang lelaki, bekas pelajar UKM, berasal dari Kelantan, dihukum gantung kerana telah membunuh seorang perempuan, (bekas) kekasihnya.

Tahulah Hens bahawa cinta itu berbahaya rupanya. Atau, mungkinkah cinta tidak berbahaya, tetapi, akibat daripada cinta itu yang berbahaya? Entahlah, Henspun malas untuk berfikir. Yang terdetik di dalam sanubari Hens hanyalah rasa kasihan kepada mangsa; mangsa dengan erti kata mangsa yang telah mati ditikam dengan pisau. Alangkah ruginya, seorang Muslim yang terpelajar hilang begitu-begitu sahaja. Tapi, yang telah lepas itu telahpun menjadi takdir, biarlah. Yang penting, ia perlu dijadikan pengajaran untuk masa mendatang.

Tiba-tiba terdetik pula dalam hati Hens, mengapa kisah cinta 'agung' biasanya berakhir dengan episod yang menyanyat hati, berakhir dengan tragedi? Memang begitukah kisah cinta harus disulam untuk terabadi dalam sejarah sebagai cinta agung?

Cinta Romeo dan Juliet, Laila dan Majnun masyhur sebagai kisah cinta yang agung, namun penuh tragedi dan tidak kesampaian (Hens sendiri tak pernah mendapat gambaran lengkap tentang kisah cinta ini). Agung hanya dibawa atas landasan suci dan tulus hati, bukan agung dilihat pada happy atau sad endingnya.

Dan hati Hens tertanya lagi, mengapa di Alam Melayu ini tidak ada satu kisah cinta yang agung? Atau ada, cuma Hens sahaja ada di bawah tempurung? Apa yang Hens pernah tahu, cinta yang ada di Alam Melayu ini cuma kisah Tuah melarikan Tun Teja (ngok - fikir Hens, bawa lari, bagi kepada orang lain), kisah syarat Puteri Gunung Ledang yang berkehendakkan tujuh dulang hati kuman dan darah putera mahkota untuk diterima lamaran. Itu sahaja. Cinta apa macam tu!

Tetapi, Hens sangat pasti, dalam bahasa pertuturan hariannya, sangat banyak ayat cinta yang agung. Lautan berapi sanggup ku renangi (memanglah, mana ada lautan api), bulanpun sanggup aku belah, aku akan gapai bintang di langit, bla bla bla. Dan betapa agungnya cinta, aku akan tunggumu di pintu syurga, atau, tunggulah aku di pintu syurga (ingat syurga itu che dia yang buat?) (kalau Hens, nak aja dia suruh kekasih dia tunggu dalam syurga terus, tunggu di pintu buat apa!)

Tetapi dengan ayat-ayat itu, tak pernah lahir dalam sejarah Melayu satu kisah percintaan yang agung.

'Kalau aku cipta sejarah, macam mana?' tanya hati Hens pada dirinya sendiri.

Buatlah sejarah. Carilah cinta agung. Jangan sampai membunuh, sudah.

Maka, mengertilah Hens, cinta itu terkadang boleh membuatkan orang membunuh diri sendiri, terkadang boleh pula membuatkan orang membunuh orang.

Pada Hens, itulah cinta tanpa iman. Dan cinta sejati itu, hanya pada Tuhan.

Hujan

Kemudian, hujanpun turunlah.

Tenang dan sepi

Betapa dunia ini sangat hening dan suci, sunyi dan mendamaikan jiwa. Betapa kasihnya Allah kepada manusia, Dia menciptakan satu suasana yang indah untuk jiwa. Suasana yang tenang, tenteram. Cuma manusialah yang menghirukpikukkan dunia ini, dengan segala macam kekalutan.

Allah menjadikan jiwa manusia sukakan ketenangan. Sukakan kedamaian. Sukakan keheningan.

Ada banyak cara mencari ketenangan hidup. Satunya, kembali kepada fitrah. Mandi, membersihkan diri, mencuci pakaian, memotong kuku, bercukur dan mengemas rumah boleh mendatangkan ketenangan. Cubalah kalau serabut, kemas rumah, kemas meja, kemas almari, mandi, dan jiwa akan menjadi tenang dan lapang.

Ketenangan juga boleh dicari dengan mengasingkan diri daripada hiruk pikuk manusia. Lari daripada kebingitan kota, derum kereta, bising manusia, dan menyendiri di deburan air terjun, desir angin, pupuk bayu, melihat daun-daun menari, lalang-lalang melenggok akan juga mententeramkan hati. Kesunyian alam semula jadi dengan cicip burung amat mendamaikan jiwa.

Dan inilah yang aku rasakan saat ini. Petang dengan panas terik mentari, tanpa bunyi melainkan desir angin sangat menyentuh jiwa. Betapa Maha Pengasihnya Allah. Pemandangan daun berguguran dan redup bayang-bayang meresap masuk langsung ke hati. Betapa dunia ini indah andai dihayati.

Terkenang pula aku memori-memori zaman kanak-kanak yang ceria. Yang indah, yang manis. Waktu-waktu begini sangat hening, dan kesunyian melingkari rumah aku. Aku kalau tidak membaca, pasti akan turun ke tanah mengelilingi rumah, dan paling-paling tidak, memanjat pokok rambai atau jambu atau masuk ke dalam semak belakang rumah.

Waktu itu, yang ada hanya bunyi ayam dan burung. Di dalam rumah, biasanya ayah dan emak lena tidur setelah sepagi penat bekerja. Dan aku, anak kampung, malulah kalau tidur siang. Jadinya, aku sangat menikmati keindahan sunyi itu, sehingga mempengaruhi sebahagian besar jiwa dan perasaan aku sehingga kini.

Aku sekarang masih berada di UKM, namun kolej aku yang tinggi ini mampu juga mewujudkan keheningan itu.

Aku sangat menyukai dua suasana di bumi ini, suasana hening tengah hari dan suasana bersih selepas hujan. Ia sangat meresap ke dalam jiwa.

Kemudian, keheningan boleh juga dicari dengan mendekatkan diri kepada Allah. Bangun malam itu salah satu jalan. Namun, mengekalkan diri dilandasan kebaikan dan tidak melakukan maksiat juga amat membantu menenangkan hati.

Keheningan yang hakiki ada pada Tuhan. Mendekatlah kepada-Nya, nescaya ia dilimpahkan ke dalam hati kita.

Risau.

Maka, tamatlah satu episod yang bernama musim peperiksaan. Dengan itu, tamat jualah semester ini. Maksudnya, aku telah menghabiskan semester tiga dengan jayanya. Jayanya? Hmmm, boleh dipersoalkan.

Namun, persoalan itu kita biarkan seketika.

Tamat semester ini bererti telah sampai separuh perjalanan aku di UKM ini. Aku baru berkira-kira nak menikmati hidup di UKM ini, dan tanpa disedari, masa begitu cepat berlalu. Sangat cepat berlalu.

Dan akupun malas nak berbicara soal masa. Malas. Malaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaassssssssssssssssssss.....

Baiklah, berjayakah aku setakat ini? Berjayalah menghabiskan 3 semester. Tak kena gantung, tak kena tendang, tak kena mengadap lembaga disiplin universiti, tak pernah pontang kelas (korang tak nak persoalkan?), tak pernah apa lagi? Entahlah, akupun tak tahu.

Aku sebenarnya tengah 'blur' ni. Sebab itu, entah apa-apa aku tulis. Tapi tak apa.

Ramai orang gembira apabila habis menduduki peperiksaan. Merdeka kata mereka. Aku sebenarnya tak faham, merdeka apa? (saja nak provokasi). Merdeka apa? Sedangkan nanti ada peperiksaan lagi, dan ada lagi, dan ada lagi, dan ada lagi. Merdeka apa? Adakah peperiksaan itu satu bentuk penjajahan sehinggakan apabila habis musim peperiksaan, maka merdeka?

Hehehe, jangan marah.

Tak apa, aku bukan nak cerita pasal merdeka. Aku nak cerita pasal aku yang tengah gelabah. Aku risau ni sebenarnya. Semakin lama aku di UKM ni, semakin banyak pula main-main. Bila belajar main-main, mestilah risau dengan keputusan peperiksaan.

Aku tak mahu kejadian semester lepas berulang kembali. Aku sangkut pada Ulum Hadis. Satu tu je. Bukan sikit-sikit, B+. Kalau A- boleh dimaafkan lagi, tapi aku dapat B+. Hancur beb.

Semester ini pula aku risau dengan PIS. Dahlah salah jawab. Habislah aku. Sudahlah tak ulangkaji.

Sebenarnya aku nak cerita benda lain. hehehe

Biarlah.

Aku cuma risau keputusan aku merudum semester ini. Kalau merudum? Isy, taknya...nauzubillah.

Aku target 4.0 lah. Boleh?

Erk, ni aku nak kopi en pest jadual yang UKM buat boleh? Kira boleh la ea..Tak mengapa, aku kopi sikit 'aje'...

17.12.2009 17.12.2009 Kredit ke akaun pelajar BIMB
21.12.2009* 21.12.2009* Pelajar terima baki pinjaman
& UKM terima yuran pelajar BIMB

Catatan:
1. Tarikh keputusan peperiksaan diumum kepada pelajar ialah pada 17.12.2009
2. Tarikh pelajar mendaftar bagi Semester 2 2009/2010 adalah pada 21.12.2009
3. Pelajar yang tidak membuat pra pendaftaran akan dibayar melalui kelompok ke 2 yang
belum ditetapkan.

* Tertakluk pada pindaan

Keputusan peperiksaan akan diketahui pada 17 haribulan 12 tahun 2009. Oleh itu, selamat berjaya kepada semua.

Imam Zohor yang hancur

Kali ini, biarkan aku menceritakan sedikit apa yang terjadi dalam hidupku hari ini. Sesuailah dengan tajuk blog ini, 'Sebuah Cerita Suka Duka: Kisah Perjalanan Hidupku'.

Hari ini, aku telah ke suatu tempat kerana ada suatu urusan (macam rahsia besar pula!). Urusan itu sepatutnya bermula jam 1.00 petang, tetapi, oleh kerana waktu itu azan telah dikumandangkan, aku mengambil keputusan untuk bersolat terlebih dahulu. Baikkan aku (wekkk!).

Akupun ke musalla. Sesampainya disana, aku lihat pintunya tertutup rapat, tetapi ada sepasang kasut rapi di hadapannya. Aku mencapai tombol, memusingkannya, dan menolak daun pintu. Terbuka. Aku menjenguk ke dalam, dan aku dapati ada seorang pakcik separuh baya sedang tahyat akhir suatu solat.

'Pakcik ni solat apa, azanpun tak habis lagi,' gumamku sendiri. Biarlah (aku bukan suka ambil kisah sangat pasal orang). Aku membuka kasut, menanggalkan stokin, naik ke tempat wuduk, membuka paip, menadah air yang membuak keluar, dan mula membasuh muka (berkumur dan masuk air ke dalam hidung tak ada). Berwuduk.

Cuaca sangat panas. Di langit, tiada awan putih berarak. Anginpun mati. Aku yang berwuduk, sangat berasa nikmat bila badan disentuh air. 'Hmmm, ada hikmahnya juga Allah menyuruh berwuduk sebelum solat, tidaklah solat dalam kepanasan dan kelemauan,' gumam aku lagi.

Bila sudah mengambil wuduk yang ala kadarnya itu, akupun sekali lagi menolak daun pintu (aku belum masuk ke dalam musalla kerana tempat wuduk di luar). Bila aku masuk sahaja, mataku terus terpaku pada dua sejadah yang disusun dekat-dekat, satu disebelah kiri, sedikit ke depan, dan satu lagi sebelah kanan, sedikit ke belakang. Rupanya pak cik itu ingin solat zohor berjemaah denganku. Bagusnya.

Dia menunjukkan kepada aku dengan gaya mempelawa ke sejadah yang sedikit ke depan itu. Fahamlah aku, bahawa dia menyuruh aku menjadi imam. Aku mengunjuk tanganku pula, mempelawa dia sahaja menjadi imam. Namun, dia bersungguh pula mempelawa aku, dan dia sudah berdiri di sejadah yang terhampar sebelah kanan.

Tanpa suara, tanpa bicara, akupun maju ke depan. Ya, kami berkomunikasi tanpa sedikit suara. Bisu! Yang ada hanya isyarat tangan, dan isyarat sejadah. Hanya isyarat tangan dan sejadah. Isyarat sejadah yang mahukan solat berjemaah dan isyarat tangan yang mahukan aku menjadi imam dan isyarat tangan yang menolak dan isyarat tangan yang bersungguh tetap mahu aku menjadi imam.

Aku sempat menyeluruhi wajah separuh baya itu, dan badannya yang kurus dan kecil, hampir menyamai sosok tubuhku. Nak kata Melayu, mukanya tidak berapa Melayu. Nak kata Bangladesh atau kaum kerabatnya, tak berapa nampak macam Bangladesh. Indonesia? Jauh. Hmmm, tak mengapalah, yang penting, dia Muslim yang taat (sekali lagi, aku bukan suka ambil tahu hal orang). Akupun berdiri di sejadah merah itu (dua-dua sejadah berwarna merah...hahaha). Pak cik separa baya itupun qamatlah.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar. Asyhadu an la Ilaha Illa Allah, Asyhadu an la Ilaha illa Allah..." dengan sangat perlahan, diulangnya dua kali setiap kalimah iqamat. Kita yang Melayu Malaysia ini, hanya kalimah 'Qad qamati al-Solah' sahaja diulang dua kali, tidak yang lainnya. Sah, Bangladesh atau kaum kerabatnya. Habis iqamat, aku mengangkat tangan berdoa. Kan kita selalu baca doa selepas azan dan iqamat. Tapi bila aku menjeling pada pak cik dibelakangku sebelah kanan itu, yang baru sudah 'melaungkan' iqamat sebentar tadi, tidak pula mengangkat tangan berdoa. Hmmm, biarlah, aku tak kisahpun. Ada aku pernah kisah? Tak ada kan.

Akupun menggulung kaki seluarku yang labuh. Yalah, biasanya aku solat begitu-begitu sahaja, tetapi, kali ini, aku menggulungnya biar nampak sedikit buku lali. Takut ada orang tegur pula. Nabikan marah orang yang melabuhkan pakaian. Aku sudah pernah kena tegur dulu, tapi tak juga serik-serik...hahaha.. Tapi kali ini, aku gulung. Nak jadi imam nih. Dasar!

Akupun angkat takbirlah, "Allahu Akbar".

Siaplah rakaat pertama, dan aku naik untuk rakaat kedua. Dekat-dekat nak rukuk rakaat kedua, tiba-tiba otak aku ini terfikir pula soal kerja, soal duit. Soal kerja sambilanlah. Dua ringgit sejam, dua ringgit setengah, tiga ringgit. Jam kerja kena tolak waktu solat dan makan. Otak aku terfikir, solat itukan wajib, hak pekerja, kenapa nak tolak-tolak pula jam bekerja.

Ligat otak aku berfikir, tak ingat dunia. Padahal dalam solat! diulangi, aku tengah solat. Tengah jadi imam lagi!

Aku sedar-sedar, sudah di rakaat ketiga. 'Eh, bila aku naik rakaat ketiga nih?' hatiku sudah curiga. Perkara terakhir yang aku ingat tentang solat adalah, aku hendak sujud selepas rukuk.

Kemudian, cerita inipun sampai pada klimaksnya. 'Eh, aku duduk tahyat awal tak tadi?'

Tengah baca fatihah rakaat ketiga ni. 'Aku duduk tahyat awal tak tadi.'

Habislah aku. Seingat-ingat aku, aku tak baca. Ataupun dengan kata lain, aku tak ingatpun aku duduk tahyat awal dan membaca tahyat. Tapi, aku tak ingat juga, adakah aku terus bangun selepas sujud. Masalah besar ni.

'Kenapa pak cik ni tak tegur aku kalau aku tak duduk tahyat.'

'Mesti pak cik ni menyesal suruh budak tak pandai solat jadi imam.' Macam-macam perasaan keluar daripada benakku.

Yang paling besar, 'Nak sujud sahwi tak lepas ni. Nak sujud sahwi ke tak. Nak sujud sahwi ke tak.' Parah. 'Kan kalau lupa kena sujud sahwi. Kalau was-was kena sujud sahwi. Kalau tak tahyat kena sujud sahwi.'

'Tapi kalau aku sujud sahwi, nanti apa pula kata pak cik makmum aku ni. Mesti dia pelik.' Dua hati aku, hati kecil dan hati besar berperang. Solat sudah hancur!

"...wa ala ali Ibrahim, fil alamin, innaka Hamidun Majid... Assalamualaikum warahmatullah.." Aku tak sujud sahwi. Dan aku tengok pak cik makmumpun ikut aku bagi salam (Ya lah, makmum nak ikut siapa lagi kalau bukan ikut imam). Kan.

Lepas bagi salam, aku toleh juga kepada pak cik kalau dia ada nak cakap apa-apa. Nihil. Bisu. Aku, lagilah bisu. Akupun, terus angkat tangan dan berdoa. Pak cik juga angkat tangan, mengaminkan doaku barangkali. Aku sudah malu-malu alah, malu pada pak cik itu, dan terlebih malu kepada diriku sendiri. Kepada Tuhan, tak malu?

Selepas berdoa dan salam, pak cik itu bangun dan mengangkat takbir lagi. 'Ni pak cik ni solat sunat ke solat zohor sekali lagi ni.'

Akupun keluar, pakai stokin, sarung kasut, bergerak untuk urusan yang harus aku selesaikan.

Akupun sedarlah betapa besarnya dunia dalam hatiku. Sampaikan saat bertemu Tuhanpun, masih sempat memikir dunia. Masih sempat.

Hmmm, mesti Tuhan cemburu.

Ku mohon sejuta maaf

Hari ini, saat ini, saya, Muhamad Nur Adzim ingin memohon maaf secara terbuka kepada seseorang yang telah saya sakiti hatinya. Saya dengan jujur, dengan rendah hati, sungguh-sungguh memohon agar dimaafkan segala kesalahan dan kesilapan saya.

Saya tidak pernah berniat untuk menyakitkan sesiapa. Saya sesungguhnya tidak pernah terdetik untuk melukakan hati dan perasaan orang. Tidak pernah. Sebab saya tahu betapa sakitnya dilukai. Saya sangat tahu.

Tetapi, itulah saya, buruk akhlaknya, tak pandai untuk mengawal diri, tak mengerti perasaan orang. Maka, tanpa sengaja, saya telah mengguriskan perasaan seseorang. Maafkan saya. Saya memohon dengan penuh kerendahan hati.

Kadang-kadang saya terfikir sendiri, alangkah tidak layaknya saya dikelilingi orang-orang baik, sangat baik, sehingga saya tidak mampu memuaskan perasaan mereka, tidak mampu berakhlak dengan akhlak yang sedikit baik.

Oleh itu, maafkan saya atas segala kesalahan. Janganlah menangis lagi. Saya tahu itu sulit sekali, tetapi, saya bukan sengaja menghiris perasaan kamu.

Saya sesungguhnya tidak pandai berbahasa, tidak pandai menyusun ayat. Cukuplah kalau saya katakan, saya benar-benar menyesal atas perbuatan saya.

Maka, saya pohon jutaan kemaafan andai tersilap bicara, terlanjur kata, tersasul bahasa, terguris rasa. Sesungguhnya saya hanyalah insan biasa, insan banyak dosa.

Nasihat sang ayah - Cinta

“Hens, jangan pernah memberi harapan kepada perempuan kalau kita tak sanggup,” nasihat En. Tahil kepada anaknya pada suatu hari.

“Jangan pernah kecewakan perempuan dan jangan cuba melukakan hatinya,” nasihatnya kepada anak kesayangannya itu, pada suatu hari yang lain pula.

“Hens, berapa ramai orang yang telah membunuh diri kerana cinta,” bukan sekali En. Tahil mengucapkan kata itu, bahkan diulangnya berkali-kali, setiap ada kesempatan, diulangnya dengan penuh kesungguhan, semoga ia lekat dalam hati Hens, anak sulungnya yang tengah membesar itu.

Hens biasanya hanya akan diam, dan mengiayakan di dalam hati. Jarang Hens bersuara bila percakapan bersangkut soal cinta, kasih dan sayang. Dia tahu, ayahnya itu sudah banyak menelan asam garam kehidupan dan dia tahu ayahnya terlalu arif tentang hati dan perasaannya. Hens juga tahu bahawa ayahnya hanya mahukan yang terbaik untuk kehidupannya di masa mendatang.

Hens rapat dengan ayahnya, walaupun selalu berkonfrontasi. Biasalah, anak lelaki yang tengah remaja, ada sahaja isunya, ada sahaja keras kepalanya, ada sahaja degilnya. Biarlah kalau ayahnya yang semakin dimamah usia tua itu selalu terasa, selalu makan hati. Biarlah. Biarlah kalau sesekali ayahnya menganggapnya anak derhaka. Tetapi, Hens selalu berasa bertuah dikurniakan seorang ayah seperti ayahnya, yang sedaya upaya mengajar tentang ulah dunia ini kepadanya. Bagi Hens, ayahnya selain merupakan seorang ayah, merupakan seorang sahabat, seorang penasihat, seorang penunjuk jalan dan seorang guru yang agung.

Dengan nasihat-nasihat itulah Hens mengorak hidup, walaupun tidak sedikit nasihat-nasihat itu dilangkah juga. Biasalah.

“Hens, berkawanlah dulu dengan perempuan, kenal dulu hati budinya, kenal keluarganya. Berkawan sampai kenal dengan mendalam. Jangan cepat memberi kasih, jangan cepat menghampar cinta. Berkawanlah dengan semua perempuan, kemudian pilihlah yang terbaik.”

“Isteri, kita nak pakai sampai mati. Jangan salah pilih, menyesal nanti. Kalau nak pakai sekejap-sekejap, tak mengapalah, macam pakai baju, tukar hari-hari.”

“Pilihlah isteri yang baik, nanti senang, kita tak payah ajar lagi,” ujar sang ayah, mengharap benar kebahagiaan untuk anaknya. Sang ayah faham benar, anaknya sudah layak diajak bicara soal isteri, soal hidup dan mati. Dan isi bicaranya adalah apa yang telah ditempuhnya lewat hidup yang berliku. Dia ada sejarahnya sendiri, dan setiap orang ada sejarah. Maka dia sangat berharap agar sejarah cinta kasih anaknya tidaklah terlalu pahit. Dia selalu mengharapkan anak sulungnya sentiasa berbahagia di dunia sementara ini, agar sempat pula mencari bekal untuk berbahagia di negeri kekal sana. Dan bukankah memiliki seorang isteri yang baik itu satu kebahagiaan?

“Ingat Hens, jangan pernah memberi harapan kepada orang kalau kita tidak sanggup,” ulangnya tanpa jemu.

“Cinta itu boleh membuat orang membunuh diri.”

Hens, si anak, diam. Entah mengerti, entah tidak. Entah melekat di hati, entah keluar telinga kiri.

Pemabuk diarah cuci muntah


NEWCASTLE - Polis Britain melancarkan satu operasi khas bagi membanteras pemabuk membuang air kecil, sampah, muntah dan membuat bising di tepi jalan, lapor sebuah akhbar semalam.

Operasi yang diberi kod nama Jersey itu dilancarkan baru-baru ini dengan lima pesalah ditahan kerana membuang sampah dan 12 lagi dikenakan penalti setelah kencing di tempat awam terbuka.

Polis Northumbria melancarkan operasi itu ekoran rungutan penduduk sekitar bandar raya Newcastle yang mengadu masalah gangguan ketenteraman awam lewat malam.

Pesalah terbabit diarahkan polis untuk membersihkan kotoran setelah ditahan kerana menjadikan jalan raya dan lorong pejalan kaki sebagai 'tandas' mereka.

Seorang pegawai polis, Sarjan Claire Lawson berkata: "Aktiviti kerjasama dengan masyarakat tempatan itu kerap dilakukan pihak polis bagi menjadikan bandar raya ini lebih selamat."

Menurutnya, semua pub dan kelab malam dilengkapi tandas dan pemabuk tidak sepatutnya melakukan perbuatan itu di jalanan.

Sejak Januari lalu, polis telah memberi amaran dan mengeluarkan saman kepada 607 orang kerana membuang air kecil di tempat awam. - Agensi

(Sumber: klik di sini)

Dua soalan sahaja;

pertama, apa pandangan anda apabila membaca berita ini?

Kedua, kalau kita jalankan hukum hudud, akan terjadi tak perkara sebegini?

Fikir-fikirkanlah.


nota: baru lepas menduduki peperiksaan Fiqh Muamalat dan Jinayat. Minum arak kena hudud tau!.

Allah


Aku terasa sangat. Terasa sangat-sangat.
Pedih, bila baca berita ini:

Malaysia rejects call to release 10,000 Bibles

By JULIA ZAPPEI, Associated Press Writer Julia Zappei, Associated Press Writer – 2 hrs 29 mins ago

KUALA LUMPUR, Malaysia – The Malaysian government has refused to release 10,000 Bibles confiscated for using the word "Allah" to refer to God, a banned translation in Christian texts in this Muslim-majority country, an official said Wednesday.

An official from the Home Ministry's publications unit said the government rejected pleas by church officials to allow the Bibles, imported from Indonesia, into the country. Christians say the Muslim Malay-dominated government is violating their right to practice their religion freely.

Such religious disputes are undermining Malaysia's reputation as a harmonious multiethnic, moderate Muslim nation. About 30 percent of the country's 28 million people practice Christianity, Buddhism, Hinduism or other faiths.

A Home Ministry official said the government told the importer last month to return the Indonesian-language Bibles, which are still with customs.

"Actually the publications, the Bibles are already banned," said the official, refusing to elaborate. He declined to be named because he is not authorized to make public statements.

The Bibles contain the word "Allah," which is banned by the government for use by non-Muslims in an apparent bid to appease Muslims.

Church officials say the word "Allah" has been used for centuries to refer generally to God in both Indonesian and Malaysian languages, which are similar. The Roman Catholic Church is challenging the ban in court.

The government maintains that the Arabic-origin word "Allah" is an Islamic word and its use by Christians and others will upset Muslims.

Another 5,100 Bibles, also imported from Indonesia, were confiscated in March and have not been released. But the ministry official did not immediately have any information on those.

The Christian Federation of Malaysia, which had called for the release of all Bibles, described the seizure as "ridiculous and offensive."

"This constitutional right (to practice freely) is rendered illusory if Christians in Malaysia are denied access to Bibles in a language with which they are familiar," the federation's chairman Bishop Ng Moon Hing said in a statement.

He also rejected concerns that Bibles in the Malaysian language, or Bahasa Malaysia, containing "Allah," will upset Muslims.

"Bibles in Bahasa Malaysia have been used since before the independence of our country and have never been the cause of any public disorder," he said. Malaysia gained independence in 1957.

(sumber: klik di sini)

Aku menentang penggunaan Kalimah Allah untuk menggambarkan tuhan bagi agama lain. Allah adalah Tuhan yang mencipta langit dan bumi, bukan Isa al-Masih (Jesus), bukan patung yang disembah.

Aku tidak mahu banyak mengomen, cukuplah untuk aku mengatakan bahawa aku terganggu membaca berita ini. (Aku lihat juga siapa penulisnya).

-Christians say the Muslim Malay-dominated government is violating their right to practice their religion freely.

Ada komen? Aku tak mahu komen, tambah sakit hati.

-The Christian Federation of Malaysia, which had called for the release of all Bibles, described the seizure as "ridiculous and offensive."

Ridiculous and offensive. Tuan-tuan, diulangi, ridiculous and offensive. Tahi kucing!!

->"This constitutional right (to practice freely) is rendered illusory if Christians in Malaysia are denied access to Bibles in a language with which they are familiar,"

Masalah sekarang ini, siapa majoriti penganut Kristian? Kenapa mesti ada Bible dalam bahasa Melayu, dan kenapa mesti menggunakan Kalimah Allah. Kalau aku ingin beremosi, aku akan bertanya begini: Kenapa pertuturan hari-hari tak gunapun bahasa Melayu? kenapa di pejabat asing bahasa Melayu? Kenapa dalam perkara lain, tak mahu guna bahasa Melayu, tak pandang bahasa Melayu, tiba-tiba Bible nak baca dalam bahasa Melayu?

"This constitutional right (to practice freely) is rendered illusory if Christians in Malaysia are denied access to Bibles in a language with which they are familiar,"

Familiar
sangatkah bahasa Melayu dikalangan penganut Kristian? Bahasa Melayu bahasa ibunda merekakah? Hah??

Kenapa suka sangat cari pasal dengan Muslim?

Kita selalu beralah, mengalah. Semua tindakan, semua benda nak kena jaga hati, nak kena jaga sensitiviti orang lain. Padahal mereka tak pernah nak fikir tentang kita, maslahah kita. Bacalah berita di atas, selamba badak sahaja dia cakap yang bukan-bukan.

Tapi kita, tetap tuli jugalah. Bergaduh sesama sendiri, menangkan kera dihutan, tak mengapa kalau anak terkorbanpun. Tak mengapa, memang kita tak kisah. Kan?

Kesimpulannya, aku hendak memberitahu Ng Moon Hing;

He also rejected concerns that Bibles in the Malaysian language, or Bahasa Malaysia, containing "Allah," will upset Muslims.

kamu silap. Usahkan menggunakan kalimah Allah di dalam Bible, kamu bercadang nak guna sahajapun, sudah meng'upset'kan aku, seorang Muslim. Belum lagi membaca Allah di dalam Bible, membaca berita inipun aku sudah terganggu. Sudah terganggu. Sangat terganggu.

nota: kenapa mereka sangat bersungguh-sungguh ingin menggunakan kalimah Allah? Kenapa?

Pengebom Berani Mati, Syahidkah?


Belakangan ini, heboh lagi dengan siri kejadian pengeboman berani mati. Selepas hotel J.W. Marriot di Jakarta dibom tidak berapa lama dahulu, ia (pengeboman berani mati) tenggelam seketika.

Namun, ia timbul lagi, dan pasti akan terus ada lagi. Di Iraq, Palestin, Afghanistan, Indonesia, Thailand dan banyak tempat lagi di muka dunia ini, khususnya di tanah air umat Islam. Persoalannya, apakah pengeboman berani mati itu dibenarkan dalam Islam?

Sebelum menjawab persoalan itu, ada baiknya kita bertanya, adakah pengebom itu benar-benar orang Islam? Atau Muslim hanya dikambinghitamkan sahaja. Jika ya Muslim, adakah ia melakukan operasi berani mati itu kerana agama Islam, atau ada tangan lain yang mengatur (dan Muslim kembali menjadi kambing hitam juga).

Tak mengapa, usah timbulkan terlalu banyak persoalan. Tinggalkan semua persoalan itu, biar ia berlegar di dalam benak. Kembali kepada persoalan pokok, pengebom berani mati, syahidkah?

Ya. Pengebom berani mati dikira syahid. YA. Dengan syarat. Ia dikira syahid dengan beberapa syarat. Pertamanya, hendaklah operasi itu dijalankan di medan peperangan. Maksudnya? Pengebom berani mati itu meletupkan dirinya di tanah air Islam yang terjajah, yang dalam situasi perang, dalam keadaan musuh menyerang. Ada musuh jelas. Ada tentera musuh. Contohnya, Palestin.


Maka, tidak dikira syahid orang yang meletupkan dirinya di mana-mana tempat yang tidak dalam keadaan perang. Muslim tidak boleh meletupkan dirinya di tempat aman. Contohnya, Malaysia dan Indonesia. Kerajaan Malaysia tidak mengisytiharkan perang, tidak mengisytiharkan darurat, tidak dijajah, tidak ada musuh. Jadi, tidak boleh berlaku operasi berani mati. Tidak boleh. Dan tidak dikira syahid bagi sesiapa yang melakukannya. Tidak dikira juga bagi yang meletupkan dirinya di negara bukan Islam yang aman; contoh, Perancis.

Semua Muslim ingin syahid. Bukankah?

Seterusnya, operasi itu tidak mensasarkan orang awam. Ya, orang awam adalah dilindungi dalam undang-undang peperangan Islam. Tentera Islam dilarang membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua dan ahli ibadat yang tinggal di tempat ibadat. Haram sama sekali. Mereka semua tidak 'berdosa'. Pengebom berani mati harus hanya mensasarkan tentera musuh sahaja dalam operasinya.

Maka, tidak dikira mati syahid bagi pengebom berani mati yang pandai-pandai meletupkan diri di premis-premis awam, kedai, hotel, sekolah, pusat pelancongan dan sebagainya. Yang menjadi mangsa hanya kanak-kanak sekolah, pelancong asing, mak cik-mak cik peniaga. Setiap Muslim perlu ingat bahawa Islam ada undang-undang yang sangat tegas dalam peperangan.

Sekarang, timbul satu persoalan, apakah tindakan HAMAS membedil peluru berpandunya ke perkampungan Isra-hell dikira sebagai mengancam dan membunuh orang awam? Mudahnya, tidak. Kerana, di Isra-hell, tiada istilah orang awam. Isra-hell merupakan tanah yang dijajah dan dirampas daripada Palestin melalui gerakan ketenteraan. HAMAS pula berusaha membebaskan tanah air mereka. Jadi, kawasan tersebut dikira sebagai medan peperangan. Dan tidak syak lagi bahawa, siapa-siapa sahaja yang masuk ke medan peperangan dikira berperang. Tak kisahlah sama ada perempuan, kanak-kanak atau orang tua. Oleh kerana tanah Palestin semua itu merupakan medan perang, maka tidak salah untuk HAMAS melancarkan roketnya membedil dan memusnahkan kampung-kampung Isra-hell. Jadi, kalau rakyat Isra-hell ingin menyelamatkan diri, mereka harus meninggalkan tanah Palestin.

Kemudian, pengebom berani mati dikira syahid apabila tindakan meletupkan diri itu merupakan cara terbaik melumpuhkan kekuatan musuh dan dilakukan dengan perancangan rapi dan teliti. Cara terbaik bermaksud, cara yang terbaik boleh diambil berdasarkan kemampuan mereka. Lagi satu, tindakan itu pada zahirnya berbaloi dan menguntungkan Islam dan memudaratkan musuh. Jadi, kalau sudah tidak ada cara lain; hendak berperang terbuka tiada kereta kebal, tiada M16, tiada semua jenis senjata; hendak berperang tanpa ada korban sudah tidak ada jalan, dan meletupkan diri itu merupakan pilihan terbaik, ayuh. Kalau dengan matinya seorang Muslim dapat membunuh satu konvoi musuh misalnya, syahid!

Oleh itu, tidak dikira syahid kalau meletupkan diri yang dilakukan secara semberono, yang jelas merugikan Islam, yang tidak membawa apa-apa hasil. Perlu juga dijelaskan, mungkin bila seseorang pejuang meletupkan diri, tidak ada korban dipihak musuh. Jadi, tengoklah, pelaksanaannya macam mana. Mungkin daripada strateginya, pengiraannya dan perancangannya, ia secara teorinya akan dapat mengorbankan dan menewaskan banyak musuh. Tetapi, bila praktikalnya, ia tidak menjadi. Itu, tidak mengapa, kerana, Muslim itu dikira berdasarkan amalannya, bukan hasilnya.

Bukankah begitu?

Seterusnya, mungkin boleh juga disebutkan, meletupkan diri itu mestilah niat kerana Allah, dan niat sebagai salah satu upaya (kaedah) jihad. Ya, sebab semua amalan akan kembali kepada pokok persoalan - apakah niatnya - kerana setiap amalan itu bergantung pada niatnya. Daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, daripada sesenang-senang perkara sehingga sebesar-besar perkara, dan daripada seringan-ringan perkara sehingga seberat-berat perkara. Semua amalan dikira berdasarkan niat. Syahidlah pejuang yang meletupkan dirinya kerana Allah, sebagai satu usaha jihad.

Maka, merugilah orang yang meletupkan dirinya kerana emosi, kerana semangat, kerana taat membuta tuli (kepada pemimpin), kerana bodoh melulu, kerana apa lagi...pendek kata, semua 'kerana-kerana' yang tidak kerana Allah, itu tidak dikira syahid.

Ada lagi syarat-syarat lain, perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian yang besar dalam masalah pengeboman berani mati ini. Untuk pemahaman yang lebih lanjut dan jelas, rujuklah ulama'-ulama' mu'tabar, yang memahami kaedah jihad pada zaman ini dan yang menekuni agamanya.

Oleh itu, sebagai kesimpulannya, aku sebagai seorang Muslim, ingin mengutuk semua siri pengeboman berani mati yang dilakukan di negara-negara aman dan disasarkan pada tempat-tempat awam. Aku mengutuk. Dan, merilah kita berdoa semoga pejuang kita di barisan depan terus tabah melawan musuh kita dan musuh Allah. Semoga mereka kuat dan diberi kemenangan. Ada baiknya kalau kita menyokong Presiden Iran, Mahmud Ahmadinejad, supaya negara haram Isra-hell dihapuskan daripada peta dunia. Bukan menghapuskan orang Yahudi, tetapi, melenyapkan negara Isra-hell dan mewujudkan sebuah Palestin yang bebas dan merdeka. Sebab, Palestin akan lebih aman dan makmur di bawah payung Islam; Palestin dan rakyatnya - Islam, Kristian dan Yahudi.

Sesungguhnya perang itu merupakan satu tipu daya. Untunglah orang yang berperang dengan taktik dan teknik.

Wallahu A'lam. Aku menulis secetek ilmuku. Ada salah, tegurlah dengan lembut.


nota: kepada pejuang-pejuang Islam, rasionallah dalam perjuangan.

Isra-hell dalam perbincangan ini merujuk kepada negara haram Israel.
(berita berkaitan: klik di sini)

Kisah Pesawah Tua


Kisah Pesawah Tua

Kerdil diri
Dipanah mentari
Dicelah butir padi.

Terbongkok engkau sebongkok usiamu
Tertunduk-tunduk seperti semakin tunduknya tangkai padi
Bertarung lintah pacat, belalang dan burung
Berhari-hari sehingga kuning saujana mata memandang.

Sejuk dihati melihat usahamu menjadi
Bukan sekadar untuk mengisi perut sendiri.


-C t.t-
ajim_mn@yahoo.com
al-Manar.