Hati Yang Hidup

~Fragmen cerpen hamba yang belum bertajuk. Sedang berjinak-jinak untuk menghasilkan cerpen dan novel. Masalahnya idea ada, tapi tak pandai nak tulis. Sama juga dengan penulisan ilmiah. Hmmm...sasaran hujung tahun ni, siap satu novel, boleh? Minta tunjuk ajar, siapa-siapa yang sudi.~


***
“Pernah kau dengar ungkapan yang mengatakan, bila kamu dicintai Yang Di langit, kamu akan dicintai semua yang dibumi?”

“Maksud kau?”

“Maksudnya, untuk menghidupkan hati, kau perlu kembali kepada Sang Pembuat Hati itu sendiri. Hati yang hidup adalah hati yang dekat dengan Penciptanya. Hati yang tunduk patuh pada segala titah-Nya. Bila hati sudah hidup, nah, ketika itulah, kau akan disayangi oleh segenap makhluk.”

“Bagaimana?”

“Hati itu kemudi kepada diri, kepada anggota. Kalau hati itu bersih, ia melahirkan sifat yang bersih pula, melahirkan sikap yang baik, akhlak yang terpuji, raut wajah yang jernih, tingkah yang sopan, senyum yang manis dan melahirkan tabiat yang tidak jelek. Ketika itulah kau akan terpandang. Ketika itulah kau akan digilai orang. Dan yang penting, ketika itulah kau akan hidup tenang. Kau faham tak ni?”

“Ya...”

“Makkah dibuka oleh hati-hati yang hidup. Palestin juga dibuka oleh hati-hati yang hidup, dan Konstantinople juga dibuka oleh askar yang hatinya hidup, dekat dengan Tuhan. Maka hati juga boleh dibuka dengan sebuah hati yang hidup.”

***

~hak cipta adalah terpelihara. Begitu juga dengan sajak-sajak hamba (yang tak menjadi itu)...sebab kemungkinan hamba akan hantar ke majalah tertentu lah. Kang tak pasal-pasal ada yang kena saman kang. Namun demikian, ambil dengan kreadit adalah dibenarkan...hehehe...(bajet penulis besar pula).~

Bapok Susohnye...!!!

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata, “Tuhan kami ialah Allah,” kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham), “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang dijanjikan kepadamu.”
(al-Quran, al-Fussilat 41: 30)

Daripada Sufyan bin Abd Allah al-Thaqafi, beliau berkata, “Aku berkata: Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu perkataan tentang Islam yang aku tidak perlu menanyakannya kepada orang lain selepas kamu [dalam hadith Usamah – selain daripada kamu].” Nabi bersabda, “Ucapkanlah aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah kamu beristiqamah.”

(Al-Imam Abi al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi, Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Hadith 159.)

p/s: Matan asal dalam bahasa Arab sila rujuk sendirilah dalam Sahih Muslim ye. Saya dah takhrij tu.

Ayat al-Quran dan hadith di atas menerangkan tentang peri pentingnya istiqamah dalam kehidupan kita. Istiqamah tu dalam bahasa arab kan. Dalam bahasa Melayunya apa? Konsisten? Bahasa Inggeris? Hmmm, lupa pula hamba...Pape je lah ye...tahu sendiri lah yer. Maksudnya, buat sesuatu perkara secara berterusan.

Dan alangkah susahnya nak istiqamah. Patutlah Nabi suruh beristiqamah, memang bapok susahnye..

Susahnya nak istiqamah hafaz al-Quran lepas subuh. Susahnya nak istiqamah nak ulang Quran lepas asar. Susahnya nak istiqamah nak ngaji lagi lepas maghrib. Susahnya nak istiqamah nak turun ke surau nak solat berjemaah. Susahnya nak istiqamah nak bangun awal. Susahnya nak istiqamah nak qiamullail. Susahnya nak istiqamah untuk tak tidur lepas subuh. Susahnya nak istiqamah nak kemas tempat tidur. Susahnya nak istiqamah nak susun buku di meja, lipat kain dalam almari. Susahnya nak istiqamah nak bersiwak pakai kayu sugi. Susahnya nak istiqamah datang awal ke kelas. Susahnya nak istiqamah nak gosok baju.

Susahnyaaaaaaaaaaaa.....susahnya nak istiqamah nak berubah. Susahnya nak istiqamah nak buat assignment. Susahnya nak istiqamah nak buat baik, nak bersedekah. Susahnya nak istiqamah puasa sunat. Susahnya nak istiqamah dua jam berkualiti setiap malam nak buat kerja-kerja yang patut. Susahnya nak istiqamah nak minum susu nak bagi sehat. Susahnya nak tulis sajak sebelum tidur.

Hoi, sape kata susah? Ada je yang boleh istiqamah. Hamba rileks je istiqamah tidur lepas subuh. Istiqamah je mesej ngan awek..hahaha...ye lah ngko....!!

Ko memang!!

Dan Allah sangat sukakan pekerjaan yang dilakukan dengan istiqamah. Biar sikit asal istiqamah, daripada banyak tapi hangat-hangat t**i ayam.

Istiqamah itu adalah tetap di atas jalan kebenaran dan kebaikan. Doakan saya, doakan kita semua.

Berkeluh kesah

Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir, kecuali orang-orang yang melaksanakan solat, mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya, dan orang-orang yang dalam hartanya disiapkan bahagian tertentu, bagi orang (miskin) yang meminta dan dan yang tidak meminta, dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan, dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya, sesungguhnya terhadap azab Tuhan mereka, tidak ada seorang yang berasa aman (dari kedatangannya), dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Maka barangsiapa mencari selain daripada itu (seperti zina, homoseks dan lesbian), mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat dan janjinya, dan orang-orang yang berpegang teguh pada kesaksiannya, dan orang-orang yang memelihara solatnya, mereka itulah dimuliakan di dalam syurga.
(al-Quran, al-Ma'arij 70: 19 - 35)

Semuanya adalah TAK...

Semuanya TAK...!!!

KP TAK siap lagi. KPI TAK siap lagi. Seni tampak TAK siap lagi. Kemahiran Menulis TAK siap lagi. Takhrij TAK buat lagi. Amthal TAK buat lagi, TAK baiki lagi. Amthal TAK bentang lagi, yang tutorannya.

Itu assignment. Hamba lalu dekat kedai Penerbit UKM, buku KP TAK beli lagi. Buku rujukan KPI nak exam TAK beli lagi. TAK fotostet lagi.

Nota KP nak mid term TAK tengok lagi.

Duit TAK ada. Quran TAK baca. Surah al-Naml TAK hafal. Juz 30 dah TAK ingat. Pergi ke kafe TAK lalu nak makan. Dan minum susu TAK gemuk-gemuk...Hoi, aku TAK nak gemuk, aku nak cukup BMI ajer...sebab, aku TAK cukup BMI. Kesian? TAK kesian....hmmmm...

Semuanya TAK...oh, sangatlah indah hidup dikelilingi TAK...

Dalam degup nafas

Betapa aku ingin membelek bilah-bilah hari yang telah berlalu, dan membetulkan beberapa kekhilafan.


~dan yang tinggal hanyalah secebis kenangan~
yang tetap ada di wajah bulan
yang selamanya bersinar pada bintang gemintang.
kekal hidup untuk sejuta zaman
dalam degup nafas, detak jantung, cinta yang agung.

Mesej dengan hati

***
Hari tersangat panas. Matahari tegak di kepala, menggigit kulit muka dan lengan. Sengaja memakai baju T lengan pendek, mengayuh basikal melalui jalan kampung, melewati ladang-ladang getah. Terkadang angin bertiup sepoi dan mesra, menyisir lembut rambut dan mengeringkan lagi kulit muka.

"Watpe tu?" tanya sang mesej.
"Kayuh basikal."
"Nak g mn?"
"Pekan."
"Xpe ke msj smbil kayuh bskl ni?"
"Tak pe. kayuh bskl ngn kaki, msj ngn hati..."

***
Itu tinggal kenangan. Secebis kenangan. Yang akan selamanya dikenang.

Betapa aku merindui saat itu. Betapa aku merindu. Sangat merindui.

~yang selalu mesej dengan hati~

Peristiwa di Hujung Malam

Dalam sejuk malam ditimpa hujan,
Makhluk penuh syahdu memuji Tuhan,
Sedang aku larut menaip tugasan,
Esok bentang, tepat jam lapan!!

Dalam syahdu makhluk memuji Tuhan,
Aku senak mata membaca baris-baris dakwat dan tulisan,
Dalam malam sejuk ditimpa hujan,
Aku tekadkan, akan ku genggam sebuah kejayaan.

Ketika malam perlahan merangkak ke pagi,
Alangkah indahnya jika aku sujud mengadap Ilahi.


-C 220310-
KIY, UKM, Bangi.

Moral of the story?

Anak Haram ke Ibu Yang haram?

~tak siap dan belum diedit~

Yang Ditinggalkan

Ada yang menangis di perdu pisang,
Ada yang menggigil ditimpa hujan,
Ada yang mati dibaham anjing jalanan,
Ada yang dihurung semut ditepi longkang -
Begitu nasib bayi (anak haram?) nan malang.

Aku tertanya sendiri,
Dari mana datangnya semua bayi ini?
Setiap hari, ada saja berita masuk tivi...

"Ah, ia datang dari mani,
yang terpancut ke rahim tanpa izin syar'ie"

Begitu sanggup ia ditinggalkan,
Jadilah manusia lebih hina dari binatang,
Sudah tercabut rasa kasih dan sayang,
Hanya menunggu kemurkaan Tuhan.


-C 230310-
UKM, Bangi.

Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepadamu. Membunuh mereka itu sungguh suatu dosa yang besar. Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk. Dan janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allah (membunuhnya), kecuali dengan suatu (alasan) yang benar...
(al-Quran, al-Isra' 17: 31 - 33)


Say No to Zina.

gambar ihsan google.

Kisah Buruk

Peti (peti ke apa nama dia?) duit...tabung, ya tabung, tabung duit masjid...ah, payahnya nak cakap. Ok, semula, smule..

Tabung masjid tu sampai ke depan hamba. Hamba buka dompet, pilih-pilih duit, gulung-gulung, masukkan ke dalam tabung tersebut.

Cerita ini berlaku pada waktu jumaat tengah hari tadi. Di sebuah masjid di sebuah universiti.

Hambapun masukkan duit tersebut ke dalam tabung tersebut. Then hamba terperasan something. Eh?? Aku bagi duit buruk jer? Ya, hamba dengan selambanya telah memilih duit buruk, yang dah keronyok, hitam, lunyai, lembik untuk dimasukkan ke dalam tabung tersebut.

'Kenapa aku masukkan duit yang buruk?' hati hamba tertanya sendiri. Sebab aku tak suka duit tu...Habis, Allah suka ke duit tu agak-agak?

Hamba langsung tak terperasan. Then terus teringat kata-kata sorang pensyarah tu, dia kata, orang bagi derma untuk masjid, bagi duit yang tak laku untuk beli rokok. Dia ingat kalau kat dunia ni tak laku nak beli rokok, duit tu laku ke di sisi Allah...

Hmmm...teruknya. Tak sengaja, ok..Cumanya duit hamba tu takde la sampai tak laku...juz buruk jer...Kalau bawak pergi ke kedai laku lagi.

Tapi kau sengaja pilih yang buruk kan...? Kau nak simpan duit yang baru, yang elok kan...kata suara dari dalam.

Terus teringat kisah anak Nabi Adam:

Dan ceritakanlah (Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah kedua putera Adam, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka (korban) salah seorang daripada mereka berdua (Habil) diterima dan daripada yang lain (Qabil) tidak diterima. Dia (Qabil) berkata, "Sungguh, aku pasti membunuhmu!" Dia (Habil) berkata, "Sesungguhnya Allah hanya menerima (amal) daripada orang yang bertaqwa."
(al-Quran, al-Maidah 5: 27)

Hmmm, Allah tak terima yang buruk. Dan kalaulah misalnya Allah terima, then Allah balas setiap satu yang buruk tu dengan sepuluh yang buruk, yang lebih buruk, nak?

Akhirnya, lepas solat Jumaat, hamba ganti balik, masukkan duit elok, baru dan lawa ke dalam tabung.

Ya Allah, aku dah ganti korbanku yang buruk. Terimalah.

Maka, marilah kita berusaha mempersembahkan yang terbaik dalam hidup kita.

p/s: Qabil dan Habil tu nama berdasarkan Israiliyat...ye ke?

Mintak Seposen

Salam.
Jam menunjukkan pukul 4.43 petang. Hamba sedang kelaparan, baru bangun daripada tidur, baru mandi. Sudah janji dengan kawan untuk berjumpa di PTSL untuk sesi perbincangan.

Hamba membuka laci almari, ada sekeping not RM 1. Hmm, mana lagi nak cari duit nih. Hambapun menyeluk poket baju melayu yang berwarna unggu, tak ada duit. Seluk pula poket baju melayu hijau, juga tiada. Seluk poket baju sejuk, keluar dua keping not RM 1. Alhamdulillah. Jumlahnya jadi RM 3. Hmm, tiga ringgit mana cukup. Hamba nak makan nasi campur. Kalau kena tiga ringgit setengah macam mana?

Jadi hambapun buka celeng, ambil syiling sebanyak dua ringgit setengah. Jadi, jumlahnya RM 5.50.

Hambapun turun ke cafe KIY. Tengok lauk pauk, huh, terus tak lalu. Hamba nak order ala carte, tapi sebab hamba tak dilayan dengan sewajarnya, hamba batalkan sahaja, kensel. Hah, baru kau tahu, ingat aku hingin sangat nak makan kat kafe kau tu..?

Kemudian, hamba berniat ihram. Eh, apa pula berniat ihram, berniat nak gi makan kat KPZ. Makan sup cendawan. Ok, untuk mengalas perut, hamba beli 3 buku roti. 3 x RM 0.60 = RM 1.80.

Hambapun pergi ke PTSL. Dalam pukul 6.30, hamba balik, terus ke KPZ. Sampai kat kedai satu tu, kedai feveret hamba la kat KPZ tu, hambapun dengan bangganya memesan, “Kak, sup cendawan ada?”

“Ada.” Cerah masa depan.

“Hmmm, saya nak nasik putih, sup cendawan.”

“Makan?”

“Yer. Berapa?” Hamba berkira-kira nak tambah telur dadar lagi.

“Tiga ringgit lapan.”

“Ok.” Hamba mengira syling di tangan...seringgit, dua ringgit, tujuh puluh sen. Erkk..Mampos. Hamba seluk poket seluar jeans, ada sekeping not RM 1, jadi tiga ringgit tujuh puluh sen. ERKKKK....

Cane ni.. Hamba buka dompet alias wallet. Then hamba gelak sendiri. Dalam tu ada kad matrik, kad pengenalan, road tax motor, kad bank dan slip atm yang hamba keluar duit sahaja. Hamba garu kepala. Belek-belek dompet tu, kot-kot ada duit yang tersembunyi ke, lekat kat celah-celah mana-mana ke. Tapi malangnya tak ada.

Tak mengapa, hambapun pergilah ke tempat pak sedara hamba, mesin atm bimb. Sampai aje, alamak, mampos pulak. Cane ni. Hamba toleh kiri kanan, siapa ada nak bagi hamba sepuluh sen. Sepuluh sen aje...hmmm, takkan nak hutang dulu.

“Kak, nanti sploh sen, saya bayar nanti ea, saya ada tiga ringgit tujuh je ni...” hamba cuba menyusun ayat nak mengayat akak tu nanti. Haish, tak boleh, tak boleh. Toleh kiri kanan lagi...hmm... Hamba kira lagi syiling tu, manala tahu kot-kot jadi dua ringgit lapan ke, kot-kot bertambah sepuluh sen ke. Tapi, tetap juga dua ringgit tujuh. Ulang bilangpun dua ringgit tujuh juga. Mana boleh bertambahkan. Memang sampai kiamatpun tak akan bertambah.

Tuhan, bagi la kat aku sepuluh sen jer, aku nak makan nasik ni.

Tak boleh jadi ni. Hambapun pergi ke motor, pakai helmet, stat moto, panjat bukit belakang KIY tu, masuk bilik hamba, buka celeng, ambil lagi segenggam syiling. Amik kau, tak cukup lagi yer.


~ni la celeng hamba. bekas ni ada orang bagi dulu, dengan buah kurma~

Hambapun pergi semula ke kedai tu. Elok je hamba sampai, sup cendawanpun siaplah.

“Kak, saya nak tambah telur dadar boleh tak?”

“Boleh,” diapun letak telur dadar.

“Berapa?”

“Tiga ringgit lapaaaaaaaannnnnnnnnn (gaya kira dalam otak)......empat ringgit setengah.”

Hambapun seluk poket, seringgit, dua ringgit...hish, susah la pulak (syiling tak nak keluar), hmm, tiga ringgit, hamba atur je syiling depan makcik tu, empat ringgit....lima puluh sen.

Akak tu sengih je tengok syiling. Kak tak tau saya tengah sengkek ni. Kak jangan gelak kat saya, nasib baik ada syiling ni...

Hambapun makanlah dengan lahapnya. Sedap you..kira ok la kan...tak kan nak sama dengan yang mak masak lak. Mak masak dengan penuh kasih sayang. Isteripun masak dengan penuh kasih sayang. Kan? Kedai nak untung je. Tapi kira sedaplah. Pedas.

Habis. Balik. Kira syiling ada dua ringgit sepuluh sen. Apa aku nak beli ni. Hambapun singgah di sebuah kedai. Badan bapok panasnya, berpeluh, sup cendawan punya pasal. Terus pergi ke peti minuman...beli air mineral aje, seringgit sembilan puluh sen. Air mineral semula jadi cap aquarius. Ada tanda halal tak ni? Alamak tak ada, cane ni? Dah nak habis minum...

Yang ada tanda halal JAKIM, kofem halal. Kan? Yang tak ada logo halal, belum tentu tak halal...(ayat penyedap hati...hahahaha).

Tinggallah baki dua puluh sen, hamba masukkan balik dalam celeng hamba.

Hmmm, sedih tak dengar cerita hamba ni? Sedih tak? Hamba tengah sengkek ni...sedih tak? Takde, takde, hamba cerita ni bukan nak minta simpati sesiapa ok...hanya sekadar nak bercerita sahaja, satu kisah lawak yang terjadi pada petang ini. Tapi, kalau nak bagi sepuluh dua tu, elok sangat lah. Bukan apa, besar tau pahala sedekah, terutamanya kepada orang miskin macam hamba ni. Heheh...

Kalau bagitau orang, sume tak percaya. “Tipulah ngko, budak JPA tak ada duit, tak cayelah aku..”

Tak percaya tak mengapa. Hehehe. Ok juga kalau tak percayapun.

Tak mengapa, esok,insya Allah, hamba akan dapat duit. Wuuuuu....beznyeeee, sape nak, sape nak? Angkat tangan.



p/s: jelez tgk org makan makanan awek dia masak, beberapa hari yang lepas. Bau sedap lak tu. Huh!

celeng (bahasa Kelantan) = tabung.

Putus Cinta Ya..?

Hamba turun ke surau. Waktu Maghrib dah masuk.

Sampai di tangga (yang teramatlah tinggi itu), hamba nampak seorang kawan, duduk di tangga, tangan pegang hefon, hefon letak di telinga, gaya menelefon seseorang. Hamba mendekat (datang dari belakang), tak dengar pula dia bercakap, tunggu panggilannya diangkat gamaknya.

Sampai depannya, hamba tengok mukanya, dia tengok muka hamba. Hamba geleng-geleng kepala (gaya memerli). Dia menjauhkan hefon daripada telinganya, bertanya, "Mana motor?"

"Ada kat atas tu.."

"Oo, pahala lebih ea?"

"Taklah..."

Hamba turun lagi tangga.

"Ni kenapa?" hamba bertanya, peliklah jugakkan tengok kawan duduk di tangga Maghrib-Maghrib buta kan.

"Baru naik..."

"Putus cinta ya?"

"Tak de lah, cakap ngan mak kejap."

Hamba tergelak kecil...bila hamba turun beberapa anak tangga, terdengar dia cakap "Kena tazkirah kejap."

Tazkirah ke?

Jumpa Duit

Petang ini UKM ditimpa hujan. Renyai-renyai.

Menjelang Maghrib, hamba turun ke surau, berjalan kaki, sengaja nak menikmati suasana basah, sejuk dan hujan. Masa turun, lupa nak bawa duit untuk makan malam.

Sudah solat Maghrib, perut terasa lapar. Ah, malasnya!! Nanti lepas Isya' terpaksa turun lagi.

Namun, tiba-tiba, masa hamba angkat takbiratul ihram solat Isya', hamba terperasan sesuatu. Eh, ada duit dalam poket jubah hamba. Ada duit! Dari mana datangnya? Tiba-tiba je.

Habis solat, hamba cepat-cepat menyeluk ke dalam poket tersebut (duit beb!), dan keluarlah sekeping not RM 5 yang masih sangat baru. Memang duit baru sangat. Kan kalau duit dah lama, dia renyuk kan, pastu berlipat-lipat, kan. Ni takde, memang licin dan cantik, macam baru keluar daripada bank. Malangnya, bukti tak dapat ditunjukkan di sini sebab tak bawa kamera tadi.

Hambapun, apa lagi, dah dapat rezeki RM 5, terus naik ke cafe, tempah nasi goreng cili api. Dan hambapun makanlah.

Alhamdulillah Tuhan Maha Pemurah bagi rezeki pada hamba, secukupnya, memenuhi keperluan hamba. Sebenarnya memang biasa ada duit dalam poket baju, poket seluar hamba. Memang selalulah, murah rezeki.

Oleh itu, terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur).
(al-Quran, al-Duha 93: 11)

Alhamdulillah.

Nak tahu petua macam mana nak bagi keluar duit daripada poket baju kita?

Daripada Diri Kamu Sendiri.

~Nabi dalam tulisan ini bermaksud Nabi Muhammad s.a.w. Jadi, setiap kali terjumpa perkataan Nabi, berselawatlah keatas baginda~


Dan mengapa kamu (hairan) ketika ditimpa musibah (kekalahan pada perang Uhud), padahal kamu telah menimpakan musibah dua kali ganda (kepada musuh-musuhmu pada perang Badar) kamu berkata, "Dari mana datangnya (kekalahan) ini?" katakanlah, "Itu daripada (kesalahan) dirimu sendiri." Sungguh, Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
(al-Quran, Ali Imran 3: 165)

Terjemahan ayat al-Quran di atas menceritakan kepada kita bagaimana umat Islam telah mengalami kekalahan setelah mereka berjaya menewaskan kaum Quraysh dalam peperangan Badar setahun sebelum itu. Apabila mereka telah ditimpa kekalahan, mereka tertanya-tanya, mengapa mereka kalah, padahal mereka pernah menang, bahkan pada pusingan pertama, mereka telahpun menang.

Maka, dalam ayat di atas, Allah telah menjawab persoalan mereka dengan menyatakan bahawa kekalahan itu adalah disebabkan oleh mereka sendiri. Mereka sebenarnya telahpun memenangi peperangan Uhud pada awalnya, namun, akibat daripada sebahagian daripada mereka yang ditempatkan di atas bukit Uhud melanggar perintah Nabi, mereka akhirnya diserang kembali dari belakang oleh pasukan Quraysh yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid yang pada ketika itu masih belum memeluk Islam.

Merekapun mengalami sedikit kucar kacir. Jelas, semuanya disebabkan oleh mereka sendiri.

Persoalannya, mengapa Allah tidak membantu mereka, padahal mereka umat Islam yang teguh imannya, terdiri daripada Nabi dan para Sahabatnya. Mengapa Allah 'membiarkan' mereka kucar kacir dalam peperangan Uhud tersebut? Mengapa?

Hal ini demikian kerana (ayat spm), Allah telah menetapkan bahawa semua perkara yang terjadi di dunia ini adalah mengikut sunnah-Nya, sunnatullah, lumrah alam, ada sebab dan akibatnya. Maksudnya? Sebab kepada kejayaan adalah usaha yang bersungguh-sungguh. Kegagalan adalah disebabkan malas, perancangan yang tidak teratur, tidak mengikut arahan, strategi yang salah dan sebagainya.

Begitulah yang terjadi kepada Muslimin di medan Uhud. Mereka kucar kacir kerana mereka tidak mengikut arahan Nabi. Jadi, sunnatullahnya, sesiapa yang melanggar arahan, tidak mengikut strategi, mereka akan dikalahkan oleh orang yang pandai mengatur strategi dan tetap mengikuti strategi yang diatur.

Faham setakat itu?

Ok, seterusnya, hari ini kita melihat umat Islam ditindas. Dihina. Dilabel sebagai pengganas. Mundur. Ekstrim. Teruk lagi, miskin. Comot. Dan sebagainya. Dan lain-lain. Islam di Malaysia dihina, diperlekehkan, dicabar, dan dalam setengah-setengah keadaan diperkotak-katikkan.

Persoalan yang timbul dalam benak kita, mengapa semua ini harus berlaku (macam lirik lagu plak)...? Biar kita jawab sama-sama, semua ini berlaku kerana kita sendiri - sikap kita, sifat kita, akhlak kita, jiwa kita, hati kita, perangai kita, usaha kita dan sebagainya.

Kenapa? Bukankah kita Islam? Bukankah kita membawa agama Allah, penganut Agama Allah?

Hal ini demikian kerana (sekali lagi, ayat spm), kita juga tidak terlepas daripada sunnatullah, lumrah alam. Hari ini kita dapat lihat (sesetengah - ramai) umat Islam yang lalai, leka, malas, suka berhibur, malas belajar, tak boleh dikritik, suka meletupkan hotel, dan lain-lain. Kenapa umat Islam mundur? Kerana mereka malas, tak kreatif, tak proaktif. Kenapa umat Islam tak boleh membela saudaranya yang tertindas di Palestin misalnya? Kerana mereka bergaduh sesama sendiri. Dan senarainya akan bertambah, bertambah, bertambah, meleret.

Pokok persoalannya, setiap apa yang berlaku itu ada sebab dan musababnya. Dan sunnah Allah tidak akan berubah. Matahari tidak akan terbit dari barat, kecuali bila nak berlaku kiamat.

(Demikianlah) hukum Allah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tidak akan menemukan perubahan pada hukum Allah itu.
(al-Quran, al-Fath 48: 23)

Sebab sembuh bagi orang sakit demam adalah berubat. Kalau nak kaya, tapi kerjanya hanya bersusun cawan di kedai kopi, sampai kiamat lah...

Kemudian, kalaulah hamba tertanya-tanya mengapa hamba dibenci orang, maka hamba harus menyedari bahawa itu juga adalah datang daripada diri hamba sendiri, sebab hamba sendiri. Perangai hambalah yang menyebabkan hamba dibenci orang, kerana, lumrahnya, setiap orang membenci orang yang berperangai buruk dan teruk.

Kan?

(Xyahla blagak cam ustaz klu prangai teruk.)

Percayalah...

Hari ni hamba pergi joging. Biasalahkan, kuruspun kena joging jugak, tak nak bagi perut vuncit. Hehe..

Hamba mula je lari-lari anak, bertembung dengan seseorang. Dia angkat tangan. Hambapun balaslah, angkat tangan juga. Rakyat Malaysia kan peramah.

Kemudian, lari, lari, lari, dan lari, hamba bertembung lagi dengan dia.

"Ajim.." Dia sebut nama hamba!!!

Sudah. "Ni mamat mana pulak ni kenal aku ni.." Hamba senyum, angkat tangan, kemudian garu kepala. "Sape ek?" Sumpah hamba tak kenal. Tapi eksyen kena wat macam kenal, nanti terasa pulak hati dia.

Hmm, femes sangat ke hamba ni? Kofius. Kalau yang tegur tu popuan, tak kesahlah, sebab memang hamba akui, hamba ramai peminat popuan..Wekksss...(jelir lidah).. Ini laki beb..Ada jugak rupanya lelaki jadi peminat hamba.

Beznye jadi orang femes. Hehehe, jangan jelez ye sape-sape yang xdek peminat. Hahaha..(terperasan lebih lak).

Tapi kan, yang hamba tak habis herannye, dia tu lagi esemla drp hamba. Cane orang yang lagi esem leh jadi peminat hamba yang tak esem ni?

Hmm, kepada kawan-kawan yang mengenali hamba, maaf ya kalau jumpa hamba buat macam tak kenal sahaja, sebab memang hamba ini tersangatlah susah nak mengingat nama orang, dan wajah orang.

Tapi kan...(tak habis lagi, ingat dah habis)..ramai jugak orang yang benci hamba. Yalah, perangai hamba sangatlah teruk. Hamba tengah ubah ni...percayalaa~~~~...

Kacau

Kenapa dengan aku hari ni...tepat lagi, malam ni...

Mood tak elok, emosi tak stabil, jiwa tak tenang, hati tak tenteram...

Aku mendongak, memandang bintang bertaburan. Di mana bulan?

Aku sebak, ingin menangis, air mata tak juga tumpah.

"Wahai Tuhan, aku tidak meminta nikmat yang banyak. Aku ingin memohon kecerdikan yang lebih besar, agar dengannya aku dapat menggunakan segala nikmat yang ada dengan lebih baik lagi."

Kemana lagi aku boleh bersembunyi, melainkan kembali melutut kepada-Nya.

Kawan, maafkan aku atas perbuatanku menyakiti hatimu.

"Wahai Tuhan, aku sedang merindui..."

Ada paham?

Ha, ni la cara hamba belajar. Ni salah satu muka surat daripada buku nota hamba. Ade sape-sape bole faham? Hambapun tak berapa nak faham..hahaha..

~klik untuk besarkan (jgn risau, dia tak reload page ni, dia bkk new window)~

~sambil amik notapun sempat berjiwang lagi~

sape kata takleh jiwang-jiwang dalam kelas??!! Hahaha..

Doa Nabi Daud

وعن أَبي الدَّرداءِ رضي الله عنه, قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم: ((كانَ مِن دُعاءِ دَاوُد صلى الله عليه وسلم: ((اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حبَّكَ, وحبَّ من يُحِبُّكَ, وَالعَمَل الذي يُبَلِّغُني حُبَّكَ, اللَّهُمَّ اجْعل حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِن نّفسي, وأَهْلي, ومِن الماءِ البارِدِ.)) رواه الترمذىُّ وَقَالَ: حديثٌ حسَنٌ




Daripada Abu Darda’ r.a, katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Salah satu doa Nabi Daud s.a.w itu adalah: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu cinta-Mu, dan cinta orang yang menyintai-Mu, dan amal perbuatan yang menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku sendiri, keluargaku dan air yang dingin.” [Riwayat Tirmidzi, katanya: Hadith Hasan](1)

nota kaki:

1. Abi Zakariya Yahya bin Sharaf al-Nawawi, Riyad al-Salihin, Kitab al-Da’awat, Bab al-Amr bi al-Du’a…., hadith 1493. Sila takhrij sendiri dalam Sunan al-Tirmidzi.

Cantik punya perangai...

Cantikkan perangai camni. Harap belajar je tinggi.

~tong sampah belakang tu jer~

~dalam bilik kuliah, bawak masuk pandai, bawak keluar tak pandai~

~strategik~

Cubala belajar ubah perangai tu. Bukannya kecik lagi, dah besar panjang dah. Ubah mentaliti tu, bukannya tak baligh lagi...kan..Cuba buat perangai senonoh sikit. Tak boleh ke nak jaga kebersihan?

Ni sikit je ni, hamba selalu tengok depan mata hamba sendiri, ramai orang buang sampah merata-rata. Ada tu, tuan bukan main ayu lagi, tapi, selamba badak jer buang sampah merata-rata.

Hambapun satu kan, tak kutip, ambik gambar jer. Haha..ampun, hambapun sikap teruk gak. Hamba tak akan buang sampah merata-rata, tapi kalau ada sampah merata-rata, hamba tak akan kutip. Dah penat kutip sampah masa sekolah rendah, tiap-tiap pagi sebelum masuk kelas kena kutip sampah dulu di kawasan sekolah.

Bukan nak kondem sape-sape, tapi tak elokla kan buang sampah merata-rata. Ye la, bukan ramai pun yang perangai camtu, bukan selalupun kotak tu nak landing atas papan tanda tu, tapi, yang jarang-jarang tu la menimbulkan imej tak baik.

Hambapun tunjuk imej tak baik tu kat sini. Bukan, hamba cuma nak cakap betapa cantiknya perangai jer, bukan nak kutuk ke, kondem ke. Ok la kan letak kat sini, kalau repot kat menteri, camne...oleh itu, jangan saman hamba yer.

Cantikkan perangai hamba.

Indah

anak bulan rabiul awal

petang yang damai

kamera: Canon ixus 90 is
jurukamera: hamba.
lokasi: kampung apa entah namanya
tarikh: masa cuti raya cina 2010.
~hak cipta terpelihara~

Menanti dan akan terus menanti

Menanti dan terus menanti
Sehingga bila harus menanti
Penantian yang tak pasti.

Menanti dan menanti
Dengan penuh sabar menanti
Sehingga dia kembali.

Menanti dan menanti
kerana masih terbuku
Sebutir cinta dihati.

Menanti dan akan terus menanti
Menanti dengan setia
Sampai hujung usia.

Kalau Nak Seribu Daya

Kosmo Online, 15 Mac 2010, Isnin:

BAITULMUQADDIS - Seorang pejuang Palestin yang menjadi pegawai pergerakan Fatah, Marwan Barghouti berjaya menyiapkan tesis doktor falsafah (Ph.D) di dalam sebuah penjara di Israel, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana peranannya dalam beberapa serangan termasuk di sebuah pasar makanan laut di Tel Aviv yang membunuh tiga orang awam Israel.

Marwan yang berusia 50 tahun merupakan antara ratusan banduan Palestian yang meneruskan pengajian di dalam penjara.

Dia diterima masuk oleh Universiti Kaherah dan Akademi Arab bagi Penyelidikan dan Pengajian pada tahun 1999, tiga tahun sebelum ditangkap oleh pasukan pertahanan Israel.

Tesis kedoktoran itu bertajuk Prestasi Perundangan dan Politik Majlis Perundangan Palestin serta Sumbangannya kepada proses demokrasi di Palestin dari tahun 1996 hingga 2008 dan setebal 341 muka surat.

Ia akan dibincangkan di hadapan panel khas yang diketuai oleh Dekan Akademi Arab bagi Penyelidikan dan Pengajian, Universiti Kaherah, Profesor Ahmad Yussuf.

Marwan mampu menyiapkan tesisnya dengan bantuan ratusan buku dan dokumen yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Israel.

Ahli Lembaga Perundangan Palestin itu menduduki peperiksaan sekolah tinggi ketika dipenjara pada tahun 1980. Marwan kemudian memperoleh sarjana muda dan sarjana dalam bidang sejarah, sains politik dan perhubungan antarabangsa dari Universiti Bir Zeit, utara Ramallah. - Agensi

kredit berita: sila klik di sini.


Marwan Barghouti

Kalau hendak, memang seribu daya. Syukur bahawa kita di Malaysia masih tersangat beruntung dapat belajar dengan segala kemudahan. Jadi, usahlah terlalu banyak merungut bila sesekali aircond mati.

~ Hairan dengan orang yang mengsia-siakan peluang belajar di universiti.

Akhirnya, seperti isyarat tangan dalam gambar di atas, peace untuk Palestin, peace untuk dunia.

~ googled images ~

Doa Nabi Sulaiman

Dan sungguh, Kami telah memberikan ilmu kepada Dawud dan Sulaiman; dan keduanya berkata, "Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari banyak hamba-hamba-Nya yang beriman."
(Al-Quran, al-Naml 27: 15)

Wahai sahabat, kita telah dikurniakan ilmu, sedikit ilmu. Maka, marilah kita memuji Tuhan seperti pujian Nabi Daud dan Nabi Sulaiman kepada Tuhan.

Nabi Sulaiman juga berdoa:

"Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-Mu yang soleh."
(al-Quran, al-Naml 27: 19)

Sesungguhnya kita telah dikurniakan nikmat yang sangat banyak. Tinggal lagi, terpulang kepada kita, ingin menjadi hamba yang bersyukur atau sebaliknya. Syukur atau kufur, ia hanya untuk kita sendiri, dan Allah tak pernah untung atau rugi atas setiap amal perbuatan kita. Allah berfirman:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat." Dan Musa berkata, "Jika kamu dan orang yang ada di bumi semuanya mengingkari (nikmat Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji."
(al-Quran, Ibrahim 14: 7-8)

Sesungguhnya Allah Maha Kaya, kita ini hamba yang tersangat miskin. Dan hina.

"Wahai Manusia! Kamulah yang memerlukan Allah; dan Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji.
(Al-Quran, Fatir 35: 15)

Maka, usahlah kita terlalu mendabik dada.

"Dan janganlah memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dibumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri. Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."
(Al-Quran, Luqman 31: 18-19)

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama bersyukur atas segala nikmat dan pemberian Tuhan. Untuk segala ilmu yang kita miliki, segala puji hanya untuk Allah.

"Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang roh. Katakanlah, "Roh itu termasuk urusan Tuhanku, sedang kamu diberi pengetahuan hanya sedikit."
(Al-Quran, al-Isra' 17: 85)

Kamu tidak diberi ilmu pengetahuan melainkan hanya sedikit.

Baik campur Klorok...

Buletin Utama, TV3, 14 Mac 2010:

"...selain ganja, ditemui juga syabu....bahan khayal buatan sendiri....yang dicampurkan dengan ubat nyamuk..."

"Ubat nyamuk...??? Gile ke ape?"

Dah habis cara agaknya budak-budak sekarang nak cepat mampos...Erk, maaf...

Semoga ia tidak terjadi dalam keluarga aku, tak terjadi pada aku, pada orang yang aku sayang, kawan-kawan aku...dan semoga Allah kembali memperkasakan remaja Islam...

"...dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."
(Al-Quran, al-Baqarah 2: 195)

"...Baik campur klorok..." kata salah seorang pekerja di cafe.

Sebatang Kara

Kita jarang sangat menghargai apa yang ada. Erk, bukan kita, tetapi hamba. Ya, hamba tidak pernah menghargai apa-apa dan siapa-siapa yang ada.

Kemudian, bila ia berlalu dan hilang, barulah hamba sedar dan tahu betapa pentingnya ia dalam hidup hamba. Namun, dalam banyak keadaan, hamba sudah benar-benar terlewat.

Akhirnya, tinggallah hamba sendiri, menangisi yang telah pergi.

Maka, dalam tangis, hamba berdoa, "Wahai Tuhan kami, kembalikanlah kepadaku nikmat-Mu yang telah hilang daripadaku. Wahai Tuhan, ampunkanlah dosa-dosaku dan dosa-dosa orang yang aku sayangi, sesungguhnya aku benar-benar melampaui batas."

Sesungguhnya, hamba tidak pernah pandai untuk menghargai.

Aku mengejar yang telah hilang,
Sedang dalam kendongku masih ada,
Ah,
Dan aku kempunan semuanya,
Tinggal aku sebatang kara.

Air Yang Meleleh...

Sesungguhnya Allah menjadikan segala sesuatu makhluk-Nya dengan sangat sempurna. Dan setiap kejadian-Nya itu berjalan tetap mengikut aturannya, taat kepada perintah-Nya. Semuanya mengikut sunnatullah, atau dalam bahasa biasa, semuanya mengikut sunnah alam.

Maka, dalam hal ini, kita dapat melihat bahawa segala yang ada di dunia ini merupakan nikmat yang kita harus gunakan sebaik mungkin. Siang untuk bekerja umpamanya, maka malam pula kita perlu gunakan untuk berehat dan beramal ibadat. (Ya, kerja juga merupakan satu ibadat).

Maka, dalam memberi peringatan kepada hamba-Nya, bahawa kita manusia adalah kerdil, maka Allah acap kali di dalam kalam-Nya yang mulia, al-Quran, mencabar kita dengan bertanyakan beberapa soalan berupa - jika sunnah alam ini Dia hilangkan, apa akan jadi, apa pendapat kita, apa yang kita boleh perbuat dan kepada siapa kita boleh meminta tolong untuk mengembalikan nikmat sunnah alam itu.

Tinggalkan soalan-soalan yang banyak itu, mari kita berbicara soal air. Hari ini, ramai yang merungut kekurangan air, merungut tentang panas melampau, cuaca kering, tiada hujan, sakit tekak, air dicatu, empangan kering dan sebagainya.

Namun, semuanya berbica sekadar bicara dunia semata-mata. Jarang sekali mengaitkan fanomena kekeringan dan kekurangan air ini dengan kuasa dan kehendak Allah s.w.t.

Baiklah, hamba ringkaskan tulisan.

Dalam surah al-Mulk ayat 30, Allah ada berfirman yang maksudnya berbunyi begini:

Katakanlah (Muhammad), "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?"

Ya, jika Allah keringkan sumber air kita, susutkan air dalam empangan, keringkan sungai dan perigi, tidak turunkan hujan, kepada siapa kita boleh meminta air...kepada siapa? Bomba?

Maka, usahlah terlalu banyak merungut pada musim-musim panas ini. Dan usahlah terlalu membazir.

~googled image~

Makan Malam dan Anugerah

baru-baru ni, kolej yang hamba sayangi ni buat satu majlis makan malam, nama dia Malam Integrasi Highlanders. Nape kiterang dipanggil highlanders? Sebab kiterang dok atas bukit. Bapok tinggi bukitnya..

Ok, berbalik kepada makan malam tu, atau dalam bahasa glamernyer, diner. Sebenarnya hamba terlibat juga dalam diner ni, jadi ajk program, serap bawah ko-kurikulum. Alah, takyah la cite banyak-banyak, boring kan..

Untuk meringkaskan cerita, hamba telah mendapat anugerah pada malam itu. Iaitu, pelajar cemerlang FPI. Fuiyyyoooo......macam tak caya jer..hehe..ni la apa yang hamba dapat:

~ ingatkan dapat duit...hehehe ~

tapikan, masa nak terima benda alah ni, dia ada kuar gambar tau kat screen, gambar setiap penerima la...hamba penerima keempat, mula-mula fssk, pastu f apa entah, pastu ftsm, pastu hamba..sume orang depan-depan hamba, bila sebut nama, kuar gambar derang. tiba masa hamba, sebut nama hamba, aik, kuar gambar kawan fssk semula.

Ini tak adil, sabotaj....hahaha..hamba da terima, da salam ngan ayahanda pengetua, barula keluar gambar hamba...hehe..tak kesahpon...bukannyer esem sangat...kan...

hmmm, sem depan, hamba nak aktif ko-K plak...

ni adiah masa AGM kelab jabatan, anugerah pelajar terbaik tahun 2 Jabatan Quran Sunnah (lelaki):



erk, kalau sekadar cemerlang dalam pekse, tapi ilmu tadak, tak guna juga kan...hmm, hamba nak sangat jadi macam ustaz Nazri Ahmad dan Ustaz Mohd Arif Nazri...dan ustaz-ustaz lain jugalah...

maaf

kepada yang telah hamba sakiti hatinya, hamba menyusun sepuluh jari, memohon jutaan kemaafan. Hamba tahu, ia sangat sulit, tetapi, hamba benar-benar telah tahu kesilapan hamba.

Maafkan, bila waktu itu....aku menyakiti hatimu.

Sedih la camni...

Sedih tak bila ada orang tak perasanpun kat kita? Sedihkan...ke tak sedih? Hamba sedih...hmmm, mesti sebelum ni ramai orang yang sedih dengan perangai hamba yang tak ambil kisah pasal orang, jalan tak toleh kiri kanan. Bila dah kena pada hamba sendiri, ha, baru tahu...kan!

Tak mengapalah kalau orang tak perasan akan kewujudan hambapun. Memang hamba sentiasa sedar, dalam banyak keadaan, hamba hanya melukut di tepi gantang sahaja. Bila dah tak ada orang, baru cari hamba. Masa tulah, nak mintak tolong jadi MC la, itu la, ini la, baca doa la...bla bla bla...Kalau ada orang lain, tak terpandang hamba yang hina ni ha...biasalahkan, hamba bukan ada kelebihan apa-apa.

Bak kata Ramli Sarip dengan ROB, hidup di dunia ini bagai satu perlumbaan, ada yang menang, ada yang kalah...yang kalah kan tenggelam di dalam jurang sengsara, yang menang pula menjadi raja...

Habis.

~the rest of this entry have been deleted~ betoi ke omputih aku? hentam ajelah kan...bukan aku wat karangan bi spm ke, muet ke...kan? 17 Mac 2010.

makan-makan.

menu buka puasa:


kerepek dengan nata de coco tu daripada tempat kenduri yang hamba hadir semalam. Terima kasih kepada dua orang kawan hamba tu, yang sudi ajak hamba ke tempat kenduri, kemudian sudi sama-sama ke Mid Valley dan Petaling Street. Gembira.



Telur bungkus tu hamba beli, nasi hamba masak sendiri. Cantik tak nasi yang hamba masak? hahaha... Yang alas tu bukan alas meja tu...tu kalau nak tahu, (tak nak tahu tak mengapalah), adalah selimut hamba. Ha??

Itu bermakna, hamba dengan selamba badaknya, makan atas katil aja. Untuk makluman, katil hamba ni serba guna. Atas katil inilah hamba tidur, hamba makan, hamba menaip asaimen, hamba membaca novel, tengok movie, melayari internet (sekarangpun!), mengaji al-Quran, buat latihan (kalau ada) dan lain-lain lagi.

Dahsat kan...memang malanglah siapa-siapa yang akan termenjadi isteri hamba nanti. Malang kenapa? Termendapat suami yang bapok pemalasnya. hahahaha...

Tak mengapa kalau hamba makan nasi atas katilpun, sebab hamba makan tak tumpah.

Tak tumpahlah sangat, ni tengok ni ha:



Haha, ni jangan salah faham ni. Ni bukan kesan eksiden (seperti istilah seorang kawan hamba di DQ dulu) ni, bukan juga kesan air yang basi...ni adalah tumpahan kuah taugeh masak lemak. Hari tu, tak perasan pula polisterin pembungkus nasi tu bocor, letak kuah, semua tumpah keluar. Berbekas pada cadar...tak mengapa, hamba rajin membasuh, lagipun, kuah bukan najis.

Ha, pasal air yang tersangat hitam warnanya dalam gambar kat atas tu kan...tu bukan air teh tu, tu nama dia air asam boi. Sedaaaapppppppp....terima kasih.

Luangkan sedikit masa.

Malam ini hamba tak hingin mengadap laptop lama-lama. Hamba nak membaca 'Now, Discover your strengths' oleh Marcus Buckingham dan Donald O. Clifton. Buku pinjam ajer.

Tadi pergi jalan-jalan, ingat nak singgah kedai buku, cari buku sebiji (buku orang panggil biji ye?)...ingat nak beli buku sebuah dua...Uh, tak sampaipun; tak lalupun depan kedai buku. Ada kad diskaun Popular, simpan sahajalah dalam beg duit ni ha. Maklum, jadi pengikut...

Ok, tak mengapa, hamba nak membaca buku ni. Nak juga hamba tahu, apa strengths yang hamba ada. Boleh terbang macam keluang man ke?

Orang yang berjaya adalah orang yang menumpukan pada kekuatannya, bukan kelemahannya.

Tapi kan, hamba sebenarnya ada peperiksaan pertengahan semester esok. Bila nak ulangkaji? Hmmm...Macam malas saja. Susahlah macam ni kan...

Ok, selamat.

Tapi, tengok je buku tu...hmmm, i da mengantuk la syg...

Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)



Kisah pagi semalam.

Dalam pukul 9.00, ajim buka pintu, nak ke kelas. Ajim sarung selipar ke kaki, kemudian, terpandang situasi seperti dalam gambar di atas.

"Aik, nape kasut putih aku dok tepi longkang? kang tak pasal-pasal kena hujan," hati kecil ajim berbisik, sendirian.

Kemudian, tiba-tiba, ajim terperasan something.

"Aik, mana kasut bola aku?" Tuan-tuan, sepatutnya ada kasut bola tepi longkang tu, dan kasut putih sepatutnya berada di tepi kasut yang ada lambang rimau tu.

"Dah, hilang dah kasut bola aku. Sape pulak ambik ni..." mulut ajim mengomel. Ajim tengok sekeliling, tak ada...dalam longkangpun tak ada. Sah, kena rembat.

Ada orang pinjam kot. Pinjam kepala bapak apa, tak bagitau. Kan?

Matikan mood betul la pagi-pagi ni. Ajimpun buka mangga pada rantai motor, masukkan kunci dalam lubang dia di tengkuk motor hitam LC ajim tu, letak kaki atas tempat stat tu, henja alah kebowoh, stat muto. Mutopun idop la.

Dan hati ajimpun cepat memujuk ajim, "tak po lah, kasut go tigo puloh ya jah, nati aku beli woh go sratus lebih plok."

Ajimpun gi kelas. Abih r cito.

Cerita hari ini pula.

Pagi tadi ajim gi ngaja Qur'e, nuh di Kajang Prima. Pagi lagi la. Smale ajim tido Bangi, derah la pagi tadi pereh muto, balik UKM dulu, baru gi. Tengok ko meta minyok, yak, nok abih doh eh, jarum dok kawase merah dah...emejensi dah tu, kecimmase doh..ajimpun masa pergi tu, singgahlah di ada satu stesen minyak tu.

Ajim masuk-masuk saja, ada dia tulis 'untuk motosikal sahaja'. Ajimpun derah la kona gi situ, mugo ajim naik muto...Pah ajimpun pergi la ke kaunter kan, nak bayar, cakap kat dia, "nombo 2, lima ringgit." "Nomor dua tutup la dik."

"Ha?"

"Nomor dua tutup. Nomor 19 ye.."

"Ok la.." Ajimpun bayar, berjalan semula ke motor. Jauh you! Then tiba-tiba, brooookkkkk (hiperbola dalam bahasa Kelantan), ada sutir keta tu gi paking kat no 19. Sudah! Lagu mana nih!

Pastu driver tu keluar, muda lagi, terus ke kaunter. Ajim tolak motor, gi tongkat belakang kereta dia. Cane nih. Ajimpun tunggu je la abang tu. Dia bayar di kaunter, diapun datang.

"Abang, saya dulu." Ajim cakap kat abang tu, sambil tunjuk kat menatang copong minyak tu (dalam bahasa baku dia panggil apa ya?). Dalam hati dah cuak dah.

Dia cakap apa entah. Dia tak faham kot apa yang ajim cakap. Ajimpun malas nak explain. Biaq pi la kat dia! Then, dia amik copong tu, dia buka dia punya kereta punya tutup minyak tu, sondolkan copong tu, terisilah minyak. Dalam hati ajim "habis dah kali ni...habih dah," ajim dok perati je meter minyak tu. Kan dia keluar kan, dah berapa ringgit, dah berapa liter kan.. Ajim perati jelah benda tu.

Sampailah dia tunjuk angka 5.00, dia berenti. Abang tu terus pandang kat ajim, tarik keluar copong tu dari lubang minyak kereta dia, hala kat ajim, "Awak punya?!" (tanya separuh tak puas hati, separuh tak percaya, separuh pening kot)

"Ha'ah," Ajim mengangguk, serba salah. Dia sangkut benda alah tu di tempat asal, "Kejap eh." Dia pergi ke kaunter lagi. Nasib baik dia tak marah ajim.

Then dia datang balik, ajimpun explain:

"Maaf ek," ajim minta maaf.

"Takpe."

"Tadi saya nak isi kat sana, dia kata tutup, suh saya datang sini."

"Tak bagus kan diorang," ringkas giler dia punya komen. Kalau ajim, maunya sumpah sebaris dua. Diapun sambung isi minyak. Sampai angka 4.97 camtu la, diapun bagi copong tu kat ajim.

"Amik la, nak letak kan tak ...(ajim tak dengar dia cakap pe)..", dia hulur copong tu, suruh ajim sambung. Sudah!

Kat situ kan ada dua kepala copong. Yang satu warna hijau, yang satu warna kuning. Yang hijau tu RON 97, yang kuning RON 95. Masalahnya sekarang ni, ajim bubuh dalam tangki motor ajim ni, yang hijau sahaja, dia dah hulur kepala kuning. Masalahnya, tak bez motor ajim guna RON 95. Rasa macam berat ja motor, nak presspun susah. Tak pikap. Ajim dah try guna la dulu. Memang tak bez. Tak tahu la kot mind set je kan. Tapi memang ajim prefer yang hijau tu la to yang kuning. bio mahel ckit pom...(Alah, same aje, yang murah cepat habis, yang lambat habis mahal, pusing-pusing, same aja rugi).

Tak mengapala, kuningpun kuning la. Ajim amik, buka tangki motor ajim, isila minyak sampai angka 10.00.

Masa tengah jalan tu, ajimpun fikir, "ni dah kira bagus, kete Gen 2 pun isi minyak RM 10 je. Aku pakai motorpun isi lima ringgit. Nak pakai Gen 2 gak ah camni."

Tapi bukan masalah tu ajim nak cerita sebenarnya. Yang ajim nak ceritanya adalah, ajim syukur sangat bila dalam keadaan camtu, ajim berurusan dengan seorang abang yang sangat baik hati. Terima kasih abang kerana berakhlak mulia. Abang tu pakai bapok simple, tapi, hati besar!!

Bukankah berjumpa dengan orang-orang yang berbudi merupakan salah satu nikmat kurniaan Tuhan? Sebab itulah ajim bersyukur. Cuba kalau pagi tadi abang tu marah-marah ja..Mesti tension ajim bawa motor, as ajim ni memang tak boleh kena marah, cepat terganggu emosi. Tapi kalau ajim memang salah tak mengapalah kan.

Kalau semua orang dalam dunia ni macam tu kan, tenang aja, cool, waras, sebab semua orang tak perfect, kan aman dunia ni.

Kemudian, ajimpun pergilah mengaji.

Mengaji sekejap aje, lepas tu, sambil makan-makan, borak-borak. Abang tu cerita tentang pengurusan, tentang talent, strength dan lain-lain lagilah. Dia bawa keluar bapok banyak buku-buku, tulisan Covey mula-mula tu, pastu macam-macam ada, John C. Maxwell dan lain-lain. Dia ceritalah semua. Memang banyak dapat manfaatlah.

Banyak cerita tentang mind set lah. Ada satu teori tu, apa benda entah namanya, dia kata 80-20. Maksudnya, dalam kehidupan ni, ada 20% yang mengawal 80%. Contoh ya, ada sepuluh orang mempunyai 10 ekar ladang. Sebenarnya, dalam sepuluh orang tu, ada dua orang yang menguasai 8 ekar ladang, yang 8 orang lagi tu hanya berkongsi menguasai 2 ekar ladang yang baki tu. Jadinya, dalam kehidupan ini, kita kena tengok apa yang 20% itu yang mampu menggerakkan 80% kehidupan kita.

Alah, kalau siapa-siapa nak tahu dengan lebih lanjut lagi, meh ke bilik ajim ni, biar ajim syarah. Bawak pisang ye barang sesikat dua.

Ajim balik dengan membawa balik banyak ilmu dan maklumat baru. + Duit.

Syukur atas segala nikmat kurniaan Tuhan. Mahal tau nikmat Tuhan.

Tadi petang, ajim ke kafe. Perut sangatlah lapar. Maklum, hari ni belum makan nasi, pagi sarapan dengan kuey tiaw di rumah abang tu. Balik, basuh baju sampai tengah hari. Fuh, habis satu almari you, i basuh!!

Penat mencangkung, bersila dalam bilik air tu. Tu dia!! Kalau ikutkan Musailamah al-Kazzab tu, muflis dah ajim. Musailamah kan, bila Tuhan firman dalam Quran, siapa-siapa yang datang pada hari kiamat tak bawa amal soleh, mereka itu golongan muflis, Musailamahpun buat ayat dia, "barangsiapa yang membasuh pakaiannya, dan tidak ada lagi pakaian yang hendak dipakai, mereka itulah golongan yang muflis."

Ajimlah tu. Hehehe.

Ok, berbalik kepada nikmat Tuhan tadi kan. (Apa pergi sampai Musailamah pula ni)

Ok, perut ajim lapar sangat, tapi bila sampai kafe, tak lalu nak makan. Duit dah ada, tapi tak lalu...tak jadi juga kan. Jangan kata kalau ada duit semua boleh...belum tentu syeikh..

Sebab tu orang kata, dengan duit, boleh beli tilam yang empuk, tapi belum tentu tidur lena. Dengan duit boleh beli perempuan cantik, tapi belum tentu dapat cinta sejati (dah!).

Jadi, nikmat Tuhan tu besar, dan sangat mahal. Tak boleh beli beb. Kalau dah tak lalu nak makan, ha, nak wat cane? Kalau dah rasa pahit di lidah, nak buat cane?

Allah nak tarik nikmat, sekejap je. Bangun pagi, kasut dah tak ada. Kan? Nak makan, tak ada selera. Pastu sakit.

Tapi, lepas tu, dah tak lalu nak makan di kafe, ajimpun keluar ke pasar malam, beli kuih akok dan nasik kerabu. Ni ha gambar akok yang ajim beli, lima dua ringgit. Sedap juga lah. Dalam plastik gelenya, supit rokrak jah ni.



Ni akok kedut ore panggil. Koho banyok kedut, koho sedap.

Bukan senang beb nak syukur atas segala nikmat. Dan bukan senang pula nak reda atas kehilangan sesuatu nikmat.

Pah pulop, ramai ore ni, bila hile kasut, heboh sbutir dunia dia oyak kokre, tapi kalau time buleh pitih, ooo, senyap sedu, senyap tipah, senyap dip...

Sabab tu, Tuhan suruh bila kita dapat nikmat, kita kena nyatakan dengan bersyukur. Tuhan amat suka bila hamba Dia berjalan dengan menunjukkan kesan nikmat yang Dia bagi. Contohnya, orang kaya pakai smart2..kan...bagi derma...kalau ada mutor, naik muto gi kelas (gitu ke?), lap smace (?) kan...

Oleh itu, terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur) - Surah al-Duha, ayat 11.



Sekian, harap maklum.

kasih emak

Petang semalam aku call mak aku.

"Si wat gapo tu?" tanya mak aku. Masa tu lebih kurang pukul 6.30 petang.

"Baru sudah make." jawabku ringkas, tersenyum. Tak mengapalah kalau mak tak nampakpun.

"Masa ni baru make?" tanya mak aku.

"Ha'ah."

"Shari hari ni, jak pagi, ni baru make?"

"Ha'ah"

"Pah male ni tok make dah la?"

"Dok doh."

"Pade la kuruh kering pun~...."

Dalam hati aku berkata, "tak lalu la mak nak makan," tapi sekadar dalam hati sahaja.

Tapi aku pasti, seorang ibu sangat mengetahui setiap gelora hati anaknya. Dan ibuku, sangat memahami aku pula.

Terima kasih emak.

Aku selalu bertanya kepada kawan, mengapa masakan ibu lebih sedap berbanding dengan masakan di kedai, atau di cafe atau di dewan makan asrama. Dan soalan itu aku jawab sendiri. Sebabnya, emak kita memasak dengan penuh kasih sayang. Kedai memasak hanya mencari untung, ala kadar sahaja. begitu juga dewan makan asrama, mereka memasak dengan penuh kebencian (sedikit melampau ya?), cincai-cincai sahaja. Tetapi ibu, setiap hari, berapa kali seharipun, tetap akan memasak dengan penuh kasih sayang.

Sekali lagi, terima kasih emak.
Kemudian, malam ini, aku terasa seperti ingin demam. Dan emosipun sedikit kurang stabil. Kenapa ya??

*italic - bahasa Kelantan.

Kenderaan Pertamaku

~bukan bahasa baku~

korang tau apa kenderaan pertama yang aku naik?

Ia merupakan sejenis pengangkutan awam, iaitu beca. Ya, kenderaan pertama yang aku naik adalah beca. Korang tau apa itu beca kan. Yang ada orang kayuh basikal tu, roda tiga tu, itulah beca.

Bila tu aku naik beca tu? mengikut catatan sejarah, pertama kali aku naik kenderaan, iaitu beca pada hari ketiga kelahiranku. hahaha, hebat tak? baru tiga hari lahir ke dunia, da pandai naik beca. terer kan? terer tak?sebenarnya aku nak terus kayuh beca, tapi, kang masuk dalam book of record plak, tak nak la aku...kira ok la sekadar naik beca je. Sebab aku rasa haru jugak kalau aku gatih beca time tu..hahaha..

Ceritanya begini. Aku kan anak sulung. Masa tu mak ngan ayah aku tinggal kat kampung aku sekarang ni la, Bertam Baru. Masa tu, Gua Musang tak ada hospital yang canggih lagi (kira tak ada hospital lagi la). Biasanya zaman tu, orang melahirkan anak kat rumah aja, sama ada guna bidan kampung atau panggil misi datang ke rumah.

Tapi mak aku ni, telah pergi ke hospital Kuala Krai dan ditahan di wad di sana. Maklumlah, sebab aku sudah terlebih jangkaan, lama sangat dok dalam perut mak, tak mahu keluar-keluar. Aku duduk dalam perut mak aku 11 bulan tau, sebab tu aku cerdik...hahahaha...

Betul ni aku cakap, siapa nak anak dia cerdik nanti, simpan lama-lama sikit dalam kandungan. Kalau korang lelaki, suruh isteri korang simpan lama sikit baby tu dalam kandungan...hahaha...tapi sekarang mana boleh kan? Lebih tarikh jangkaan sikit je, terus misi suntik apa entah, bagi kandungan matang, then anak dalam kandungan terus nak keluar. Nak aman sikitpun tak boleh. Tak puas lagi dok dalam perut mak, dah kena keluar...biarla dia nak dok lama sikit kan..apa salahnya...Imam Syafie pun dok lama dalam perut mak beliau..betul x? Tapi sekarang ni, ikut kata doktor, bahawa bayi dok lama-lama dalam perut mak. Cukup sembilan bulan, lebih cikit dua tiga hari, kena keluar la, tengok pulak dunia yang lawa ni...kan?

Tapi tu la aku, aku dok lama dalam perut mak aku...hehehe...Kesian mak aku kena bawak aku lama-lama...jasa mak memang tak boleh balas kan?

Kata Sasterawan Negara Usman Awang:

Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan.

Then masa tu kan bukan zaman senang, then Bertam Baru dengan Kuala Krai tu bukanlah dekat. Aku tak pasti pulak mak dengan ayah aku gi dengan apa, (sejarah yang tu belum dikaji), tapi, balik memang sure naik beca. Naik beca tu dari hospital nak gi stesen keretapi. Lepas tu, kitorang naik keretapi plak balik ke kampung...hahaha...patutla aku minat sangat naik keretapi...hmmm...

Tapi bila aku besar, jarang aku naik beca. Seingat aku, masa aku sekolah menengah, berapa kali je aku naik beca, dua ke tiga kali, camtu je la..bukan apa, aku kesian tengok pakcik yang gatih beca tu, da la tua, kurus (macam aku ni ha), nak gatih beca kosongpun dah macam tak berapa larat, apatah lagi kalau ada penumpang.

Tapi aku pernah tengok juga masa aku tunggu bas suatu hari masa nak balik kampung masa zaman aku sekolah menengah dulu, satu beca yang dikayuh oleh seorang pakcik tu, penuh dengan murid-murid sekolah, tak cukup tempat duduk, boleh siap bergayut lagi kat tepi, kat belakang. Fuh...kesian pakcik tu.

Bila aku teringat kisah ni, ingatlah aku bahawa aku pernah hidup susah, dan memang daripada keluarga yang agak susah. Bukan macam sekarang kan, semua orang ada kereta, dan lain-lain lagi.

Tak mengapalah, atas segala nikmat Allah, aku sangat bersyukur. Kini aku dah ada sebuah motor, boleh juga naik pergi kelas...tu pun selalu lewat gak..

gatih (bahasa Kelantan) = kayuh.
gambar aku google je. seb bek masa tu tak dak kemera, kalau tak, leh amik gambar aku posing atas beca. kan...

absence sharpens love, presence strengthens it

"to conquer fear is the beginning of wisdom" - Bertrand Russell.

"only a few things in life are really important" - Marrie Dressler.

"i don't know the key to success, but the key to failure is trying to please everybody" - Bill Cosby.

"a man is not old until regrets take the place of dreams" - John Barrymore.

"absence sharpens love, presence strengthens it" - Thomas Fuller.

"it takes a lot of courage to show your dreams to someone else" - Erma Bomberk.

daripada lensa kamera, suatu petang di desa


Yang Tak Terpandang

~bahasa pasar, tak sesuai digunakan untuk tujuan ilmiah~

Biasalah, manusia itu bersifat pelupa kan. Tapi jarang ada pelajar yang lupa bahawa kelas batal. Tapi hari ni, entah macam mana, boleh pulak aku lupa satu kelas tu batal.

Dengan semangatnya aku bangun pagi. Pagi tak pagi la, kunci jam pun dah pukul 7.50. Tak tepat sangat jam aku. Entah awal berapa minit.

Datang-datang kelas, tengok ada sorang je. Sudah. Batal ke?

Langsung tak ingat. Padahal da maklum minggu lepas. Tak mengapalah.

Pukul 10 pagi, aku ngan kawan-kawan bentang asaimen Kemahiran Menulis, Penggunaan Bahasa Melayu dalam Laman Bual. Habis kelas agak awal, kawan-kawan ajak makan.

"Gi la, gi la..." aku menolak pelawaan mereka. Dalam poket baju ada RM1, dalam wallet ada RM 1...pokai ya amat...hehehe

Bila aku ceritakan kat sorang kawan tu, dia tanya, "hehe abis cane mkn", dalam hati aku kata, nganga mulut, suap makanan, makan lah...hehehe, tapi aku ckp kat dia, "hehe tak makan la...klu nak makan, kena gi jupe pak sedara..."

"Pak sedara kat mana?" tanya si kawan.

"Pak sedara kat UKM ni je. Nama dia, sorang tu nama BIMB, sorang tu nama CIMB, sorang tu nama BSN...Kalau nak mintak duit sekadar seratus dua tu, diorang boleh bagi...hehehe"

"Oo, baiknya pak sedara tu.."

Memanglah, dah kita wat baik dengan dia dulu kan. Cuba buat-buat tak kenal, ada kita boleh nak gi cucuk duit kat situ? Sampai kiamatlah jawabnya.

Begitu juga manusia, kan? Kalau kita nak dakwah orang, kita kena baik dengan dia dulu, jadi kawan, rapat, tahu masalah. Ini tidak, dok kutuk-kutuk, caci maki, tak nak kawan, pandang semacam. Macam mana orang nak dengar kita punya cakap...mamposlah...kan?

Contohnya, yang berlaku, kita dok sumpah orang, itu la, ini la, boneka Samsu Adabi la, apa la, agak-agak bila kita ajak orang yang kita sumpah tu datang surau, atau datang dengar ceramah maulid Nabi, diorang nak datang tak?

Kitapun kalau orang sumpah kita, kita marah kan...jadi, kenapa yang kita ni, yang konon-konon Islamik ni, suka sangat nak sumpah orang, laung yang bukan-bukan? Antara mereka tu kawan kita, jiran kita, lecturer kita, kan?

Bukankah baik kalau kita berkawan je, buat baik ngan  sume orang...takkah aman dunia ni. kan?

Kemudian (katalah) timbul isu hak (yang mesti dipertahankan). Then, banyak lagi cara untuk mempertahankan hak, selain daripada menyumpah orang. Kan.

Jadinya, apa yang aku melalut ni?

Jadinya, untuk orang faham apa yang kita nak bawa, kita kena baik dengan diorang dulu.

Jangan cepat kondem orang bila diorang tak nak terima dakwah kita, apa yang kita bawa. Cuba tanya diri kita dulu, di mana silapnya. Seperti kata Ebiet G. Ade dalam lagunya:

"Tengoklah ke dalam, sebelum bicara,
Singkirkan debu yang masih melekat...
ho~ singkirkan debu yang masih melekat.."

Nabipun Allah larang daripada menyumpahi berhala.

Habis.

Adapun kemudian daripada itu, maka, semalam ada orang hantar mesej kat aku suruh aku jadi MC malam ni. MC untuk AGM. Dah tak ada orang lain katanya. Begitulah aku ni, orang yang tak terpandang...

Hanya yang tak terpandang.