Lihatlah pada burung

Lihatlah pada burung


Lihat pada burung terbang melayang
Tak pernah takut menggapai awan
Mengepak sayap menongkah ribut dan taufan
Jatuh ke bumi bukanlah terlalu malang.

Maka, mengapa engkau wahai manusia
Terlalu takut menghadapi hidup?

Quote of the day

"Apa barang syeikh, ada kelas." - Roomate.






situasi: Pukul 11.30 pagi.
"Alamak, ada kelas la plak kul 12."
"Apa barang syeikh, ada kelas."




;-p

Ar Em Dua Point Lapan Juta

                ***
"Untuk program ni saja, kerajaan bagi dua point lapan juta. Termasuk latihan, elaun, makan, minum semua."
"Banyak tu. Bez la gi sana."
                ***
"Makan tanggung, berak cangkung. Kau pegi je. Dua point lapan juta tu kerajaan bagi duit. Tu pun duit tu entah kat mana-mana. Pandai-pandai kau lah."
                ***
"Alah, biasalah zaman sekarang, semua orang nak cepat kaya."
"Nak cepat kaya dengan nak cepat masuk neraka."
                ***

My-(beloved)-handset

Let me tell you about my handset.

Ok, actually, my handset really really need a new housing.

Wait. Or I who need a new handset?

I don't know. I don't know, either my handset need a new housing or i need a new handset.

By the way, let's have a look at my handset.

























































~hmmm~

~backside~

~oh my God~

Sooooooo olskool...isn't it? Outdated. Hahaha...Never mind anyway. I love my handset. Beside that, i'm a loyal man, you know...well...

i just have no intention to change my handset yet. But, maybe someone out there want to give me a new, branded, complicated handset, who knows?

Oh, i want a PDA + Blackberry + Wutever.

At the end of the day, i'm just a simple boy, with a simple life.

Simplified~~~

Dalam kepekatan malam.

Dia duduk sendiri. Menyepi di beranda.

Angin malam sepoi-sepoi menyapa muka, mengusap rambut-rambutnya yang kian memanjang. Rambutnya itu, menggerbang, tidak terurus, bagai ingin menari-nari bersama angin. Dia masih juga duduk di situ, bertopang dagu, berjuntaian kaki, memandang entah ke mana pula. Ke manalah sangat pandangannya boleh tumpah dalam kegelapan malam yang semakin mencengkam. Tapi dia tetap juga memandang, seolah-olah pandangannya itu tembus, melintasi malam, menguak kelam, pergi jauh melintasi awan, menembusi angkasa, sampai ke langit yang paling tinggi.

Tidak. Pandangannya tembus terus ke tempat kekasih hatinya.

Angin yang datang, lembut dan sejuk. Di tanah, ada yang berbunyi, panjang dan nyaring, entah cengkerik, entah makhluk apa, entah memanggil kekasih, entah berzikir memuji Tuhan. Atau bunyi itu hanyalah sebuah lagi lagu sendu, lagu rindu - fikir hatinya.Dia tidak menghiraukan sangat bunyi itu. Bunyi itu, bunyi yang telah sebati dengannya sejak dia di dalam perut ibu. Biarkan. Biarkan dia berbunyi. Biarkan dia memuji Tuhan. Biarkan dia melagukan cinta. Biarkan. Dia tiada keinginan untuk menikmati bunyi itu, seperti dulu-dulu.

Dulu, dia boleh berlama-lama, juga di beranda itu, mendengar seribu macam bunyi, seribu satu suara. Dan dia selalu tahu, itulah satu-satunya hiburan hatinya, seorang anak desa yang tinggal terasing jauh daripada manusia.

Kini, dia banyak meningkat dewasa. Dan dengan meningkat dewasa itu, hatinya tidak lagi terpaut pada bunyi-bunyi makhluk malam itu.

Angin menyapa lagi, membawa khabar entah dari mana. Bulan di langit malu-malu, baru muncul dari puncak gunung. Gunung yang menghitam dalam pekat malam, tambah menghitam dibawah sinar samar rembulan. Bintang-bintang ada bertaburan, tidak mahu tenggelam dalam cahaya bulan. Bulan tanpa bintang tiada serinya juga - bisik hatinya lagi.

Bulan tidaklah terlalu purnama. Bintangpun tidaklah terlalu bercahaya. Awan juga tidak terlalu berat untuk berarak. Awan ada sedikit-sedikit, nipis bertompok-tompok, hitam di langit. Langit hitam, awan hitam, gunung hitam, semuanya legam. Dan masa depannya juga kelihatan kelam.

Cinta? Cinta entah tergantung di mana. Di awan, di bulan, di angin, di gunung, atau di bintang, dia tidak tahu. Yang pasti, cinta tiada lagi di hatinya.

Biarlah, bisik hatinya.

Angin yang menderu, seolah-olah mengalunkan pula bait-bait sajak Usman Awang, Dari Bintang ke Bintang:

Ketika mata saling menyapa senyum berbunga
Tasik hati mu mencecah jiwaku mesra
Betapa debar dada kurnia alam kasih bertakhta
Kau datang tanpa suara, menjamahku tanpa sabda

Subur laksana ladang petani di lereng gunung
Ranum menguntum dalam wujud rasa maha agung
Mata yang memberi hati ini penuh menanti
Kureguk kasih menghadapi hidup seluruh berani

Kini kulihat kepalamu tersandar di jinjang pelamin
Rambutmu tersanggul terandam mengilau di cahaya lilin
Gemersik kainmu membisikkan bahagia malam pengantin
Melimpah tumpah bahagia dalam tawa teman keliling

Ketika malam kulihat matamu pada bintang
Senyummu melambai di gemilang sinar bulan
Dari bintang ke bintang kunantikan lagumu
Hanya kerdipan dalam bisu suara hatiku bimbang

Jika aku berdiri di muka jendela hati terluka
Bulan sedang mengintai di balik awan kusapa
Angin yang datang dari pelaminmu kutanya
Ia bisa mengabarkan saat adinda sedang bahagia


"Masuklah, dah lewat malam ni," ibunya entah bila tercegat di pintu depan, memanggilnya masuk. Dia menoleh, merenung ibunya yang separuh baya, kemudian menarik nafas dalam-dalam. Nafas itu kemudiannya dilepaskan lemah pula, perlahan, putus asa.

"Emak tidurlah dulu."

"Buat apa ni kat sini sorang-sorang, malam-malam macam ni?" emaknya tiba-tiba melangkah turun juga ke beranda, melabuhkan punggung di sisinya.

"Tengok bulan, mak. Tapi tak nampak sangatpun. Bulan baru nak naik." Dia bangun, terasa emaknya mengganggu pula.

"Duduklah, mak pun nak tengok juga." Dia duduk kembali.

"Rindu akan siapa ni, malam-malam tengok bulan, tunggu bulan?"

"Alah mak ni...ke situ pula." Angin bertiup sedikit kencang. Dan bunyi makhluk entah alunan apa itu semakin meninggi. Malam juga semakin larut. Bulan makin meninggi. Dan hatinya semakin sunyi.

"Eh, ko da siap ke asaimen?"
"Nape plak?"
"Ni, seronok je dok tulis blog..."
"Hahahaha....aku kan nak jadi sasterawan."
"Sasterawan atas dahi ko...asaimen tak siap-siap agi."
"Baiklah. Jom tidur."

Bersambung...kihkihkih...jangan mara aa...


eh, sambung-sambung..

Dia menyepi. Dia hanya memandang dikejauhan. Emaknya seolah-olah tidak wujud pula.

Diam seribu bahasa. Yang ada cuma suara nyaring bersahut-sahutan, tingkah meningkah. Akhirnya emaknya bangun sendiri, menggosok-gosok bahunya, kemudian menoleh, dan meninggalkannya lagi, sendirian di beranda itu. Dia menoleh, menghantar emaknya masuk dan menghilang ke dalam rumah pusaka itu dengan pandangan matanya yang kosong.

Dari kejauhan, bunyi ayam jantan berkokok sambung menyambung. 'Tak tidur lagikah ayam ni?' soalnya sendiri. Namun bunyi ayam itu tidak juga mampu mengubat kesunyian dan kekosongan jiwanya.

Dia tetap diam di situ. Dan untuk menghibur hatinya sendiri, dia akhirnya menyanyi-nyanyi, lagu yang dia dengar sejak masih di sekolah rendah lagi. Dia menyanyi, menjiwai lagu itu, lagu Ku di halaman rindu - Lefthanded.

Di tengah kepekatan malam
Berdiri aku di halaman rindu
Di hembus kenangan lalu
Menjelmalah seraut wajah
Sekuntum bunga yang pernah ku puja
Tapi layu akhirnya

Ingin ku tembus tembok silam
Dan membaiki kesilapan kita
Yang tiada kita rasa
Dahulu maaf tak bererti
Darah muda menguasai diri
Gitu mudah membenci


Ku di halaman rindu
Hanya berteman bunga yang layu
Ku di halaman rindu
Tiada harum tiada madu



Oh kesalku membeku di kalbu
Oh sayangku penawar rinduku
Oh kasihku hanyalah untukmu
Oh sayang hanyalah untukmu

Hahaha...Daaaaaaaa...

"Nantilah, aku buatkan cerpen yang proper...aku kan Malaysian National Laureate to be"






Semester enam.

Detik demi detik lenjap ditelan malam. Dan dengan tiada terasa umur manusiapun lenjap sedetik demi sedetik ditelan malam dan siang. Tapi masalah-masalah manusia tetap muda seperti waktu. Dimanapun djuga dia menampakkan dirinja. Dimanapun djuga dia menjerbu kedalam kepala dan dada manusia, dan kadang-kadang ia pergi lagi dan ditinggalkannja kepala dan dada itu kosong seperti langit. -Proemadya Ananta Toer.


"Semoga pencarian anda terhadap kecemerlangan insan berhasil dan tiada penghujungnya. semoga anda berkorban, tidak hanya terhadap matlamat yang anda tetapkan, tetapi mencapainya dan menetapkan lebih banyak matlamat lagi; bukan hanya berpegang pada impian yang anda capai, tetapi untuk mengimpikan impian yang lebih hebat daripada yang sebelumnya; bukan hanya menikmati bumi ini dan kekayaannya, tetapi menjadikannya tempat yang lebih baik untuk hidup; dan bukan hanya mengambil apa yang anda boleh daripada hidup ini, tetapi menyayangi dan memberi dengan murah hati." -Anthony Robbins.

Selamat melangkah ke semester enam, buat diri saya sendiri. Banyak impian yang ingin di gapai, banyak mimpi yang mengayam malam. Dan di sana, sentiasa ada bulan. Dan di sini, masih ada sekeping hati.

Pulangkan hatiku, dengan penuh cinta.

Parut di dagu.

Parut di dagu itu masih ada di situ, seperti dulu-dulu juga. Parut di dagu itu masih ada ketika aku menatap wajahnya lagi. Dan parut di dagu itu akan terus ada di kenanganku, mungkin untuk sejuta tahun lagi.

Senyumnya tetap menawan, seperti selalu, walaupun kali itu, dia sudah tidak banyak tersenyum lagi.

Dan seperti dulu-dulu juga, bila aku tanyakan tentang kesihatannya, dia menjawab dengan nada yang itu juga, “siiihaaattt…”, nada yang tak mungkin akan aku lupa untuk selamanya. Perkataan itu selalu ada di kuping telingaku, terngiang-ngiang dan masih terasa kesegarannya. Betapa, aku merinduinya dalam segenap cara, dalam semua aspek tentang dirinya.

Wajahnya yang itu, terkadang bercermin mata, terkadang tidak, selalu sahaja hadir dalam mimpi-mimpiku, dengan hidung itu, dengan mata itu, dengan bibir itu, dengan senyuman itu; yang aku kira, suatu masa dahulu, semua itu milik aku.

Aku ingin berlama-lama dengannya. Berdiri tanpa senyumpun tak mengapa. Separuh abad terasa terlalu singkat pula. Aku ingin memandang dan menikmati parut di dagu itu sedalam-dalamnya, seolah-olah di situlah segala kasihku tumpah. Aku ingin masa berhenti untukku, sehingga aku boleh bersama-sama dengannya dalam keabadian. Kalau boleh, akan ku berlari mengejar masa, sehingga saat bahagiaku berdiri di hadapannya tidak akan pernah luput, dan saat untuk dia pergi lagi tidak akan pernah datang menjemput. Namun seperti datangnya, dia akhirnya pergi juga, meluncur laju menghilang dengan Grand Livina putihnya.

‘Dia sudah berjaya,’ getus hatiku. Aku sahaja yang masih di mana-mana. Aku lepaskan juga dia pergi, meninggalkan aku tercegat berdiri, dengan segala berat hati, dengan segala rasa di dalam dada, memerhati Grand Livina itu sehingga luput di mata. Siapalah aku untuk menahannya pula. Aku lepaskan dia pergi, kerana aku tahu bahawa hanya jasadnya sahaja yang hilang daripada pandangan, sedang parut di dagu, sudah aku ambil dan simpan.

Dia tiada di mataku, – mungkin sahaja – kerana kami terpisah beribu batu; namun tak pernah pula hilang dari hatiku. Dan aku tidak pernah tega melepaskannya keluar, melepaskannya pergi, kerana, setiap saat, ada sahaja suara hati yang berkata bahawa dialah segalanya untukku. Dialah segalanya untukku.

Dan aku ingin menatapnya lagi.

Lebih daripada itu, aku ingin memilikinya lagi. Aku ingin meminjamnya lagi daripada Tuhan, dan kali ini, pasti akanku jaga dengan lebih baik lagi. Aku ingin meminjamnya lagi, dan aku ingin bersama-sama dengannya sampai ke syurga.

Cinta bukan bererti memiliki. Cinta bukanlah menerima; cinta adalah memberi. Akan ku hamparkan lagi cintaku yang setia.

Dan, seperti setiap saat yang telah berlalu, aku merinduinya dalam segenap rasa. Bila lagi kita akan bersua? Adakah suatu waktu untuk kita bersama?

Di udara, lagu Untukmu Kekasih, nyanyian Ebiet G. Ade terbang entah ke mana-mana:

Ingin berjalan berdua denganmu kekasih,
Lewati malam setelah usai rinai gerimis,
Lelawa jadi luruh dengan rumput biru,
Jemari tangan kita lekat jadi satu,
Pipimu memerah, hasratku merekah,
Kenapakah waktu tertinggal jauh...

                --xxx--

Malam, suntingkan rembulan untukku,
Agar cinta tak berpaling dariku,
Lama aku pelajari satu puisi,
Sayang, bila hanya angin yang mengerti,
Oh burung bernyanyilah,
Demi terjalin cinta...
Oo hooo....hooo...

It's time to say thank you

Alhamdulillah, puji dan syukur hanya kepada Tuhan.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah saya yang telah memberikan markah A kepada saya. Apa yang lebih penting daripada A tersebut adalah, mereka terlebih dahulu dengan sabar dan tekun mencurahkan ilmu kepada kami – yang nyata sangat perlu diterimakasihkan.

Terima kasih kepada emak dan ayah dan keluarga dan adik beradik dan nenek dan sanak kerabat dan saudara mara kerana sumbangan, sokongan, harapan, kasih sayang, ambil berat – yang ternyata berlebihan dan melimpah. Kasih sayang mereka sudah tentu jauh melangkaui langit dan bumi.

Terima kasih kepada sahabat dan teman. Paling tidakpun, terima kasih kerana sudi juga mengajak saya menyertai study group bersama-sama (walaupun itu bukan cara saya belajar – dari dulu lagi). Terima kasih kerana sudi juga melayan kerenah saya yang terkadang terlebih angin juga. Terima kasih kepada kawan yang sudi membuat tugasan bersama-sama, menyertai kumpulan. Dan yang lebih penting, terima kasih kerana senyum yang menawan.

Terima kasih kepada teman yang jauh di mata, namun sentiasa ada di alam maya, ada di mesej, terlebih dekat dihati.

Terima kasih kepada yang sentiasa memberi inspirasi. Menyepi bukan bererti melupakan.

Dan terima kasih kepada semua yang berjasa. Anda tahu siapa diri anda.

Ada doa yang dipanjat: Wahai Tuhan, aku tidak meminta nikmat yang banyak, tetapi aku meminta kecerdikan yang lebih besar, agar dengannya aku dapat menggunakan nikmat-Mu dengan lebih baik lagi.

Dan akhirnya, saya rasa sepi sendiri. Sunyi. Kosong. Dan, sedihpun datang bertandang – dari setiap sudut, menyerap dalam pernafasan, masuk dan larut di dalam hati.

Sayapun tinggal begitu-begitu juga. Sendiri dan sepi.

Cinta tertinggal di mana?

Terima Kasih

Hari ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih secara terbuka kepada sahabat saya, saudara Safuan bin Yusuf kerana dengan kerja kerasnya dan semangat kerjasama yang ditunjukkan olehnya, membolehkan kami mendapat markah penuh dalam kerja kursus subjek Tafsir 1. Waooo...

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana beliau tidak pernah merungut bekerja sama dengan saya dan tidak serik (mungkin lepas ni serik) dengan kecerewetan saya dalam membuat kerja. Sudahlah cerewet, malas pula tu. Suka buat kerja last minute, suka bertangguh.

Namun dengan berkat ketekunan beliau, dan rasa tanggungjawabnya yang tinggi, kerja itu berjaya disiapkan, dan berjaya mendapat markah penuh. Semua pujian dan sanjungan selayaknya diberikan kepada beliau.

Saya bangga dan gembira boleh bekerjasama dengan anda, Safuan bin Yusuf. Memang anda seorang sahabat yang baik, pemimpin yang adil, seorang yang sangat mengambil berat dan empati.

Sebanyak manapun saya menulis dan memuji di sini, ia tidak akan sama dengan apa yang ada pada beliau. Oleh itu, saya berhenti di sini dengan satu ucapan, terima kasih.

26 nombor keramat bencana alam

INFO: 26 nombor keramat bencana alam

26 Ogos 1883: Krakatau meletus (36,000 maut)
26 Julai 1976: Gempa di China (255,000 maut)
26 Januari 1951: Gempa di Portugal (30,000 maut)
26 Disember 1932: Gempa di Gansu, China (70,000 maut)
26 Disember 1939: Gempa di Turki (41,000 maut)
26 Disember 1996: Badai di Sabah (1,000 maut)
26 Disember 2003: Gempa di Bam, Iran (60,000 maut)
26 Disember 2004: Gempa & tsunami Aceh (250,000 maut)
26 Mei 2006: Gempa & tsunami Pangandaran (250 maut)
26 Mei 2010: Gempa di Tasikmalaya (20 maut)
26 Oktober 2010: Gempa & tsunami Mentawai(Beratus-ratus maut, hilang)
 
(sumber: klik di sini)
 
 

idaman hati

Baby Taylor
$ 342.00


Yamaha CG171SF
$ 359.99


Epiphone Hummingbird


ada siapa-siapa nak hadiahkan saya salah satu daripada yang di atas? atau mana-mana yang seumpama di atas?
mana-manapun, saya pasti menyukainya. Terima kasih.



p/s: harga bukan dalam ringgit Malaysia.

kofiden

Jawab exam macam kofiden. kuar dewan, kofiden buleh A dah. pastu gi makan. masa dekat-dekat nak habis makan tu, datanglah seorang kawan.
"Ko jawab soalan brapa?"
bla bla bla...
"Sempat plak ko."
"Soalan last tu, ko hurai tak?"
"Kena hurai ke?"
"Itulah, akupun tak sure, tapi aku xcukup masa. tak hurai pun."
"Aku tak hurai. Nak hurai cane?"
"Bagi contoh ke..bla bla bla"
"Aku tulis point je."

terus tak kofiden lagi. habis lah. kadang-kadang aku hairan, apa orang tulis banyak sangat ha dalam exam sampai tak cukup masa? aku lebih banyak lagi masa. Dulu, masa aku sem awal-awal dulu, aku jenguk orang sebelah, penuh kertas berjela-jela dia tulis jawab satu anak soalan. aku, untuk anak soalan yang sama, aku jawab dua baris je. aku fikir, apa diorang tulis ye? aku tak boleh nak tulis apa-apa pun.

hmm, sebab tu aku tak suka soalan subjektif. sebab aku tak pandai nak jawab. kalau objektif kan senang. dah la tak payah study, tak payah hafal - tak payah tulis panjang-panjang plak tu. then tak payah risau cukup ke tak cukup jawab, betul ke tak betul, nak contoh ke tak nak, kena hurai ke tak. kora-kora je, siap. kalau betul, betul la. kalau salah, salah. kan senang.

cukup la tu, malam ni ada exam lagi ni. da la demam, tak study lagi, kena hafal banyak lak tu. huh.

nak objektifffffffffffffffffffffffffffffffffffffffff..................................

KEMARUK

Habislah hutan ni. Habislah!



Beruk-beruk yang baru keluar daripada kumpulan beruk itu tidak mahu masuk geng Mawas. Mereka ingin jadi pembela spesis beruk yang sebenar. Maka, mereka membentuk satu kumpulan baru; KEMARUK. Kemaruk adalah sebuah kumpulan yang berkecuali, tidak beruk dan tidak mawas, sebaliknya berada ditengah-tengah. Sebab itulah namanya kemaruk, iaitu Kem + Mawas + Beruk = Kemaruk. Merekapun sudah dapat tempat duduk baru di majlis kedai kopi.

Majlis kedai kopi itulah yang menjadi tempat bertemunya wakil-wakil mawas, beruk dan kemaruk ini. Di situlah mereka bertengkar, di situlah mereka melucah, di situlah mereka londeh melondeh. Dan di situlah tempatnya ahli kemaruk mendedahkan temberang kumpulan beruk, seorang demi seorang. Semuanya sudah tidak hiraukan lagi kehendak semua penduduk hutan yang memilih mereka sebagai suara. Mereka tak hirau lagi pasal berapa duit nak buat jambatan dari dahan ke dahan. Mereka tak hirau lagi kesah harga pisang hutan naik mendadak. Mereka tak kesah kalau harga air sungai tak turun-turun. Mereka tak pernah ada hati nak berbincang tentang kes-kes remaja beruk dan remaja mawas yang dengan sengaja membuang anak yang baru lahir dari atas pokok. Ada yang meninggalkan anak mereka di dahan, sampai dijumpai oleh penduduk hutan yang lain. Mereka tak mahu bincang yang itu.

Mereka hanya kesah cerita tarik ekor beruk jantan, cerita ketua mawas yang konon-konon sebelum jadi ketua dulu ada menendang sejenis spesis dari tanah tinggi dari atas pokok, tendang jatuh sampai mati. Itu sahajala yang mereka lalakkan dalam kedai kopi itu sehari-hari. Tak cukup dalam kedai kopi itu, mereka panggil pula wartawan buat sidang akhbar di layang atap kedai kopi.

“Saya dibayar juta-juta supaya menjatuhkan ketua mawas. Supaya saya memfetnah ketua mawas.”

“Rancangan Jumaat Kliwon nak rampas hutan ini daripada penguasaan mawas adalah bohong.”

“Bohong.”

“Bohong.”

“Moral pemimpin beruk dah tercemar dengan tuduhan menarik ekor beruk jantan.”



Semalam, manusia masuk kuliah. Pensyarahnya bersyarah:

“Kita mana boleh membuka aib orang. Melondeh orang. Walaupun kita dah tak suka satu kumpulan itu, kita dah nak mufaraqah daripada kumpulan itu, kita tak boleh buka aib dia. Kenapa nak buka aib orang. Nanti hari kiamat, Allah buka aib kita pula.”

“Semua penghuni hutan ini dah mula sedar siapa kumpulan beruk sebenarnya. Mereka akan boleh menilai.”



Ah, malas!!!...hehehe

Dah de awek ke?

A: dah ade awek ke?
B: ne de awek
B: nape ty camtu?
A: bkn dah de awek ke???
B: sape awek?
B: ne de awek
A: mane la taw..
B: xdek sape2 pn
A: tul ke??
A: ckp je la kalu dah de awek..
A: xksh pun..
B: hahaha
B: sy ada satu je awek
B: then xdek lg
B: nape ty camtu lak?
A: saje je

 
27/08/2010
12:59 PM
 
~satu dan selamanya~

Maaf Atas Pertanyaan

Kepada yang telah Ajim sakiti hatinya pada malam ini (14 Oktober 2010 Khamis), Ajim dengan ini menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan atas keterlanjuran. Ajim tak berniat nak buat terasa atau sedih.

Kadang-kadang, Ajim selalu berasakan bahawa orang tidak memahami Ajim. Tapi sebenarnya Ajim yang gagal untuk memahami. Dan Ajim tidak pernah belajar untuk memahami.

Dan Ajim selalu tahu bahawa Ajim memang tidak layak untuk berkawan dengan siapa-siapa. Namun Ajim gagahkan hati, sehingga semuanya jadi begini.

Ajim dari hati yang terdalam, memohon maaf.

Ilmu Rijal - contest

Rijal dalam bahasa Arab bermaksud lelaki-lelaki, jamak, plural, kata ramai kepada lelaki.

Ilmu Rijal = ilmu lelaki-lelaki?

Taklah.

Ilmu Rijal adalah satu ilmu yang membincangkan tentang perawi-perawi hadith daripada segi nama, keadaan mereka, riwayat hidup, laqab, kuniah, tabaqat, dan termasuk juga Jarh wa Ta'dil.

Betul ke ni? Hmmm, google lah sendiri ya.






apa kata kita buat contest. Hihi...

Sila terjemahkan tulisan tangan yang terdapat di dalam semua gambar di atas, tulis semula dengan tulisan rumi berbahasa Melayu dan susun semula menjadi sebuah nota yang menarik.

Peraduan ini terbuka kepada semua, kecuali orang yang telah saya beritahu dan taipkan nota ini untuknya.

Tarikh tutup akan diberitahu kemudian.

Hadiah akan diberitahu kemudian. Hadiah misteri.

Ada berani?

Lain-lain terma dan syarat akan menyusul kemudian.

Anda boleh meletakkan penyertaan anda di sini, atau kepilkan dan hantar ke mel-e nu_cart@yahoo.com
kalau hantar penyertaan dalam email, sila bagi saya tahu.
kalau anda ada blog, anda jawab dalam blog andapun boleh. Tapi bagi saya tahu lah.
nak hantar by hand pun boles. saya ada di UKM Bangi. sekarang la.

Pemenang akan dikira berdasarkan jawapan yang paling tepat.

sila hebahkan kepada rakan-rakan anda ya peraduan yang sangat senang ini.


Sedap ibu masak

"Hmm, sedap tak ibu masak?" aku bertanya kepada anakku, yang masih menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Comot habis mulutnya. Baru pandai makan sendiri. Baru pandai bercakap.
"Cedap," jawabnya dengan penuh mulut.
"Ucap terima kasih kat ibu. Cakap, terima kasih ibu, masak sedap-sedap."
"Terima kacih bu. cedap ibu macak."
"Sama-sama. Along makan la banyak-banyak, nanti cepat besar, cepat boleh belajar..."
Kami meneruskan makan.
"Ucap terima kasih juga kat ayah," ibunya pula bersuara.
"Kenapa?"
"Yalah, ayah penat cari rezeki, bagi kita makan. Cakap kat ayah, terima kasih ayah, ayah cari rezeki yang halal untuk kami."
"Terima kacih ayah." Aku tersenyum.
"Yang penting, kita kena bersyukur kepada Allah, sebab Dia yang beri kita semua rezeki ni. Allah yang bagi kita duit, bagi kita rumah, bagi kita makan, bagi kita semua yang kita ada ni."
"Kita nak ucap macam mana kat Allah, ayah?" tanya anakku, terpisat-pisat. Tak berapa faham lagi agaknya 'tazkirah' aku. Tak mengapa, aku tahu, otaknya sudah boleh berusaha untuk memproses maklumat.
"Itu, kena tanya ibu."
"Bu?" anakku menoleh pada ibunya, memandang tepat ke mata.
"Cakaplah, Alhamdulillah."
"Al-ham-lah tu apa?"
"Maksudnya, segala puji bagi Allah. Dia dah bagi kita rezeki, kita puji la dia. Pujinya, Alhamdulillah tu la."
"Ooo..."
Aku memerhatikan dengan penut minat. Anakku makan dengan berselera sekali. Sesekali aku menjeling memandang ibunya. Kami meneruskan makan, aku menambahkan apa yang patut ke dalam pinggan anakku.
"Along dah kenyang?" aku bertanya apabila kami selesai makan, apabila aku melihat anakku sudah berhenti makan. Pinggannya tidaklah begitu licin, tetapi, dengan usianya yang begitu, aku boleh katakan dia sudah habis makan.
"Kan ibu cakap, tak boleh makan campai kenyang. Nabi cakap kena berenti makan cebelum kenyang...Kan ibu kan?"
"Oh ya, ayah lupa..." aku tersengih-sengih. Kan dah terkena. Budak-budak, apapun yang dia terima, pasti akan cepat lekat di ingatan. Masih bersih lagi.
"Bila ibu cakap macam tu?" aku bertanya?
"Baru ni. Maca tu ayah tak ada. Ibu baca buku, pastu ibu cakap."
"Ooo, buku apa ibu baca?"
"Buku apa bu?" anakku bertanya pada ibunya, memandang muka ibunya.
"Buku apa ya? Ibupun dah lupa...."
"Alah, ibu ni..."
"Nanti lapar lagi.." aku membuat provokasi.
"Tak la, da tak lapar da."
"Ok. Jom gi basuh tangan."

Hahahaha....indah khabar dari rupa. itu pepatah Melayu. Hakikatnya? Hakikatnya aku tak ada anak lagi. Hakikatnya, anak aku tak ada ibu lagi.

Tak adalah, itu hanya sebuah cerpen yang tak menjadi. Bila kita baca novel contohnya, novel popular terutamanya, kita akan dapati bahawa kisah-kisah yang berlaku di dalamnya adalah to good to be true, atau, hakikat dalam dunia nyata adalah sebaiknya. Contohnya, di dalam novel, kita akan dapati seorang suami yang penyayang, yang tiptop penyayangnya. Tapi, dalam dunia nyata, ada ka? Ada la kot, kan...

Tak mengapa, aku tak kesahpun. Bagus juga, sekurang-kurangnya, setiap novel itu boleh memberi sedikit harapan positif kepada setiap pembacanya bahawa dunia ini indah, dunia ini menarik dan dunia ini penuh dengan kegembiraan dan kasih sayang. Novel juga boleh mengajar pembacanya untuk menjadi seorang yang  ideal - supaya dapat pula mewujudkan sebuah dunia yang ideal.

Dan, akupun hairan, sebab aku tiba-tiba aku menulis blog pagi ini. Adakah sebab aku rindu akan ibu kepada anakku? Ya. Aku rindu.

"Ayah, tak campaila." Anakku menjinjing untuk membasuh tangannya di sinki. Aku tersenyum, lalu mengangkatnya, supaya dia boleh membasuh tangannya itu.

Ok, murid-murid, sila cari latar tempat, latar masyarakat, latar ekonomi, latar sosial dalam cerpen ini. Sekian. Buat elok-elok ya, jangan kacau cikgu, cikgu tengah rindu kat ibu anak cikgu ni.

Penemuan Teori Baru

Pagi tadi, saya dapat rumuskan satu teori baru. Iaitu:

Kalau gosok gigi sebelum tidur, mudah bangun pagi.

Penjelasannya:

Kalau tak gosok gigi sebelum tidur, amatlah susahnya nak bangun pagi. Hatta dah tersedarpun. Mata dah celik. Dah tengok jam. Pukul sekian-sekian. Hatipun cakap: Dah lewat ni nak solat Subuh. Tak bangun juga. Dok menggeliat tang tu la. Pusing kiri, pusing kanan, menelentang, meniarap. Mengantuk ya Allah, mata tak mahu buka. Akhirnya, bangun dok cokoh, pusing, tidur lagi, kepala dok kat kaki, kaki dok kat kepala pulak. Takleh bangun lagi. Susah ya amat. Last-last, kalau boleh merangkak ke bilik air tu, nak merangkak jer rasanya. Da bangun tu, seluruh anggota badan dok tak sabar-sabar nak sambung tidur balik. Sudah solat subuh, dummm, badan terbang ke atas katil. Tak sempat dah tukar kain sembahyang.

Penemuannya:

Bila gosok gigi sebelum tidur, rilek je, tidur yang lena - sampai waktu, mata terbuka, tengok jam, hatipun berbisik: Dah Subuh ni. Urat-urat dalam badanpun beserta dengan otot-ototnya sekali, membuat satu gerakan impuls (ye ke?), zuppp, terbangun dengan automatiknya. Genyeh-genyeh mata sikit, tolak selimut ke tepi, turun dari katil, ambil kain tuala, zuppppp, da sudah solat subuh.

Kesimpulannya:

Kena gosok gigi setiap kali nak tidur. Tak boleh miss lagi. Miss kat awek takpe. Miss kat ex pun tak pe. Tapi, miss gosok gigi sebelum tidur, tak boles. Diulangi, tak boleh.

Permasalahannya:

Permasalahannya...erk, sepatutnya dah kesimpulan, habislah kan, kenapa nak perlu ada permasalahannya pula. Tapi tak apa, permasalahannya adalah, sangatlah sulit, sukar, sengsara, seksa, susah, berat, malas, dan yang seumpama dengannya untuk ambil berus gigi, amik ubat gigi, buka penutup dia, penyek bagi keluar ubat gigi tersebut, letak kat atas berus gigi yang telah dipegang tadi - sama ada oleh tangan kanan atau tangan kiri, tenyeh berus gigi berserter ubat gigi tersebut ke gigi - pada ketika saat nak tidur. Susah tu, terutama apabila mata telahpun mengalami sindrom mengantuk ya amat sangat. Nak melangkah ke dalam bilik airpun, eii, sejuk. Nanti kena basuh kaki lagi. (haha, kantoi tak amik wuduk sebelum tidur.)

Langkah penyelesaiannya:

Entahla belalang. Bapak pun tak tau.

Sebagai akhirnya, saya ulangi sekali lagi penemuan teori terbaru, iaitu teori Adzimium (macam nama logam dalam jadual berkala unsur plak), kalau gosok gigi sebelum tidur, mudah bangun pagi.

Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamu alaykum, warahmatullahi, wabarakatuh.

kisah-kisah.

kisah hari jumaat.

Pukul 3 ada meeting. Konon-konon la kan. hehehe
meeting punya meeting, kong keng kong keng...sape panel, mana nak cari...bla bla bla...
dok tak lama, dengar azan berkumandang.
"Eh, dah asar? Aku tak solat zohor lagi hari ni..." dengan selamba badaknya aku mengaku.
"Ha?" ustat terkejut.
"Masya Allah, azim..." sorang ustazah lagi terkejut.
aku sengih. dengan sebenar-benarnya. aku tak ada niat pape pun bila cakap 'aku tak solat zohor lagi hari ni.' memang saje mulut je laju kuar xdan nak tapis-tapis. tapi bila orang dalam meeting pakat dok terkejut sume, terus datang idea..
"memang la, kan solat jumaat tadi...hahahahahahaha..."
"eeiiiiiiiii.........budak ni..." dan ustat pun turut suka....ada yang terkena...hahaha..
aku tak ada niat yer....saje je senarnya..

habis.

cite hari lain lak.

'Azim tu mmg kena mkn byk ckit, bg brisi ckit, tgk mcm nmpak tulang jer..he..'
'tu la psl.cane eh nk bg brisi ckit?hmmm,ajim mmg nk la bg brisi ckit.xmau nmpk tlg jer.da puas mkn byk da...'
'o ye ke? xpalah, nti kwin nnt gemuk la kot'
'ye ke?jom kawen'
'haa,mula dh.ni xsk ni.'

habis.

mintak maaf ye klu ada gurauan yang xsuka...hihihi....


dan aku pun sedih lagi malam ni..hmmm..mengetahui hakikat sesuatu perkara yang menyakitkan; menyedihkan.
apa lg aku bleh buat????

i miss you

i miss you
miss you so bad
i don't forget you
oh so sad

i hope you can hear me...

Lihatlah bulan, di situ ada keindahan ciptaan Tuhan

Apabila aku mengetahui bahawa ada orang yang setiap cerah pagi, perkara pertama yang dia fikirkan adalah aku, aku sangat bahagia. Aku bahagia bila mengetahui ada orang setiap bangun pagi memikirkan sihatkah aku, demamkah, dah bangunkah, dah solat subuhkah, dah mandikah - aku bahagia.

Tapi aku ego.

Walaupun aku sebelum celik matapun sudah memikirkannya. Dalam tidur termimpi-mimpi. Tapi aku tak tunjuk. Aku nak dia tahu sendiri.

Maka, dalam larut malam, lihatlah bulan. Di situ ada keindahan ciptaan Tuhan. Di situlah aku tumpahkan kasih, di situlah aku tumpahkan rindu. Kerana aku tak punya siapa-siapa.

should i?

i broke my own rules last nite. yes, i should live my life. i should enjoy my life. i should be happy. i should feel happy. even without half of my heart.

tonight i overjoyd. yeah, people always act strangly (sometimes stupidly) to actract other people. but, after a very happy moment, my heart is filled with sadness. thats why i dont want to feel happy. because the pair of happiness is sadness.

its too cold out there. and now, i'm not feeling well.

written by me at 00.00, 22th aug 2010.

:-)

impian

"Awak tak jadi imam ke?"
"Tak."
"Jadilah imam, saya nak solat awak jadi imam."
"Kalau nak saya jadi imam, kawen lah dengan saya, hari-hari awak boleh solat saya jadi imam."

Hehehe...salah satu impian seorang hafiz ialah dia menjadi imam kepada isteri dia. Dalam mengerjakan solat sunat. Qiamullail terutamanya. Solat fardu mungkin tidak boleh. Yalah, mungkin dia jadi imam di masjid.

Itu seorang hafiz yang baik. Bukan saya. Ya, saya juga menghafal Quran. Tapi tak ingat lagi. Ya, saya juga pernah mengimpikan untuk itu, tapi jauh rasanya.

Ya, untuk menjadi seorang suami yang baik, bukan hanya sekadar pandai membaca al-Quran, boleh menjadi imam. Ya, itu sangat perlu. Tak pandai jadi imam, cacatlah sifat suami tersebut. Tak pandai baca Quran, lagi dasat. Tak kata kat siapa-siapa ya. Ya, untuk menjadi seorang suami yang baik, perlu ada sifat sabar, bertimbang rasa, ikhlas, rajin, ringan tulang, sedia berkorban. Dan lain-lain. Tahu hal-hal agama, pandai mendidik, sedia menegur, sedia ditegur. Blablabla...

Atas kertas semuanya mudah kan. Sebab tu semua orang nak kawen. Ya, saya pun nak kawen. Tapi macam jauh. Tak kot. Apa kata saya kuburkan hasrat tu.

Biarlah saya kalau hafal Quran pun nanti, solat sorang-sorang. Tu pun kalau rajin. Biarlah saya ajar anak orang lain sahaja mengaji. Tu pun kalau ada. Dan biarlah saya terus sahaja belajar. Belajar tu kan sampai mati.

Yang pasti, kita tak tahu apa yang ada esok. Kerana Allah sembunyikan lima perkara: apa yang berlaku esok, apa yang ada di dalam rahim, tentang hujan, di mana kita mati dan hari kiamat. Jadinya, bila kita tak tahu apa yang ada esok, kita tak tahu siapa jodoh kita, bila jodoh kita, bagaimana hidup kita seterusnya. Itu kalau kita kaitkan dengan jodohlah.

Apa yang kita boleh kita perbuat adalah, kita berusaha sebenar hati untuk mendapat yang terbaik. Tak kan kita nak menyerah kan, sebab kan Allah suruh berusaha.

Maka, saya akan berusaha. Berusaha untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berusaha untuk terus menuntut ilmu. Keputusan yang baik tanpa ilmu pun tak berguna kan. Saya akan berusaha mengubah nasib hidup saya. Saya akan berusaha mencari cinta saya. (Cinta saya dah ada sebenarnya). Saya akan berusaha untuk hidup saya. Saya akan berusaha untuk menghafaz al-Quran. Saya akan berusaha menjadi hamba yang baik.

Dan saya tak akan berputus asa. Orang kata berputus asa itu lain dengan melepaskan pergi. Saya tak tahu.

Yang saya tahu, saya ada hati. Dan saya ada Allah. Walau kadang-kadang, bahkan selalu, saya lupa Allah.

Ya, saya ada hati.

الترغيب في قيام رمضان

قال مسلم

حدثنا يحيى بن يحيى قال: قرأت على مالك, عن ابن شهاب, عن حميد بن عبد الرحمن, عن أبي هريرة, أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من قام رمضان إيمانا واحتسابا, غفر له ما تقدم من ذنبه

رواه مسلم,  كتاب صلاة المسافرين, باب الترغيب في قيام رمضان وهو التراويح, رقم 1779.



 

Ramadhan Kareem

Kalau mengikut bulan Islam - maksud saya mengikut tahun Hijrah -, hari lahir saya telah berlalu beberapa hari yang lalu. Saya, selalu sahaja, bila mengingatkan bahawa saya lahir dalam bulan Syaaban, akan segera teringat kepada ibu saya. Betapa ibu bersusah demi saya, berkorban segalanya untuk saya, anak sulungnya. Bayangkan, emak terpaksa mengganti puasanya selama sebulan! Gara-gara saya lahir dalam bulan Syaaban. Biasanya orang ganti puasa paling tinggi lima belas hari.
Sebenarnya bukan saya sorang. Adik saya, lahir pada satu haribulan Ramadhan.

Pengorbanan emak sangat besar. Cakaplah apapun, di situ ada pengorbanan emak. Dan usahalah bagaimanapun, saya tak akan termampu membalas segalanya.

Maka, menjelang Ramadhan ini, saya ingin mengucapkan Ramadhan Kareem kepada anda, di mana pun anda berada.

"Ha...malam apa free?"
"Free?"
"Nak suruh jadi imam tarawih, sekali seminggu."
"Sekali seminggu???"
"Ya, yang kosong mlm sekian sekian..."
"Ikutlah mana-manapun, saya tak kesah."
"Semua malam free?"
"Ha'ah.."
"Haha, ok, ok, hmm, saya bagi malam Ahad. Ahad malam tu."
"Sabtu malam Ahad?"
"Tak, Ahad malam Isnin."
"Ok."




:'-(















Aku yang tertewas.
(sabarlah wahai hati).


















Dalam diri ada hati.

"Hmmmm...ni telur bungkus sekali ngan nasik ek?"
"Ya." Jawab yang gemuk -cashier-, sambil berleter pada yang kurus -tukang ambil order-. Yang kurus membelek-belek henset.
"Kalau tak nak nasik?"
"Sama juga la." Jawabnya lagi.
"Nape plak?"
"Ya la, saya bagi kurang lima puluh sen la."
"Hmmm...." Lima puluh sen je? Kalau beli nasik putih kan seringgit. Tolak seringgitlah.
Lama.
"Saya nak kuey tiaw tom yam lah."
Tak ada tindak balas.
"Saya nak order ni, makan, kuey tiaw tomyam." Si kurus terus menggodek-godek henset. Tak hirau.
Belek henset lagi. Gaduh-gaduh dalam bahasa Bangla.
Kerut dahi. Si gemuk marah si kurus kah? Suruh cepat ambil orderkah?
Si gemuk ambil henset dari tangan si kurus. Berleter dalam bahasa Bangla lagi. Gaduh-gaduh, perang mulut.
Tercegat. Terkebil.
"Saya nak kuey tiaw tomyam." Pasal apa tak tulis-tulis aku order ni, bisik hati. Nak niaga ke tak nak niaga.
Dan hatipun panaslah.
Paling belakang, angkat kaki. Gaduhlah engkau pasal henset tu sampai kiamat!
"Eii...mau apa....."
Terlambat. 

Kau jangan makan lagi kat cafe ni, hati memberitahu dirinya sendiri, ibarat raja menitahkan rakyat jelata. Ok.
Kakipun melangkah turun ke aras bawah.

***

Dan tiba-tiba -setelah beberapa lama- hati bertanya, -bertanya dirinya sendiri- kalau aku dah tak makan kat kafe tu, macam mana aku nak tengok lagi senyumannya?

Oh, rupanya dalam diri itu ada hati!!!

Saje petang-petang.

"Ni kenapa telefon ni?"
"Kenapa?"
"Ha..."
"Hmmm... Nape ek"
"Hehehehe.."
"Hehehe.."
"Cakap je la."
"Saje petang-petang."
"Saje petang-petang? Tak pegi mana-mana ker?"
"Tak..."
"Taaakkkk...???"
"Hmm..."
"Ujan tak kat sane?"
"Tak, panas ni."
"Panas, kat sini nak ujan."
"Oo ye?"
"Hmmm..."
***
"Hurmm...lapa.."
"Tak pegi makan ke?"
"Lapa.."
"Haha...pegi la makan."
"Makan nanti lepas magrib lah."
"Oooo, makan pe? Makan megi ke nasik?"
"Nasik."
"Hahah...selalu makan megi, nape tak makan megi hari ni?"
"Kan ***, *** tak bagi makan megi."
"Bila plak tak bagi makan megi?"
"Selalu tak bagi?"
"Bukan tak bagi pun."
"Habis tu?"
"Cakap je."
"Oh ye?"
"Haaa..."
"Tapi...tak pe ah,kadang-kadang toksah makan megi."
"Ha?"
"Takyah makan megi."
"Ingatkan tiap-tiap hari makan megi."
"Takdek lah."
"Takdeklah."
***

***
"Rindu kat mak tak?"
"Rindu.."
"Ha.."
"..makwe.."
"Ha?"
"Takde lah,gurau jer."
***

Itu semua, semalam. Dalam kenangan. Dan akupun tertanya sendiri, mengapa dijadikan semalam begitu indah? Dan akupun memberitahu diri, akan ku kenang untuk ribuan tahun lagi.

Entahlah.

Aku sangat mudah merajuk. Sangat mudah terasa. Sangat mudah ambil hati. Sangat mudah terguris. Cakaplah apa sahaja, ya!!.

Padahalnya anak sulung.

Orang kata anak sulung itu kuat. Anak sulung itu berani. Anak sulung itu tabah. Anak sulung itu tak makan saman. Anak sulung itu keras hati. Anak sulung itu penyabar. Anak sulung itu...

Tapi anak sulung ini manja!! Anak sulung ini lembut hati. Anak sulung ini suka mengambil kira remeh temeh.

Dan anak sulung ini sangat buruk akhlaknya. Kadang-kadang bangun pagi, rasa tak nak bercakap dengan orang. Dah tu?

Entah.

Sebab? Entah.

Aku bukan siapa-siapa.

Kadang-kadang (bahkan selalu), kita berasakan seseorang itu semakin jauh, semakin jauh, dan semakin menjauh daripada hidup kita...sedang kita tak nak. Sedang kita rasanya sudah berusaha sedayanya untuk terus mendekat.

Mungkin kita (aku) bukan kawan yang baik. Ya!!!

Tuan-tuan, jangan pernah kalah sebelum berjuang. Jangan pernah!.

Anak sulung ini, sangat sensitif. Anak sulung ini sangat setia.

Bunuh dapat pahala

“Hairan aku kau dapat stay kolej.”
“Aku aspirasi.”
“Boleh bunuh kau ni.”
“Hehehe…”
“Dapat pahala kalau bunuh kau ni.”
“Habis, haram kau naik motor aku ni.”

***

Itu hanya gurauan antara dua kawan. Jangan ambil serius, dan jangan pernah ambil hati.

Aku tidak pernah bersikap fanatik pada apapun. Kerana ayahku tidak pernah mengajarku untuk menjadi fanatik kepada sesiapa. Guru-guruku juga tidak pernah mengajar aku supaya bersikap fanatik, melulu dan membuta tuli. Mungkin ramai yang meragui guru-guruku, kerana mereka mungkin berbeza dengan ramai orang, tetapi, guru-guruku tidak pernah mengajar kami untuk bersikap fanatik. Kami diajar untuk mengikuti kebenaran dan hujjah.

Aku mempunyai beberapa prinsip dalam hidup, dan aku tidak pernah mengorbankan prinsip-prinsip tersebut hanya kerana beberapa perkara yang remeh temeh dan tetek bengek dalam hidup. Aku mempunyai prinsip yang aku yakini benar, dan aku menghormati prinsip-prinsip orang lain yang mereka rasakan benar. Dan aku percaya Islam itu fleksibel dalam beberapa perkara.

Maka, mengapa kita perlu membuta tuli, keras hati dan fanatik serta jumud?

Sebab, kita perlu mengikuti kebenaran, daripada manapun datangnya. Dan nilaiannya ada pada hati, bukan basa-basi dimulut.

***

(Sebelum dialog di atas)

“PNGK kau brapa?”
“Bolehlah”
“Lebih tiga?”
“Lebih.”
“Kau boleh maintain la tiap sem 3 point lebih.”
“Bolehlah.”
“Ada dalam 3.3, 3.4?”
“Lebih.” (Dalam hati, alah, sikit sangat tu).

(Dalam hati, ‘aku boleh tiga point semilan, ok?’)

Aku bukan politik je lebih, tapi pelajaran tunggang langgang, ok..


*Aku membenci kefanatikan, dan aku tengah meluahkannya.
*Jaga lidah bila bercakap, sebab takut ada hati yang terasa (nasihat untuk aku).
*Kalau bunuh aku dapat pahala, tumpang motor aku, taubat haram.

Sebuah Kenangan



Selembut dan semanis kenangan Latihan Amali Industri
di Maahad Muhammadi Gua Musang, Kelantan.
Tetap dalam ingatan, ada dalam doa.
Semoga sentiasa berjaya.
Jadinyer??









Santai-santai

"Pete ni ore nak gi Muse..."
"Ooo, mok su nak kirim gapo eh..dumoh kirim gapo?"
"Tahu budok-budok tuh.."
"Beli kentaki ah."
"Kentaki? Gapo namo?"
"Tu la hok tiga toko tu."
"Hok mano ea?"
"Hok tigo toko tu laaa..."
Garu kepala....termenung...lama gak la...
"Kepsi?"
"Ha, kepsi."
Oo, orang sini (kampung aku la tu) panggil kentaki upenye.
"Ore tak panda beli kepsi nih. Dok make sokmo keknyo"
"Pah sapo beli? Gewe?"

***

Bawa plastik berisikan ayam KFC.
"Aaa, sedak tuh, kentaki benah..." tegur seorang jiran.
Aku oyak doh, ore sini panggil kentaki. ganah ke tu. Sapa aku pun tak paham. Hahahaha...Mula-mula dengar aku ingat yang kat pasaraya yang sejuk beku yang kena goreng sendiri tu. Hahahahahahaha...Ingat kampung aku mundur sangat ker?


----> tak ada motifpun. Sesaje.

Semoga sentiasa berjaya

Semoga pencarian anda terhadap kecemerlangan insan berhasil dan tiada penghujungnya. Semoga anda berkorban, tidak hanya terhadap matlamat yang anda tetapkan, tetapi mencapainya dan menetepkan lebih banyak matlamat lagi...

*buat yang teristimewa. saya sendiri.

Santai

"Mak, gano ni, rama ore tino nok kokre...?" dia bertanya emaknya sambil santai di jemoran.
"Nikoh la mu nok gak."
"Nak pilih woh mana?"
"Amik seruma," laung ayah dari dalam rumah.
"Gini la, oyak, kalu demo nak nikoh nga kawe bulih, tapi kawe tak dok duit belanjo..."
"Hahaha..." berdekah ketawa.
"Tak aci gitu..." ayahnya menambah lagi.
"Hahaha, tak dok lah, wat lolok jee...sape la nak kat kita ni..."
***

*Rekaan semata-mata, ada kaitan dengan yang masih hidup dan belum mati.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan semester dua sesi 2009/2010 UKM sudah keluar. Dan alhamdulillah, keputusan aku agak baik. Hanya alhamdulillah yang mampu aku ucapkan, dengan sebaris syukur aku panjatkan. Betapa, kita manusia hanya layak belajar dan berusaha, keputusan semuanya ada di tangan Tuhan, Tuhan Yang Maha Pemurah terhadap hamba-hamba-Nya yang lemah.

Alhamdulillah, dan aku akan teruskan lagi berjuang untuk baki lagi dua semester. Betapa indah dan manisnya belajar. Betapa nikmatnya menuntut ilmu, dan ia bertambah manis dengan keputusan peperiksaan yang begini. Ya, mungkin tidak mampu untuk bersaing dengan orang cerdik pandai yang mendapat empat rata, tetapi ia sudah cukup untuk satu usaha yang bersahaja.

Tak mengapa, segala kelemahan, masih boleh dibaiki.

Untuk keputusan ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah yang mengajar aku (Prof, Dr, Ustat, Ustazah, Puan, saya ucapkan terima kasih). Terima kasih juga kepada keluarga yang tersayang. Terima kasih kepada yang sentiasa memberi inspirasi, walau ia hanya sekadar di hati. Terima kasih kepada sahabat, kawan, rakan dan taulan, yang ada ketika senyum dan tawa. Terima kasih kepada yang berkongsi nota, soalan spot, datang mengulangkaji ke bilik, yang mesej teman study, yang berdoa.

Terima kasih semuanya.

Jom, saya belanja makan.

Habis.

Dan dari hati saya yang terdalam, saya membenci Israel, kerana Allah, kerana agama saya.

Kemenangan dijanjikan kepada orang-orang yang berjihad di jalan-Nya. Yang syahid, mereka hidup dan tak pernah mati. Berdoalah untuk itu.

Sebaris Doa

andai layak untuk ku panjatkan sebaris doa,
akan ku pohon pada Yang Maha Esa -
aku inginkan sebutir cinta,
yang bisa membawaku - sampai ke syurga.

GM - Bertam Baru,
-C250510-

Bersiaran

Salam semua. Kini, saya bersiaran daripada Pusat Jalur Lebar Komuniti Bertam Baru.
Hehehe, terima kasih kepada pihak-pihak yang berkenaan yang membawa kemudahan ini ke kampung saya. Harapnya ia akan kekal lama, dan tak cepat rosak.

Praktikal, dah tiga hari. Hmmm, agak ok la....di beri tugasan yang tak begitu banyak, agak bosan menghabiskan masa duduk-duduk sahaja.

Berulang alik dari kampung ke tempat praktikal sejauh 50 km, pergi balik 100 km...huh, haus tayar motor saya.

Sekian dulu untuk siaran kali ini. Ada masa jumpa lagi.

Selamat maju jaya.

Selamat Tinggal UKM (Buat sementara waktu)

Sekali lagi, buat diriku sendiri,

"Look to the future, because that is where you'll spend the rest of your life." -George Burns.

Selamat tinggal UKM, buat sementara waktu. Akan aku datang lagi, untuk berbakti, untuk mencari sejernih ilmu bekal diri.

Akan ku datang lagi.

Di sini gedung ilmu,
Takungan cerdik pandai dan cendekiawan,

Aku pulang menjenguk kampung laman,
Yang ku tinggalkan demi sebuah pencarian
makna kehidupan,
Demi menyahut seruan Tuhan.

Aku pulang menghampar teduh rindu,
Pada pepohon merimbun, sungai yang jernih.
Aku pulang meneguk kasih tak pernah habis,
Ayah bonda yang semakin dimamah usia.

Akan ku datang lagi mendaki puncak ini,
mencari sejernih ilmu bekal diri,
buat pedoman, buat penyuluh.
Jalan hidup yang berliku.

Akan ku datang lagi,
menatap buku-buku menghadam jutaan ilmu.
Akan ku datang lagi, untuk mengubah nasib diri.


-C 290410-
K15A 101B, KIY, UKM.
1:54 AM.