Tesis? Take it easy, man.

Assalamualaikum.

Setiap hari, ada sahaja orang yang bertanya, bila nak siap tesis? Satu soalan yang orang yang ditanya sama tidak tahunya dengan yang bertanya. Ada orang kata, jangan ditanya bila nak kahwin kepada orang bujang yang telah lanjut usianya, kerana soalan itu boleh menikam. Saya kira, sama juga situasinya, bertanya akan perihal tesis kepada pelajar yang telah lanjut semesternya. Dahsyat. Insya Allah, akan siap dalam masa terdekat.

Take it easy.

Come on baby, don't say maybe,
I gotta know if your sweet love is gonna save me,
We may lose and we may win though we will never be here again,
So open up, I'm climbing in,
So take it easy....

Setiap pagi, setiap hari, setiap pulang dari kelas tasmik, saya bernyanyi lagu yang sama;

The best is yet to come.

Bila nak come nya, tak tahu. Hahahaha.

The best is yet to come,
I know, you know,
That we've only just begun,
Through the highs and lows
.....

Oh can you feel it in the air,
It's in your heart and everywhere,
We got to keep that dream alive

Ok, apa kata kita tengok contoh analisis takhrij yang telah dibuat.


Hadis daripada Usamah ibnu Zaid: ‘Seorang Muslim tidak boleh mewarisi harta orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Muslim’, (Faisal Tehrani 2007, 133).

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari (2002) dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hajj (25), bab Tawrith Dur Makkah wa Bayciha wa Shira’iha wa anna al-Nas fi al-Masjid al-Haram Sawa’ Khasah (44), hlm. 386, no. 1588; Kitab al-Maghazi (64), bab Ayna Rakaz al-Nabi SAW al-Rayah Yawm al-Fath (48), hlm. 1048, no. 4282-4283; Kitab al-Fara’id (85), bab La Yarith al-Muslim al-Kafir wa la al-Kafir al-Muslim wa Idha Aslama Qabla an Yuqsam al-Mirath fala Mirath lah (26), hlm. 1675, no. 6764; Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab al-Fara’id (23), jil. 3, hlm. 1233, no. 1-(1614).

Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud (1997) dalam Sunan Abi Dawud, Kitab al-Fara’id (13), bab Hal Yarith al-Muslim al-Kafir (10), jil. 3, hlm. 219-220, no. 2909; al-Tirmidhi dalam Sunan al-Tirmidhi, Kitab Fara’id can Rasul Allah (27), bab Ma Ja’a fi Ibtal al-Mirath Bayna al-Muslim wa al-Kafir (15), hlm. 475, no. 2107, beliau berkata hadis hasan sahih; Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, Kitab al-Fara’id (23), bab Mirath Ahl al-Islam min Ahl al-Shirk (6), hlm. 463-464, no. 2729 dan no. 2730; al-Darimi (1987) dalam Sunan al-Darimi, Kitab al-Fara’id (21), bab fi Mirath Ahl al-Shirk wa Ahl al-Islam (29), jil. 2, hlm. 466, no. 2998 dan no. 3000; serta hlm. 467, no. 3001; Malik (1997) dalam al-Muwatta’, Kitab al-Fara’id (13), bab Mirath Ahl al-Milal (13), jil. 2, hlm. 21-22, no. 1475; Ahmad (1995) dalam Musnad al-Imam Ahmad ibn Hanbal, Musnad al-Ansar r.a, hadith Usamah ibn Zayd Hibb Rasul Allah SAW, jil. 36, hlm.76, no. 21747 [isnadnya sahih atas syarat al-Bukhari dan Muslim; Sufyan: Ibn Uyaynah; al-Zuhri: Muhammad ibn Muslim ibn Shihab; cAli ibn Husayn: Ibn cAli ibn Abi Talib, Zayn al-cAbidin; Amru bin Uthman: Ibn Affan al-Umawi]; hlm. 84, no. 21752 [isnadnya sahih atas syarat al-Bukhari dan Muslim; Rawh ialah Ibn Ubadah]; hlm. 100, no. 21766 [isnadnya sahih atas syarat al-Bukhari dan Muslim]; hlm. 138, no. 21808 [kedua-dua sanad ini sahih atas syarat al-Bukhari dan Muslim; cAbd al-Acla: Ibn cAbd al-Acla al-Sami; Ibn Jurayj: cAbd al-Malik ibn cAbd al-cAziz; cAli ibn Husayn: Ibn cAli ibn Abi Talib; cAmru ibn cUthman: Ibn Affan al-Umawi]; hlm. 140-141, no. 21813 [hadis sahih]; hlm. 146, no. 21820 [isnadnya sahih atas syarat al-Bukhari dan Muslim], dengan lafaz yang berbeza-beza.
           
Daripada segi sanad, al-Darimi meriwayatkan hadis ini daripada gurunya Nasr ibn cAli, daripada cAbd al-Acla; manakala Ahmad pula meriwayatkan terus daripada cAbd al-Acla, daripada Macmar; selain itu Ahmad juga meriwayatkan daripada Muhammad ibn Jacfar dan cAbd al-Razzaq; juga daripada Macmar.

Seterusnya, Ahmad meriwayatkan juga hadis ini daripada cAbd al-Razzaq; manakala al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu cAsim; kedua-duanya meriwayatkan daripada Ibn Jurayj.

Ahmad juga meriwayatkan daripada Rawh, daripada Muhammad ibn Abi Hafsah; dan al-Bukhari pula meriwayatkan daripada Sulayman ibn cAbd al-Rahman, daripada Sacdan ibn Yahya, juga daripada Muhammad ibn Abi Hafsah.

Selain itu, al-Bukhari meriwayatkan hadis ini daripada Asbagh, manakala Ibn Majah meriwayatkan daripada Ahmad ibn cAmr ibn al-Sarh; kedua-duanya daripada cAbd Allah ibn Wahb, daripada Yunus.

Dalam jalan periwayatan yang lain, al-Darimi meriwayatkan pula hadis ini daripada cAmr ibn cAwn, daripada Ibn cUyaynah; Ibn Majah meriwayatkan daripada Hisham ibn cAmmar dan Muhammad ibn al-Sabbah, daripada Ibn cUyaynah; Abu Dawud meriwayatkan daripada Musaddad, daripada Ibn cUyaynah; Muslim meriwayatkan daripada Abu Bakr ibn Abi Shaybah, Ishaq ibn Ibrahim dan Yahya ibn Yahya, daripada Ibn cUyaynah; al-Tirmidhi meriwayatkan daripada Sacid ibn cAbd al-Rahman dan Ibn Abi cUmar, daripada Ibn cUyaynah; serta Ahmad meriwayatkan juga hadis ini terus daripada Ibn cUyaynah.

Selain itu, Ahmad juga meriwayatkan daripada cAbd al-Rahman, daripada Malik, pengarang al-Muwatta’.

Al-Tirmidhi pula meriwayatkan daripada cAli ibn Hujr, daripada Hushaym.

Manakala al-Darimi meriwayatkan daripada Sufyan, daripada cAbd Allah ibn Isa.

Kelapan-lapan orang perawi, iaitu Macmar, Ibn Jurayj, Muhammad ibn Abi Hafsah, Yunus, Ibn cUyaynah, Malik, Hushaym dan cAbd Allah ibn cIsa meriwayatkan hadis ini daripada Ibn Shihab al-Zuhri, yang meriwayatkan secara bersendirian daripada cAli ibn Husayn, daripada cAmr ibn cUthman (dalam setengah riwayat, cUmar ibn cUthman), daripada Usamah ibn Zayd (kecuali dalam riwayat al-Darimi, cAli ibn Husayn terus meriwayatkan daripada Usamah ibn Zayd tanpa melalui cAmr ibn cUthman), daripada Nabi SAW.

Himpunan sanad ini menunjukkan semua sanad dalam al-kutub al-tiscah bagi hadis ini bertemu pada Ibn Shihab al-Zuhri. Satu hadis al-Darimi, dua hadis al-Bukhari, satu hadis Ibn Majah mempunyai sanad nazil, manakala hadis Malik dalam al-Muwatta’ bersanad cali.

Selain Usamah ibn Zayd, iaitu Sahabat, perawi-perawi bagi hadis ini terdiri daripada pelbagai peringkat dalam al-jarh wa al-tacdil, yang meliputi peringkat kedua sehingga peringkat kelima mengikut pembahagian Ibn Hajar (2005, 17-18). Adapun perawi yang dikategorikan dalam peringkat kedua, iaitu thiqah thabt cabid faqih fadil mashhur ialah cAli bin al-Husayn bin cAli bin Abi Talib al-Hashimi, Zayn al-cAbidin (Ibn Hajar 2005, 440); thiqah hafiz faqih cabid imam hujjah ialah Sufyan iaitu Sufyan bin Sacid bin Masruq al-Thawri (Ibn Hajar 2005, 239); thiqah hafiz naqiyyah imam hujah ialah Ibn cUyaynah iaitu Sufyan bin cUyaynah bin Abi cImran (Ibn Hajar 2005, 240); thiqah thabat fadil ialah Macmar, iaitu Macmar ibn Rashid al-Azdi al-Huddani (Ibn Hajar 2005, 603); thiqah faqih fadil ialah Ibn Jurayj atau cAbd al-Malik ibn cAbd al-cAziz ibn Jurayj al-Qurashi al-Umawi (Ibn Hajar 2005, 394); thiqah thabat imam ialah Yahya bin Yahya bin Bakr bin cAbd al-Rahman al-Tamimi (Ibn Hajar 2005, 669); thiqah hafiz cabid ialah cAbd Allah ibn Wahb ibn Muslim al-Qurashi (Ibn Hajar 2005, 348); thiqah thabat hafiz ialah cAbd al-Rahman bin Mahdi bin Hassan al-cAnbari (Ibn Hajar 2005, 379); thiqah thabat ialah Abu cAsim al-Nabil atau nama sebenarnya al-Dahhak ibn Makhlad ibn al-Dahhak ibn Muslim ibn al-Dahhak al-Shaybani (Ibn Hajar 2005, 286); Nasr ibn cAli iaitu Nasr ibn cAli ibn Nasr ibn cAli al-Jahdami (Ibn Hajar 2005, 628); cAmr ibn cAwn ibn Aws al-Wasiti (Ibn Hajar 2005, 470); Hushaym bin Bashir bin al-Qasim bin Dinar al-Sulami [banyak melakukan tadlis] (Ibn Hajar 2005, 642); thiqah hafiz ialah cAbd al-Razzaq iaitu cAbd al-Razzaq ibn Hammam ibn Nafic al-Himyari Abu Bakr al-Sancani (Ibn Hajar 2005, 382); Abu Bakr bin Abi Shaybah atau nama sebenarnya cAbd Allah bin Muhammad bin Abi Shaybah (Ibn Hajar 2005, 339); cAli bin Hujr (Ibn Hajar 2005, 439); Musaddad bin Musarhad bin Musarbal bin Mustawrid al-Asadi (Ibn Hajar 2005, 587); Ishaq bin Ibrahim bin Makhlad al-Hanzali, Abu Muhammad bin Rahawayh (Ibn Hajar 2005, 71); thiqah fadil iaitu Rawh ibn cUbadah ibn al-cAla’ ibn Hassan ibn cAmr ibn Marthad al-Qaysi (Ibn Hajar 2005, 198); Muhammad bin Yusuf bin Waqid bin cUthman al-Dabbi (Ibn Hajar 2005, 574); al-faqih al-hafiz ialah Ibn Shihab al-Zuhri (Ibn Hajar 2005, 564);

Manakala perawi dalam peringkat ketiga pula iaitu thiqah ialah cAmr bin cUthman bin cAffan bin Abi al-cAs al-Umawi (Ibn Hajar 2005, 469); cAbd al-Acla iaitu cAbd al-Acla ibn cAbd al-Acla al-Basri al-Sami (Ibn Hajar 2005, 351; al-Dhahabi 1992, 1:611), tetapi beliau berfahaman Qadariyyah (al-Dhahabi 1992, 1:611), Muhammad ibn Jacfar iaitu al-Hudhali atau lebih dikenali sebagai Ghundar (Ibn Hajar 2005, 528); Asbagh iaitu Asbagh ibn al-Faraj ibn Sacid ibn Nafic al-Umawi (Ibn Hajar 2005, 86); Yunus iaitu Yunus ibn Yazid ibn Abi al-Najjad al-Ayli (Ibn Hajar 2005, 687); Ahmad ibn cAmr ibn cAbd Allah ibn cAmr ibn al-Sarh (Ibn Hajar 2005, 53); Sacid bin cAbd al-Rahman bin Hassan (Ibn Hajar 2005, 229); cAbd Allah bin cIsa bin cAbd al-Rahman bin Abi Layla [fihi tasyayyuc] (Ibn Hajar 2005, 334);

Saduq Muqri ialah Hisham ibn cAmmar ibn Nusayr (Ibn Hajar 2005, 641); Saduq Yukhti’ ialah Muhammad ibn Abi Hafsah, Maysarah, Abu Salamah al-Basri (Ibn Hajar 2005, 530); Sulayman ibn cAbd al-Rahman ibn cIsa ibn Maymun al-Tamimi (Ibn Hajar 2005, 251). Walaupun begitu, al-Dhahabi mengatakan beliau muft thiqah tetapi beliau banyak mengambil daripada perawi yang dacif (al-Dhahabi 1992, 1:462). Saduq wasat ialah Sacdan ibn Yahya atau nama sebenarnya Sacid ibn Yahya ibn Salih al-Lakhmi (Ibn Hajar 2005, 237). Al-Dhahabi (1992, 1:446) mengatakan beliau saduq.

Saduq ialah Muhammad ibn al-Sabbah ibn Sufyan al-Jarjarai (Ibn Hajar 2005, 540); Ibn Abi cUmar atau Muhammad bin Yahya bin Abi cUmar al-cAdani (Ibn Hajar 2005, 572)

Hadis ini diriwayatkan dengan sembilan lafaz yang berbeza.
Lafaz hadis ini adalah:

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لاَ يَرِثُ الْمُسْلِمُ الْكَافِرَ وَلاَ الْكَافِرُ الْمُسْلِمَ

Terdapat juga shahid bagi hadis ini daripada cAbd Allah ibn cAmr ibn al-cAs, yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, Kitab al-Fara’id (23), bab Mirath Ahl al-Islam min Ahl al-Shirk (6), hlm. 463-464 no. 2729 dan no. 2731, dengan lafaz:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَتَوَارَثُ أَهْلُ مِلَّتَيْنِ (شَتَّى)
            Terdapat juga banyak shawahid dalam Sunan al-Darimi, rujuk sendirilah, dalam Sunan al-Darimi, Kitab al-Fara’id(), bab fi Mirath Ahl al-Shirk wa Ahl al-Islam (29), jil. 2, hlm. 465-467.

Tak siap lagi ni, hukum hadis tak hurai lagi. Ni baru sekadar draf sahaja.