~bahasa pasar, tak sesuai digunakan untuk tujuan ilmiah~
Biasalah, manusia itu bersifat pelupa kan. Tapi jarang ada pelajar yang lupa bahawa kelas batal. Tapi hari ni, entah macam mana, boleh pulak aku lupa satu kelas tu batal.
Dengan semangatnya aku bangun pagi. Pagi tak pagi la, kunci jam pun dah pukul 7.50. Tak tepat sangat jam aku. Entah awal berapa minit.
Datang-datang kelas, tengok ada sorang je. Sudah. Batal ke?
Langsung tak ingat. Padahal da maklum minggu lepas. Tak mengapalah.
Pukul 10 pagi, aku ngan kawan-kawan bentang asaimen Kemahiran Menulis, Penggunaan Bahasa Melayu dalam Laman Bual. Habis kelas agak awal, kawan-kawan ajak makan.
"Gi la, gi la..." aku menolak pelawaan mereka. Dalam poket baju ada RM1, dalam wallet ada RM 1...pokai ya amat...hehehe
Bila aku ceritakan kat sorang kawan tu, dia tanya, "hehe abis cane mkn", dalam hati aku kata, nganga mulut, suap makanan, makan lah...hehehe, tapi aku ckp kat dia, "hehe tak makan la...klu nak makan, kena gi jupe pak sedara..."
"Pak sedara kat mana?" tanya si kawan.
"Pak sedara kat UKM ni je. Nama dia, sorang tu nama BIMB, sorang tu nama CIMB, sorang tu nama BSN...Kalau nak mintak duit sekadar seratus dua tu, diorang boleh bagi...hehehe"
"Oo, baiknya pak sedara tu.."
Memanglah, dah kita wat baik dengan dia dulu kan. Cuba buat-buat tak kenal, ada kita boleh nak gi cucuk duit kat situ? Sampai kiamatlah jawabnya.
Begitu juga manusia, kan? Kalau kita nak dakwah orang, kita kena baik dengan dia dulu, jadi kawan, rapat, tahu masalah. Ini tidak, dok kutuk-kutuk, caci maki, tak nak kawan, pandang semacam. Macam mana orang nak dengar kita punya cakap...
Contohnya, yang berlaku, kita dok sumpah orang, itu la, ini la, boneka Samsu Adabi la, apa la, agak-agak bila kita ajak orang yang kita sumpah tu datang surau, atau datang dengar ceramah maulid Nabi, diorang nak datang tak?
Kitapun kalau orang sumpah kita, kita marah kan...jadi, kenapa yang kita ni, yang konon-konon Islamik ni, suka sangat nak sumpah orang, laung yang bukan-bukan? Antara mereka tu kawan kita, jiran kita, lecturer kita, kan?
Bukankah baik kalau kita berkawan je, buat baik ngan sume orang...takkah aman dunia ni. kan?
Kemudian (katalah) timbul isu hak (yang mesti dipertahankan). Then, banyak lagi cara untuk mempertahankan hak, selain daripada menyumpah orang. Kan.
Jadinya, apa yang aku melalut ni?
Jadinya, untuk orang faham apa yang kita nak bawa, kita kena baik dengan diorang dulu.
Jangan cepat kondem orang bila diorang tak nak terima dakwah kita, apa yang kita bawa. Cuba tanya diri kita dulu, di mana silapnya. Seperti kata Ebiet G. Ade dalam lagunya:
"Tengoklah ke dalam, sebelum bicara,
Singkirkan debu yang masih melekat...
ho~ singkirkan debu yang masih melekat.."
Nabipun Allah larang daripada menyumpahi berhala.
Habis.
Adapun kemudian daripada itu, maka, semalam ada orang hantar mesej kat aku suruh aku jadi MC malam ni. MC untuk AGM. Dah tak ada orang lain katanya. Begitulah aku ni, orang yang tak terpandang...
Hanya yang tak terpandang.
No comments:
Post a Comment