Kalau mengikut bulan Islam - maksud saya mengikut tahun Hijrah -, hari lahir saya telah berlalu beberapa hari yang lalu. Saya, selalu sahaja, bila mengingatkan bahawa saya lahir dalam bulan Syaaban, akan segera teringat kepada ibu saya. Betapa ibu bersusah demi saya, berkorban segalanya untuk saya, anak sulungnya. Bayangkan, emak terpaksa mengganti puasanya selama sebulan! Gara-gara saya lahir dalam bulan Syaaban. Biasanya orang ganti puasa paling tinggi lima belas hari.
Sebenarnya bukan saya sorang. Adik saya, lahir pada satu haribulan Ramadhan.
Pengorbanan emak sangat besar. Cakaplah apapun, di situ ada pengorbanan emak. Dan usahalah bagaimanapun, saya tak akan termampu membalas segalanya.
Maka, menjelang Ramadhan ini, saya ingin mengucapkan Ramadhan Kareem kepada anda, di mana pun anda berada.
"Ha...malam apa free?"
"Free?"
"Nak suruh jadi imam tarawih, sekali seminggu."
"Sekali seminggu???"
"Ya, yang kosong mlm sekian sekian..."
"Ikutlah mana-manapun, saya tak kesah."
"Semua malam free?"
"Ha'ah.."
"Haha, ok, ok, hmm, saya bagi malam Ahad. Ahad malam tu."
"Sabtu malam Ahad?"
"Tak, Ahad malam Isnin."
"Ok."
No comments:
Post a Comment