"Awak tak jadi imam ke?"
"Tak."
"Jadilah imam, saya nak solat awak jadi imam."
"Kalau nak saya jadi imam, kawen lah dengan saya, hari-hari awak boleh solat saya jadi imam."
Hehehe...salah satu impian seorang hafiz ialah dia menjadi imam kepada isteri dia. Dalam mengerjakan solat sunat. Qiamullail terutamanya. Solat fardu mungkin tidak boleh. Yalah, mungkin dia jadi imam di masjid.
Itu seorang hafiz yang baik. Bukan saya. Ya, saya juga menghafal Quran. Tapi tak ingat lagi. Ya, saya juga pernah mengimpikan untuk itu, tapi jauh rasanya.
Ya, untuk menjadi seorang suami yang baik, bukan hanya sekadar pandai membaca al-Quran, boleh menjadi imam. Ya, itu sangat perlu. Tak pandai jadi imam, cacatlah sifat suami tersebut. Tak pandai baca Quran, lagi dasat. Tak kata kat siapa-siapa ya. Ya, untuk menjadi seorang suami yang baik, perlu ada sifat sabar, bertimbang rasa, ikhlas, rajin, ringan tulang, sedia berkorban. Dan lain-lain. Tahu hal-hal agama, pandai mendidik, sedia menegur, sedia ditegur. Blablabla...
Atas kertas semuanya mudah kan. Sebab tu semua orang nak kawen. Ya, saya pun nak kawen. Tapi macam jauh. Tak kot. Apa kata saya kuburkan hasrat tu.
Biarlah saya kalau hafal Quran pun nanti, solat sorang-sorang. Tu pun kalau rajin. Biarlah saya ajar anak orang lain sahaja mengaji. Tu pun kalau ada. Dan biarlah saya terus sahaja belajar. Belajar tu kan sampai mati.
Yang pasti, kita tak tahu apa yang ada esok. Kerana Allah sembunyikan lima perkara: apa yang berlaku esok, apa yang ada di dalam rahim, tentang hujan, di mana kita mati dan hari kiamat. Jadinya, bila kita tak tahu apa yang ada esok, kita tak tahu siapa jodoh kita, bila jodoh kita, bagaimana hidup kita seterusnya. Itu kalau kita kaitkan dengan jodohlah.
Apa yang kita boleh kita perbuat adalah, kita berusaha sebenar hati untuk mendapat yang terbaik. Tak kan kita nak menyerah kan, sebab kan Allah suruh berusaha.
Maka, saya akan berusaha. Berusaha untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berusaha untuk terus menuntut ilmu. Keputusan yang baik tanpa ilmu pun tak berguna kan. Saya akan berusaha mengubah nasib hidup saya. Saya akan berusaha mencari cinta saya. (Cinta saya dah ada sebenarnya). Saya akan berusaha untuk hidup saya. Saya akan berusaha untuk menghafaz al-Quran. Saya akan berusaha menjadi hamba yang baik.
Dan saya tak akan berputus asa. Orang kata berputus asa itu lain dengan melepaskan pergi. Saya tak tahu.
Yang saya tahu, saya ada hati. Dan saya ada Allah. Walau kadang-kadang, bahkan selalu, saya lupa Allah.
Ya, saya ada hati.
2 comments:
saya juga ada hati....ehek2..ehek..
^__^
ya, siapa-siapa pun punya hati.
Post a Comment