Kepada yang telah Ajim sakiti hatinya pada malam ini (14 Oktober 2010 Khamis), Ajim dengan ini menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan atas keterlanjuran. Ajim tak berniat nak buat terasa atau sedih.
Kadang-kadang, Ajim selalu berasakan bahawa orang tidak memahami Ajim. Tapi sebenarnya Ajim yang gagal untuk memahami. Dan Ajim tidak pernah belajar untuk memahami.
Dan Ajim selalu tahu bahawa Ajim memang tidak layak untuk berkawan dengan siapa-siapa. Namun Ajim gagahkan hati, sehingga semuanya jadi begini.
Ajim dari hati yang terdalam, memohon maaf.
No comments:
Post a Comment