Pagi tadi, saya dapat rumuskan satu teori baru. Iaitu:
Kalau gosok gigi sebelum tidur, mudah bangun pagi.
Penjelasannya:
Kalau tak gosok gigi sebelum tidur, amatlah susahnya nak bangun pagi. Hatta dah tersedarpun. Mata dah celik. Dah tengok jam. Pukul sekian-sekian. Hatipun cakap: Dah lewat ni nak solat Subuh. Tak bangun juga. Dok menggeliat tang tu la. Pusing kiri, pusing kanan, menelentang, meniarap. Mengantuk ya Allah, mata tak mahu buka. Akhirnya, bangun dok cokoh, pusing, tidur lagi, kepala dok kat kaki, kaki dok kat kepala pulak. Takleh bangun lagi. Susah ya amat. Last-last, kalau boleh merangkak ke bilik air tu, nak merangkak jer rasanya. Da bangun tu, seluruh anggota badan dok tak sabar-sabar nak sambung tidur balik. Sudah solat subuh, dummm, badan terbang ke atas katil. Tak sempat dah tukar kain sembahyang.
Penemuannya:
Bila gosok gigi sebelum tidur, rilek je, tidur yang lena - sampai waktu, mata terbuka, tengok jam, hatipun berbisik: Dah Subuh ni. Urat-urat dalam badanpun beserta dengan otot-ototnya sekali, membuat satu gerakan impuls (ye ke?), zuppp, terbangun dengan automatiknya. Genyeh-genyeh mata sikit, tolak selimut ke tepi, turun dari katil, ambil kain tuala, zuppppp, da sudah solat subuh.
Kesimpulannya:
Kena gosok gigi setiap kali nak tidur. Tak boleh miss lagi. Miss kat awek takpe. Miss kat ex pun tak pe. Tapi, miss gosok gigi sebelum tidur, tak boles. Diulangi, tak boleh.
Permasalahannya:
Permasalahannya...erk, sepatutnya dah kesimpulan, habislah kan, kenapa nak perlu ada permasalahannya pula. Tapi tak apa, permasalahannya adalah, sangatlah sulit, sukar, sengsara, seksa, susah, berat, malas, dan yang seumpama dengannya untuk ambil berus gigi, amik ubat gigi, buka penutup dia, penyek bagi keluar ubat gigi tersebut, letak kat atas berus gigi yang telah dipegang tadi - sama ada oleh tangan kanan atau tangan kiri, tenyeh berus gigi berserter ubat gigi tersebut ke gigi - pada ketika saat nak tidur. Susah tu, terutama apabila mata telahpun mengalami sindrom mengantuk ya amat sangat. Nak melangkah ke dalam bilik airpun, eii, sejuk. Nanti kena basuh kaki lagi. (haha, kantoi tak amik wuduk sebelum tidur.)
Langkah penyelesaiannya:
Entahla belalang. Bapak pun tak tau.
Sebagai akhirnya, saya ulangi sekali lagi penemuan teori terbaru, iaitu teori Adzimium (macam nama logam dalam jadual berkala unsur plak), kalau gosok gigi sebelum tidur, mudah bangun pagi.
Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamu alaykum, warahmatullahi, wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment