"Hmm, sedap tak ibu masak?" aku bertanya kepada anakku, yang masih menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Comot habis mulutnya. Baru pandai makan sendiri. Baru pandai bercakap.
"Cedap," jawabnya dengan penuh mulut.
"Ucap terima kasih kat ibu. Cakap, terima kasih ibu, masak sedap-sedap."
"Terima kacih bu. cedap ibu macak."
"Sama-sama. Along makan la banyak-banyak, nanti cepat besar, cepat boleh belajar..."
Kami meneruskan makan.
"Ucap terima kasih juga kat ayah," ibunya pula bersuara.
"Kenapa?"
"Yalah, ayah penat cari rezeki, bagi kita makan. Cakap kat ayah, terima kasih ayah, ayah cari rezeki yang halal untuk kami."
"Terima kacih ayah." Aku tersenyum.
"Yang penting, kita kena bersyukur kepada Allah, sebab Dia yang beri kita semua rezeki ni. Allah yang bagi kita duit, bagi kita rumah, bagi kita makan, bagi kita semua yang kita ada ni."
"Kita nak ucap macam mana kat Allah, ayah?" tanya anakku, terpisat-pisat. Tak berapa faham lagi agaknya 'tazkirah' aku. Tak mengapa, aku tahu, otaknya sudah boleh berusaha untuk memproses maklumat.
"Itu, kena tanya ibu."
"Bu?" anakku menoleh pada ibunya, memandang tepat ke mata.
"Cakaplah, Alhamdulillah."
"Al-ham-lah tu apa?"
"Maksudnya, segala puji bagi Allah. Dia dah bagi kita rezeki, kita puji la dia. Pujinya, Alhamdulillah tu la."
"Ooo..."
Aku memerhatikan dengan penut minat. Anakku makan dengan berselera sekali. Sesekali aku menjeling memandang ibunya. Kami meneruskan makan, aku menambahkan apa yang patut ke dalam pinggan anakku.
"Along dah kenyang?" aku bertanya apabila kami selesai makan, apabila aku melihat anakku sudah berhenti makan. Pinggannya tidaklah begitu licin, tetapi, dengan usianya yang begitu, aku boleh katakan dia sudah habis makan.
"Kan ibu cakap, tak boleh makan campai kenyang. Nabi cakap kena berenti makan cebelum kenyang...Kan ibu kan?"
"Oh ya, ayah lupa..." aku tersengih-sengih. Kan dah terkena. Budak-budak, apapun yang dia terima, pasti akan cepat lekat di ingatan. Masih bersih lagi.
"Bila ibu cakap macam tu?" aku bertanya?
"Baru ni. Maca tu ayah tak ada. Ibu baca buku, pastu ibu cakap."
"Ooo, buku apa ibu baca?"
"Buku apa bu?" anakku bertanya pada ibunya, memandang muka ibunya.
"Buku apa ya? Ibupun dah lupa...."
"Alah, ibu ni..."
"Bila ibu cakap macam tu?" aku bertanya?
"Baru ni. Maca tu ayah tak ada. Ibu baca buku, pastu ibu cakap."
"Ooo, buku apa ibu baca?"
"Buku apa bu?" anakku bertanya pada ibunya, memandang muka ibunya.
"Buku apa ya? Ibupun dah lupa...."
"Alah, ibu ni..."
"Nanti lapar lagi.." aku membuat provokasi.
"Tak la, da tak lapar da."
"Ok. Jom gi basuh tangan."
Hahahaha....indah khabar dari rupa. itu pepatah Melayu. Hakikatnya? Hakikatnya aku tak ada anak lagi. Hakikatnya, anak aku tak ada ibu lagi.
Tak adalah, itu hanya sebuah cerpen yang tak menjadi. Bila kita baca novel contohnya, novel popular terutamanya, kita akan dapati bahawa kisah-kisah yang berlaku di dalamnya adalah to good to be true, atau, hakikat dalam dunia nyata adalah sebaiknya. Contohnya, di dalam novel, kita akan dapati seorang suami yang penyayang, yang tiptop penyayangnya. Tapi, dalam dunia nyata, ada ka? Ada la kot, kan...
Tak mengapa, aku tak kesahpun. Bagus juga, sekurang-kurangnya, setiap novel itu boleh memberi sedikit harapan positif kepada setiap pembacanya bahawa dunia ini indah, dunia ini menarik dan dunia ini penuh dengan kegembiraan dan kasih sayang. Novel juga boleh mengajar pembacanya untuk menjadi seorang yang ideal - supaya dapat pula mewujudkan sebuah dunia yang ideal.
Dan, akupun hairan, sebab aku tiba-tiba aku menulis blog pagi ini. Adakah sebab aku rindu akan ibu kepada anakku? Ya. Aku rindu.
"Ayah, tak campaila." Anakku menjinjing untuk membasuh tangannya di sinki. Aku tersenyum, lalu mengangkatnya, supaya dia boleh membasuh tangannya itu.
Ok, murid-murid, sila cari latar tempat, latar masyarakat, latar ekonomi, latar sosial dalam cerpen ini. Sekian. Buat elok-elok ya, jangan kacau cikgu, cikgu tengah rindu kat ibu anak cikgu ni.
No comments:
Post a Comment