HMI - Hiburan Minggu Ini
Hehehe...tak ada ceritalah..
Pernah dengar tentang Pak Pandir? Ini cerita Pak Pandir.
Pada suatu tengah hari...ah malas...teeeeeeetttttt....
Pernah dengar tentang Pak Pandir? Ini cerita Pak Pandir.
Pada suatu tengah hari...ah malas...teeeeeeetttttt....
Terima kasih UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia, selamatlah. Selamat tinggal. Tinggallah, di sini aku tinggalkan garis-garis kenangan.
Ada yang tersemat di dada ketika aku harus terus melangkah.
Universiti Kebangsaan Malaysia, terima kasih untuk segala mesra. Terima kasih kerana menadahku dengan lembut tangan dan mendakapku dengan erat kasih.
Universiti Kebangsaan Malaysia, aku belum betul puas menikmati hening dan damai kampus di celah-celah gugur dedaunan.
Sesungguhnya engkau telah berjasa.
the hottest presentation ever
"hold on with your questions," said Mr. Bravo last saturday morning.
i couldnt speak even a word. everytime i tried to speak, they cut my words, they asked question. look like they couldnt accept our idea. or maybe they were too excited when we came up with our new bright idea.
well, what is so wrong with a multi-functional electric cooker with music player? Please la, think out of the box. housevives can enjoy their cooking sessions, they can listen radio, play some music. not neccessary they have to sing.
well, we came up with our creative idea. what is wrong with multi-funtional cooker with music player?
thanks for our supporter, Fuad....hehehe..
Dan hujanpun turunlah
Hujan belum mereda, membasahi bumi semahu-mahunya. Suasana hening, sepi sampai ke dalam hati yang paling dalam. Malam kelam, langit tanpa bulan, tanpa bintang gemintang.
Dalam kesunyian, suara Ebiet G. Ade gemersik mengalunkan Menjaring Matahari:
Kabut, sengajakah engkau mewakili fikiranku,
pekat, hitam berarak menyelimuti matahari,
aku dan semua yang ada di sekelilingku,
merangkak menggapai dalam gelap,
mendung, benarkah pertanda akan segera turun hujan,
deras, agar semua basah yang ada di muka bumi,
siramilah juga jiwa kami semua,
yang tengah dirundung kegalauan,
roda zaman menggilas kita, terseret tertatih-tatih,
sumbu hidup terus diburu berpacu dengan waktu
tak ada yang dapat menolong selain Yang di Sana,
tak ada yang dapat membantu selain Yang di Sana
Dialah Tuhan, Dialah Tuhan,
roda zaman menggilas kita, terseret tertatih-tatih,
sumbu hidup terus diburu, berpacu dengan waktu,
tak ada yang dapat menolong selain Yang di Sana,
tak ada yang dapat membantu selain Yang di Sana,
Dialah Tuhan, Dialah Tuhan,
Ooohooo, Tuhan, hmmmm, Tuhan...
Tuhan..
Dialah Tuhan, tempat kembali, tempat mengadu. Hanya di pangkuan-Nya juga ada rasa aman.
Islam, Al-Andalus dan Spain
Sejak kecil lagi saya tahu bahawa Islam pernah berkuasa di Sepanyol. Setakat itu sahajalah pengetahuan saya.
Kemudian, saya tahu, ia diperintah oleh Khilafah Bani Umayyah II. Setakat itu jugalah saya tahu.
Saya tahu Islam banyak meninggalkan warisan di bumi Sepanyol. Contohnya, kesenian dengan kompleks al-Hamra yang bermaksud merah. Setakat itu pula yang saya tahu.
Kemudian saya tahu, banyak nama tempat di Sepanyol merupakan nama yang diberikan oleh orang Moors dan berasal dari bahasa Arab. Contohnya, yang saya tahu Cordova itu asalnya Qurtubah. Sekadar itu yang saya tahu.
Saya tahu kemudiannya bahawa banyak bandar di Sepanyol hari ini dibuka oleh orang Islam seperti Madrid dan Valencia, kalau tak silap saya. Sekadar itu pengetahuan saya.
Saya tahu ramai ulama Islam berasal dari Sepanyol. Contohnya al-Imam al-Syatibi yang terkenal dengan matannya dalam ilmu Qiraat. Itulah cuma pengetahuan saya.
Hari ini saya tahu pula banyak lagi nama-nama tempat di Sepanyol sebenarnya berasal daripada bahasa Arab, ataupun sekurang-kurangnya mempunyai nama dalam bahasa Arab. Hari ini saya tahu lagi bahawa:
Alhama = al-Hama
the Alhambra = al-Hamra
Algeciras = al-Jazira
Almeria = al-Mariya
Valencia = Balansiya
Granada = Gharnata
Seville = Ishbiliya
Castile = Kashtalla
Malaga = Malaka
Cordoba = Qurtubah
Zaragoza = Sarakusta
Tangier = Tanja
Toledo = Tulaytula
Hari ini, ramai antara kita yang apabila disebut Sepanyol, dia hanya teringat Fernando Torres, Real Madrid, Barcelona, Iniesta, Xavi, Reina blablabla...
Saya sebenarnya perlu lebih banyak mengkaji sejarah, bukan hanya mengetahui 'banyak', 'banyak' dan 'banyak' tanpa mengetahui fakta dan data. Berapa lama Islam berkuasa di Sepanyol? Lama. Itu sahajalah.
Ferdinand dan Isabella. Siapa mereka?
Hari ini saya nak baca novel Shadows of the Pomegranate Tree oleh Tariq Ali. Di kulit belakang novel ini, ditulis:
Tariq Ali tells us the story of the aftermath of the fall of Granada by narrating a family saga of those who tried to survive after the collapse of their world. Particularly deft at evoking what life must have been like for those doomed inhabitants, besieged on all sides by an intolerant Christendom. This is a novel that has something to say, and says it well. GUARDIAN
Jadi, mari kita tengok, apa yang ada dalam novel ini...hehehe...
Hari ini saya nak baca novel Shadows of the Pomegranate Tree oleh Tariq Ali. Di kulit belakang novel ini, ditulis:
Tariq Ali tells us the story of the aftermath of the fall of Granada by narrating a family saga of those who tried to survive after the collapse of their world. Particularly deft at evoking what life must have been like for those doomed inhabitants, besieged on all sides by an intolerant Christendom. This is a novel that has something to say, and says it well. GUARDIAN
Jadi, mari kita tengok, apa yang ada dalam novel ini...hehehe...
Bismillah
"Saya suka baca blog awak. Cerita-cerita awak, sajak-sajak; menarik. Saya juga ingin menulis, ada blog sendiri, tapi saya tak pandai."
"Oh ya? Terima kasih. Hmmm, saya sebenarnya ada sajak yang terbaharu, tetapi, saya tak postkan dulu, sebab saya nak kirimkan ke majalah. Ada juga ya orang yang suka baca blog saya. Saya kira blog saya tu membosankan sebab ia memang jenis-yang-skema-punya blog. Awak buatlah blog juga, mula menulis."
"Saya suka, macam cerita-cerita tu ada cerita tentang saya sahaja. Betul tak? Saya bukanlah penulis yang baik."
"Tak tahulah, tapi semua cerita, nama, watak semua tu fiksyen semata-mata, tak ada kaitan dengan sesiapa pun. Hmm, kita tak perlu nak jadi penulis yang baik untuk menulis. Hanya perlu ada keinginan dan mula menulis. Kemudian bakat kita akan berkembang dengan sendiri."
"Tapi saya tak tahu macam mana nak mula."
"Laaa, mulalah dengan Bismlillah. Macam Raihan kata: dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan alhamdulillah, begitulah sehari dalam hidup kita, mudah-mudahan diberkati Allah...," dia sempat menyanyikan dengan caranya sendiri, merosakkan lagu yang indah.
"...ke macam mana entah lagu dia. Yang penting mula dengan Bismillah lah. Hehehe...Kitapun tahu kan tak ada keberkatan apa-apa pekerjaan yang tak dimulakan dengan Bismillah. Betul tak."
"Awak ni, ke situ pula. Saya serius ni, memang tak tahu nak mula menulis macam mana."
"Hehehe, memanglah, dalam banyak-banyak ayat, ayat pertama paling susah sekali. Pensyarah saya kata, kalau nak buat karangan...hahahaha...jangan buat ayat pertama dahulu, jangan fikir nak buat ayat pertama, buat ayat yang bukan ayat pertama. Nanti, katanya, ayat itu juga yang jadi ayat pertamapun. Tapi kalau kita asyik fikir nak cari ayat pertama sahaja, memang sampai bila kita tak maju dalam penulisan, sebab ia memang susah nak dapat...hehe, tapi memang betul juga apa saya cakap tu, mulakan dengan Bismillah."
"Yelah. Tak apalah, saya baca blog awak sahajalah."
"Huh!."
Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati, fiksyen semata-mata. Plagiat adalah dilarang. :)
Simba Yang Terluka
Dia ialah seekor simba. Simba adalah nama bagi seekor singa jantan yang rambut menggerbang dan suka menguap tak tutup mulut.
Dia - simba - tidaklah begitu hensem. Hidungnya besar. Sesetengah orang mengatakan hidungnya hidung jambu. Kembang dan kemek.
Semalam dia jalan-jalan di mall. Bersama-sama awek dia. Well, of course dia ada awek. Walaupun dia tak hensem, tapi dia ramai peminat.
Entah macam mana, masa jalan-jalan, dia ajak awek dia duduk-duduk di taman. Awek dia tiba-tiba tak mahu. Awek dia sebaliknya menaiki eskelator turun ke tingkat bawah mall, tingkat LG. Last Ground? Lowest Ground? Mana aku tau!. Jangan kata singa tak tahu naik eskelator. sekarang zaman milenium ok! Kucingpun dah makan wiskes, takkan singa tak pandai nak naik eskelator. Tekan lif pun pandai. (Well, cuma simba tak pandai nak order makanan di KFC dan McD saja). Dia - simba - tak naik eskelator itu, sebaliknya menunggu di palang besi berdekatan eskelator. Tak mengapa, nanti awek dia perasan dia tak naik sekali, pasti awek dia akan patah balik naik eskelator sebelah lagi, naik semula ke tingkat dia sekarang, dan mereka akan boleh pergi ke taman.
Tapi aweknya tak naik eskelator naik ke atas. Aweknya terlindung di antara ramai manusia yang bersesak-sesak. Simba terus beralih tempat, melihat ke mana aweknya menghayun kaki. Aweknya nak balik, dan terus berjalan. Dia mencari tempat, nampak lagi aweknya berjalan membelakanginya, sehingga hilang dari pandangan. Hmm, usahkan datang balik, berpalingpun tidak.
Tak pasal-pasal.
Dia memilih untuk tidak sakit hati. Well, sakit hati boleh menyebabkan cepat mati.
Simba berjalan keluar dari mall. Dia mencari-cari tempat di depan air terjun untuk duduk. Di sana sini manusia menghisap rokok berkepul-kepul. Bodoh, saja nak mampus. Eh, terkasar bahasa pula. Yalah, dia nak bau rokok pun sudah lemas, ini manusia boleh pula hisap berbatang-batang sehari. Hmmmm.
Akhirnya dia duduk di bawah bayang pokok yang menipis di sebelah kiri seorang ibu muda dan seorang anaknya. Barangkali takut dengan wajah simba yang garang dan serabai itu, baru sahaja dia duduk, si ibu muda itu bingkas bangun membawa anaknya entah ke mana. Takutlah tu. Hahaha.
Dia duduk bersila, membuka buku - novel - dan membaca: Sebongkah Batu di Kuala Berang. Oh, jangan kata simba tak tahu membaca ya. Maklumlah, dia simba yang jenis pergi sekolah. Bukan setakat pergi sekolah, dia juga best student di tempat dia belajar.
Sambil membaca, dia menoleh ke kanan, ke muka pintu mall tempat dia keluar sebentar tadi. Sekejap-sekejap dia menoleh, melihat kalau-kalau aweknya datang kepadanya. Alah, sekejap lagi datanglah tu.
Akhirnya, kerana aweknya tidak juga muncul, dan dia mula kepanasan dipanah matahari, dia memesej aweknya (well, simba milenium, ok!), 'datanglah nak tengok manusia naik kereta.'
'Tengoklah, saya da sampai di rumah.'
Owh, detik hatinya sendiri. Dengan tiba-tiba dia terasa ingin menangis, sedih. Sampai hati meninggalkannya sendiri. Cepatnya balik.
Tapi sekali lagi, dia memilih untuk tidak melarutkan kesedihannya, memilih untuk tidak sakit hati dan memilih untuk tidak berasa marah. Marah itu tidak pernah menyelesaikan masalah - itu prinsipnya sejak lama dahulu. Sakit hati cepat mati, marah tidak menyelesaikan masalah, dan dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.
Dia meneruskan bacaan dibawah terik mentari. Akhirnya, setelah menyelesaikan beberapa bab, dia melihat jam sudah menunjukkan pukul 2.40 minit petang. Dia bangun dan melangkah kaki ke masjid untuk bersolat zohor.
Jangan kata Simba tak solat. Walaupun dia binatang, tapi dia binatang yang berakal. Boleh berfikir. Bukankah solat itu wajib bagi orang yang berakal dan boleh berfikir serta tak gila? Itu manusia yang tak solat, mesti sama ada dia tak berakal ataupun belum baligh. Simba sudah baligh. Jangan kata Simba tak tahu hukum. Dia belajar juga walaupun taklah sedalam mana. Setakat solat zohor empat rakaat, asar empat rakaat tu dia sudah hafal.
Dia berjalan-jalan ke masjid sambil menikmati suasana. Ekornya terbuai-buai mengikut rentak jalannya. Hmm, sebut pasal ekor, Simba teringat satu kisah antara Tarzan dan beruk-beruk. Taukan Tarzan. Dia kan tinggal dengan beruk, orang utan segala bagaikan. Tarzan tu manusia. Dia pakai seluar. Ceritanya begini:
Beruk-beruk sungguh hairan kenapa Tarzan pakai seluar. Mereka tanya Tarzan kenapa, tapi dia tak jawab. Mereka suruh Tarzan tak pakai seluar, Tarzan tak mahu. Beruk-beruk semua hairan. Suatu hari, Tarzan mandi sungai. Yalah, dalam hutankan mana ada shower air hujan tu kan. Dah Tarzan pula ada sehelai je seluar, dia bukalah seluar tersebut masa mandi.
Oleh kerana beruk-beruk tersebut sungguh curious nak tahu kenapa Tarzan pakai seluar, mereka secara senyap-senyap mencuri seluar Tarzan yang ditinggalkan di tebing. Mereka kemudian menyorok untuk melihat Tarzan.
Akhirnya setelah selesai mandi, Tarzan naik ke darat dan mendapati seluarnya sudah tidak ada. Mana pula pergi seluar aku ni, bisiknya sendiri. Tapi, tuan-tuan, belum sempat apa-apa, semua beruk-beruk yang bersembunyi dalam semak, dengan tiba-tiba - ya, tiba-tiba mereka semua melompat keluar. Dan...ya, dan mereka semua ketawa berdekah-dekah..
Hahahaha...Patutlah Tarzan pakai seluar...Dia malu...Hahahaha, patutlah Tarzan pakai seluar, ekor dia dok kat depan rupanyaaa!!...tempik beruk-beruk sekaliannya.
Dahlah ekor kat depan, kontot pula tu!!! Hahahaha...
Hmm, bodoh punya cerita. Siapalah cerita kat aku cerita ni dulu, gesit hati Simba sendiri. Ni cerita masa sekolah rendah lah ni. Ke masa sekolah menengah? Macam mana boleh teringat pula ni??
Dia memegang ekornya, kontot ke? Oh, aku bukan Tarzan, aku simba!!
Sampai di masjid, dia bersolat. Hmm, aku nak buat apa lagi ya, fikirnya selepas habis solat. Spoil betullah. Tak apa, tak apa, dia pujuk hatinya sendiri, hatinya yang bosan dan sunyi. Suasana masjid begitu hening dan mendamaikan. Dia menyambung bacaan. Daripada duduk bersandar pada tiang masjid, akhirnya dia berbaring.
Thrill juga berbaring dalam masjid yang ada tulis di papan kenyataan 'Dilarang Tidur di Dalam Masjid'. Alah, dia toleh kiri kanan, penuh manusia tidur, melintang pukang di setiap tiang. Lagipun bukan dalam dewan solat utama. Ditingkat bawah saja.
Dia membaca sampai mengangtuk. Dia melihat jam, sudah pukul 4.10. Dia kunci jam pukul 4.20, dan dia melelapkan mata.
Baru nak masuk mimpi, jam locengnya berbunyi. Dia bangun, berwuduk, masuk ke ruang solat utama, mengulang hafazan al-Qurannya. Dia sudah berazam dan membuat azam baru, dia nak hafal semula Quran sampai ingat sebelum Ramadan tahun ini. Jangan kata manusia sahaja yang boleh hafal Quran; simbapun boleh. Inikan negara Malaysia Boleh, i.e. Bolehland. Hahaha..
Kemudian asar, dan dia solat berjemaah di masjid itu, masjid yang kali pertama dia tidur di situ.
Setelah dia selesai solat, dia ke taman lagi. Dia berasa sungguh bosan. Bukunya sudah habis di baca. Khatam satu buku satu hari. Akhirnya dia mengeluarkan kamera digitalnya, dan mula menggambari sekeliling. Dia hanya menggambari pokok-pokok dan bangunan mall yang tinggi itu. Tiada subjek, tiada awek. Dia melihat mat saleh berlari, berjoging. Hmm, datang Malaysia nak berjoging ja?
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, mengusap wajahnya dan menyisir rambutnya yang menggerbang.
Angin menderu, menggunung rindu,
hati terluka, siapa yang tahu.
Akhirnya, pada pukul 5.18 petang, dia berangkat pulang, menaiki LRT. Dalam LRT, di depannya duduk seorang wanita muda berbaju sedondon hijau. Tudungnya dililitkan ke bahu, menampakkan dadanya yang subur, menongkat baju kurungnya yang muat-muat. Mata simba terpaku di situ. Sekali-sekala matanya tertoleh ke hidung mat saleh di sebelahnya. Kemudian, menjalar lagi ke tempat yang subur.
Kemudian manusia perempuan itu turun, naik lagi manusia lain. Duduk lagi di depannya seorang manusia perempuan muda, cantik, putih. Kali ini, dia memakai tudung express. Tau? Tudung amah tu. Yang main sarung aja tu. Tudung tu kecil, menampakkan juga dadanya - agak-agak macam subur. Entah kenapa, akhir-akhir ini Simba excited pula dengan dada manusia perempuan. Haish..
Merekapun satu, tudung besar dilibas-libas, gulung-gulung, lilit-lilit kat leher. kalau tak lilit, kecik pula. Hmmm, nasiblah. Macam mana nak hafal Quran macam ni.
Dia lepas tu tunggu komuter pula. Masa dia turun eskelator, waktunya 6.09 petang. Terpampang di digital board tu, tren akan datang 6.12 petang. Eloklah tu, tak kena tunggu lama. Manusia dah penuh. Kemudian, bila sampai 6.12, digital board tu bertukar menjadi 6.27. Oh my God.
Tapi sekali lagi dia memilih untuk tidak sakit hati. Dia berdiri dengan segala sabar. Dua puluh minit berdiri menunggu dan 40 minit berdiri dalam tren, dia kehabisan tenaga. Dari tadi dia lapar sebenarnya. Dan singa jantan yang lapar, kebarangkaliannya untuk garang adalah lebih tinggi lagi.
Pukul 7.16 petang, Simba dapat satu mesej, 'da balik ke?'. Dalam kelaparan itu, dia memilih untuk tidak garang.
Akhirnya pada pukul 9.00 malam dia berjaya makan tomyam. Simbapun reti makan tomyam, ok!!.
Sekian. Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun sudah mati, Fiksyen semata-mata.
conversation with younger sister
"Aku nak call mak ni, mak dah tidur ke ek?"
"Eh, tak tidur lagi masa ni, malam ni kan ada cite hantu."
"Eh, tak tidur lagi masa ni, malam ni kan ada cite hantu."
Selamat berpisah
“Selamat berpisah. Kulihat ada bulan di atas kepala. Kukira dia akan jatuh di dalam mimpiku, tapi ia menolak. Lebih indah begini, katanya. Jadi baiklah, begitu saja. Kamulah itu yang akan selalu menyapa dan bersuara, meskipun aku tak punya telinga dan rasa kembali. Kamulah itu yang akan terus hidup dan mati dalam diriku. Kamulah itu yang telah menjadi kuburanku..." (Wijaya, 2008: 267).
Wijaya, Putu. 2008. Mala. Jakarta: Kompas.
Makan di kafe
Anda pernah tak pergi ke kafe untuk makan dalam keadaan belum mandi? Maksudnya, anda bangun pagi, (pagi tak pagi sangat la, dalam pukul 11 lebih), anda tak mandi sampai tengah hari, kemudian, anda lapar, anda turun ke kafe untuk makan. Pernah tak?
Saya tak tahu anda pernah atau tidak, tapi saya selalu. Bila naik motor nak ke kafe, rasa nak muntah bau mulut sendiri. Bila sampai di kafe, kena ramai orang pula. Terpaksa menjauh, kang tak pasal-pasal ada orang tak lalu makan. Segan juga sebenarnya. Tapi itulah.
Kemudian, kena pula ada kawan menegur. Tanya itu ini, macam-macam. Cakappun menjauh - menjarakkan diri - macam lari dari hantu sahaja. Tak boleh dekat-dekat, nanti bau, tak mandi lagi. Rambutpun macam kak limah dah. Nasib baik tak ada watak pak limah, atau ayah limah, kalau tak, gerenti saya yang dapat watak itu. Maklum sahaja, rambut ya Allah, kusut masai. Nasib baik ada Pak Jabit sahaja.
Kemudian, duduk di mejapun, di sudut, itupun bawah kipas juga. Tak boleh, nanti panas, gatal ketiak. Maklum, belum mandi. Kemudian, eh, tiba-tiba ada kawan yang tadi bertanya, "sorang sahajakah?" datang duduk sekali. Mengadap depan-depan pula tu. Aisey, nasib baik bau mulut sudah ditelan bau tomyam. Cakap-cakap pun coverlah juga.
Ada pula kawan lain datang, main cuit-cuit pipi segala. Berani sentuh saya tak mandi. Bila saya cakap macam tu, dia cium tangan dia. Hahahaha...
Bala~ bala~....
Semoga sentiasa berjaya.
Untuk peperiksaan yang akan bermula esok, kepada saya sendiri, saya ucapkan Semoga Sentiasa Berjaya. Selamat menduduki peperiksaan akhir untuk semester yang terakhir. Selamat menikmati saat-saat terakhir di bumi UKM sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda.
Semoga sentiasa berjaya, semoga sentiasa berjaya dan semoga sentiasa berjaya. Saya tahu saya akan mampu melepasinya, dan saya tahu saya perlu berusaha melepasinya.
Semoga sentiasa berjaya untuk saya.
Sesungguhnya Allah sentiasa ada di atas sana.
Dan, semoga maju jaya untuk kita semua, untuk anda dan saya, anda tahu siapa anda. Semoga Tuhan menggenggam anda dengan lembut dalam Tangan-Nya.
You Can Get It If You Really Want
You can get it if you really want
You can get it if you really want
You can get it if you really want
But you must try, try and try
Try and try, you'll succeed at last
Persecution you must bear
Win or lose you've got to get your share
Got your mind set on a dream
You can get it, though harder them seem now
You can get it if you really want
You can get it if you really want
You can get it if you really want
But you must try, try and try
Try and try, you'll succeed at last
I know it, listen
Rome was not built in a day
Opposition will come your way
But the hotter the battle you see
It's the sweeter the victory, now
You can get it if you really want
You can get it if you really want
You can get it if you really want
But you must try, try and try
Try and try, you'll succeed at last
You can get it if you really want
You can get it if you really want
You can get it if you really want
But you must try, try and try
Try and try, you'll succeed at last
You can get it if you really want - I know it
You can get it if you really want - though I show it
You can get it if you really want
- so don't give up now
(sumber: klik di sini)
sumber: Klik di sini.
Kemaafan
Perkara yang paling manis yang boleh dilakukan di saat sedang marah adalah memberi kemaafan.
Kerana, jika tetap berdegil juga untuk memarahi, ia hanya akan menyakitkan hati sendiri cuma. Hanya menyakitkan hati sendiri.
Dan sakit hati boleh menyebabkan cepat mati!!!
Dan tanpa saya sedari, saya merindui.
Nasihat
Kalau anda sedang sakit hati, ataupun sedang marah, pastikan anda tidak memandu kenderaan. Selain akan menambahkan sakit hati, anda juga tidak akan boleh fokus dalam pemanduan.
Contohnya, macam saya tengah malam semalam. Entah mengapa, saya memilih untuk sakit hati sebelum memandu pulang. Kemudian, semuanya adalah menyakitkan hati.
Saya keluar, sampai di pintu depan, pengawal menahan kereta di depan, menghalang saya. Lampu isyarat sudah hijau. Saya tak boleh lalu, sakit hati. Kemudian, lepas. Apabila sampai di lampu isyarat, kuning sudah menyala. Sakit hati. Kejar, merah, dan langgar lampu isyarat. Sakit hati.
Apabila nak masuk bulatan, kereta depan terhegeh-hegeh. Sakit hati. Masuk sahajalah, dah kosong kot. Kemudian, nak keluar bulatan, kereta memotong depan pula. Sakit hati. Tak sabar-sabar.
Pendeknya, semua menyakitkan hati. Sebabnya, sebabnya kerana sebelum memandu kenderaan, saya telah sakit hati.
Cuba kalau tak sakit hati, tengah bahagia. Senyum sahaja. Tapi itulah.
Sebab itu, kata orang, untuk mendapat kebahagiaan itu, carilah isteri yang solehah. Isteri yang solehah akan menyejukkan pandangan suami dan menyejukkan hati serta perasaan suami. Isteri solehah akan membuatkan suami tenang, bahagia dan bertimbang rasa. Dan yang paling penting, isteri solehah tak akan menyakitkan hati suami.
Tapi, untuk mendapatkan isteri yang solehah, dia kenalah jadi suami yang soleh terlebih dahulu. Suami yang penyayang dan pandai menjaga hati isteri.
Maka, jadilah rumahnya syurga.
Player Part 1
Satu perkara yang aku suka dengannya adalah, dia mengangkat dan menadahkan tangan membaca doa sebelum dan selepas setiap kali makan.
p/s: dia cantik. Kulitnya putih, sehingga nampak hijau urat di pipinya.
Syahdu
Syahdu...
Setiap zaman itu ada keseronokannya sendiri -Us. Dr. Mohd Arif Nazri, 28 Mac 2010.
Sedih untuk mengakhiri satu zaman.
-C 250311-
Ku bukakan hati dan ku hamparkan cinta,
Pada bulan, aku berbicara –
Dengarlah, aku memilih sengsara,
Mengunyah rindu dan menelan cemburu,
Sedang bahagia ada di syurga – aku terlalu terburu.
-C 250311-
p/s: ada siapa-siapa nak sambung tak? dipersilakan. Letak tajuk sekali.
Hati Muda Jangan Diturut Part II
Dan - oh ya - barangkali, dia terlupa, sebelum ayat 31, ada ayat 30. Ayat itu boleh diterjemahkan begini:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah Amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. (terjemahan al-Quran, al-Nur 24: 30)
Hati muda jangan diturut.
Padi muda djangan dilurut,
Djaka dilurut rusak batangnja,
Hati muda djangan diturut,
Djaka diturut rusak badannja.
(Versuch Einer Grammatik Der Dajackschen Sparache, 1858).
(Versuch Einer Grammatik Der Dajackschen Sparache, 1858).
ANAK, Kind, (von Menschen und Thieren). – Anak hatuÓ“, Sohn; anak bawi, Tochter; anak tiri, Stiefkind; anak laku, anak induan, ein wirklich angenommenes Kind; anak angkat, anak ambai, ein pro forma engenommenes Kind, s. ambai; anak sarau, unehelich Kind. – Anak kann nicht allein stehn; es muss dabei stehn wessen Kind es ist, oder, soll es absolut stehn, muss olo, Mensch, dahinter. Anak olo, ein Kind; anak aso, ein junger Hund. – Anak oloh, Sclav, (freundlichere Benennung fűr djipen, Sclav.)...
(Dajacksch – Deutsches WÖRTERBUCH, 1859).
Dadanya tidaklah terlalu subur, tetapi cukup untuk merangsang segala urat lelaki...
Sebab itulah, dia kemudian teringat sepotong firman Tuhan:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;... (terjemahan Al-Quran, al-Nur 24: 31).
Getar hati
Ada getar di hati ini
Bila ku lihat gambarnya lagi
Dengan senyum mahal, selendang seribu warna
Biar dia sejuta batu tiada di mata
Ia terlalu dekat hingga tercium baunya di udara
Ia yang dirindui tapi tak bisa didekati
Hadir cuma dalam mimpi dan aku bahagia sendiri-sendiri.
-C 2011-
Terima kasih
Terima kasih untuk semua waktu, tenaga, fikiran, pengorbanan yang telah engkau berikan padaku. Engkau kan selalu berada di hatiku. Tertata rapi. Satu. Sebagai masa lalu!!
Dan sekarang atas izin-Nya aku rela melepasmu. Selamanya...
(Terima kasih untuk Sari atas ayat sebenar miliknya yang begitu indah. Saya pinjam kata-katanya, dan saya tulis merujuk kepada hati saya sendiri).
Teori wa
A: “lu tao sbb pe lu pyh ngntok?”
N: “npe”
A: “tao x?”
N: “sbb wa slalu tdo lwt”
A: “xla”
N: “da 2”
A: “sebab lubang idung lu luas”
N: “lu kan sokm ngeno ko wa”
A: “sungguh”
N: “ape kaitan nye. v teori sket”
A: “lu nk dengar teori wa?”
N: “mst la”
A: “hehehe”
A: “bila lubang idung luas - lu la tu. seperti lu ckp. oksigen masuk banyak. jadi, oksigen masuk byk ke otak. otak yg masuk banyak oksigen,xngantok la. sbb org ngntuk ni dia xcukup oksigen. sbb tu dia nguap,nk suh oksigen msk byk. lu xyah nguap”
N: “sedap ngutk”
A: “jadinye lu lmbat ngntok”
N: “ork”
A: “xkutuk la. ni teori wa.”
Pembetulan.
hehehe, penat ni. ringkas sahaja:
nampaknya, FPIpun ada buat teater juga. Jadi, ok la, entri saya yang lepas tu, saya tarik balik. ok, teater Islamik.
Malam Yang Indah.
Saya ingin ceritakan satu perkara.
Tapi sebelum tu, saya ingin nyatakan beberapa perkara:
1 - esok pagi jam lapan, saya mid term.
2 - tengah hari nak hantar resume plak. contoh resume pun tak ada lagi. data-data pun tak kumpul lagi. saya gi khidmat masyarakat bila, jadi ajk bila, gi debat bila...mana ingat tarikh-tarikh itu.
tapi, saya seorang yang sangat kool. nak study pun nota tak ada lagi, tak beli lagi. jadi, tak payah study. resume tak payah buat.
ok, saya nak cerita:
malam ni, saya ke panggung seni. saya datang sebab ada orang ajak (walaupun orang tu pun tak hadir). di sana, saya tengok teater, pementasan yang terakhir dah pun.
saya nak cerita:
saya rasa begini:
betapa jauh saya yang fpi ni. teater tu cerita tentang persoalan jihad dan perjuangan (salah satu isi dia la). drama tu dipentaskan oleh sekumpulan pelajar yang bukan ambil jurusan agama, bukan fpi la (saya agak la, berdasarkan clue-clue yang ada kan).
saya fikir:
tak ada fpi yang akan buat ni. teater kot. dengar nama pun fpi dah berbulu. alangkah bagusnya kalau ada mesej-mesej Islam yang disampaikan secara bersahaja begitu, tanpa perlu ceramah-ceramah, tazkirah, forum - yang sah-sah tak ada orang nak datang. tak ada maksud saya, tak ramai lah kan.
saya rasa:
teater tadi bagus sangat. saya boleh katakan ia Islamik (dalam pandangan saya la - seorang fpi yang tak terlalu fpi), dan saya rasa ia satu teater yang bagus. dan saya rasa saya yang fpi ni jauh sangat dalam menggunakan wadah-wadah (cewah) yang ada untuk menyebarkan idea-idea Islam. sebab tu, banyak cerita khurafat, konon-konon nak sebar Islam, tapi mengarut. sebab apa, sebab yang buat tu bukan fpi. fpi di mana? fpi pantang.
saya tak kutuk fpi ya. saya cuma lontarkan satu idea sahaja. sebab saya juga fpi, dan saya tak pernah tengok teater.
sebenarnya, saya pun tak tahu nak cakap apa.
Couple tu haram ke?
"Couple tu haram ke?"
"Tak tahu."
"Awak rasa?"
"Tak tahulah. Awak macam mana?"
"Saya tak tahulah. Tu saya tanya awak. Ada ustazah saya cakap boleh, ada yang tak."
"Saya berpegang yang kata boleh."
"Kenapa?"
"Boleh saya couple juga."
"Yelah tu."
Kata-kata hikmat minggu ini
"Biarkan ia mengalir, menyerap ke hati seperti halnya hujan yang turun dari langit, mengalir dan menyerap ke bumi semau-maunya."
"Tersangat berahilah hamba akan tuan hamba tiada tertahan-tahan lagi."
"Kamu ni, kurang satu je."
"Kurang apa ustaz?"
"Comel, comel dah. Pandai, pandai dah, tapi kurang satu je."
"Kurang apa, ustaz?"
"Nak dengar?"
Angguk.
"Kurang zat."
Gelak.
"Zat apa ustaz?"
"Zat apa-apa sajalah."
Burung merpati terbang bersama bayan,
Singgah sebentar di pohon Meranti;
Rindu hatiku bukan gurauan,
Wajahmu tuan, termimpi-mimpi.
"Kami hanya kawan, apa yang terjadi hanya salah faham."
Drama sebabak
Latar masa: Selepas solat Maghrib. Sangat dekat dekat dengan waktu Isya'.
Latar tempat: Kolej Keris Mas, UKM. Perhentian bas.
Watak: Pelajar lelaki, dua orang kawannya, pelakon pembantu sebagai penunggu bas, pemandu bas, dan penumpang bas.
Suasana gelap dan suram.
Kelihatan seorang pelajar lelaki baru keluar dari surau kolej Keris Mas, kemudian bergerak ke perhentian bas di depan kolej. Kelihatan seorang pelajar perempuan Melayu sedang duduk di bangku tepi sebelah kanan, dan dua orang pelajar Cina berada di hujung satu lagi. Dia berjalan ke tengah perhentian bas yang panjang itu, tidak duduk, tetapi membaca-baca sesuatu yang dilekatkan di dinding perhentian bas.
(Tidak lama berselang)
(Bunyi kenderaan)
Bas datang. Pelajar itu menjenguk-jenguk ke arah bas. Kelihatan tertulis di depan bas 6K/6Z. Pelajar itu menunggu sehingga bas berhenti. Bas berhenti di hujung perhentian bas. Pelajar itu bergerak menuju ke arah bas. Apabila pintu bas terbuka, pelajar itu naik.
Bas agak penuh.
Seseorang (duduk di kerusi): Hai Ajim.... (sambil melambai-lambai tangannya).
Ajim: (Memandang kepada punca teguran itu. Kelihatan dua orang kawan sekolej dengannya) Hey!! (melambai juga - Teruja).
Ajim: Kau dari mana nih? (masih melambai-lambai – menggerak-gerakkan tangannya)
Seseorang: Aku dari London.
Ajim: Oh ya?? (memandang tepat ke arah kawannya).
Ajim: (Hendak menyatakan sesuatu, tetapi tidak jadi, terus melangkah ke belakang mencari kerusi untuk duduk – kelihatan berfikir-fikir).
Oleh:
Narma Mizda
-C110211-
Persoalannya, apakah yang hendak dicakapkan oleh Ajim selepas mendengar jawapan kawannya? Apa yang difikirkan olehnya? Sila nyatakan idea anda. Idea dan jawapan yang paling menarik akan diberikan hadiah. Tarikh tutup penyertaan adalah: bila dah ramai penyertaan. Hehehe...
Broken heart by Axel Rudi Pell
I'm lost in a dream, with a mind's full of sadness,
I remember the good times, that we had in our madness,
frozen tears with illusions of fire,
all of my life was filled with desire
Oh I wish we could go back to where we started,
Love, lost love, you're so cold, cold hearted,
the fire in your eyes gets me out of my mind,
how could it be, that you're so blind
Hunting the shadow, that was lost in the past
like a soldier of fortune, who's life couldn't last,
falling tears, from a love's not in vain
falling tears, from a love's not in vain
time tells no lies, could our love come back again
[Repeat Bridge]
Don't leave me alone
with my broken heart
can't you see, that I've loved you from the start
can't you see, that I've loved you from the start
Don't leave me alone
with my broken heart
can't you see, that I've loved you from the start
can't you see, that I've loved you from the start
[Repeat Chorus]
Basic skill of public speaking
Basic skill of public speaking:
1. Always start by telling people what you are going to tell them.
2. Tell them.
3. Tell them what you have told them.
Second skill of public speaking:
1. Write down any story or fact or example that resonates with you.
2. Practice telling it out loud. Listen to yourself actually saying the words.
3. These stories will become your “beads,” as in the beads of a necklace.
4. All you have to do when giving a speech is string your beads in the appropriate order, and you will give a speech that seems as natural as conversation
5. Use 3-by-5 cards or a clipping file to keep adding new beads to your string.
~copied from somewhere...creadit to the original author...
1. Always start by telling people what you are going to tell them.
2. Tell them.
3. Tell them what you have told them.
Second skill of public speaking:
1. Write down any story or fact or example that resonates with you.
2. Practice telling it out loud. Listen to yourself actually saying the words.
3. These stories will become your “beads,” as in the beads of a necklace.
4. All you have to do when giving a speech is string your beads in the appropriate order, and you will give a speech that seems as natural as conversation
5. Use 3-by-5 cards or a clipping file to keep adding new beads to your string.
~copied from somewhere...creadit to the original author...
Bisik pada hati
Aki, Aki tak tahukah, Mija sangat sayangkan Aki? Mija sangat sayangkan Aki. Dia tahu, Aki tidak mendengar suara hatinya. Aki tidak ada dekat dengannya. Dan kalau Aki ada dekatpun, Aki tak akan dengar, sebab dia hanya berbicara dengan hatinya. Telinganya sendiripun tidak dapat mendengar. Hanya dia sendiri – dengan hatinya juga – yang mampu mendengar suara hatinya.
Aki, dengarlah, Mija sangat sayangkan Aki. Terbayang wajah Aki di tubir matanya. Aki, Akilah cinta pertama Mija. Akilah yang mengajar Mija tentang cinta. Akilah yang mengajar Mija makna rindu. Aki, Mija rindu akan Aki. Aki tak tahukah?
Kenapa Aki dah tak mahu menyambut cinta Mija? Apa kurangnya Mija?
Aki, Mija tahu, Mija tak sempurna. Mija pernah buat salah. Memang Mija akui, Mija dah buat kesilapan yang terbesar dalam hidup Mija. Tapi, Mija tak bermaksud untuk menjauhkan diri daripada Aki waktu itu. Setiap hari Mija fikirkan tentang Aki. Setiap hari Mija rindu akan Aki. Akilah satu-satunya lelaki dalam hidup Mija. Aki tak tahukah?
Aki, dalam surat Aki (surat yang terakhir untuk Mija), Aki cakap, Aki akan sayang Mija sampai bila-bila. Aki cakap Mijalah satu-satunya cinta Aki. Tetapi, kenapa akhirnya Aki tinggalkan Mija? Kenapa cinta Aki terhadap Mija pudar dan hilang?
Mija tahu, semua tu salah Mija. Tapi, Mija tak pernah berniat nak buat macam tu. Dulu Mija memang jahil tentang cinta. Mija jahil tentang perasaan lelaki. Mija tak faham perasaan Aki. Aki, maafkan Mija. Terimalah Mija lagi. Aki, Mija merayu pada Aki, terimalah Mija lagi. Mija sayang sangat-sangat akan Aki.
Dia memandang siling. Hitam dan kelam dalam pekat malam. Namun, serasa ada wajah Aki di situ, di siling yang menghitam. Lampu telah lama dipadamkan, namun matanya masih belum juga berat untuk tertutup. Dipaksakannya juga menutup matanya, namun akhirnya pedih sendiri. Dia membuka matanya lagi, dan di mana-manapun, ada wajah kekasih hatinya, ada wajah Aki.
Dia menarik selimut, menutup badannya. Kipas yang tergantung di siling berputar agak laju juga. Aki, terimalah Mija lagi. Mija cinta akan Aki. Cinta Mija akan Aki tak pernah berkurang, malah bertambah dari hari ke hari.
Dia mengiring, mencapai telefon bimbitnya yang berada di sisi. Ditekannya punat-punat di pad kekunci telefon bimbit itu, menaip satu mesej, ‘Selamat malam Aki. Mimpi indah.’ Dia kemudiannya memasukkan nombor telefon Aki, kemudian menekan butang send. Dia meletakkan kembali telefon itu ke sisinya, di bawah bantal. Pandangannya dihalakan lagi ke siling. Pandangannya itu serasa menembus, terus ke langit yang kelam, mencapai bintang-bintang. Dia tahu, Aki tidak akan membalas mesejnya. Tak mengapalah, dapat menghantar mesejpun sudah cukup bahagia dia rasa.
Aki, datanglah dekat Mija. Terimalah Mija lagi.
Aki, Mija tahu, Mija tak layak untuk Aki. Tetapi hati Mija ini tak pernah berhenti untuk mengharap pada Aki. Hati Mija hanya untuk Aki. Hati Mija hanya mengharapkan Aki. Mija sendiri tidak tahu mengapa. Cinta Mija sangat kuat terhadap Aki.
Mija ingat lagi, semasa kita berjumpa dahulu, Mija pakai selekeh sahaja. Mija tak cantik. Aki hensem. Mesti Aki malukan jalan-jalan dengan Mija. Tetapi Mija sayangkan Aki. Mija ingat juga, masa itu, Mija makan nasi di medan selera, Aki tak nak makan. Aki teman dan tengok sahaja Mija makan. Bila Aki pula makan di McD, Mija pula tak mahu makan. Mija tak pandai nak makan McD. Mija gadis kampung sahaja. Tentu Aki malukan ada awek macam Mija.
Lepas tu, bila Aki nak shopping, Mija tak teman. Mija suruh Aki pergi sendiri, Mija hanya duduk dan tunggu sahaja di bangku di tingkat bawah dalam Mall itu. Mija bukan sengaja tak nak teman Aki, tapi Mija tak larat. Mijakan datang dari jauh nak jumpa Aki. Mija tak tidur semalaman. Tak mengapalah, semua tu kan dah lepas.
Bila nak tengok wayang, Mija tak pandai nak beli tiket. Mija biar sahaja Aki beli tiket sorang-sorang. Memang Mija gadis kampung, tak pernahpun masuk panggung. Lainlah Aki, orang bandar. Biasa tengok wayang, main bowling, shopping, makan KFC, McD; dunia Aki luas. Mija tak tahu semua tu.
Tapi Aki, itu dulu. Aki, sekarang Mija sudah berubah. Mija sudah sedar. Mija sudah tahu, Mija tak boleh biarkan Aki sorang-sorang. Dulu, Mija tak mesej Aki, sebab Mija takut ganggu Aki nak belajar, Aki nak menduduki peperiksaan akhir. Mija takut Aki tak lulus. Tapi, sekarang, Mija sudah tahu, Aki perlukan teman untuk Aki belajar, atau buat apa sahaja. Aki, Mija janji, Mija akan sentiasa menemani Aki, tak akan berjauhan dengan Aki lagi. Terimalah Mija lagi.
Aki tahu tak, Mija selalu nak Aki ada dekat dengan Mija. Kenapa Aki tinggalkan Mija sorang-sorang? Aki cakap dalam surat Aki, walau macam mana marah sekalipun Aki kat Mija, Aki akan tetap sayang Mija. Kenapa Aki tinggalkan Mija?
Aki, remuknya hati Mija, hanya Tuhan yang tahu. Betapa, bila rindukan Aki, Mija tak tahu macam mana nak rasa – sakit, rindu, sayang, sedih, kecewa, cinta – semuanya meghiris-hiris dada Mija. Aki, terimalah Mija lagi. Mija pohon dengan tulus, terimalah cinta Mija untuk Aki.
Aki, Mija tahu, memang Mija tak romantik. Mija tak pandai nak layan Aki. Mija selalu menyakitkan hati Aki. Mija selalu buat Aki marah. Tapi bila Mija tanya, Aki marahkah, Aki selalu jawab, tak, cuma geram. Aki, mana Mija tahu, bila lelaki cakap geram, maksudnya marah. Mijakan tak pernah ada kawan lelaki sebelum Aki. Akilah lelaki pertama yang Mija berkawan, kemudian terus jatuh cinta. Mija dahulukan sekolah perempuan sahaja. Mija tak faham perasaan lelaki. Maafkan Mija bila waktu itu, Mija tak pandai layan Aki.
Aki, terimalah Mija lagi. Mija janji, kalau Aki terima Mija lagi, Mija akan jaga perasaan Aki dengan sebaiknya, Mija tak akan buat Aki marah Mija lagi, Mija tak akan buat Aki geram lagi. Mija janji akan layan Aki dengan baik.
Aki, berilah satu peluang untuk Mija ambil berat tentang Aki lagi. Berilah peluang untuk Mija menyayangi Aki lagi. Berilah satu peluang untuk Mija memenangi hati Aki lagi. Mija merayu pada Aki. Mija sangat sayangkan Aki. Mija tak boleh lupakan Aki.
Aki, tak pernah sedetikpun Mija lupakan Aki. Tak pernah sekelip matapun, tak pernah sehembus nafaspun Mija melupakan Aki. Aki ada dalam denyut nadi Mija. Aki ada dalam hembus nafas Mija. Mija tak boleh lupakan Aki. Mija tak pernah boleh berjauhan dengan Aki.
Aki, datanglah dekat Mija. Terimalah Mija lagi. Berilah peluang untuk Mija menyimpan hati Aki lagi. Kerana, hanya ada Aki dalam hati Mija. Hanya Aki.Hanya ada Aki dalam hidup Mija. Selamanya.
Terasa Aki hadir mendekat dengannya. Terasa Aki begitu dekat. Terasa Aki mendengar suara hatinya. Terasa Aki memenuhi hatinya, dadanya, jiwanya, fikirannya, memenuhi dirinya. Dan, tanpa dia sedari, ada sejernih air melintasi pipinya.
Aki, datanglah. Mija rindu akan Aki.
Aki, datanglah.
Dan di dalam selimut, dia teresak sendiri.
Oleh
Narma Mizda (nama pena).
-C090211-
KIY, UKM.
Narma Mizda (nama pena).
-C090211-
KIY, UKM.
Musafir berdosa
oleh
Narma Mizda (nama pena)
“Lesen dengan road tax.”
Narma Mizda (nama pena)
“Lesen dengan road tax.”
Dia membuka dompetnya. Membelek-belek, kemudian mengeluarkan lesennya dan road tax yang baru diperbaharuinya sejam yang lalu. Pegawai itu menyambut hulurannya, membelek-belek dan meneliti dua keping – lesen dan road tax – itu.
“Ni P ni, ada P?” pegawai itu bertanya sambil mencari sticker P.
“Ada, ni,” jawabnya bangga sambil menunjukkan ke sticker P yang ditampal. Pegawai itu membelek-belek lagi lesen dan road taxnya.
“Nak gi mana ni?” tanya seorang pegawai lain yang duduk di kerusi di bawah khemah.
“Balik kampus.”
“Kenapa pakai selipar?”
Alamak.
“Masa test dulu pakai apa?”
“Kasut,” jawabnya ragu-ragu.
“Boleh tak pakai selipar?”
“Tak boleh.”
“Dah tu?” Dia memandang ke seliparnya.
“Hmmm, kasut tak ada, tercabut tapak. Hari tu masa balik kena hujan, tercabut tapak.”
“Turun dulu, gi selesai dengan pegawai tu,” arah pegawai yang memegang lesen dan road taxnya.
‘Pulak,’ bisik hatinya. Dia mematikan enjin, membuka topi keledar, menyangkutnya di cermin pandang sisi, turun dari motosikal, pergi ke khemah tempat pegawai itu duduk. Pegawai-pegawai lain sibuk menahan motosikal-motosikal yang lewat, dan memeriksa lesen dan road tax setiap penunggang.
Sebaik sahaja dia mendekati khemah, pegawai yang duduk itu bangun dan meninggalkannya, pergi mendapatkan penunggang lain yang baru tiba. Pegawai yang memegang lesen dan road tax motosikalnya datang mendekat.
“Duduk dulu,” pegawai itu mempelawa. Dia duduk. Tersengih-sengih.
“Awak ni dari segi luaran dah ok, lesen ada, road tax ada, P ada. Tapi dari segi dalaman, awak ada masalah. Awak pakai selipar.”
“Hmmm...”
“Kenapa pakai selipar?”
“Kasut rosak. Hari tu, masa balik kena hujan, tercabut tapak.”
“Awak tahu tak, awak dah melakukan kesalahaan.”
“Tak,” dia mengeleng.
“Saya boleh charge awak tidak memakai alas kaki semasa memandu. Kalau saya buka buku, buku ada kat belakang tu, sekarang ni, operasi raya cina, awak kena bayar dua ratus ringgit, tahu?”
“Ooo..”
“Jadi, macam mana? Awak nak saya tulis dalam buku tu ke, nak runding?”
“Rundinglah.”
“Kalau nak runding, sebelah tanganlah (sambil mengangkat tangan kirinya dan membuka telapak tangannya), ni jabatan ni, bukan macam jabatan lain, dua puluh ringgit, tiga puluh ringgit. Ni jabatan ni, lima puluh ringgit.”
‘Mampus,’ jerit hatinya. Dalam dompetnya hanya ada enam puluh tiga ringgit.
“Maaf cik, saya tak ada duit ni. Saya ada lima puluh ringgit je, nak buat isi minyak.” Dia mengeluarkan dompet, membukanya, dan menunjukkan isi dompetnya kepada pegawai tersebut.
“Itu saya tak tahu. Kalau nak runding, lima puluh ringgit. Kalau tak saya buka bukulah, awak kena dua ratus ringgit. Awak pilihlah.”
“Maaflah cik. Saya tak ada duit ni.”
“Kalau tak ada duit, saya buka bukulah, dua ratus ringgit. Awak pilihlah, jangan kata saya paksa. Awak nak rugi dua ratus ke awak nak runding, bayar lima puluh ringgit. Awak jangan kata saya paksa, saya tak paksa, terpulang kat awaklah. Saya tak paksa.”
“Maaflah cik. Ni first time ni. Saya ada lima puluh je, nak isi minyak.”
“Awak jangan cakap macam tu. Kalau tak ada duit, cakap ‘cik saya tak ada duit, buka bukulah’, saya boleh buka buku, awak kena dua ratus.
Dia diam. Perasaannya berperang sendiri. ‘Suruh sahaja dia tulis, nanti bayarlah dua ratus.’
‘Nanti susah pula. Nanti ada rekod. Duitpun tak ada nak bayar.’
‘Kalau bagi lima puluh sekarang, nak ambil duit di mana pula? Jauh lagi nak sampai. Nak isi minyak dengan apa?’
‘Nanti cucuk la kat ATM di stesen minyak mana-mana.’
‘Nak bagi lima puluh ke nak bayar dua ratus.’
“Cepatlah, orang lain ramai lagi nu. Macam mana? Nak suruh saya tulis ke nak runding? Awak jangan kata saya paksa. Saya tak paksa. Saya bagi awak pilihan. Kalau saya tulis terus, nanti kata tak ada tolak ansur, tak ada runding. Ni saya rundinglah. Awak nak yang mana?”
“Maaflah cik, sekali ni je.”
“Tu saya tak nak dengarlah. Awak belajar lagi?”
“Ha’ah.”
“Ha, awak belajar, awak tahulah kan. Nanti awak keluar, awak nak jadi orang besar juga. Awak pandai lagi daripada saya. Awak dah buat salah ni. Awak pilihlah, nak suruh saya tulis ke, nak runding. Cepatlah, ramai lagi orang lain.”
“Saya tak ada duit ni cik. Maaflah”
“Ni undang-undang, kalau saya buat longgar, nanti lagi ramai yang buat. Awak ni penunggang motosikal, bahaya. Dua tiga hari lepas, dua orang naik motosikal terjun dalam gaung. Ni awak ni, kalau saya tak tegas, masuk gaung jugalah. Kami tak kesah kereta, tengok, mana ada kami tahan kereta, kami tahan motosikal sahaja. Motosikal ni bahaya, sebab tu kena terperinci sikit.”
‘Yelah tu.’
Dia diam lagi.
“Cepatlah.” Pegawai tersebut tidak sabar lagi. ‘Suruh sahaja dia tulis, nanti bayar dua ratus. Apa masalahnya. Bayar sahajalah.’
‘Nanti susah pula.’
“Kalau awak nak, saya tulislah dalam buku kat belakang tu, awak bayar dua ratus.”
“Kalau tulis tu, macam mana?”
“Awak bayarlah dua ratus.”
“Bayar sahaja?”
“Ya, bayar sahaja, tak kena naik mahkamah ke apa, kompaun sahaja.”
‘Oklah, tulis,’ jerit hatinya.
“Hmmm,....
Bersambung...
Ingin mengetahui kesudahan cerita ini? Apakah keputusan yang diambil oleh penunggang motosikal tersebut? Adakah dia memberi lima puluh ringgit, atau menyuruh pegawai tersebut menulis dalam buku? nantikan sambungannya...
-C080211-
KIY, UKM.
Ingin mengetahui kesudahan cerita ini? Apakah keputusan yang diambil oleh penunggang motosikal tersebut? Adakah dia memberi lima puluh ringgit, atau menyuruh pegawai tersebut menulis dalam buku? nantikan sambungannya...
-C080211-
KIY, UKM.
Pantun Dua Belas Tengah Malam
Sebelum tidur, ada mesej masuk ke dalam cell.
Badan panas seperti kopi,
Tekak perit tak terperi,
Kepala denyut-denyut sayur sawi,
Rupanya menahan demam kuah kari,
Selamat malam sambal kiwi..
Ooo, nak berpantun ya. Meh kita berbalas pantun, detik hatiku sendiri. Dan tanganpun menaiplah:
Ke mana tumbuh pucuk,
Pucuk tumbuh naik tak tinggi,
xxxx sungguh bucuk,
Bucuk tubuh sebab tak mandi.
Bucuk xxxx bukan sebab tak mandi,
Bucuk xxxx bucuk kereta kenari,
Kalau berani jangan main lari-lari,
Jangan tak sedar Ajim yang perasan wangi.
Biar pucuk tak melata,
Salin tempat burung nak bersarang,
Biar bucuk tak mengapa,
Ajim tak ada orang nak sayang.
Kail panjang merentas kuala,
Tempat burung belajar mengeja,
Kalau tak ada yang sudi tak mengapa,
Carilah pasangan hidup selamanya.
Karangan itu lama sekali,
Tiada tanda itu budi,
Pasangan itu cuma mimpi,
Tiada siapa yang sudi.
Mulut tidak seiring dengan hati,
Kenapa perlu mengalah di permulaan hari,
Hidup sudah ditentukan yang pasti,
Ayuh bangun untuk mencari?
Bertiup angin ke kuala dua,
Kejar ke hulu sampai ke muara,
Hidup Ajim di kala muda,
Belajar dahulu sampai berjaya.
(ia boleh juga berbunyi)
Bertiup angin ke Sungai Dua,
Kejar ke hulu sampai ke muara,
Hidup Ajim sebagai pemuda,
Belajar dahulu sampai berjaya.
Itu sudah kata putusnya,
Ilmu bagi penuh di dada,
Doa sentiasa mengiringinya,
Untuk Nur Ajim sentiasa bahagia.
Dah, tak habis ni malam ni asyik berbalas pantun.
Bunga selasih kain lipatan,
Dalam dapur dua gelas di atas talam,
Cuit krim dengan jari tengah,
Terima kasih Ajim ucapkan,
Jomlah tidur, sudah dua belas tengah malam,
Sweet dream dan mimpi indah.
Hahaha, saya gelak sendiri. Apa punya pantun dah saya buat ni, susunan berterabur, rangkap tak sekata. Hahaha, sekali enam rangkap you, saya bagi. Amik kau...hahaha...
Sudah tak reply. Sayapun pejam mata. Dan tiba-tiba dapat idea lagi. Habislah.
Alim bukan sebarang alim,
Alim ini memakai lebai,
Ajim bukan sebarang Ajim,
Ajim ini orang pandai.
Tapi, ‘memakai’ dengan ‘orang’ tu tak sepadan lah. Tak sama bunyi langsung. Sayapun fikir-fikir, cerdik, herdik, bijak, pijak, bijaksana, alim ini kurang lebai. Aih, tak boleh pula, lebai kan kopiah, mesti kena pakai. Apa ya...akhirnya:
Alim bukan sebarang alim,
Alim ini mengajar isteri,
Ajim bukan sebarang Ajim,
Ajim ini pelajar bistari.
Jangan marah aa..
Baru sahaja saya send, sampai mesej:
Badan yang lemah tak mampu tertanggung,
Ajim tidur untuk tenaga rendang,
xxxx tak sedap badan tunggu suhu menurun,
Mimpi yang indah ye untuk Ajim yang sopan.
Selamat malam ye.
Kemudian, tak lama.
Alim Ajim kuat tapaknya,
Untuk isteri dan keluarga harmoni hendaknya,
Carilah yang mampu kawal keluarga,
Kebahagian memang dicari semua.
Kesimpulan, memang Ajim pandai pantun. :)
Habis.
Persoalannya kini (baca macam Hujan nyanyi Dugaannya), adakah ku pandai berpantun? Hahaha...
p/s: Saya tak pernah menyebutkan nama orang lain dalam penulisan saya, kecuali beberapa orang yang saya rakamkan penghargaan secara khusus seperti Xinniralubayna, Safwan dan Wana. Sebab saya fikir setiap orang mempunyai privasi masing-masing, dan saya tidak ada hak untuk mendedahkan mereka kepada dunia internet yang tiada sempadan. Saya tiada hak untuk menulis, kecuali cerita-cerita saya sahaja. Bahkan, dalam ‘diari manual’ saya, ‘Beberapa Catatan Waktu’ dan ‘Sebuah Cerita Suka Duka’; yang tiada orang yang membacanya selain saya – saya juga tidak pernah menyebutkan nama orang lain, hatta nama awek saya sendiri. Saya seorang yang bersifat protektif dan melindungi. Sebab, apa dan siapa yang saya hargai dan saya sayangi, saya simpan di dalam hati, dalam mimpi-mimpi. Anda tahu siapa anda.
p/s 2: Saya juga keberatan untuk menguploadkan gambar-gambar orang lain dalam facebook saya, (misalnya). Juga kerana alasan bahawa setiap orang perlu dilindungi hak privasinya masing-masing. Hanya terkadang, saya menguploadkan juga atas permintaan-permintaan daripada individu tertentu, dan sebab terkadang, kamera saya menjadi kamera public.
p/s 3: Sebab itu, saya tidak suka gambar saya dimuatnaikkan ke dalam alam maya – tambahan pula, memang tak pernah gambar saya kelihatan sehensem saya (sila muntah jika perlu). Tapi terkadang, saya menempel dalam gambar orang, kan? Takkan nak cut kan buang gambar saya.
p/s 4: Saya memang suka menggangu orang, mesej, terkadang menyakitkan hati. Saya minta maaf. Tetapi, menghebahkan nama orang (yang disukai atau tidak disukai) ke alam maya, saya tak buat.
p/s 5: Sebab itu, saya keberatan juga bila ada orang menjejerkan nama saya dalam tempat-tempat tertentu (Aku benci Muhamad Nur Adzim bin Amran – contohnya). Tapi, kalau dah orang benci, dan dia dah buat, nak buat macam mana. Tentulah kebencian dia itu lebih besar daripada hak privasi saya – dan lagi pula, saya tidak lah sepopular mana.
p/s 6: Setakat ini, saya google nama saya, yang keluar, blog saya sendiri dan laman web Dewan Bahasa dan Pustaka, nama saya sebagai penyumbang sajak-sajak untuk majalah Dewan Siswa dan Tunas Cipta.
p/s 7: Sesiapa yang nak namanya ditulis di sini, boleh request dengan saya. Segala permohonan akan dipertimbangkan – memandangkan ini adalah cerita saya, dan guru saya mengajarkan: jangan tulis cerita orang lain.
Oh, dah 01:58.
oh ya, hak cipta pantun-pantun di atas adalah milik Ajim dan kawannya. Dilarang plagiat.
Quote of the day
"Kalau tak ada orang sayang ajim.. Ajim kena sayang diri sendiri." - Wana. (01/15/2011 10:04)
You'll never walk alone
"Bagaimana anda boleh tahu anda boleh melakukan sesuatu kecuali anda mencubanya?" - Kenny Dalglish, pengurus baru Liverpool. (Sumber: Klik di sini)
:-)
p/s: like Torres very much.
:-)
p/s: like Torres very much.
Masih di sini.
Tahunpun berlalu dan aku menjadi semakin dewasa,
Ada yang tertinggal dibilah-bilah waktu, pada hari-hari berlalu.
Tahun silih berganti dan aku masih di sini,
Matahari esok akan menyinar dengan masa depan yang samar.
Tuhan, tunjukkan aku jalan,
Supaya hidupku tak tersia percuma.
Tuhan, tunjukkan aku jalan,
Supaya hidupku tak tersia percuma.
-C 010111-
Amirin.
Selamat Tahun Baru 2011.
Selamat Tahun Baru 2011.
"Semoga pencarian anda terhadap kecemerlangan insan berhasil dan tiada penghujungnya. Semoga anda berkorban, tidak hanya terhadap matlamat yang anda tetapkan, tetapi mencapainya dan menetapkan lebih banyak matlamat lagi; bukan hanya berpegang pada impian yang anda capai, tetapi untuk mengimpikan impian yang lebih hebat daripada yang sebelumnya; bukan hanya menikmati bumi ini dan kekayaannya, tetapi menjadikannya tempat yang lebih baik untuk hidup; dan bukan hanya mengambil apa yang anda bolah daripada hidup ini, tetapi menyayangi dan memberi dengan murah hati. Saya tinggalkan anda dengan pepatah Irish yang mudah... Semoga jalan bangkit untuk berjumpa anda. Semoga angin sentiasa di belakang anda. Semoga matahari memancar dengan mesra ke muka anda, dan hujan turun dengan lembut ke padang anda, dan, sehingga kita berjumpa lagi...Semoga Tuhan menggenggam anda dengan lembut dalam tangan-Nya. Selamat tinggal dan semoga Tuhan merestui anda." -Anthony Robbins, Kuasa Infiniti.
"Semoga Sentiasa Berjaya."
Subscribe to:
Posts (Atom)