Kalau anda sedang sakit hati, ataupun sedang marah, pastikan anda tidak memandu kenderaan. Selain akan menambahkan sakit hati, anda juga tidak akan boleh fokus dalam pemanduan.
Contohnya, macam saya tengah malam semalam. Entah mengapa, saya memilih untuk sakit hati sebelum memandu pulang. Kemudian, semuanya adalah menyakitkan hati.
Saya keluar, sampai di pintu depan, pengawal menahan kereta di depan, menghalang saya. Lampu isyarat sudah hijau. Saya tak boleh lalu, sakit hati. Kemudian, lepas. Apabila sampai di lampu isyarat, kuning sudah menyala. Sakit hati. Kejar, merah, dan langgar lampu isyarat. Sakit hati.
Apabila nak masuk bulatan, kereta depan terhegeh-hegeh. Sakit hati. Masuk sahajalah, dah kosong kot. Kemudian, nak keluar bulatan, kereta memotong depan pula. Sakit hati. Tak sabar-sabar.
Pendeknya, semua menyakitkan hati. Sebabnya, sebabnya kerana sebelum memandu kenderaan, saya telah sakit hati.
Cuba kalau tak sakit hati, tengah bahagia. Senyum sahaja. Tapi itulah.
Sebab itu, kata orang, untuk mendapat kebahagiaan itu, carilah isteri yang solehah. Isteri yang solehah akan menyejukkan pandangan suami dan menyejukkan hati serta perasaan suami. Isteri solehah akan membuatkan suami tenang, bahagia dan bertimbang rasa. Dan yang paling penting, isteri solehah tak akan menyakitkan hati suami.
Tapi, untuk mendapatkan isteri yang solehah, dia kenalah jadi suami yang soleh terlebih dahulu. Suami yang penyayang dan pandai menjaga hati isteri.
Maka, jadilah rumahnya syurga.
2 comments:
bile marah or sakit hati...sy g tido...so skrg da xmrh...
:)
langkah yang tepat
Post a Comment