Sejak kecil lagi saya tahu bahawa Islam pernah berkuasa di Sepanyol. Setakat itu sahajalah pengetahuan saya.
Kemudian, saya tahu, ia diperintah oleh Khilafah Bani Umayyah II. Setakat itu jugalah saya tahu.
Saya tahu Islam banyak meninggalkan warisan di bumi Sepanyol. Contohnya, kesenian dengan kompleks al-Hamra yang bermaksud merah. Setakat itu pula yang saya tahu.
Kemudian saya tahu, banyak nama tempat di Sepanyol merupakan nama yang diberikan oleh orang Moors dan berasal dari bahasa Arab. Contohnya, yang saya tahu Cordova itu asalnya Qurtubah. Sekadar itu yang saya tahu.
Saya tahu kemudiannya bahawa banyak bandar di Sepanyol hari ini dibuka oleh orang Islam seperti Madrid dan Valencia, kalau tak silap saya. Sekadar itu pengetahuan saya.
Saya tahu ramai ulama Islam berasal dari Sepanyol. Contohnya al-Imam al-Syatibi yang terkenal dengan matannya dalam ilmu Qiraat. Itulah cuma pengetahuan saya.
Hari ini saya tahu pula banyak lagi nama-nama tempat di Sepanyol sebenarnya berasal daripada bahasa Arab, ataupun sekurang-kurangnya mempunyai nama dalam bahasa Arab. Hari ini saya tahu lagi bahawa:
Alhama = al-Hama
the Alhambra = al-Hamra
Algeciras = al-Jazira
Almeria = al-Mariya
Valencia = Balansiya
Granada = Gharnata
Seville = Ishbiliya
Castile = Kashtalla
Malaga = Malaka
Cordoba = Qurtubah
Zaragoza = Sarakusta
Tangier = Tanja
Toledo = Tulaytula
Hari ini, ramai antara kita yang apabila disebut Sepanyol, dia hanya teringat Fernando Torres, Real Madrid, Barcelona, Iniesta, Xavi, Reina blablabla...
Saya sebenarnya perlu lebih banyak mengkaji sejarah, bukan hanya mengetahui 'banyak', 'banyak' dan 'banyak' tanpa mengetahui fakta dan data. Berapa lama Islam berkuasa di Sepanyol? Lama. Itu sahajalah.
Ferdinand dan Isabella. Siapa mereka?
Hari ini saya nak baca novel Shadows of the Pomegranate Tree oleh Tariq Ali. Di kulit belakang novel ini, ditulis:
Tariq Ali tells us the story of the aftermath of the fall of Granada by narrating a family saga of those who tried to survive after the collapse of their world. Particularly deft at evoking what life must have been like for those doomed inhabitants, besieged on all sides by an intolerant Christendom. This is a novel that has something to say, and says it well. GUARDIAN
Jadi, mari kita tengok, apa yang ada dalam novel ini...hehehe...

3 comments:
nanti dah habis baca novel tu, reviem la sikit.
honestly, bila bercakap tentang sejarah, kita selalu rasa tak best. bosan. tapi sejarah sebenarnya tentang naik turunnya islam, sangat-sangat menarik dan wajib diketahui oleh semua umat islam. huu.. anyway, me pun sedang mendalami sejarah islam yang agung.
allahuakbar! :)
*review
qish: ok, br ckit bc..hehe..
Post a Comment