Ulasan Berita

Projek Mega Membantu Merangsang Ekonomi - Mahathir

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahan pelaksanaan projek mega di negara ini kerana ia membantu menghasilkan kesan limpahan dan merangsang ekonomi.

"Apabila kerajaan membina projek mega, kesan limpahannya sangat besar. Kesemua kontraktor turut mendapat hasil perniagaan dan sama juga kontraktor kecil, pembekal, para pekerja dan malah penjual nasi lemak turut mendapat perniagaan kerana mereka boleh turut menjual sesuatu kepada para pekerja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Pengurusan Aset dan Kemudahan Negara di sini Isnin.

"Mereka merangsang ekonomi dan sambil itu mereka turut membayar cukai, yang termasuk penjual nasi lemak kerana masih perlu mendapatkan banyak perkara dari para pemborong yang turut membayar cukai," katanya.

Dr Mahathir berkata perolehan negara telah meningkat setiap tahun kerana ekonomi dirangsang oleh kerajaan serta sektor swasta.

"Jadi, apabila kerajaan membelanjakan wang, ia mendapat semula wang berkenaan. Jika tidak, bagaimanakah anda menjelaskan kerajaan mempunyai banyak wang setiap tahun," katanya.

Dr Mahathir berkata sektor swasta dan bukan kerajaan perlu bertanggung jawab bagi membina projek mega kerana ahli perniagaan selalunya tahu menjana wang dari pelaburan masing-masing.

"Perniagaan bermakna anda mendapat sedikit modal, melakukan perniagaan dan menjana keuntungan. Jika anda mahu mengembangkannya, gunakan wang atau pinjaman dari bank," katanya, sambil menyatakan bahawa kerajaan perlu melakukan eksesais penswastaan.

Mengenai Bajet 2010, Dr Mahathir enggan membuat sebarang ulasan.

"Sebelum anda membuat sebarang ulasan, anda perlu meneliti bajet berkenaan dengan teliti kerana dari pengalaman saya, ulasan hari pertama biasanya sangat baik dan semua pihak gembira. Tetapi, kemudiannya, apabila mereka mulai mengkaji agenda tersembunyi, mereka kemudiannya sangat kecewa," katanya.

"Jadi, saya masih tercari-cari agenda tersembunyi berkenaan," katanya.

-- BERNAMA (Sumber, Klik di sini)

Ulasan:

1. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahan pelaksanaan projek mega di negara ini kerana ia membantu menghasilkan kesan limpahan dan merangsang ekonomi.

- Limpahan ke mana bang? Eh, abang pula; limpahan ke mana Tun?

2. "Apabila kerajaan membina projek mega, kesan limpahannya sangat besar. Kesemua kontraktor turut mendapat hasil perniagaan dan sama juga kontraktor kecil, pembekal, para pekerja dan malah penjual nasi lemak turut mendapat perniagaan kerana mereka boleh turut menjual sesuatu kepada para pekerja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Pengurusan Aset dan Kemudahan Negara di sini Isnin.

- Bohonglah. TIPU. Bukan selalunya melimpah pada kroni ke?

3. "Jadi, apabila kerajaan membelanjakan wang, ia mendapat semula wang berkenaan. Jika tidak, bagaimanakah anda menjelaskan kerajaan mempunyai banyak wang setiap tahun," katanya.

- Bukan dapat daripada menaikkan harga minyak?

4. "Jadi, saya masih tercari-cari agenda tersembunyi berkenaan," katanya.

Ha?? Sekali lagi, "Jadi, saya masih tercari-cari agenda tersembunyi berkenaan," katanya. Aku ulang, "Jadi, saya masih tercari-cari agenda tersembunyi berkenaan," katanya.

diulangi, "Jadi, saya masih tercari-cari agenda tersembunyi berkenaan," katanya.

Ada agenda tersembunyi rupanya! Rupanya!. Apa maksudnya kalau seorang bekas Perdana Menteri (diulangi, bekas Perdana Menteri Malaysia) bercakap tentang 'agenda tersembunyi'?

Ada orang berkata, hanya orang yang berhati baik sahaja akan bersangka baik dengan orang lain. Nah! Maksudnya, bajet pada zaman dia dulu penuh dengan agenda tersembunyi. (Aku agaklah). Apa punya kerajaan nih? Buat bajet untuk rakyatpun ada agenda tersembunyi? Patutlah rakyat tak kaya-kaya. Tak pernah nak senang.

Aku ada baca berita, agak baru jugalah, rakyat negara ini pening, sebab tua dulu, tak juga kaya-kaya, berbanding rakyat sebelah Barat sana (beberapa tempatlah) kaya dulu baru tua. Mereka tiap-tiap tahun akan melancong ke serata dunia, ada simpanan untuk masa tua, boleh beli insuran dan sebagainya. Kita ada sempat nak menyimpan? Mujur sangat kalau sempat simpan untuk pergi Haji. Mujur!

Kita tidak meminta lebih, tapi kita hendak hidup yang selesa. Selesa dengan erti kata mudah makan pakai. Makanan murah, negara aman, rakyat bersatu, jalan raya selesa (dan percuma), dan lain-lain. Mana tuan-tuan nak dapat, kecuali di Malaysia ini...kan?

Maka, Tun, tak payah carilah agenda tersembunyi tersebut, Perdana Menteri 1Malaysia kami ini, sangat sayang akan rakyatnya, seperti mana dalam slogannya, 'Rakyat didahulukan, dot dot dot' (kroni diutamakan....hehehe, jangan marah!)

Tak payah carilah Tun! Tak payah tercari-cari.

Semua orang sudah tahu.

nota: tersangat malanglah bagi kita yang didahulukan ini kalau bajet 2010 pun ada agenda tersembunyi. Tak adalah kot. (Optimis).

No comments: