Atas dosa apakah ia dibunuh?
26 Oktober 2009, bukan sahaja hari perbicaraan Karadzic, tetapi, hari ini juga merupakan hari perbicaraan Alexander W., seorang lagi penjenayah yang melakukan jenayah ke atas Muslim. Mangsanya ialah Marwa Sherbini, seorang perempuan Mesir yang memakai hijab.
Alex telah menikam Marwa, yang digelarnya pengganas (terrorist) sehingga mati. Kejadian bukan berlaku di lorong yang gelap, atau di tempat yang sunyi, atau di dalam bilik kosong, tetapi berlaku di kamar Mahkamah, di Dresden, Jerman. Siapa sebenarnya terrorist?
Semalam, perbicaraannya dimulakan. Tiada boikot seperti Karadzic. Kalau didapati bersalah, Alex akan dipenjara seumur hidup.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada 'Syahidah Hijab'. Semoga darah yang mengalir tidak tersia.
Dan semoga kita mampu mengambil sedikit iktibar, bahawa saudara kita terpaksa mengorbankan hidupnya hanya kerana ingin memakai pakaian yang diperintahkan agama, hanya kerana ingin mempertahankan hijab. Hanya kerana ingin menutup aurat.
Maka, adalah baik jika kita menghargai pengorbanan itu dengan turut sama menunjukkan kepada dunia bahawa kita mempunyai kod etika pakaian kita sendiri, dan kita berhak memakainya. Lebih dari berhak, kita wajib memakainya. Beritahulah kepada dunia bahawa kita wajib menutup aurat, bukan untuk mengongkong kebebasan kita, tetapi untuk menjaga maruah kita, untuk meninggikan darjat kita.
Aurat wajib ditutup untuk memuliakan manusia, perempuan terutamanya. Maka, cubalah memakai pakaian yang longgar, tudung yang tebal, baju yang labuh. Jadilah Muslim yang moderat, bukan Muslim yang mengikut jejak langkah Barat.
Jadilah Muslim yang moderat. Jadilah Muslim yang sederhana.
Marwa, semoga anda dilimpahkan pahala dan digolongkan dikalangan para syuhada'.
بأي ذنب قتلت؟
Untuk berita tentang perbicaraan Alex, klik di sini.
Untuk bacaan lanjut tentang Marwa Sherbini, klik di sini.
Perempuan Muslim, tetap menutup aurat, tetap berfesyen, tetap cantik.
nota: tudung Malaysia ini buatan Korea. semakin hari semakin nipis.
No comments:
Post a Comment