Malu

Malu

Malu bertanya sesat jalan
Malu menyapa tak dapat kawan
Malu bekerja berat tulang
Malu berusaha mati kebuluran
Malu belajar ilmu kurang
Malu membaca ketinggalan zaman
Malu tersenyum dibenci orang
Malu berjiran kera sumbang
Malu mengaku bukan anak jantan
Malu beradab tiada siapa berkenan

Malu biarlah bertempat
Nak buat maksiat, malulah kepada Tuhan.


-C 080208-
Darul Quran.
ajim_mn@yahoo.com

F1 1Malaysia (Selingan 'jer')

Murni sungguh hasrat PM 1Malaysia kita. Murni sungguh. Beliau mahu menubuhkan satu pasukan F1 1Malaysia. Tengah-tengah ribut pasukan-pasukan ‘otai’ F1 menarik diri, atau berniat menarik diri daripada kancah perlumbaan F1, Perdana Menteri kita naik angin hendak berlumba. Tak mengapa katanya, pasti ramai yang akan menyumbang dana. OK lah, biarlah dia.

Yang murninya, pasukan F1 1Malaysia ini akan 100% Malaysia. Diulangi, 100% Malaysia. Begitulah kehendak Perdana Menteri.

Tadi, selepas solat Isya’, aku sempat menonton berita sukan TV3 sekejap. Berita menguar-uarkan tentang proses pemilihan pelumba. Dan Fairuz menjadi calon utama. Maka, banyaklah dibuat temu ramah, dan setiap yang ditemu ramah semuanya yakin bahawa Fairuz mampu menggalas cabaran sebagai pelumba F1 1Malaysia. Baguslah. 100% Malaysia. Konon.

Eh, betullah 100% Malaysia. Kereta Malaysia. Jurutera Malaysia. CEO Malaysia. Pemandu Malaysia. Minyak Malaysia. Apalagi? Danapun DUIT (rakyat) Malaysia. Semua Malaysia. Semua yakin, kereta Malaysia, jurutera Malaysia, pemandu Malaysia, minyak Malaysia, CEO Malaysia mampu membawa F1 1Malaysia ke peringkat global. Baguslah, akupun boleh tumpang bangga.

Tapi tadi, semasa aku menonton berita, semua yang diwawancara bercakap menggunakan bahasa Inggeris. Aik? Kata 100% Malaysia.

Semua Malaysia, kecuali bahasa. Kenapa? Apa Malaysia tiada bahasanya sendirikah? Bahasa Malaysia tidak mampu menyumbang kepada F1 1Malaysiakah?

Jadi, aku katakan, 100% Malaysia ‘wak lu’. Usahlah berusaha mencipta identiti Malaysia diperingkat antarabangsa kalau soal bahasapun masih terkeliru.

Siapa yang bersalah dalam hal ini, tidak pula aku ketahui. Akulah yang bersalah agaknya, terlalu fanatik dengan bahasa Malaysia.

Kesimpulannya, kalau tanya aku, aku kata tak payahlah mengada-ngada hendak 'mempromosi 1Malaysia' di litar F1. Membazir minyak sahaja. Bukankah minyak sekarang mahal? Minyak petrol rakyatpun kerajaan sudah tak larat nak tanggung subsidi. Minyak kereta F1 ada siapa hendak bayar subsidi?

Nota: aku sendiri tak tahu apa maksud ‘wak lu’, tapi kawan aku ada seorang itu selalu sebut perkataan tu. Jadi, aku bedal ‘aja’lah.

nota satu lagi: rakyat didahulukan, F1 diutamakan. (Nak buat macam manakan. F1 itu 1Malaysia.)

Perihal Suatu Detik dalam Sehari

Perihal Suatu Detik Dalam Sehari.

Setiap mentari pecah pagi
Si rajin keluar mencari sejernih rezeki
Sang pemalas bertindih cawan di kedai kopi
Si jahat berdegup hati bimbang pecah rahsia mencuri
Si bijak mula melangkah menadah setitik ilmu Ilahi
Si Abid masih di sejadah wirid bertali.

Kelak masa akan menjadi saksi
Baik jahat manusia di muka bumi.


Muhamad Nur Adzim Amran
-C 060508-
Al-Manar.

Kedekut, Jimat, Boros dan Membazir


Ada orang yang hanya makan sekali sehari, sedangkan dia mampu makan dua atau tiga kali sehari. Dan fitrahnya, dia memerlukan makan dua atau tiga kali sehari. Apabila ditanya, kenapa tidak makan, dia menjawab, "Nak jimat."

Jimatkah begitu? Kita tinggalkan persoalan itu seketika.

Islam sangat mendidik umatnya supaya menjadi satu umat yang berjimat cermat. Hatta, dalam perkara ibadat khusus sekalipun, umat Islam digesa supaya berjimat cermat. Pernah Rasulullah menegur Saad bin Abi Waqqas kerana berlebih-lebihan dalam mengambil wudu'. Mengambil wudu'pun ada pembaziran? Ya, walaupun di sungai yang mengalir. Walaupun pada logiknya, air sungai tidak akan luak kalau kita sedikit berlebihan, tetapi, betapa 'berkira'nya Islam dalam perkara ini, perbuatan itu adalah dilarang.

Jadi, wajibkah berjimat? Ya, wajib. Cuma tinggal persoalan, apakah berjimat itu? Kita akan faham apa itu jimat apabila kita memahami apa itu kedekut, boros dan membazir. Kedekut adalah enggan mengeluarkan harta yang patut untuk kegunaan dan keperluan diri. Maksudnya, jika setiap hari seseorang itu memerlukan RM 10.00 untuk keperluan dirinya, sebagai contoh, tetapi dia hanya membelanjakan RM 3.00 sahaja, sedangkan dia memiliki RM 15.00, maka itu dikira kedekut. Lain ceritanya jika dia hanya memiliki RM 3.00. Kesimpulannya, kedekut adalah enggan mengeluarkan harta padakadar yang sepatutnya diperlukan.

Boros pula adalah membelanjakan harta secara berlebihan pada perkara yang harus. Perkara yang harus adalah perkara-perkara yang tidak ditegah oleh syara'. Berlebihan pula bermaksud lebih daripada keperluan, dan andai perkara tersebut tidak ada, ia tidak memudaratkan diri sendiri. Sebagai contoh mudah, seseorang yang memerlukan makan 3 kali sehari, tetapi dia makan sehingga 9 kali sehari. Sepatutnya dia hanya cukup membelanjakan RM 10.00 sehari, tetapi ia membelanjakan RM 70.00 sehari. Itu boros namanya. Maka, ini tidak diharuskan oleh syara'. Berbelanjalah sekadarnya, sekira-kira cukup keperluan. Harta yang lebih daripada perbelanjaan haruslah disimpan atau dikembangkan dengan cara yang bertepatan dengan syara', bukan boleh ditabur sesuka hati.

Manakala membazir pula adalah membelanjakan harta pada perkara yang diharamkan oleh syara'. Sebagai contoh, menggunakan harta untuk berjudi, walaupun sedikit, membeli perkara haram, walaupun sedikit. Untuk contoh yang mudah, duit digunakan untuk membeli arak, walaupun yang berharga RM 2.50 satu tin, itu dikira membazir. Dan membazir adalah haram dalam Islam. Diulangi, haram. Orang yang membazir itu dikira saudara syaitan. Jadi, kita perlu jelas dalam perkara ini, bahawa membazir adalah haram, dan membazir itu tidak semestinya mengeluarkan harta dalam nilai yang banyak, cukup sekadar kalau membelanjakan pada jalan yang diharamkan syara'.

Sekarang, jimat itu berada di mana? Adakah Islam menyuruh berjimat dengan mengikat perut sedangkan kita berkemampuan? Tidak. Jimat itu adalah membelanjakan harta pada kadar yang sepatutnya, pada tempat yang sepatutnya, pada waktu yang sepatutnya, oleh individu yang sepatutnya. Maksudnya, kalau kita memerlukan RM 10.00 sehari, dan kita membelanjakan RM 10.00, itulah berjimat namanya. Kalau kita perlu makan nasi, dan kita membeli nasi, itulah jimat namanya. Kalau kita memerlukan nasi yang berharga RM 3.50 untuk sekali kenyang, kemudian kita membeli makanan segera yang berharga RM 9.90, tetapi tidak juga kenyang, itu boros namanya. Kalau kita membeli makanan tak halal, itu membazir. Kalau kita tidak membeli langsung, hanya minum air kosong, itu kedekut.

Maka, jelaslah kepada kita bahawa Islam menyuruh umatnya berjimat bukan bererti mengongkong atau melawan fitrah, tetapi, hanya sekadar mengawal diri supaya tidak terlalu mengikut nafsu.

Sekarang, berbalik kepada persoalan pertama yang ditimbulkan di atas, adakah ia jimat? Atau kedekut? Atau boros? Atau membazir? Atau apa? Biarlah persoalan tergantung di situ.

Itu perbincangan dalam konteks perbelanjaan kepada diri sendiri. Maka, termasuk juga dalam konteks ini, perbelanjaan dalam bersedekah, memberi hadiah dan seumpamanya.

Sebagai kesimpulannya, janganlah kamu membiarkan tangan kamu terbelenggu di leher kamu, dan janganlah kamu terlalu membukanya (terlalu pemurah). Berbelanjalah secara berhemah dan bersederhana.

nota: sahutlah seruan kerajaan Malaysia, bijak berbelanja!!

Khabar yang tak berapa sedap didengar

Harga petrol ikut pasaran


KUALA LUMPUR - Harga petrol di pam kemungkinan akan berasaskan harga pasaran atau tanpa subsidi apabila sistem pengurusan subsidi petrol dilaksanakan pada tahun hadapan.

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, melalui kaedah itu pemberian subsidi mungkin akan lebih tersasar kepada kumpulan yang layak bagi menikmati harga petrol bersubsidi.

"Harga petrol mungkin akan ditetapkan pada kadar pasaran tetapi individu yang disasarkan akan dapat subsidi. Harga petrol tidak ada subsidi, kecuali kepada golongan sasaran.

"Sistem pengurusan itu sedang dibina dan akan dimulakan dengan petrol. Ia akan dilaksanakan antara suku pertama dan kedua tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2009 di sini semalam.

Kumpulan sasar itu kelak mungkin melibatkan golongan berpendapatan rendah atau berada pada paras gaji tertentu.

Menurut beliau, Mykad juga mungkin menjadi salah satu mekanisme bagi pemberian subsidi.

Pada pembentangan Bajet 2010 Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sistem pengurusan subsidi akan dilaksanakan pada awal 2010 menggunakan MyKad dan infrastruktur sedia ada.

Sumber: klik di sini.

nota: 1Malaysia.

بأي ذنب قتلت؟

Atas dosa apakah ia dibunuh?


26 Oktober 2009, bukan sahaja hari perbicaraan Karadzic, tetapi, hari ini juga merupakan hari perbicaraan Alexander W., seorang lagi penjenayah yang melakukan jenayah ke atas Muslim. Mangsanya ialah Marwa Sherbini, seorang perempuan Mesir yang memakai hijab.

Alex telah menikam Marwa, yang digelarnya pengganas (terrorist) sehingga mati. Kejadian bukan berlaku di lorong yang gelap, atau di tempat yang sunyi, atau di dalam bilik kosong, tetapi berlaku di kamar Mahkamah, di Dresden, Jerman. Siapa sebenarnya terrorist?

Semalam, perbicaraannya dimulakan. Tiada boikot seperti Karadzic. Kalau didapati bersalah, Alex akan dipenjara seumur hidup.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada 'Syahidah Hijab'. Semoga darah yang mengalir tidak tersia.

Dan semoga kita mampu mengambil sedikit iktibar, bahawa saudara kita terpaksa mengorbankan hidupnya hanya kerana ingin memakai pakaian yang diperintahkan agama, hanya kerana ingin mempertahankan hijab. Hanya kerana ingin menutup aurat.

Maka, adalah baik jika kita menghargai pengorbanan itu dengan turut sama menunjukkan kepada dunia bahawa kita mempunyai kod etika pakaian kita sendiri, dan kita berhak memakainya. Lebih dari berhak, kita wajib memakainya. Beritahulah kepada dunia bahawa kita wajib menutup aurat, bukan untuk mengongkong kebebasan kita, tetapi untuk menjaga maruah kita, untuk meninggikan darjat kita.

Aurat wajib ditutup untuk memuliakan manusia, perempuan terutamanya. Maka, cubalah memakai pakaian yang longgar, tudung yang tebal, baju yang labuh. Jadilah Muslim yang moderat, bukan Muslim yang mengikut jejak langkah Barat.

Jadilah Muslim yang moderat. Jadilah Muslim yang sederhana.

Marwa, semoga anda dilimpahkan pahala dan digolongkan dikalangan para syuhada'.

بأي ذنب قتلت؟

Untuk berita tentang perbicaraan Alex, klik di sini.

Untuk bacaan lanjut tentang Marwa Sherbini, klik di sini.

Perempuan Muslim, tetap menutup aurat, tetap berfesyen, tetap cantik.



nota: tudung Malaysia ini buatan Korea. semakin hari semakin nipis.

Ulasan Berita

Projek Mega Membantu Merangsang Ekonomi - Mahathir

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahan pelaksanaan projek mega di negara ini kerana ia membantu menghasilkan kesan limpahan dan merangsang ekonomi.

"Apabila kerajaan membina projek mega, kesan limpahannya sangat besar. Kesemua kontraktor turut mendapat hasil perniagaan dan sama juga kontraktor kecil, pembekal, para pekerja dan malah penjual nasi lemak turut mendapat perniagaan kerana mereka boleh turut menjual sesuatu kepada para pekerja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Pengurusan Aset dan Kemudahan Negara di sini Isnin.

"Mereka merangsang ekonomi dan sambil itu mereka turut membayar cukai, yang termasuk penjual nasi lemak kerana masih perlu mendapatkan banyak perkara dari para pemborong yang turut membayar cukai," katanya.

Dr Mahathir berkata perolehan negara telah meningkat setiap tahun kerana ekonomi dirangsang oleh kerajaan serta sektor swasta.

"Jadi, apabila kerajaan membelanjakan wang, ia mendapat semula wang berkenaan. Jika tidak, bagaimanakah anda menjelaskan kerajaan mempunyai banyak wang setiap tahun," katanya.

Dr Mahathir berkata sektor swasta dan bukan kerajaan perlu bertanggung jawab bagi membina projek mega kerana ahli perniagaan selalunya tahu menjana wang dari pelaburan masing-masing.

"Perniagaan bermakna anda mendapat sedikit modal, melakukan perniagaan dan menjana keuntungan. Jika anda mahu mengembangkannya, gunakan wang atau pinjaman dari bank," katanya, sambil menyatakan bahawa kerajaan perlu melakukan eksesais penswastaan.

Mengenai Bajet 2010, Dr Mahathir enggan membuat sebarang ulasan.

"Sebelum anda membuat sebarang ulasan, anda perlu meneliti bajet berkenaan dengan teliti kerana dari pengalaman saya, ulasan hari pertama biasanya sangat baik dan semua pihak gembira. Tetapi, kemudiannya, apabila mereka mulai mengkaji agenda tersembunyi, mereka kemudiannya sangat kecewa," katanya.

"Jadi, saya masih tercari-cari agenda tersembunyi berkenaan," katanya.

-- BERNAMA (Sumber, Klik di sini)

Ulasan:

1. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahan pelaksanaan projek mega di negara ini kerana ia membantu menghasilkan kesan limpahan dan merangsang ekonomi.

- Limpahan ke mana bang? Eh, abang pula; limpahan ke mana Tun?

2. "Apabila kerajaan membina projek mega, kesan limpahannya sangat besar. Kesemua kontraktor turut mendapat hasil perniagaan dan sama juga kontraktor kecil, pembekal, para pekerja dan malah penjual nasi lemak turut mendapat perniagaan kerana mereka boleh turut menjual sesuatu kepada para pekerja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Pengurusan Aset dan Kemudahan Negara di sini Isnin.

- Bohonglah. TIPU. Bukan selalunya melimpah pada kroni ke?

3. "Jadi, apabila kerajaan membelanjakan wang, ia mendapat semula wang berkenaan. Jika tidak, bagaimanakah anda menjelaskan kerajaan mempunyai banyak wang setiap tahun," katanya.

- Bukan dapat daripada menaikkan harga minyak?

4. "Jadi, saya masih tercari-cari agenda tersembunyi berkenaan," katanya.

Ha?? Sekali lagi, "Jadi, saya masih tercari-cari agenda tersembunyi berkenaan," katanya. Aku ulang, "Jadi, saya masih tercari-cari agenda tersembunyi berkenaan," katanya.

diulangi, "Jadi, saya masih tercari-cari agenda tersembunyi berkenaan," katanya.

Ada agenda tersembunyi rupanya! Rupanya!. Apa maksudnya kalau seorang bekas Perdana Menteri (diulangi, bekas Perdana Menteri Malaysia) bercakap tentang 'agenda tersembunyi'?

Ada orang berkata, hanya orang yang berhati baik sahaja akan bersangka baik dengan orang lain. Nah! Maksudnya, bajet pada zaman dia dulu penuh dengan agenda tersembunyi. (Aku agaklah). Apa punya kerajaan nih? Buat bajet untuk rakyatpun ada agenda tersembunyi? Patutlah rakyat tak kaya-kaya. Tak pernah nak senang.

Aku ada baca berita, agak baru jugalah, rakyat negara ini pening, sebab tua dulu, tak juga kaya-kaya, berbanding rakyat sebelah Barat sana (beberapa tempatlah) kaya dulu baru tua. Mereka tiap-tiap tahun akan melancong ke serata dunia, ada simpanan untuk masa tua, boleh beli insuran dan sebagainya. Kita ada sempat nak menyimpan? Mujur sangat kalau sempat simpan untuk pergi Haji. Mujur!

Kita tidak meminta lebih, tapi kita hendak hidup yang selesa. Selesa dengan erti kata mudah makan pakai. Makanan murah, negara aman, rakyat bersatu, jalan raya selesa (dan percuma), dan lain-lain. Mana tuan-tuan nak dapat, kecuali di Malaysia ini...kan?

Maka, Tun, tak payah carilah agenda tersembunyi tersebut, Perdana Menteri 1Malaysia kami ini, sangat sayang akan rakyatnya, seperti mana dalam slogannya, 'Rakyat didahulukan, dot dot dot' (kroni diutamakan....hehehe, jangan marah!)

Tak payah carilah Tun! Tak payah tercari-cari.

Semua orang sudah tahu.

nota: tersangat malanglah bagi kita yang didahulukan ini kalau bajet 2010 pun ada agenda tersembunyi. Tak adalah kot. (Optimis).

Cerita Boikot


Kenalkah anda wajah siapa ini? Tak mengapa, kenal ataupun tidak, ini adalah gambar Radovan Karadzic. Pernah dengar nama itu? Pernah tahu? Pernah dengar ceritanya? pernah tahu dosanya?

Malang bagi Muslim yang tidak mengenali Karadzic. Amat malang sekali. Dan amat tidak patut kalau tidak pernah mendengar nama ini.

Mungkin ketika dia masyhur dulu, kebanyakan kita (yang seusia aku) masih kecil. Ya, masih mentah untuk mengetahui dan mengambil kesah tentang pergolakan dunia. Tetapi tidak berapa lama dulu, 21 Julai 2008, beliau ditangkap di Belgrade.

Aku menyebut tentang dosa, tentang pergolakan dunia, tentang ditangkap. Kenapa? Kerana manusia ini (kalau masih layak dipanggil manusia) merupakan seorang penjenayah perang. (perang itupun sebenarnya sudah merupakan satu jenayah!). Kaitannya dengan kita? Kaitannya ada apabila kita membaca dan meneliti biodata dan 'kerja tangan'nya.

Radovan Karadžić born June 19, 1945(1945-06-19) in Petnjica, SR Montenegro, SFR (Yugoslavia) is a former Bosnian Serb politician, poet and psychiatrist. He is currently on trial in the United Nations Detention Unit of Scheveningen accused of war crimes committed against Bosnian Muslims, Bosnian Croats, and other non-Serbs during the Siege of Sarajevo. He is also accused of the Srebrenica genocide.

Educated as a psychiatrist, he co-founded the Serbian Democratic Party in Bosnia and Herzegovina and was the first President of Republika Srpska from 1992 to 1996.

He was a fugitive from 1996 until July 2008 after having been indicted for war crimes by the International Criminal Tribunal for the former Yugoslavia (ICTY). The indictment concluded there were reasonable grounds for believing he committed war crimes including genocide, against Bosnian Muslim and Bosnian Croat civilians during the Bosnian War (1992–1995).[3] While a fugitive he worked at a private clinic in Belgrade specialising in alternative medicine and psychology under the alias Dr. Dragan David Dabić (Др Драган Давид Дабић) under the company name of “Human Quantum Energy”. His nephew, Dragan Karadžić has claimed in an interview to the Corriere della Sera that Radovan Karadžić attended football matches of Serie A and that he visited Venice under the false identity of Petar Glumac.

He was arrested in Belgrade on 21 July, 2008 and brought before Belgrade’s War Crimes Court a few days later. He was extradited to the Netherlands, and is currently in The Hague, in the custody of the International Criminal Tribunal for the former Yugoslavia.

War crimes charges

Karadžić is accused by the International Criminal Tribunal for the former Yugoslavia (ICTY) of personal and command responsibility for numerous war crimes committed against non-Serbs, in his roles as Supreme Commander of the Bosnian Serb armed forces and President of the National Security Council of the Republika Srpska. He is accused by the same authority of being responsible for the deaths of more than 7500 Muslims. Under his direction and command, Bosnian Serb forces initiated the Siege of Sarajevo and carried out numerous massacres across Bosnia. Tens of thousands of non-Serbs were killed, hundreds of thousands were driven from their homes and thousands more were imprisoned in concentration camps where many died. He is accused by the ICTY of ordering the Srebrenica massacre in 1995, directing Bosnian Serb forces to "create an unbearable situation of total insecurity with no hope of further survival of life" in the UN safe area. In addition, he is accused by the ICTY of ordering that United Nations personnel be taken hostage in May-June 1995.

He was jointly indicted by the International Tribunal for the Former Yugoslavia in 1995, along with General Ratko Mladić. The indictment charges Karadžić on the basis of his individual criminal responsibility (Article 7(1) of the Statute) and superior criminal responsibility (Article 7(3) of the Statute) with:

Five counts of crimes against humanity (Article 5 of the Statute - extermination, murder, persecutions on political, racial and religious grounds, persecutions, inhumane acts (forcible transfer));
Three counts of violations of the laws of war (Article 3 of the Statute - murder, unlawfully inflicting terror upon civilians, taking hostages);
One count of grave breaches of the Geneva Conventions (Article 2 of the Statute - willful killing).
Unlawful transfer of civilians because of religious or national identity.

The United States government offered a $5 million reward for his and Ratko Mladić's arrests.

(untuk bacaan lanjut, rujuk sumber: klik di sini)

Maka kenapa tiba-tiba hari ini dia naik nama? sila baca berita ini pula.


Radovan Karadzic pulau perbicaraan

BEKAS pemimpin Serb Bosnia, Radovan Karadzic memulaukan perbicaraan jenayah kemanusiaan terhadapnya di sini yang dijadual bermula esok.

Kelmarin, Karadzic, 64, memberi alasan kononnya dia tidak diberikan masa mencukupi untuk melakukan persediaan bagi membela diri dalam perbicaraan tersebut.

"Saya ingin memaklumkan bahawa persediaan pembelaan saya bagi perbicaraan ini yang dijadualkan pada 26 Oktober masih belum siap," katanya dalam sepucuk surat kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Belanda bagi bekas Yugoslavia (ICTY).

"Justeru, saya tidak akan hadir pada tarikh tersebut," tambahnya.

Karadzic berdepan hukuman penjara seumur hidup berhubung 11 pertuduhan jenayah penghapusan etnik Bosnia dan Croatia selain jenayah perang dan jenayah kemanusiaan ketika Perang Bosnia pada 1992-95.

Seramai 100,000 orang terbunuh manakala 2.2 juta yang lain menjadi pelarian akibat perang tersebut.

Ketika itu, Karadzic selaku Presiden Serb-Bosnia didakwa bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan lebih 7,000 lelaki dan kanak-kanak Islam di bandar Srebrenica, Bosnia pada 1995.

Karadzic yang ditangkap di Belgrade pada 21 Julai tahun lalu kini berada dalam tahanan ICTY di sini, bagaimanapun beliau menafikan semua dakwaan terhadapnya.

Sementara itu, pendakwaraya ICTY, Serge Brammertz memberitahu, perbicaraan terhadap Karadzic dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga tahun setengah. - AFP

(sumber: klik di sini)

Maka aku rasa terpanggil untuk sedikit menulis. Seorang penjenayah seronok-seronok sahaja nak boikot tak nak boikot mahkamah, nak hadir tak nak hadir. Aku fikir filem P. Ramlee sahaja ada aksi 'don't try this at home', rupa-rupanya, mahkamah antarabangsa (yang paling besar-aku kira) bakal berlaku juga perkara pelik.

Entahlah. Sebagai seorang Muslim, aku sangat benci manusia ini (sekali lagi, kalau layak dipanggil manusia), sejak hari pertama sampai ke telingaku bahawa Muslim di Bosnia cuba dipupuskan.

Siapa yang bersalah, belum tentu lagi. Adakah benar dia bersalah, belum tentu lagi. Perbicaraan belumpun lagi bermula. Diapun tak mengaku bersalah. Tak mengapalah.

Yang penting, kita. Di mana kita bila saudara-saudara kita di Iraq, di Palestin, di Afghanistan, di Kashmir dan di banyak tempat lagi di seluruh sudut dunia ditindas, ditembak, didera, dibunuh, di pupuskan dari muka dunia. Di mana kita? Apa pendirian kita? Menyokong yang dizalimi? Menyokong yang menzalimi? Melihat sahaja? Tutup mata dan telinga? Tak kesah? Apa tindakan kita?

Dan malangnya, kebanyakan kita (maksud aku, ada antara kita) tak tahu isupun. Dengar hujung-hujung telinga, angin-angin berita sahaja. Maka bagaimana hendak peka. Apatah lagi untuk menitikkan air mata. Jauh!.

Dan, semasa aku ke Konvesyen Berakhirnya Agenda Zionis tidak lama dulu, penceramah dari Lubnan (rakyat Palestin) ditanya oleh seorang yang hadir, mengapa tidak dibawa pemimpin-pemimpin israel ke mahkamah jenayah antarabangsa. Beliau menjawab, (lebih kurang) "Kami sedang berusaha. Kami sedang mengumpul bukti. Tetapi prosesnya amat sulit kerana tiada individu daripada kalangan Muslim yang mahir dengan selok-belok undang-undang antarabangsa. Kalau ada antara kalian boleh membantu, di alu-alukan." Aku ingin mengulang sekali lagi, 'tiada Muslim yang benar-benar berkemahiran dalam hal ini.'

Maka kita nak harapkan siapa? Siapa? Maka sampai bila kita akan begini? Sampai kiamatlah penjenayah Israel akan terus berleluasa dan tak akan dapat dibicarakan. Tetapi, alhamdulillah, ada yang berusaha. Harapkan kita. Salam...

Orang kata, kalau tak boleh berbuat semua, jangan tinggal semua, bertindaklah setakat boleh. Kerana kita di nilai mengikut apa yang kita perbuat. Bukan hasilnya.

Aku akhiri dengan satu kata-kata Karadzic:

"You want to take Bosnia and Herzegovina down the same highway to hell and suffering that Slovenia and Croatia are travelling. Do not think that you will not lead Bosnia and Herzegovina into hell, and do not think that you will not perhaps lead the Muslim people into annihilation, because the Muslims cannot defend themselves if there is war - How will you prevent everyone from being killed in Bosnia and Herzegovina?"[9]

—Radovan Karadžić speaking at the Bosnian parliament, on the night of 14-15 October 1991, in a charged atmosphere in a debate whether to declare the republic "sovereign", which would mean that republic's laws would take precedence over Yugoslav ones.

nota: orang nak boikot mahkamah. kita, nak boikot apa?
(tak ada idea sebenarnya nak menyusun ayat)

Selingan 'jer'

Malaysia baby born on plane to go home healthy


KUALA LUMPUR, Malaysia – A Malaysian woman who gave premature birth aboard a plane said Saturday that doctors are expected to release her son from a hospital Monday or Tuesday.

Liew Siaw Hsia had been flying home Wednesday after quitting her job as a waitress when she started having labor pains. A doctor on the flight helped her deliver while the plane was still 2,000 feet (600 meters) in the air.

She and the airline said she had been 27 weeks pregnant, 11 weeks short of the full term. The airline, AirAsia, said it would give Liew and her child free flights for life.

Liew told The Associated Press that doctors at a hospital outside Kuala Lumpur have told her they do not expect any health complications and she can take her baby home Monday or Tuesday. She said her boy's current weight was about 7 pounds (3.2 kilograms).

"I was worried about my baby, but now I'm happy," she said. "I never thought something like this would happen."

A hospital doctor declined to comment, saying it was not their policy to speak about patients.

A specialist on babies and children at a Kuala Lumpur private clinic said it was possible for a baby born at 27 weeks to be healthy and as heavy as Liew's. He asked that he and his clinic not be identified because Malaysian doctors are supposed to get health ministry approval before making statements to the media on public cases.

Liew, a 31-year-old divorcee, said she plans to raise the boy on her own in her home state of Sarawak on Borneo island.

(source: click here)

i want to repeat, 'The airline, AirAsia, said it would give Liew and her child free flights for life'.

once more, The airline, AirAsia, said it would give Liew and her child free flights for life.

how wonderful...and how lucky she and her baby are!

nota: kalau anda hendak tiket percuma, buatlah perkara pelik dalam kapal terbang. Kalau sudah ada budak yang ambil gambar punggung pramugari, anda buatlah, tepuk punggung pramugari 'pulak ke', cabut bulu ketiak pramugari/pramugara 'ke'...(jangan marah, Air Asia yang ajar dulu).

Ada berani? kalau tak berani, tak dapatlah tiket percuma. Cuba tepuk, nak tahu. Nanti kalau pramugari tanya, "Kenapa kamu 'tumbuk' punggung saya?", cakap pada dia, "Saje, terpengaruh dengan iklan. Lagipun saya nak tiket percuma. Dapat tak?"

Kalau tak dapat jangan marahkan aku...

Bajet, PTPTN dan Pelajar.


Semalam, Bapa 1Malaysia ada di Parlimen membentangkan bajet 2010 untuk negaranya yang satu itu. Sempatlah juga aku mengikuti siaran langsungnya sekejap di TV3 sementara menunggu waktu asar. Tapi, tak faham sepatah harampun!! (dengar tengah-tengah, tak tahu mana ekor mana kepala, mana nak tahu jantan betina).

Pagi ini, aku terbaca tajuk berita 'Habuan Orang Muda'. Macam menarik. Tengok sikit. Dan memang aku dapati berita itu menarik. Antara yang menarik itu, ada satu perenggan yang aku kira sangat menarik. Ia berbunyi begini (bagi yang belum baca berita ini):

...Selain itu, Najib turut mengumumkan langkah menukar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa untuk para pelajar yang berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dengan kelas pertama atau setaraf dengannya...(sumbernya di sini)

Sebenarnya kalau dikira-kira, berita ini tiada kaitan dengan akupun, walaupun aku pelajar Ijazah Sarjana Muda. Tetapi aku rasa berita ini menarik, dan bajet ini menarik adalah kerana ia sangat menguntungkan golongan pelajar yang ada 'urusan' dan 'hubungan akrab' dengan ptptn.

Berita ini sepatutnya menjadi satu pembakar semangat kepada setiap pelajar yang berkenaan untuk terus berusaha dengan lebih gigih dan belajar dengan bersungguh-sungguh. Kalau sebelum ini, ramai yang merungut dan 'cemburu' akan aku, "Kau tak apalah Azim, biasiswa, kita orang ni pinjaman," sekarang kamu orang tak ada alasan lagilah. Kalau kamu tak mahu bayar balik pinjaman, sama seperti aku, haa, mulai sekarang, kenalah 'bercawat kote' kata orang Kelantan.

Tambahan lagi, peperiksaan sudah mampir dan melambai. Tinggal lagi, kita semua masuk dewan, senyum, dan jawab dengan tenang. Untuk dapat jawab dengan senyum dan tenang, perlu membaca dan mengulangkajilah. (Seronok bagi nasihat!) Biar kita semua, bermula daripada semester ini mendapat keputusan yang tertinggi, menjadi pelajar yang cemerlang.

(Nasib baik dia tak ada syarat sop skill. Kalau tak, aku nak nasihat suruh aktif persatuan semua).

Kepada kawan-kawan yang mengadu tak dapat Ijarah (Ujrah?) apa kebenda tu, marilah sama-sama kita berusaha untuk mencapai four flet (dalam bahasa dia). Jadikanlah berita ini (kalau tukang umum itu tak ada maksud nak menipulah-dan aku harap ia akan sampai ke muara, tak tersangkut pada akar buluh, akar aur di tebing di hulu) sebagai satu pemangkin untuk melipatgandakan usaha ke arah kecemerlangan.

Memanglah kita belajar untuk mendapat keredaan-Nya. Memanglah niat kita dalam belajar tidak boleh dipesongkan. Tetapi, berita sebegini agak sesuai untuk dijadikan pemangkin. Hanya pemangkin. Sekadar untuk mengejutkan motivasi yang kuyu mata di dalam jiwa. Sekadar untuk melancarkan darah di dalam pembuluh.

Kalau pinjaman kita ditukar menjadi biasiswa, jimaaaaatttt RM 19,000 (sekurang-kurangnya). Bukankah Allah menyuruh kita sentiasa berjimat sehabis boleh?.

Maka aku kira, adalah sewajarnya berita ini disambut dengan gembira. Ada ketika-ketikanya, kita tidak perlu terlalu bermasam muka dengan kerajaan. Ya, kita tidak harus sentiasa bermasam muka. Senyumlah, kerana senyum itu boleh memanjangkan usia.

Namun, dalam gembirapun, kita harus menunggu juga. Tengok dulu, pelaksanaannya seperti apa. Siapa akan dapat. Bila akan mula. Dan lain-lain perkara. Sebab, negara yang satu ini, yang baru ada KPI ini, sangatlah kuat dengan apa yang dipanggil berok krasi. Dan, tengoklah dulu, takut-takut definisi biasiswa 1Malaysia ini tak sama maksudnya dengan biasiswa yang sudah ada dalam pasaran. Mana tahu kan. Proton Sagapun ada dua versi. Kot-kotlah definisi biasiswapun ada dua tiga empat versi pula. Minta jauhlah, sebab aku dengar-dengar pengasas 1Malaysia ini sangat prihatin kepada rakyat jelata.

Terima kasih 1Malaysia. Pilihan raya, itu cerita lain pula.

nota: kita wajib selamanya menyokong kebaikan dan kebenaran.

Selamat maju jaya untuk peperiksaan.

Jangan Panik

Jangan panik apabila dirompak. Jangan sesekali panik. Bertenang. Jangan takut. Buat selamba badak. Sebab perompak sebenarnya baik. Ya, perompak sebenarnya 'baik'. Cumanya, waktu perompak itu merompak, dia lebih menggunakan sisi jahat daripada sisi baik.

Tinggal lagi, bagaimana nak mengembalikan perompak itu supaya kembali berada dalam sisi baik dirinya supaya dia tidak jadi merompak. Supaya dia tidak jadi untuk berbuat jahat dan mencederakan kita. Seorang kerani perempuan di Amerika Syarikat ada caranya yang tersendiri dalam mematahkan cubaan merompak (lihat di sini).

Ha, perempuan mangsa telah memberi sebuah ceramah kerohanian kepada perompak. Sampaikan perompak itu menangis, melutut dan meminta maaf kepada mangsa. Itu sudah dikira bagus. Tak perlu loceng kecemasan, tak perlu mendail nombor kecemasan, tak perlu polis, tak perlu kekerasan, tak perlu pistol dan senapang, tak perlu ada tebusan. Itu memang sudah cukup bagus. (Boleh rehatlah polis).

Cubalah 'korang' buat. Bagi tazkirah sikit. Kalau nak 'kaw' lebih, bagi kuliah agama, sejam setengah. Perompak masuk sahaja, "Angkat tangan", cepat-cepat cakap, "OOO...kejap-kejap....ittaqullah...Wahai abang perompak, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah, kerana Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim, yang melampaui batas, yang suka berbuat kerosakan di muka dunia, yang suka merompak. Carilah rezeki yang halal...blablabla.." Cubalah.

Cubalah. Kalau tak jadi, jangan salahkan aku.

Namun, yang masuk berita itu, perompak di negara orang putih. Negara yang menyanjung tinggi budaya kebebasan bersuara (maksudnya perompak itu tahu mangsanya ada hak untuk bersuara). Kalau perompak di negara Malaysia ini, tak tahulah. hmmm, fikirlah sendiri. (Tengok-tengok, 'korang' pula masuk berita, 'Seorang penceramah agama di ehem-ehem kerana cuba menasihati perompak).

Itu merompak sebab tak ada duit nak sara anak. Ada yang merompak sebab nak bagi kaya anak. Ada!. Itu merompak terang-terang, ada yang merompak diam-diam. Ada! (Diam-diam tu bukan mencuri ke?) Itu merompak bagi amaran, "Diam, aku nak merompak ni!." Ada yang merompak bagi janji, "Kamu (baca rakyat) semua akan dapat manfaat daripada rompakan (baca projek) ini." Ada! Jangan tak percaya.

Macam-macamlah. Dan akupun tiba-tiba terfikir, "Aku ni tengah kena rompak kot..." (Sepatutnya sampai sebuah jambatan ke kampung aku. Tak sampai-sampai!! Lori yang punggah jambatan itu dirompak tengah jalan agaknya. AGAKNYA.). Dan lain-lain sebablah.

nota: terhibur dengan Peribahasa Gigit Faisal Tehrani.

Dan untuk menggunakan teknik di atas, jangan lupa, akhir sekali, berdoa. Jangan pernah lupa untuk berdoa.

Dari Jendela.

Langit sendawa, termuntah air
Bercampur debu asap pembangunan.
Sesekali kilat menyambar
Kata orang ia memanah syaitan
Tapi itu semua kerja Tuhan.

Dari jendela
Aku menghampar impian
Dicelah rintik hujan.
Terkenang segala kisah lama
Betapa masa terbuang sia-sia.

Melihat sekeping gambar kawan
Dalam kesejukan di tengah putih salji
Hatiku tak terpujuk lagi.

Kawan
Engkau sedang menggapai awan
Aku masih di jendela ini.


Moral dan pengajaran:
Sesal dahulu pandapatan, sesal kemudian tak berguna lagi.


-C 220507-
Darul Quran.
ajim_mn@yahoo.com


-Sajak ini telah tersiar dalam ruangan Puisi Siswa, majalah Dewan Siswa Mac 2008.

Istiqamah

"Azim, boleh tak kita main gitar?" tanya seorang rakanku ketika kami sama-sama berada di UIA pada suatu petang Ramadhan, menunggu untuk ke tempat berbuka puasa.
"Boleh!" aku menjawab ringkas.
"Kenapa?" dia bertanya lagi, menyerlahkan sifat seorang pelajar Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM; setiap hukum mesti didatangkan dengan dalil!.
"Sebab aku main gitar..." aku terbahak ketawa, dan menyambung lagi, "Cuba kau tanya pak-pak imam yang menghisap rokok, boleh tak kita menghisap rokok, dia akan jawab boleh...sebab diapun hisap rokok juga."
"Ye ye je kau ni Azim.." dan perbualan tidak tamat di situ.


Aku menulis ini bukan untuk menghuraikan hukum belajar gitar. Bukan. Akan tetapi, aku ingin menyentuh tentang istiqamah. Apa kaitannya dengan gitar dan cerita tadi? Kaitannya begini. Seperti yang disebutkan di atas, aku sebenarnya sedang belajar untuk bermain gitar. Tetapi, aku bukan mengikuti kelas gitar secara formal, cuma belajar melalui internet sahaja. Aku belajar daripada free guitar lesson - Justin Guitar. Terima kasih buat Justin Sandercoe untuk semua pelajaran percuma tersebut. (thank you very much for all your free lessons).


Apa yang ingin aku ceritakan di sini adalah kekaguman aku kepada Justin. Beliau membuat sebuah laman web dan mengajar secara percuma. Dengan mottonya Teaching the world to play - semuanya percuma - akses percuma, muat turun percuma, tiada tempoh percubaan; sesuatu yang terlalu amat jarang untuk diperolehi dalam internet. Beliau hanya meminta sumbangan daripada orang yang mampu dan sukarela sahaja untuk membiayai projeknya.



Kebaikan dan murah hati Justin tidak perlu dipersoalkan. Aku sebaliknya ingin mencuit tentang kesungguhannya dalam menjadikan Justin Guitar lebih bermakna. Kesungguhan itu, dalam bahasa agama, disebut Istiqamah. Ya, Justin cukup istiqamah dalam mengajar dunia secara percuma. Sekarang, cuba renungi diri. Cuba timbulkan satu persoalan. Kalau seorang pemain gitar begitu istiqamah menyebarkan ilmu gitar (secara percuma!) ke seluruh dunia, adakah kita, sang pembawa kebenaran, juga begitu?



Jawapannya, yang aku selalu perhatikan, kita umat Melayu Islam jarang ada yang betul-betul istiqamah dalam melakukan sesuatu, tambahan lagi, kalau ia percuma, dan tiada membawa sebarang hasil! Usah pergi jauh, lihat sahaja laman-laman blog keagamaan atas talian, berapa banyak yang terbengkalai. Itu hanya merupakan satu contoh.


Banyak lagi perkara sebenarnya. Ramai dikalangan kita yang hanya bersifat hangat-hangat tahi ayam. Tak kiralah dalam apa jua aspek dan bidang, kebanyakan kita bersemangat pada awal-awalnya sahaja. (Akupun!). Baik dalam berdakwah, dalam berpersatuan, dalam menulis blog, dalam berniaga, (dalam bercinta?), dalam semua aspek kehidupan. Tambahan lagi, bila ada halangan yang menghadang jalan, lagilah cepat berputus asa.


Terutamanya dalam dakwah. Mudah sangat futur, kata seorang teman. Masa belajar, bukan main lagi, cakap berapi. Bila sudah bekerja, sepi. Waktu bujang, lantang. Bila sudah berumah tangga, eh, dihinggap penyakit bisu pula. Waktu senang, hebat, bila digertak sedikit, menikus. Waktu semangat datang, bukan mainlah, empat blog sekali buat, tujuh entries sehari. Lepas dua tiga hari...eh??


Begitulah. Akupun begitu. Kadang-kadang hangat tahi ayam tu lebih lama daripada hangat semangat di dalam dada. Padahal agama Islam sangat menganjurkan istiqamah. Buatlah apa-apapun, yang penting istiqamah. Duduklah atas jalan Islam, kemudian istiqamah, kamu akan masuk syurga. Islam bahkan lebih menyukai sesuatu yang kecil yang istiqamah daripada besar, tapi cepat mampus (kata orang Kelantan - mati hanya untuk manusia).


Cuba perhatikan, kalau seorang pemain gitar boleh sebegitu istiqamah, kenapa kita tidak boleh? Sedangkan kita berada di jalan kebenaran. Sedangkan kita dijanjikan. Sedangkan kita sentiasa ada peluang. Sedangkan kita tiada cacat cela dan kurang. Sedangkan kita umat pilihan. Sedangkan setiap gerak kerja kita dikira amalan. Sedangkan kita ada Tuhan! Mengapa kita tidak boleh? Mengapa?


Tanpa istiqamah, kita tidak akan ke mana. Agama kita juga. Dakwah kita.


Oleh sebab itu, bolehlah kita berazam untuk mempertingkatkan lagi tahap istiqamah kita. Bukan hanya dalam amalan kerohaniaan, tetapi juga dalam gerak hidup seharian. Semoga dengan itu, kita umat terbaik ini kembali dikagumi dan dihormati.


Terima kasih Justin Sandercoe dengan Justin Guitar anda. Thank you very much. Halalkanlah segala ilmu gitar yang saya belajar.:D (semoga anda menemui kebaikan dan ketenangan hidup). (nantilah, kalau ada kesempatan, saya akan hubungi untuk projek penterjemahan, dan saya akan terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu). Insya Allah.


nota: boleh contohi istiqamah Harun Yahya dalam berdakwah.

Terbalik

Sepanjang malam menongkat mata
Paginya terkedang, terlepas seruan Tuhan.

Subuh datang dan pergi
Malaikat turun naik silih berganti -
Dalam selimut tingkah dengkur makin meninggi.


Muhamad Nur Adzim bin Amran
UKM.
-C 021009-

salam

Assalamualaikum.
Lama benar aku tidak menulis di sini. Dalam berlalunya masa, berjuta peristiwa telah terjadi dan melingkari hidup aku. Ada yang datang sekejap kemudian berlalu pergi,tidak meninggalkan apa-apa kesanpun dalam kehidupan aku. Ada yang singgah sebentar, namun sempat meninggalkan sedikit bekas. Ada yang datang, mengambil tempat di dalam hati, kemudian seakan-akan tidak akan hilang. Ada yang telah terpatri jauh di sudut hati, meninggalkan seribu kenangan, sejuta luka, satu cinta.
Kehidupan terus berjalan dan berubah, mengikut setiap detik masa. Namun ada kenangan yang tak mampu hapus daripada kotak ingatan.
Ada yang datang dan tidak mahu pergi.
Ada yang datang dan banyak mempengaruhi hidup aku. kemudian, aku menyedari, yang datang dan tidak mahu pergi, yang datang dan mempengaruhi hidup itu, cuma satu.
Dan apa yang aku sesalkan, aku kehilangan.