Seorang abang menasihati hamba, bahawa kita kena berfikiran proaktif, bukan reaktif. Proaktif ni macam main golf katanya, kita menentukan dan mencorak semua keputusan. Reaktif pula seperti bermain bola sepak, kita react kepada pasukan lawan yang menyerang. Kita memberi reaksi, bila mereka serang begini, kita kena tahan begini, strategi begini..kemudian, kita counter attack begini begitu. Itu reaktif katanya, bila timbul satu masalah, barulah kita memberi reaksi, barulah terhegeh-hegeh mencari penyelesaian.
Sepatutnya kita boleh predict (Betul ke istilah?) awal-awal apa yang akan berlaku, then kita boleh menghalang daripada masalah tersebut timbul.
Dan kita orang Melayu, entah mengapa, suka sangat berfikir secara reaktif. Ya, ada baiknya, tetapi, biasanya orang yang berfikir reaktif ini terlambat selangkah dua. Memang ada baiknya. Itu tak dinafikanlah, dan bukan juga semua Melayu begitu. Main pukul rata tak adil juga. Kan.
Itu mukaddimah.
Baik. Hamba ingin bersetuju dengan pandangan dan soalan Us. Yusri dalam forum perdana tengah hari tadi, bahawa kita di Malaysia ini selalu terkeliru dengan isu sebenar. Begitulah lebih kurang. Maksudnya, kita ada satu isu yang lebih besar, lebih apa orang kata?, lebih mencabar, lebih memerlukan perhatian (tak jumpa perkataan tepat dia), tapi, tiba-tiba kita disogokkan dengan isu sampingan.
Ustaz Yusri bagi contoh tadi, isu pembuangan bayi, anak luar nikah. Isu sebenar adalah mengapa anak luar nikah itu ada, bukan mengapa bayi itu dibuang merata-rata. Tapi hari ini, semua media arus perdana sibuk menyiarkan berita kes pembuangan bayi. Sibuk highlightkan buang bayi itu salah, tak berperikemanusiaan, tak ada hati perut, bla bla bla...kan..kemudian lancar kempen kami prihatin dan sebagainya. (Memanglah benda itu salah).
Itu, seperti yang hamba sebutkan awal-awal tadi, berfikiran reaktif. Kemudian, lebih besar daripada itu, kita salah prioriti. (Memang benda itu bapok salohnye, tapi apa sebab kepada perkara tersubut? Apa isu yang lebih besar?)
Maka, hamba ingin mengatakan begini: Sepatutnya kita kata, jangan buat bayi. Isu utamanya adalah, buat bayi itu haram, tak boleh. Kalau nak buat juga? Kahwin!! Bukan tak boleh. Maka, bila kita kata jangan buat bayi sembarangan, atau jangan buat 'proses' atau 'perbuatan' yang boleh menghasilkan bayi - apabila orang faham, anak-anak muda faham, mereka tak akan buat. Mereka tahu benda itu salah.
Bila orang tak buat 'proses' yang boleh menghasilkan bayi secara sembarangan, maka tak akan ada bayi yang akan lahir ke muka dunia tanpa ada bapa, tanpa ada wali. Bila tak ada bayi yang lahir, maka, ada tak bayi yang boleh dibuang? Taubat tak ada, kan.
Sebab apa orang buang bayi? Sebab ada bayi yang lahir, dan mak 'bapak' bayi tak nak bayi tersebut. Sebab apa bayi tu boleh lahir? Sebab mak dan 'bapak' bayi tu dah buat satu perbuatan yang boleh menghasilkan bayi. Jadi, kalau bayi tu dah lahir, dan mak 'bapak' dia taknak, mereka akan tetap akan buang dia.
Dan kita nak harapkan mak-mak bayi yang tak ada ayah ni nak ada belas kasihan dalam diri? Kiamatlah. Orang-orang yang membuat bayi sebelum kahwin, Allah dah cabut perasaan belas kasihan dalam diri mereka, cabut perasaan sayang. Banyak lagilah kalau nak bincang.
Dan kita juga selalu skeptikal. Jumud. Bila buang bayi, semuanya salah perempuan. Perempuanlah yang buang bayi. Perempuanlah yang pandai-pandai mengandung. Padahal, perempuan tak akan mengandung tanpa ada lelaki yang mendajalkan dia. Cuba kalau lelaki tak sentuh perempuan, maka bayi taubat tak akan lahir. Maksudnya, hamba bukanlah nak cari salah siapa-siapa, tapi, jika kita menunding kepada perempuan semata-mata, seratus peratus, itu amatlah tidak kenanya. Kalau ingin salah-menyalah, lelakilah yang terlebih utama, terlebih aula, terlebih wajar untuk disalahkan. Tak bertanggungjawab. Mengambil kesempatan. Dan lain-lain.
Habis.
Dan kita juga selalu skeptikal. Jumud. Bila buang bayi, semuanya salah perempuan. Perempuanlah yang buang bayi. Perempuanlah yang pandai-pandai mengandung. Padahal, perempuan tak akan mengandung tanpa ada lelaki yang mendajalkan dia. Cuba kalau lelaki tak sentuh perempuan, maka bayi taubat tak akan lahir. Maksudnya, hamba bukanlah nak cari salah siapa-siapa, tapi, jika kita menunding kepada perempuan semata-mata, seratus peratus, itu amatlah tidak kenanya. Kalau ingin salah-menyalah, lelakilah yang terlebih utama, terlebih aula, terlebih wajar untuk disalahkan. Tak bertanggungjawab. Mengambil kesempatan. Dan lain-lain.
Habis.
Kemudian, kita ini, sudahlah reaktif. Sudahlah tersalah tebak masalah. Salah pula cari jalan penyelesaian. Sepatutnya dalam masalah yang berkaitan secara langsung dengan agama begini, penyelesaiannya haruslah diambil daripada saranan agama. Apa kaitan yang jelasnya? Ya, masalah ini telah dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran. Jelas, dalam al-Quran Allah mengharamkan zina. Jadi sepatutnya kita mengambil langkah penyelesaian, pencegahan, pengawalan daripada al-Quran.
Sebab apa? Sebab penyelesaian dalam al-Quran, pencegahan daripada al-Quran bersifat berpanjangan, berkekalan, adil, sesuai untuk semua, logik, menginsafkan dan banyak lagi kelebihan lainnya.
Tapi kita tak. Apa kita buat?
"Saya cadangkan pihak-pihak tertentu seperti NGO atau kerajaan memulakan pendidikan pencegahan kehamilan melalui media massa seperti akhbar dan televisyen.
Anak-anak muda kita perlu dididik tentang penggunaan kondom dan pil pencegah kehamilan juga alat pencegah kehamilan seperti IUD dan di mana ia boleh didapati. Mereka juga perlu dididik tentang tanda-tanda kehamilan. Apa yang saya cadangkan di atas adalah seperti mana langkah pihak hospital menyediakan jarum suntikan kepada penagih dadah untuk mengelakkan HIV.
Ini bukanlah bermaksud kita menggalakkan pemuda kita menjadi penagih tetapi sekurang-kurangnya kita sudah cuba menjauhkan masalah yang lebih besar iaitu HIV.
Saya hargai langkah Utusan Malaysia melancarkan kempen Kami Prihatin untuk menyelamatkan bayi yang ditinggalkan. Saya juga cadangkan Pendidikan Pencegahan Kehamilan dimasukkan dalam kempen ini.
...
Kita perlu fikirkan tindakan segera kerana sekiranya sehari kita lewat bertindak maka sembilan bulan lagi kita akan menerima lagi mayat bayi yang dibuang.
Seandainya hari ini kita mula memberikan pendidikan pencegahan kehamilan serta kaedah-kaedahnya saya pasti masalah ini akan berkurangan atau hilang terus selepas sembilan bulan akan datang.
Mungkin ada yang berpendapat cadangan ini akan mengundang masalah perzinaan pula. Bagi saya biarlah kita selesaikan masalah yang besar ini dulu kemudian kita cuba betulkan kembali punca masalah ini, mungkin dengan pendidikan agama dan penyerapan nilai ketakwaan dalam diri pelajar sekolah.
Saya akui pendapat saya di atas bukanlah cara penyelesaian yang terbaik dan banyak juga kesan yang tidak baik tetapi adalah diharapkan kaedah itu akan dapat menyekat masalah kehamilan luar nikah serta pembuangan bayi menjadi parah.
Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan cadangan saya, saya minta marilah kita bersama-sama mengeluarkan pendapat yang berdasarkan fakta dan kaedah yang lebih baik untuk mengurangkan dan menghapuskan masalah di atas dengan segera.
Semoga dengan cara ini kita tidak lagi akan berjumpa dengan mayat bayi didalam longkang, tong sampah, masjid atau surau."
Sumber: Utusan Online (klik di sini.)
Daripada satu sudut, betul juga apa yang dia cakap. Dan tugas hamba bukan nak menyalahkan sesiapa. Bukan juga nak cakap hamba betul. Tapi hamba nak cakap bahawa kita suka berfikir secara reaktif, selalu tersalah prioriti dan salah menebak masalah, dan selalu sangat mengambil langkah penyelesaian bersifat sementara.
Kalau semua itu reaktif, apa yang proaktifnya? Itu, cuba tanya diri sendiri. Cuba fikir sendiri.
Kalau semua itu reaktif, apa yang proaktifnya? Itu, cuba tanya diri sendiri. Cuba fikir sendiri.
Akhirnya, tanyalah diri kita sendiri, apa yang terbaik. Berdiam diri sahajakah?
Apa pendapat tuan hamba?
Apa pendapat tuan hamba?
p/s:
Taubat = gerenti
1 comment:
sng jer nk krgkan mslh buang bayi....prmpuan kn jg aurat...
all ppuan la jg aurat...lau jg aurat llki pown xtringin nk tgk....(btl ker ayt tu)...lau llki pown krg tgk..xderk la isu byi xderk mak bapak
Post a Comment