Bahasa Kelantan saya yang orang Kelantan lain tak faham.

Bahaso Klate kawe hok oghe Klate lain tok pehe.

1. Ceti.

Ceti secara mudahnya bermaksud kedekut. Dulu kan kalau kita tengok cerita P. Ramlee, orang berhutang dengan ceti. Masa tu mana ada along, yang bunuh-bunuh orang tu. Jadi, ceti ini akan datang, pakai baju kain putih, bawa payung, minta hutang. Sebab itulah timbul istilah ceti. Mula-mula saya ke Falahiah, saing-saing kato, ganah bahaso mung. Hahaha.

Contoh ayat:

Cetilah dia tu = kedekutlah dia tu.
Nga aku pun nak ceti = Dengan akupun kau nak kedekut.

Kalau contoh bahasa kasarnya, ia berbunyi begini (jangan tiru ya):

Cetila nate tuh = Kedekutlah dia tu.
Cetila nate ni = Kedekutlah engkau ni.

2. Luyut:

Ini hamba hairan, ada juga orang Kelantan tak tahu. Rasanya dah universal dah perkataan ni. Luyut dalam bahasa surat apa eh? Pokok ada julai kan? (julai pun tak tahu? Julai tu dahan) Jadi, apabila kita panjat pokok, meniti atas julai, dia luyut. Bukan patah, tapi luyut ke bawah. Mengampai ke bawah. Mengampaipun tak tahu?

Contoh:

Luyutla jula mokte tuh, pakat dok naik rama-rama = Luyutlah dahan rambutan tu, kalau dah semua naik ramai-ramai.
Luyut takpo, lamo ke nyo patoh gak, nyayo la = kalau luyut tak mengapa, takut patah ja, habislah.

3. Agha.

Kita bagi contoh ayat dulu.

Ooo, ado oghe blago muto sakni. Muto haco, tue tok tahu agha ke dok, tok de tengok = Tadi ada kemalangan motosikal. Motornya hancur, tapi tuannya tak tahu teruk ke tak, tak sempat nak tengok.

Agha bererti teruk (apabila terlibat dalam kemalangan). Ia juga boleh membawa maksud meninggal dunia (akibat kemalangan). Dan ia juga boleh membawa maksud yang lain lagi, terpulang kepada penggunaan.

Agha ko? = Teruk kah?
Tak dok eh, patoh tule belikat sikit jah = Tak adalah, patah tulang belikat aja.

Itulah ada tiga perkataan. Ada lagi, cukuplah dulu kot. Bahasa tu bukan hamba reka sendiri, hambapun dengar orang cakap, dan hambapun cakap jugalah.

"Luyutpun tak tahu? Oghe Klate gapo lagu ni?"
"Eh, Klatepun ado banyok bahaso jugok...."

1 comment:

Anonymous said...

luyut kebanyakan ore tahu tp sebab loni budak2 jare maen ukah pokok ore tua jare guna budak jare dgr, meme ad sesetengah tepat d klate ad istilah hk xajin dgr tp loghat klate dan patani ni unik sikit,sebab kalu negeri2 laen dia akn bhasa n loghat hk ore negeri tu sdiri xpehe,cnth ganu k.berang,kedah baling sik,perak btu kurau, jawa,boyan,banjar,bugis,tp loghat klate patani ni wlaupun ad sesetangah kta xpehe tp dia dalam lingkungan loghat bhasa sama,,