Simba Yang Terluka

Dia ialah seekor simba. Simba adalah nama bagi seekor singa jantan yang rambut menggerbang dan suka menguap tak tutup mulut.

Dia - simba - tidaklah begitu hensem. Hidungnya besar. Sesetengah orang mengatakan hidungnya hidung jambu. Kembang dan kemek.

Semalam dia jalan-jalan di mall. Bersama-sama awek dia. Well, of course dia ada awek. Walaupun dia tak hensem, tapi dia ramai peminat.

Entah macam mana, masa jalan-jalan, dia ajak awek dia duduk-duduk di taman. Awek dia tiba-tiba tak mahu. Awek dia sebaliknya menaiki eskelator turun ke tingkat bawah mall, tingkat LG. Last Ground? Lowest Ground? Mana aku tau!. Jangan kata singa tak tahu naik eskelator. sekarang zaman milenium ok! Kucingpun dah makan wiskes, takkan singa tak pandai nak naik eskelator. Tekan lif pun pandai. (Well, cuma simba tak pandai nak order makanan di KFC dan McD saja). Dia - simba - tak naik eskelator itu, sebaliknya menunggu di palang besi berdekatan eskelator. Tak mengapa, nanti awek dia perasan dia tak naik sekali, pasti awek dia akan patah balik naik eskelator sebelah lagi, naik semula ke tingkat dia sekarang, dan mereka akan boleh pergi ke taman.

Tapi aweknya tak naik eskelator naik ke atas. Aweknya terlindung di antara ramai manusia yang bersesak-sesak. Simba terus beralih tempat, melihat ke mana aweknya menghayun kaki. Aweknya nak balik, dan terus berjalan. Dia mencari tempat, nampak lagi aweknya berjalan membelakanginya, sehingga hilang dari pandangan. Hmm, usahkan datang balik, berpalingpun tidak.

Tak pasal-pasal.

Dia memilih untuk tidak sakit hati. Well, sakit hati boleh menyebabkan cepat mati.

Simba berjalan keluar dari mall. Dia mencari-cari tempat di depan air terjun untuk duduk. Di sana sini manusia menghisap rokok berkepul-kepul. Bodoh, saja nak mampus. Eh, terkasar bahasa pula. Yalah, dia nak bau rokok pun sudah lemas, ini manusia boleh pula hisap berbatang-batang sehari. Hmmmm.

Akhirnya dia duduk di bawah bayang pokok yang menipis di sebelah kiri seorang ibu muda dan seorang anaknya. Barangkali takut dengan wajah simba yang garang dan serabai itu, baru sahaja dia duduk, si ibu muda itu bingkas bangun membawa anaknya entah ke mana. Takutlah tu. Hahaha.

Dia duduk bersila, membuka buku - novel - dan membaca: Sebongkah Batu di Kuala Berang. Oh, jangan kata simba tak tahu membaca ya. Maklumlah, dia simba yang jenis pergi sekolah. Bukan setakat pergi sekolah, dia juga best student di tempat dia belajar.

Sambil membaca, dia menoleh ke kanan, ke muka pintu mall tempat dia keluar sebentar tadi. Sekejap-sekejap dia menoleh, melihat kalau-kalau aweknya datang kepadanya. Alah, sekejap lagi datanglah tu.

Akhirnya, kerana aweknya tidak juga muncul, dan dia mula kepanasan dipanah matahari, dia memesej aweknya (well, simba milenium, ok!), 'datanglah nak tengok manusia naik kereta.'

'Tengoklah, saya da sampai di rumah.'

Owh, detik hatinya sendiri. Dengan tiba-tiba dia terasa ingin menangis, sedih. Sampai hati meninggalkannya sendiri. Cepatnya balik.

Tapi sekali lagi, dia memilih untuk tidak melarutkan kesedihannya, memilih untuk tidak sakit hati dan memilih untuk tidak berasa marah. Marah itu tidak pernah menyelesaikan masalah - itu prinsipnya sejak lama dahulu. Sakit hati cepat mati, marah tidak menyelesaikan masalah, dan dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.

Dia meneruskan bacaan dibawah terik mentari. Akhirnya, setelah menyelesaikan beberapa bab, dia melihat jam sudah menunjukkan pukul 2.40 minit petang. Dia bangun dan melangkah kaki ke masjid untuk bersolat zohor.

Jangan kata Simba tak solat. Walaupun dia binatang, tapi dia binatang yang berakal. Boleh berfikir. Bukankah solat itu wajib bagi orang yang berakal dan boleh berfikir serta tak gila? Itu manusia yang tak solat, mesti sama ada dia tak berakal ataupun belum baligh. Simba sudah baligh. Jangan kata Simba tak tahu hukum. Dia belajar juga walaupun taklah sedalam mana. Setakat solat zohor empat rakaat, asar empat rakaat tu dia sudah hafal.

Dia berjalan-jalan ke masjid sambil menikmati suasana. Ekornya terbuai-buai mengikut rentak jalannya. Hmm, sebut pasal ekor, Simba teringat satu kisah antara Tarzan dan beruk-beruk. Taukan Tarzan. Dia kan tinggal dengan beruk, orang utan segala bagaikan. Tarzan tu manusia. Dia pakai seluar. Ceritanya begini:

Beruk-beruk sungguh hairan kenapa Tarzan pakai seluar. Mereka tanya Tarzan kenapa, tapi dia tak jawab. Mereka suruh Tarzan tak pakai seluar, Tarzan tak mahu. Beruk-beruk semua hairan. Suatu hari, Tarzan mandi sungai. Yalah, dalam hutankan mana ada shower air hujan tu kan. Dah Tarzan pula ada sehelai je seluar, dia bukalah seluar tersebut masa mandi.

Oleh kerana beruk-beruk tersebut sungguh curious nak tahu kenapa Tarzan pakai seluar, mereka secara senyap-senyap mencuri seluar Tarzan yang ditinggalkan di tebing. Mereka kemudian menyorok untuk melihat Tarzan.

Akhirnya setelah selesai mandi, Tarzan naik ke darat dan mendapati seluarnya sudah tidak ada. Mana pula pergi seluar aku ni, bisiknya sendiri. Tapi, tuan-tuan, belum sempat apa-apa, semua beruk-beruk yang bersembunyi dalam semak, dengan tiba-tiba - ya, tiba-tiba mereka semua melompat keluar. Dan...ya, dan mereka semua ketawa berdekah-dekah..

Hahahaha...Patutlah Tarzan pakai seluar...Dia malu...Hahahaha, patutlah Tarzan pakai seluar, ekor dia dok kat depan rupanyaaa!!...tempik beruk-beruk sekaliannya.

Dahlah ekor kat depan, kontot pula tu!!! Hahahaha...

Hmm, bodoh punya cerita. Siapalah cerita kat aku cerita ni dulu, gesit hati Simba sendiri. Ni cerita masa sekolah rendah lah ni. Ke masa sekolah menengah? Macam mana boleh teringat pula ni??

Dia memegang ekornya, kontot ke? Oh, aku bukan Tarzan, aku simba!!

Sampai di masjid, dia bersolat. Hmm, aku nak buat apa lagi ya, fikirnya selepas habis solat. Spoil betullah. Tak apa, tak apa, dia pujuk hatinya sendiri, hatinya yang bosan dan sunyi. Suasana masjid begitu hening dan mendamaikan. Dia menyambung bacaan. Daripada duduk bersandar pada tiang masjid, akhirnya dia berbaring.

Thrill juga berbaring dalam masjid yang ada tulis di papan kenyataan 'Dilarang Tidur di Dalam Masjid'. Alah, dia toleh kiri kanan, penuh manusia tidur, melintang pukang di setiap tiang. Lagipun bukan dalam dewan solat utama. Ditingkat bawah saja.

Dia membaca sampai mengangtuk. Dia melihat jam, sudah pukul 4.10. Dia kunci jam pukul 4.20, dan dia melelapkan mata.

Baru nak masuk mimpi, jam locengnya berbunyi. Dia bangun, berwuduk, masuk ke ruang solat utama, mengulang hafazan al-Qurannya. Dia sudah berazam dan membuat azam baru, dia nak hafal semula Quran sampai ingat sebelum Ramadan tahun ini. Jangan kata manusia sahaja yang boleh hafal Quran; simbapun boleh. Inikan negara Malaysia Boleh, i.e. Bolehland. Hahaha..

Kemudian asar, dan dia solat berjemaah di masjid itu, masjid yang kali pertama dia tidur di situ.

Setelah dia selesai solat, dia ke taman lagi. Dia berasa sungguh bosan. Bukunya sudah habis di baca. Khatam satu buku satu hari. Akhirnya dia mengeluarkan kamera digitalnya, dan mula menggambari sekeliling. Dia hanya menggambari pokok-pokok dan bangunan mall yang tinggi itu. Tiada subjek, tiada awek. Dia melihat mat saleh berlari, berjoging. Hmm, datang Malaysia nak berjoging ja?

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, mengusap wajahnya dan menyisir rambutnya yang menggerbang.

Angin menderu, menggunung rindu,
hati terluka, siapa yang tahu.

Akhirnya, pada pukul 5.18 petang, dia berangkat pulang, menaiki LRT. Dalam LRT, di depannya duduk seorang wanita muda berbaju sedondon hijau. Tudungnya dililitkan ke bahu, menampakkan dadanya yang subur, menongkat baju kurungnya yang muat-muat. Mata simba terpaku di situ. Sekali-sekala matanya tertoleh ke hidung mat saleh di sebelahnya. Kemudian, menjalar lagi ke tempat yang subur.

Kemudian manusia perempuan itu turun, naik lagi manusia lain. Duduk lagi di depannya seorang manusia perempuan muda, cantik, putih. Kali ini, dia memakai tudung express. Tau? Tudung amah tu. Yang main sarung aja tu. Tudung tu kecil, menampakkan juga dadanya - agak-agak macam subur. Entah kenapa, akhir-akhir ini Simba excited pula dengan dada manusia perempuan. Haish..

Merekapun satu, tudung besar dilibas-libas, gulung-gulung, lilit-lilit kat leher. kalau tak lilit, kecik pula. Hmmm, nasiblah. Macam mana nak hafal Quran macam ni.

Dia lepas tu tunggu komuter pula. Masa dia turun eskelator, waktunya 6.09 petang. Terpampang di digital board tu, tren akan datang 6.12 petang. Eloklah tu, tak kena tunggu lama. Manusia dah penuh. Kemudian, bila sampai 6.12, digital board tu bertukar menjadi 6.27. Oh my God.

Tapi sekali lagi dia memilih untuk tidak sakit hati. Dia berdiri dengan segala sabar. Dua puluh minit berdiri menunggu dan 40 minit berdiri dalam tren, dia kehabisan tenaga. Dari tadi dia lapar sebenarnya. Dan singa jantan yang lapar, kebarangkaliannya untuk garang adalah lebih tinggi lagi.

Pukul 7.16 petang, Simba dapat satu mesej, 'da balik ke?'. Dalam kelaparan itu, dia memilih untuk tidak garang.

Akhirnya pada pukul 9.00 malam dia berjaya makan tomyam. Simbapun reti makan tomyam, ok!!.
Sekian. Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun sudah mati, Fiksyen semata-mata.

2 comments:

Anonymous said...

kesian si "simba" n sy seakan fhm spe si "simba 2.. sabar ye.. pompuan mmg cm2.. sensitif :(

Anonymous said...

sory....ppuan mmg sensitif...cb la faham...