"Saya suka baca blog awak. Cerita-cerita awak, sajak-sajak; menarik. Saya juga ingin menulis, ada blog sendiri, tapi saya tak pandai."
"Oh ya? Terima kasih. Hmmm, saya sebenarnya ada sajak yang terbaharu, tetapi, saya tak postkan dulu, sebab saya nak kirimkan ke majalah. Ada juga ya orang yang suka baca blog saya. Saya kira blog saya tu membosankan sebab ia memang jenis-yang-skema-punya blog. Awak buatlah blog juga, mula menulis."
"Saya suka, macam cerita-cerita tu ada cerita tentang saya sahaja. Betul tak? Saya bukanlah penulis yang baik."
"Tak tahulah, tapi semua cerita, nama, watak semua tu fiksyen semata-mata, tak ada kaitan dengan sesiapa pun. Hmm, kita tak perlu nak jadi penulis yang baik untuk menulis. Hanya perlu ada keinginan dan mula menulis. Kemudian bakat kita akan berkembang dengan sendiri."
"Tapi saya tak tahu macam mana nak mula."
"Laaa, mulalah dengan Bismlillah. Macam Raihan kata: dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan alhamdulillah, begitulah sehari dalam hidup kita, mudah-mudahan diberkati Allah...," dia sempat menyanyikan dengan caranya sendiri, merosakkan lagu yang indah.
"...ke macam mana entah lagu dia. Yang penting mula dengan Bismillah lah. Hehehe...Kitapun tahu kan tak ada keberkatan apa-apa pekerjaan yang tak dimulakan dengan Bismillah. Betul tak."
"Awak ni, ke situ pula. Saya serius ni, memang tak tahu nak mula menulis macam mana."
"Hehehe, memanglah, dalam banyak-banyak ayat, ayat pertama paling susah sekali. Pensyarah saya kata, kalau nak buat karangan...hahahaha...jangan buat ayat pertama dahulu, jangan fikir nak buat ayat pertama, buat ayat yang bukan ayat pertama. Nanti, katanya, ayat itu juga yang jadi ayat pertamapun. Tapi kalau kita asyik fikir nak cari ayat pertama sahaja, memang sampai bila kita tak maju dalam penulisan, sebab ia memang susah nak dapat...hehe, tapi memang betul juga apa saya cakap tu, mulakan dengan Bismillah."
"Yelah. Tak apalah, saya baca blog awak sahajalah."
"Huh!."
Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati, fiksyen semata-mata. Plagiat adalah dilarang. :)
1 comment:
sy suka baca blog awk..ahaha
Post a Comment