Ulasan berita

Tuan-tuan sila baca berita ini terlebih dahulu.

Harga gula naik 20 sen mulai esok

31/12/2009 5:54pm

PUTRAJAYA 31 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen mulai pukul 12 tengah malam ini.

Ini bermakna harga baru gula di Semenanjung mulai esok ialah RM1.65 sekilogram berbanding RM1.45 sebelum ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd. Zin Mohd. Dom pada sidang akhbar di sini hari ini. -Utusan

Sumber: klik di sini.

Baca pula yang ini (klik).

1. Ingatkan naikkan harga rokok sahaja.

2. Kalau rokok dinaikkan harga adalah bertujuan untuk mencegah remaja dan kanak-kanak daripada terjebak dalam tabiat merokok, menaikkan harga gula untuk mecegah apa ya?

3. Bila harga gula naik, orang kurang makan gula. Bila kurang makan gula, penyakit kencing manis kurang. Bila penyakit kencing manis kurang, hospital pun tak lah sesak sangat. jadi, kerajaan boleh berjimat. Jimat duit bayar gaji doktor, jimat duit ubat, jimat duit kos kerat kaki.

4. Itu selepas harga gula naik. Sebelum? Kerajaan tak ada duit. Tapi tabiatnya suka tabur duit. Tabur kepada rakyat (baca kroni). Jadi, kena pungut balik daripada rakyat. Kerajaanpun fikir macam mana nak kaedah terbaik nak pungut. Takkan nak pergi buat kutipan derma seperti yang selalu datang ke kampung bawa resit nak bina masjid, surau, sekolah tahfiz tu kan. Jadi, kerajaan kata, kita naikkan tarif elektrik, naikkan harga rokok, naikkan harga gula, beras. Alasan? Kerajaan tak larat dah nak tanggung subsisi.

Tapi, seperti biasa, ini cuma cakap di kedai kopi sahaja. Belum tentu sahih. Kerajaan Malaysiakan cekap. Dan adil.

5. Gula.

6. Nak sama eja dia dengan gila. Kan?

Apa yang gula, apa yang gila? Entahlah belalang, bapakpun tak tau.

Sekian.

Kalau naikkan harga rokok aku sokong, sebab aku tak merokok. Ini naikkan harga gula...Kejap aku fikir, nak sokong ke tak ye? Sokonglah (perli). Kerajaan kan baguuuussssssssss....rakyat kan semuanya kaya-kaya...

Oh, kalau macam itu, aku syorkan kerajaan naikkan harga semua barang yang ada dijual di Malaysia ini (acah aje, bukan betul-betul ni).

=> dalam setiap denyut nadi, ada sebuah kerinduan.

p/s: kurangkan gula dalam pasaran, lebihkan manis dalam janji (pilihan raya).

No comments: