Membaca berita kadang-kadang boleh membuatkan saya tergelak terbahak-bahak. Kadang-kadang sampai senak perut, kadang-kadang, sampai nak semput nafas..
Saya baru baca berita ini:
Cari kaedah kurangkan guna gula
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 1 Jan. - Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan lebih 60 syarikat pengeluar makanan di seluruh negara bagi mencari kaedah mengurangkan penggunaan gula dalam produk yang dihasilkan.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, satu mesyuarat akan diadakan pada bulan ini bagi membincangkan perkara itu.
Jelasnya, ia selari dengan kempen kementerian untuk mendidik rakyat meminimumkan pengambilan gula.
"Memandangkan harga gula sudah dinaikkan maka kita mencari inisiatif untuk membantu mengurangkan beban rakyat, sekali gus dapat meningkatkan tahap kesihatan orang ramai," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Back to School di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas langkah yang akan dilaksanakan oleh kementerian itu dalam memastikan rakyat tidak terlalu bergantung kepada penggunaan gula dalam kehidupan seharian.
Langkah itu juga adalah bagi mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung dan RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 12 tengah malam tadi.
Rosnah berkata, kebimbangan terhadap penyakit akibat pengambilan terlalu banyak gula di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat.
"Setiap hari rakyat kita mengambil 26 sudu gula dalam pemakanan seharian mereka berbanding hanya tujuh sudu yang disyorkan. Fakta ini amat menakutkan memandangkan bahaya gula terhadap kesihatan," katanya.
Mengenai program Back To School yang bertujuan membantu pelajar sekolah kurang bernasib baik, Rosnah berkata, ia akan dilaksanakan secara meluas mulai tahun ini.
Katanya, program itu dilancarkan serentak di seluruh negara pada hari ini dengan menyumbangkan bantuan peralatan sekolah dan wang kepada pelajar kurang bernasib baik untuk memulakan persekolahan minggu depan.
Jelasnya, pelaksanaan program berbentuk kebajikan merupakan sasaran Puteri UMNO kali ini selain program berasaskan kesihatan dan juga pendidikan kepada rakyat terutama golongan muda.
sumber: klik di sini.
Mungkin anda tidak tergelak baca berita ini. Tak mengapalah, sebab saya kadang-kadang, benda tak lucupun saya gelak juga.
Mari kita tengok satu-satu...:
1. "Memandangkan harga gula sudah dinaikkan maka kita mencari inisiatif untuk membantu mengurangkan beban rakyat, sekali gus dapat meningkatkan tahap kesihatan orang ramai," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Back to School di sini hari ini.
Sekali lagi, "...untuk membantu mengurangkan beban rakyat...", hahahaha...
izinkan saya gelak...hahahaha...
2. Langkah itu juga adalah bagi mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung dan RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 12 tengah malam tadi.
Sekali lagi diulangi, "...bagi mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga gula...", geli hati sangat-sangat...
Mengurangkan beban rakyat - hahahahaha..
3. Rosnah berkata, kebimbangan terhadap penyakit akibat pengambilan terlalu banyak gula di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat.
Bagus, kementerian yang prihatin. Syabas kerana prihatin dengan tahap kesihatan rakyat Malaysia.
4. Kenapa saya rasa geli hati? Entahlah. Mungkin saya orang susah agaknya, dan sudah selalu dengar pekataan 'mengurangkan beban rakyat, mengurangkan beban orang susah, orang kampung'..itu yang rasa geli hati tu..
5. Kalau nak kurangkan beban rakyat,mengapa naikkan harga gula?
Jawapannya: (sila pilih yang paling tepat)
A - Mendidik rakyat mengurangkan penggunaan gula.
B - Mengurangkan penyakit akibat gula.
C - Mendidik rakyat tentang bahaya gula.
6. Geli hati.
Satu lagi berita:
Harga baru gula tidak membebankan
ALOR SETAR 1 Jan. - Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 12 tengah malam tadi tidak membebankan pengguna.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail berkata, orang ramai perlu menerima keputusan tersebut kerana kenaikan itu tidak terlalu tinggi.
"Namun, saya ingin meminta peniaga makanan supaya jangan mengambil kesempatan dengan kenaikan harga gula untuk menaikkan harga makanan serta minuman.
"Ini kerana harga baru gula tidak terlalu tinggi dan jangan pula mereka membebankan pengguna dengan menaikkan harga makanan," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, rakyat negara ini juga patut mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman bermula sekarang bagi menjaga kesihatan.
"Gula memang tidak baik untuk kesihatan, jadi apa kata pengguna mula belajar mengurangkan pengambilan gula dalam menu harian mereka.
"Pengguna tidak perlu salahkan kerajaan kerana harga gula di negara kita masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain," katanya.
Sementara itu, rata-rata pengguna yang ditemui akur dengan harga baru gula yang ditetapkan oleh kerajaan.
Seorang pesara, Ishak Ibrahim, 62, berkata, harga gula yang naik sebanyak 20 sen sekilogram masih munasabah dan bahan mentah itu masih mampu dibeli oleh rakyat negara ini.
"Dengan keadaan ekonomi negara sekarang memang harga barang-barang keperluan akan meningkat.
"Sebagai pengguna kita perlu terima keputusan dengan tenang kerana semua negara di dunia turut menghadapi kenaikan harga barang-barang makanan," ujarnya.
Seorang lagi pengguna, Hayati Harun, 30, berkata, dia juga tidak mempunyai masalah dengan kenaikan harga gula namun, mungkin bagi mereka yang berpendapatan rendah harga baru gula itu agak tinggi.
"Suka atau tidak kita perlu terima keputusan kerajaan ini dan saya harap selepas ini harga makanan dan minuman yang dijual tidak terlalu tinggi," katanya.
Sumber: klik di sini.
7. Memang tak membebankan...!!!
8. "Suka atau tidak kita perlu terima keputusan kerajaan ini dan saya harap selepas ini harga makanan dan minuman yang dijual tidak terlalu tinggi," katanya.
=> dalam setiap denyut nadi, ada sebuah kerinduan.
p/s: "Muloh ayoh kawe ni, lepah balik cedung, togok jah gula...togok air gula...takdok dok keno kecing manih. Omo de sratuh lebih..." kata seorang kawan ayahku.
No comments:
Post a Comment