Semalam, malam semalam, tiba-tiba terexcited nak tengok bola. EURO 2012. Dah hari keduapun sebenarnya. Perlawanan pembukaan kumpulan B antara Belanda dan Denmark serta perlawanan Jerman dan Portugal. Malam yang pertama itu, memang ada niat nak tengok juga, tetapi setelah makan dengan begitu kenyangnya di kedai sepupu, tertidur di dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang, dan menerima nasihat supaya tidak meneruskan niat tengok bola perlawanan pembukaan antara Poland dan Greece, maka, niat itu dikuburkan. Tak mengapa, boleh tengok match highlight.
Berbalik kepada malam semalam, sampai ke bilik sudah dekat pukul 12 tengah malam, lebih tepatnya pukul 11.52 malam. Terus buka laptop, sambungkan broadband maxis dan buka browser internet. Google Chrome lah. Klik kat ada satu laman web TV tuh. Tapi sedihnya, tak dapat pula. Tok cekat nak kehel, tokleh-leh. Pah ke sudoh tokleh. Sakit hati sungguh. Cek baki broadband, ada 85% lebih lagi. Pah bakpo tokleh. Last-last, wat keputusan, nak gi tengok kedai lah. Semangat nih. Sebelum tubik tuh, wish dulu good luck ko ado soghe sain tu, dia ore Denmark lah, chat sokmo dengan dia, kalu tengok bola kot online gak. Ghoyak dia, kito sek dio, sokong Denmark. Hehehe..
Pah, bo molek nok katup laptop, sain mari, wat mari ibu wifi.
"Konek wifi la ustat," kata sain tersebut.
"Laju ko ustat?"
"Laju, tak sekat sikitpun," kata sain tersebut.
"Saya dan tengok tujuh minit satni."
Konek lah kito nih. Bukak pulak kat ATDHE. Buleh la tengok semeta. Laju juga, takdok sekat-sekat. Tapi tuan-tuan, tak lama. Tak lama tuan-tuan. Baru je semangat nak tengok, sangkut pula. Adoiii...
"Jom lah ustat, kita g tengok kat kedai,"
"Jom," katanya.
Diringkaskan cerita, kamipun pergilah ke sebuah kedai ini, yang memang menjadi destinasi kami tengok bola. Sampai-sampai je, sebaik sahaja saya melangkah masuk ke dalam kedai tersebut, Denmark menjaringkan gol. Adoii. Sempatlah juga tengok sedikit. Tengok-tengok dah tak ada gol dah. Kekal 1-0 sampai habis masa. Kesian kat Belanda. Saya sokong juga Belanda, tapi semalam, terlebih sokong Denmark sikit.
Lepas habis tu, kita orang tunggu untuk perlawanan yang keseterusnya. Saya sokong Jerman, sebab ada Ozil. Big fan kan. hahaha..Tunggu punya tunggu, setelah menghabiskan semangkuk kuey tiaw tomyam, perlawananpun bermulalah. Kona gi, kona mari, rengkah crito, Jerman bene so kosong. Lego..hahaha..Tapi Portugalpun buleh kiro semale, tok nasib baik jah, keno tie dua kali kalu tok silap.
Balik-balik dah pukul empat lima puluh. Lagi sejam subuh nih. Kalau tidur, hmmm, memang nahaslah. Tak apa, tunggu. Untuk menunggu Subuh tersebut, bukalah game Diamond kat handset. Main-punya-main, mengantuk memang power. Dia serang kelopak mata tu, masya Allah, macam dua besi berani nak takup, hok atas dengan hok bowoh, nak katup tokde-de nak tunggu Subuh. Last-last, tubek gi amik wuduk, bo molek be Subuh, hapa sejadoh, smaye slalu. Pakai tok gi surau dohla, bare ngantuk tokleh nak ok. Bo molek sudoh smaye, gung, lopat atas katil, tarik slimut, krooohhh.
Sedar-sedar pukul 8.11 minit. Nasib baik hari Ahad. Sambung lagi tidur. Sedar pula pukul 11 lebih. Amik kau. Bangun-bangun, nanar je rasa. Dah nak wat guano, kitaran biologi dah brubah. EURO punya pasal.
Tak dan gapo-gapo, amik gitar, main gitar dulu sedas. Mugo bare amatur lagi, mana pandai main. Hahaha...baru belajar tukar chord Am dengan E. hehehe..
Lepas tu, gi mandi, hemat diri segala, wangi-wangi, solat. Lepas tu kemas bilik. Masya Allah, bilik dah jadi macam tempat pembuangan sampah. Semalam, kena leter...hahaha...sebab bilik dah jadi macam tempat pembuangan sampah.
"Jagung yang awak bagi hari tu, awak ingat tak, hari Selasa ea, dia punya pulur dia, ada lagi bawah katil."
"Masya Allah, kenapa tak buang? Busuk la bilik tu...blablabla berleter." hahaha.
"Saya bukan tak nak buang, tapi bila saya nak buang, saya tengok ada semut dok makan, kesian pulak saya." Hahaha.
Truuuuuuuttttttt...kena leter. Hahaha.
Oleh sebab leteran itu, maka bilik sayapun bersihlah hari ini. Kemaslah sikit. Dan brapa hari, tak tahu lagi. Biasanya sampai Selasa je, lepas tu sepah balik. Hahaha...Naseb la ngko..
Lepas tu, gi solat Asar. Ni dah sudah solat Asar, rasa nak basuh motor la pulak. Kesian dia, dah lama tak kena basuh. Baju pun tak basuh lagi tu. Mesin tengah bizi. Nanti malam lah basuh baju.
Sekarang kena gi cari sarung tangan dulu, nak basuh motor.
Sekian sahaja, untuk satu hari yang berlalu tanpa ada faedah, melainkan sedikit-sedikit sahaja.
Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment