Aku yang gagal

Awal tahun ini, bulan Januari 2012, aku berazam. Ya, berazam dengan satu azam. Satu azam yang diazamkan. Diazamkan untuk melakukan satu azam. azam itu adalah apa yang telah diazamkan pada bulan Januari tersebut. Yang diazamkan itu adalah aku ingin menghafaz sekurang-kurangnya tujuh juzuk menjelang bulan Ramadan.

Dan.

Ya, dan.

Dan, kini, dalam meniti hari-hari terakhir bulan Rejab, Quran entah kemana. Ya, entah ke mana. Bulan Rejab bererti sudah dekat bulan Ramadan. Dekat tak dekat, lepas Rejab, Syaaban. Lepas Syaaban, Lomadan. Ya, bulan Lomadan. 

Dan, ya, dan, aku tak ingat satu juzuk pun lagi. Ok la, mula-mula semangat, sempat hafaz satu juzuk. Juzuk satu. Lepas habis juzuk satu, masuk juzuk dua, hmm, terkulai layu...

Aku dalam masa itu, kerja. Ya, kerja. Dan aku, ya, aku, dalam bekerja itu, ya, dalam bekerja itu, yang masuk (sepatutnya, ya, sepatutnya) pukul 8 pagi, ya, pukul lapan pagi, berazam, ya, telah berazam untuk tidak, ya, untuk tidak tidur, ya, tidak tidur, tidak tidur selepas Subuh. Ya, tidak tidur selepas subuh.

Dan, ya, dan, aku tertewas juga. Mula-mula tu memanglah, ya, memanglah tidak tidur selepas Subuh. Mengaji, mengulang Quran. Tapi, kemudian, ya, kemudian, bantai juga tidur selepas Subuh.

Dan, ya, dan mengaji pun entah ke mana, ya, entah ke mana. Tinggallah juzuk satu itu terkontang kanting tidak terulang, dan, ya, dan, akhirnya memudar, tidak teringat lagi. 

Bukankah itu satu kerugian yang besar?

Dan, ya, dan, Ramadan akan menjelma dengan, ya, dengan dada kosong, ya, kosong al-Quran. 

Kemudian, dalam tempoh itu, aku juga telah membeli satu gitar. ya, gitar. Dan, ya, dan, aku katakan, ya, katakan pada diri sendiri, ya, pada diri sendiri, jika ingin bermain gitar, harus, ya, harus terlebih dahulu, ya, terlebih dahulu hafaz, ya, hafaz al-Quran.

Dan, dan, dan, ya, dan, semuanya hanya tinggal angan-angan.

Dan merugilah aku.

Dan, bila sesekali terdengar suara syeikh Sudays membaca al-Quran, sayu amat hati yang sekeping itu.

Dan, ya, dan, dan akupun merapu lah di sini pada saat ini. Dan, ya, dan apakah yang aku merapu itu?

Dan akupun memasang impian lagi, untuk hafaz al-Quran lagi. Untuk jadi baik, untuk bangun malam, untuk melakukan amal sunat, untuk kembali menjadi fitrah, untuk menjadi putih.

Semoga ada harinya.

Sesungguhnya tanda kebodohan telah menguasai jiwa adalah apabila menunda satu perbuatan baik untuk menunggu satu waktu yang lebih baik.

Menunda satu perbuatan baik kerana menunggu satu waktu yang lebih baik menandakan tanda kebodohan telah menguasai jiwa.

Sekian, mohon doanya.

Allahumma bariklana fi Rajab wa Syaaban, wa ballighna Ramadan.



No comments: