Peperiksaan

Peperiksaan datang lagi.

Selamat menduduki peperiksaan yang akan bermula esok.
Semoga sentiasa berjaya.

Jawab elok-elok na. Fikir dengan tenang.

Ya Allah, lapangkanlah dada kami, tenangkanlah hati kami, luaskanlah fikiran kami. Berikanlah kepada kami ingatan yang kuat dan kefahaman yang mendalam.

Dekat-dekat exam ni, apa kata kita dengar satu cerita.

Ceritanya begini:

Ada sorang budak ni, nak kata benak, sikit-sikitlah. Tak berapa nak cerdik sangat. Budak ni mengalami susah nak hafal, belajar tak berapa pandai. Dia masih bersekolah lagi, sekolah rendah. Budak-budak lagi lah.

Suatu kali, diringkaskan cerita, ketika satu musim peperiksaan, dia mengadu kepada emak dia:

"Mak, saya belajar payah la nak masuk. Macam mana ea, esok dah nak periksa."

Mak dia bagilah tips-tips sikit.

Esoknya, dalam dewan peperiksaan, kelihatan dia menyapu-nyapu kepalanya dengan telapak tangannya. Pengawas peperiksaan datang dekat mejanya dan mendapati dia menyapu air liurnya ke kepalanya. Dia ludah air liurnya pada tangan, dan menyapu pada kepalanya.

Cikgu itu tanya: "Kamu kenapa sapu air liur kat kepala?"

"Saya tak boleh jawab cikgu. Apa yang saya baca, tak masuk. Saya sapulah air liur kat kepala."

"Mana pula kamu dapat petua ni?"

"Malam semalam, saya dengar mak saya cakap dengan ayah saya."

Rupa-rupanya, dia terdengar perbualan emak dan ayahnya di bilik sebelah, sebelum tidur. Dia antara dengar dengan tidak, mak dia cakap tak masuk, ayah dia cakap sapu air liur kat kepala. Senanglah nak masuknya. Dia ingat, mak dia tanya petua dengan ayah dia pasal dia belajar, baca tak masuk-masuk. Ayah dia bagi petua suruh nak senang ingat.

Padahal, yang mak dia cakap tak masuk tu, tak masuk apa tak tahu. Yang ayah dia cakap sapu air liur kat kepala tu, kepala apa pun tak tahu. Hahahahaha....

Hahahaha..opsss....hahahaha...

Dah, dah habis dah cerita tersebut. Cerita ini, didengari semasa masih kecil lagi, diceritakan oleh seorang makcik jiran sebelah kepada sape entah kat atas rumah, then terdengar. Sori, terdengar perbualan orang tua-tua. Hahahaha...


Selamat menduduki peperiksaan - sekali lagi. Jangan wat petua di atas ya. Tu petua untuk benda lain - agaknya lah..haha.


No comments: