Setiap hari, ada sahaja orang yang bertanya, bila nak siap tesis? Satu soalan yang orang yang ditanya sama tidak tahunya dengan yang bertanya. Ada orang kata, jangan ditanya bila nak kahwin kepada orang bujang yang telah lanjut usianya, kerana soalan itu boleh menikam. Saya kira, sama juga situasinya, bertanya akan perihal tesis kepada pelajar yang telah lanjut semesternya. Dahsyat. Insya Allah, akan siap dalam masa terdekat.
Take it easy.
Come on baby, don't say maybe,
I gotta know if your sweet love is gonna save me,
We may lose and we may win though we will never be here again,
So open up, I'm climbing in,
So take it easy....
Setiap pagi, setiap hari, setiap pulang dari kelas tasmik, saya bernyanyi lagu yang sama;
The best is yet to come.
Bila nak come nya, tak tahu. Hahahaha.
The best is yet to come,
I know, you know,
That we've only just begun,
Through the highs and lows
.....
Oh can you feel it in the air,
It's in your heart and everywhere,
We got to keep that dream alive
Ok, apa kata kita tengok contoh analisis takhrij yang telah dibuat.
Hadis daripada Usamah ibnu Zaid: ‘Seorang Muslim tidak boleh
mewarisi harta orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang
Muslim’, (Faisal Tehrani 2007, 133).
Hadis
ini diriwayatkan oleh al-Bukhari
(2002) dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hajj (25), bab Tawrith Dur Makkah wa Bayciha
wa Shira’iha wa anna al-Nas fi al-Masjid al-Haram Sawa’ Khasah (44), hlm. 386, no. 1588; Kitab
al-Maghazi (64),
bab Ayna Rakaz al-Nabi SAW al-Rayah Yawm al-Fath (48),
hlm. 1048, no. 4282-4283; Kitab al-Fara’id (85), bab La Yarith al-Muslim al-Kafir wa la al-Kafir al-Muslim wa Idha Aslama Qabla an Yuqsam al-Mirath fala Mirath lah (26), hlm. 1675, no. 6764; Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab al-Fara’id (23), jil. 3, hlm. 1233, no. 1-(1614).
Hadis
ini juga diriwayatkan oleh Abu
Dawud
(1997) dalam Sunan Abi Dawud,
Kitab al-Fara’id (13), bab Hal Yarith al-Muslim al-Kafir
(10), jil. 3, hlm. 219-220, no. 2909; al-Tirmidhi dalam Sunan al-Tirmidhi, Kitab Fara’id can
Rasul Allah (27), bab Ma Ja’a fi Ibtal al-Mirath Bayna
al-Muslim wa al-Kafir (15), hlm. 475, no. 2107, beliau
berkata hadis hasan sahih; Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, Kitab al-Fara’id (23), bab Mirath Ahl
al-Islam min Ahl
al-Shirk (6), hlm. 463-464, no. 2729 dan no. 2730; al-Darimi (1987)
dalam Sunan al-Darimi, Kitab al-Fara’id (21), bab fi Mirath Ahl
al-Shirk wa Ahl al-Islam (29), jil. 2, hlm. 466,
no. 2998 dan no. 3000; serta hlm. 467, no. 3001; Malik (1997)
dalam al-Muwatta’, Kitab al-Fara’id (13), bab Mirath Ahl
al-Milal (13), jil. 2, hlm. 21-22, no. 1475; Ahmad (1995)
dalam Musnad al-Imam Ahmad ibn Hanbal, Musnad al-Ansar r.a, hadith Usamah ibn Zayd Hibb Rasul Allah SAW, jil. 36, hlm.76,
no. 21747 [isnadnya sahih atas
syarat al-Bukhari dan Muslim; Sufyan: Ibn Uyaynah; al-Zuhri: Muhammad ibn
Muslim ibn Shihab; cAli ibn Husayn: Ibn cAli ibn Abi
Talib, Zayn al-cAbidin; Amru bin Uthman: Ibn Affan al-Umawi]; hlm. 84, no.
21752 [isnadnya sahih atas syarat al-Bukhari dan Muslim; Rawh
ialah Ibn Ubadah]; hlm. 100, no. 21766 [isnadnya sahih atas syarat al-Bukhari dan Muslim]; hlm. 138,
no. 21808 [kedua-dua sanad ini sahih
atas syarat al-Bukhari dan Muslim; cAbd al-Acla: Ibn cAbd
al-Acla al-Sami; Ibn Jurayj: cAbd al-Malik ibn cAbd
al-cAziz; cAli ibn Husayn: Ibn cAli ibn Abi
Talib; cAmru ibn cUthman: Ibn Affan al-Umawi]; hlm.
140-141, no. 21813 [hadis
sahih]; hlm. 146,
no. 21820 [isnadnya sahih atas
syarat al-Bukhari dan Muslim], dengan lafaz
yang berbeza-beza.
Daripada
segi sanad, al-Darimi meriwayatkan hadis ini daripada gurunya Nasr ibn cAli, daripada cAbd al-Acla; manakala Ahmad
pula meriwayatkan terus daripada cAbd al-Acla, daripada Macmar; selain itu Ahmad juga meriwayatkan daripada Muhammad ibn Jacfar dan cAbd al-Razzaq; juga daripada Macmar.
Seterusnya,
Ahmad meriwayatkan juga hadis ini daripada cAbd al-Razzaq;
manakala al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu cAsim;
kedua-duanya meriwayatkan daripada Ibn Jurayj.
Ahmad juga meriwayatkan daripada Rawh, daripada Muhammad
ibn Abi Hafsah; dan al-Bukhari pula meriwayatkan daripada Sulayman ibn cAbd al-Rahman, daripada Sacdan ibn Yahya,
juga daripada Muhammad
ibn Abi Hafsah.
Selain
itu, al-Bukhari meriwayatkan hadis ini daripada Asbagh, manakala Ibn Majah meriwayatkan daripada Ahmad ibn cAmr ibn al-Sarh; kedua-duanya daripada cAbd Allah ibn Wahb, daripada Yunus.
Dalam
jalan periwayatan yang lain, al-Darimi
meriwayatkan pula hadis ini daripada cAmr ibn cAwn,
daripada Ibn cUyaynah; Ibn Majah meriwayatkan daripada Hisham ibn cAmmar dan Muhammad
ibn al-Sabbah,
daripada Ibn cUyaynah; Abu Dawud
meriwayatkan daripada Musaddad, daripada Ibn cUyaynah; Muslim
meriwayatkan daripada Abu
Bakr ibn Abi Shaybah, Ishaq ibn Ibrahim dan Yahya ibn
Yahya, daripada Ibn cUyaynah; al-Tirmidhi meriwayatkan daripada Sacid ibn cAbd al-Rahman dan Ibn Abi cUmar, daripada Ibn cUyaynah; serta Ahmad meriwayatkan juga hadis ini terus daripada Ibn cUyaynah.
Selain
itu, Ahmad juga meriwayatkan daripada cAbd al-Rahman, daripada Malik, pengarang al-Muwatta’.
Al-Tirmidhi
pula meriwayatkan daripada cAli ibn Hujr,
daripada Hushaym.
Manakala
al-Darimi
meriwayatkan daripada Sufyan,
daripada cAbd Allah ibn
Isa.
Kelapan-lapan
orang perawi, iaitu Macmar, Ibn Jurayj, Muhammad ibn Abi Hafsah, Yunus, Ibn cUyaynah, Malik, Hushaym dan cAbd Allah ibn cIsa meriwayatkan hadis ini daripada Ibn Shihab al-Zuhri, yang meriwayatkan secara bersendirian daripada cAli ibn Husayn,
daripada cAmr ibn cUthman (dalam setengah riwayat, cUmar ibn cUthman), daripada Usamah ibn
Zayd (kecuali dalam riwayat al-Darimi, cAli ibn Husayn terus meriwayatkan daripada Usamah ibn Zayd tanpa melalui cAmr ibn cUthman), daripada Nabi SAW.
Himpunan
sanad ini menunjukkan semua sanad dalam al-kutub al-tiscah
bagi hadis ini bertemu pada Ibn Shihab al-Zuhri. Satu hadis al-Darimi,
dua hadis al-Bukhari, satu hadis Ibn Majah
mempunyai sanad nazil, manakala hadis Malik
dalam al-Muwatta’ bersanad cali.
Selain
Usamah ibn Zayd, iaitu Sahabat,
perawi-perawi bagi hadis ini terdiri daripada pelbagai peringkat dalam al-jarh wa al-tacdil, yang meliputi
peringkat kedua sehingga peringkat kelima mengikut pembahagian Ibn Hajar (2005, 17-18). Adapun perawi yang dikategorikan dalam
peringkat kedua, iaitu thiqah thabt cabid
faqih fadil mashhur ialah cAli
bin al-Husayn bin cAli bin Abi Talib al-Hashimi,
Zayn al-cAbidin (Ibn Hajar 2005, 440); thiqah hafiz
faqih cabid imam hujjah ialah Sufyan iaitu Sufyan
bin Sacid
bin Masruq al-Thawri
(Ibn Hajar 2005, 239); thiqah hafiz
naqiyyah imam hujah
ialah Ibn cUyaynah iaitu Sufyan bin cUyaynah bin Abi cImran
(Ibn Hajar 2005, 240); thiqah
thabat fadil
ialah Macmar, iaitu Macmar
ibn Rashid al-Azdi al-Huddani (Ibn Hajar
2005, 603); thiqah faqih
fadil ialah Ibn Jurayj atau cAbd
al-Malik ibn cAbd al-cAziz ibn Jurayj al-Qurashi al-Umawi
(Ibn Hajar 2005, 394); thiqah thabat imam ialah Yahya
bin Yahya bin Bakr bin cAbd
al-Rahman al-Tamimi (Ibn Hajar 2005, 669); thiqah hafiz cabid ialah cAbd Allah ibn Wahb ibn
Muslim al-Qurashi
(Ibn Hajar 2005, 348); thiqah thabat hafiz ialah cAbd al-Rahman bin Mahdi bin Hassan al-cAnbari
(Ibn Hajar 2005, 379); thiqah
thabat ialah Abu cAsim al-Nabil atau
nama sebenarnya al-Dahhak ibn Makhlad ibn al-Dahhak ibn Muslim ibn
al-Dahhak al-Shaybani (Ibn Hajar 2005, 286); Nasr
ibn cAli
iaitu Nasr ibn cAli ibn Nasr ibn
cAli al-Jahdami (Ibn Hajar 2005, 628); cAmr ibn cAwn ibn Aws al-Wasiti (Ibn Hajar
2005, 470); Hushaym bin Bashir bin al-Qasim
bin Dinar al-Sulami [banyak melakukan tadlis] (Ibn Hajar
2005, 642); thiqah hafiz ialah cAbd al-Razzaq iaitu cAbd
al-Razzaq ibn Hammam ibn
Nafic al-Himyari Abu
Bakr al-Sancani (Ibn Hajar
2005, 382); Abu Bakr bin Abi Shaybah
atau nama sebenarnya cAbd Allah bin Muhammad
bin Abi Shaybah (Ibn Hajar
2005, 339); cAli bin Hujr (Ibn Hajar 2005, 439); Musaddad bin
Musarhad bin Musarbal bin Mustawrid al-Asadi (Ibn Hajar
2005, 587); Ishaq bin Ibrahim bin Makhlad
al-Hanzali, Abu Muhammad bin Rahawayh
(Ibn Hajar 2005, 71); thiqah fadil iaitu Rawh ibn cUbadah ibn
al-cAla’ ibn
Hassan ibn
cAmr ibn Marthad al-Qaysi (Ibn Hajar
2005, 198); Muhammad bin Yusuf bin Waqid bin cUthman al-Dabbi (Ibn Hajar
2005, 574); al-faqih
al-hafiz ialah Ibn Shihab
al-Zuhri (Ibn Hajar 2005, 564);
Manakala
perawi dalam peringkat ketiga pula iaitu thiqah
ialah cAmr
bin cUthman bin cAffan bin Abi al-cAs al-Umawi
(Ibn Hajar 2005, 469); cAbd al-Acla iaitu cAbd
al-Acla ibn
cAbd al-Acla al-Basri al-Sami (Ibn Hajar 2005, 351; al-Dhahabi 1992, 1:611), tetapi beliau berfahaman Qadariyyah (al-Dhahabi 1992, 1:611), Muhammad
ibn Jacfar iaitu
al-Hudhali atau lebih dikenali sebagai Ghundar (Ibn Hajar 2005, 528); Asbagh iaitu Asbagh
ibn al-Faraj ibn Sacid ibn
Nafic al-Umawi (Ibn Hajar 2005, 86); Yunus iaitu Yunus ibn
Yazid ibn Abi al-Najjad
al-Ayli (Ibn Hajar
2005, 687); Ahmad ibn cAmr ibn
cAbd Allah ibn
cAmr ibn al-Sarh (Ibn Hajar
2005, 53); Sacid
bin cAbd al-Rahman bin Hassan
(Ibn Hajar 2005, 229); cAbd Allah bin cIsa bin cAbd al-Rahman bin Abi Layla [fihi
tasyayyuc] (Ibn Hajar 2005, 334);
Saduq Muqri ialah Hisham ibn cAmmar ibn Nusayr (Ibn Hajar 2005, 641); Saduq Yukhti’ ialah Muhammad
ibn Abi Hafsah, Maysarah, Abu
Salamah al-Basri (Ibn Hajar
2005, 530); Sulayman
ibn cAbd al-Rahman ibn cIsa ibn Maymun al-Tamimi (Ibn Hajar
2005, 251). Walaupun begitu, al-Dhahabi mengatakan beliau muft thiqah tetapi beliau banyak mengambil
daripada perawi yang dacif (al-Dhahabi 1992, 1:462). Saduq
wasat ialah Sacdan
ibn Yahya atau nama
sebenarnya Sacid ibn
Yahya ibn Salih al-Lakhmi (Ibn Hajar
2005, 237). Al-Dhahabi (1992, 1:446) mengatakan beliau saduq.
Saduq ialah Muhammad
ibn al-Sabbah ibn Sufyan al-Jarjara’i (Ibn Hajar
2005, 540); Ibn Abi cUmar atau Muhammad
bin Yahya bin Abi cUmar
al-cAdani (Ibn Hajar
2005, 572)
Hadis
ini diriwayatkan dengan sembilan lafaz yang berbeza.
Lafaz
hadis ini adalah:
عَنْ
أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لاَ يَرِثُ الْمُسْلِمُ الْكَافِرَ وَلاَ الْكَافِرُ
الْمُسْلِمَ
Terdapat
juga shahid bagi hadis ini daripada cAbd Allah ibn cAmr ibn al-cAs, yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, Kitab al-Fara’id (23), bab Mirath Ahl
al-Islam min Ahl
al-Shirk (6), hlm. 463-464 no. 2729 dan no. 2731, dengan lafaz:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَتَوَارَثُ أَهْلُ مِلَّتَيْنِ (شَتَّى)
Terdapat
juga banyak shawahid dalam Sunan al-Darimi, rujuk sendirilah, dalam Sunan
al-Darimi, Kitab al-Fara’id(), bab fi Mirath Ahl
al-Shirk wa Ahl al-Islam (29), jil. 2, hlm.
465-467.
Tak siap lagi ni, hukum hadis tak hurai lagi. Ni baru sekadar draf sahaja.
No comments:
Post a Comment