hanyut

Tahun baru sudah memasuki bulan kedua-pertengahan bulan kedua. sepanjang tahun baru ini, aku masih lagi begini, tiada perubahan-kekal seperti sebelunmya. peperiksaan akhir semester 4 semakin hampir...aku belum bersedia apa-apa.!!
tiada apa yang boleh disifatkan 'besar' berlaku sehingga kini. dan akupun sebenarnya tidak meletakkan apa-apa harapan yang besar untuk tahun ini. aku bimbang jika aku menetapkan matlamat besar; tidak tercapai nanti. cukuplah jika aku berharap tahun ini aku akan mengkhatamkan hafazan al-Quran sebelum berakhirnya semester 5. nampaknya macam 'achievable'...sebab jika aku tasmi' dalamcuti ini sekurang-kurangnya 2 juzu', aku ada baki lagi 7 juzu'....sempat rasanya menghabiskan 7 juzu' dalam masa 4 bulan. insya Allah.
tak ada apa yang nak aku tulis lagi. minggu ini,tiada apa yang menarik yang melingkari hidupku,kecuali kemalasan yang semakin menggila di dalam diri. Quran ntah ke mana,dalil qiraat bersimpang siur...hidup langsung tidak terurus.

semoga buleh jawab pekse..


minggu ini:-
*puasa sunat: isnin sahaja
*qiamullail: sekali
*solat Dhuha: 2 kali
*hafaz Quran: tak ada...

yang dibelenggu malas

ajim.

No comments: