aku nak balik kampung

hari ni aku nak balik kampung. aku dah habis pekse syafawi. pekse tahriri stat hari rabu plak.
selasa lepas, aku menduduki peperiksaan Qiraat Amali.aku kena panel C, orang pertama..senang sungguh...!!!sebab apa senang?sebab aku pandai qiraat...hehehe..aku kena baca qiraat riwayat Duri, Susi dan Hisyam...
semalam, aku periksa syafawi quran..soalan senang je, tapi sebab aku malas mengulang, maka sangkut-sangkut jugalah aku baca. tapi alhamdulillah, aku kena panel C, pensyarah baik. aku jadi orang akhir sekali, sudah tengah hari benar, baru aku masuk ke bilik ujian.kena tebuk surah Thaha maqra 7 juzu' 16, pastu surah apa lagi entah,aku pun tak ingat...yang aku ingat soalan terakhir awal surah al-Ahzab.bolehlah, sekadarnya...'stended' orang malas....
hari ini aku nak balik, sebab nanti cuti akhir bulan ni, aku tak boleh balik rumah terus, sebab ustaz aku buat tasmi tambahan.pastu sibuk nak ambil muet pulak...

minggu ini:-
puasa sunat: tak de
qiamullail: 2 kali
solat Dhuha: 2 kali-entah, tak ingat
hafaz Quran: tak de
buku yang dibaca: tentang cinta/pahrol mohd juoi/telaga biru sdn bhd/2006/kl/non fiction/muka surat aku tak ingat/mendarihalkan cinta ikut syariat..

yang gembira nak balik kampung
ajim.

hanyut

Tahun baru sudah memasuki bulan kedua-pertengahan bulan kedua. sepanjang tahun baru ini, aku masih lagi begini, tiada perubahan-kekal seperti sebelunmya. peperiksaan akhir semester 4 semakin hampir...aku belum bersedia apa-apa.!!
tiada apa yang boleh disifatkan 'besar' berlaku sehingga kini. dan akupun sebenarnya tidak meletakkan apa-apa harapan yang besar untuk tahun ini. aku bimbang jika aku menetapkan matlamat besar; tidak tercapai nanti. cukuplah jika aku berharap tahun ini aku akan mengkhatamkan hafazan al-Quran sebelum berakhirnya semester 5. nampaknya macam 'achievable'...sebab jika aku tasmi' dalamcuti ini sekurang-kurangnya 2 juzu', aku ada baki lagi 7 juzu'....sempat rasanya menghabiskan 7 juzu' dalam masa 4 bulan. insya Allah.
tak ada apa yang nak aku tulis lagi. minggu ini,tiada apa yang menarik yang melingkari hidupku,kecuali kemalasan yang semakin menggila di dalam diri. Quran ntah ke mana,dalil qiraat bersimpang siur...hidup langsung tidak terurus.

semoga buleh jawab pekse..


minggu ini:-
*puasa sunat: isnin sahaja
*qiamullail: sekali
*solat Dhuha: 2 kali
*hafaz Quran: tak ada...

yang dibelenggu malas

ajim.