andai layak untuk ku panjatkan sebaris doa,
akan ku pohon pada Yang Maha Esa -
aku inginkan sebutir cinta,
yang bisa membawaku - sampai ke syurga.
GM - Bertam Baru,
-C250510-
Bersiaran
Salam semua. Kini, saya bersiaran daripada Pusat Jalur Lebar Komuniti Bertam Baru.
Hehehe, terima kasih kepada pihak-pihak yang berkenaan yang membawa kemudahan ini ke kampung saya. Harapnya ia akan kekal lama, dan tak cepat rosak.
Praktikal, dah tiga hari. Hmmm, agak ok la....di beri tugasan yang tak begitu banyak, agak bosan menghabiskan masa duduk-duduk sahaja.
Berulang alik dari kampung ke tempat praktikal sejauh 50 km, pergi balik 100 km...huh, haus tayar motor saya.
Sekian dulu untuk siaran kali ini. Ada masa jumpa lagi.
Selamat maju jaya.
Selamat Tinggal UKM (Buat sementara waktu)
Sekali lagi, buat diriku sendiri,
"Look to the future, because that is where you'll spend the rest of your life." -George Burns.
Selamat tinggal UKM, buat sementara waktu. Akan aku datang lagi, untuk berbakti, untuk mencari sejernih ilmu bekal diri.
Akan ku datang lagi.
Di sini gedung ilmu,
Takungan cerdik pandai dan cendekiawan,
Aku pulang menjenguk kampung laman,
Yang ku tinggalkan demi sebuah pencarian
makna kehidupan,
Demi menyahut seruan Tuhan.
Aku pulang menghampar teduh rindu,
Pada pepohon merimbun, sungai yang jernih.
Aku pulang meneguk kasih tak pernah habis,
Ayah bonda yang semakin dimamah usia.
Akan ku datang lagi mendaki puncak ini,
mencari sejernih ilmu bekal diri,
buat pedoman, buat penyuluh.
Jalan hidup yang berliku.
Akan ku datang lagi,
menatap buku-buku menghadam jutaan ilmu.
Akan ku datang lagi, untuk mengubah nasib diri.
-C 290410-
K15A 101B, KIY, UKM.
1:54 AM.
Kenangan Yang Tak Mahu Aku Lupa.
Ada kenangan yang tak mahu aku lupa. Dan tak akan aku lupa.
Sedar atau tidak, sudah dua puluh tiga tahun aku menyedut udara di bumi ini. Dan kini, aku sudah dua tahun di UKM. Dua tahun yang sunyi. Dua tahun dengan luka di hati.
Sedang kenangan di DQ masih subur, dan akan tetap subur. Tak akan aku lupa dalam terik mentari, aku mengayuh basikal melalui pinggir hutan ke pekan.
"Wat pe tu?"
"Kayuh basikal."
"Tak pe ke mesej ni?"
"Tak pe je. Kayuh basikal dengan kaki, mesej dengan hati."
"Cane tu mesej dengan hati?"
....
Banyak kenangan yang tak akan aku lupakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)