aku nak balik kampung

hari ni aku nak balik kampung. aku dah habis pekse syafawi. pekse tahriri stat hari rabu plak.
selasa lepas, aku menduduki peperiksaan Qiraat Amali.aku kena panel C, orang pertama..senang sungguh...!!!sebab apa senang?sebab aku pandai qiraat...hehehe..aku kena baca qiraat riwayat Duri, Susi dan Hisyam...
semalam, aku periksa syafawi quran..soalan senang je, tapi sebab aku malas mengulang, maka sangkut-sangkut jugalah aku baca. tapi alhamdulillah, aku kena panel C, pensyarah baik. aku jadi orang akhir sekali, sudah tengah hari benar, baru aku masuk ke bilik ujian.kena tebuk surah Thaha maqra 7 juzu' 16, pastu surah apa lagi entah,aku pun tak ingat...yang aku ingat soalan terakhir awal surah al-Ahzab.bolehlah, sekadarnya...'stended' orang malas....
hari ini aku nak balik, sebab nanti cuti akhir bulan ni, aku tak boleh balik rumah terus, sebab ustaz aku buat tasmi tambahan.pastu sibuk nak ambil muet pulak...

minggu ini:-
puasa sunat: tak de
qiamullail: 2 kali
solat Dhuha: 2 kali-entah, tak ingat
hafaz Quran: tak de
buku yang dibaca: tentang cinta/pahrol mohd juoi/telaga biru sdn bhd/2006/kl/non fiction/muka surat aku tak ingat/mendarihalkan cinta ikut syariat..

yang gembira nak balik kampung
ajim.

hanyut

Tahun baru sudah memasuki bulan kedua-pertengahan bulan kedua. sepanjang tahun baru ini, aku masih lagi begini, tiada perubahan-kekal seperti sebelunmya. peperiksaan akhir semester 4 semakin hampir...aku belum bersedia apa-apa.!!
tiada apa yang boleh disifatkan 'besar' berlaku sehingga kini. dan akupun sebenarnya tidak meletakkan apa-apa harapan yang besar untuk tahun ini. aku bimbang jika aku menetapkan matlamat besar; tidak tercapai nanti. cukuplah jika aku berharap tahun ini aku akan mengkhatamkan hafazan al-Quran sebelum berakhirnya semester 5. nampaknya macam 'achievable'...sebab jika aku tasmi' dalamcuti ini sekurang-kurangnya 2 juzu', aku ada baki lagi 7 juzu'....sempat rasanya menghabiskan 7 juzu' dalam masa 4 bulan. insya Allah.
tak ada apa yang nak aku tulis lagi. minggu ini,tiada apa yang menarik yang melingkari hidupku,kecuali kemalasan yang semakin menggila di dalam diri. Quran ntah ke mana,dalil qiraat bersimpang siur...hidup langsung tidak terurus.

semoga buleh jawab pekse..


minggu ini:-
*puasa sunat: isnin sahaja
*qiamullail: sekali
*solat Dhuha: 2 kali
*hafaz Quran: tak ada...

yang dibelenggu malas

ajim.

selamat tinggal 2006

selamat aidil adha dan selamat tahun baru...

mengalu-alukan kedatangan tahun baru dan mem'babai'kan tahun 2006 yang bakal pergi membawa seribu cerita suka duka, ingin aku petik sekerat perenggan daripada buku 'kuasa infiniti' karya anthony robbins...

"semoga pencarian anda terhadap kecemerlangan insan berhasil dan tiada penghujungnya. semoga anda berkorban, tidak hanya terhadap matlamat yang anda tetapkan, tetapi mencapainya dan menetapkan lebih banyak matlamat lagi; bukan hanya berpegang pada impian yang anda capai, tetapi untuk mengimpikan impian yang lebih hebat daripada yang sebelumnya; bukan hanya menikmati bumi ini dan kekayaannya, tetapi menjadikannya tempat yang lebih baik untuk hidup; dan bukan hanya mengambil apa yang anda bolah daripada hidup ini, tetapi menyayangi dan memberi dengan murah hati.saya tinggalkan anda dengan pepatah Irish yang mudah... semoga jalan bangkit untuk berjumpa anda. semoga angin sentiasa di belakang anda. semoga matahari memancar dengan mesra ke muka anda, dan hujan turun dengan lembut ke padang anda, dan, sehingga kita berjumpa lagi...semoga Tuhan menggenggam anda dengan lembut dalam tangan-Nya. selamat tinggal dan semoga Tuhan merestui anda."


yang terkebil di sini,

Muhamad Nur Adzim-C 251206-
*'artikel' ini ditaip menggunakan komputer, jadi, tandatangan memang amat tidak diperlukan...

imbasan dan harapan

aku meniti hari-hari terakhir 2006 dengan seribu rasa di dada. masalah pelajaran menjadi perkara terbesar yang menyemak di jiwa. entah mengapa, aku berasakan tugas menghafaz al-Quran semakin menyukarkan, ditambah sifat malas yang makin menebal dalam diri. aku kadang-kadang, dalam kesepian malam, merenung kembali kebelakang, mencari-cari semula semangat yang hilang, entah tertinggal di mana...
tahun 2006 ini, pada pengamatan, bukanlah suatu tahun yang bertuah buatku. banyak impian yang diimpikan pada awal tahun dulu nampaknya tidak begitu kesampaian. bila diteliti, tiada kejayaan yang boleh dibanggakan yang aku capai sepanjang tahun ini (walaupun kegagalan tidak begitu ketara).
aku mengharapkan tahun baru nanti akan menjanjikan suatu yang terbaik buatku. aku berazam untuk meninggalkan semua kekhilafan di belakang dan memulakan satu pola hidup baru yang lebih bersih dan terpuji mengikut lunas-lunas dan akhlak Islamiah yang telah ditanam ke dalam diri sejak kecil lagi, yang semakin hari semakin aku tinggalkan dulu. insya Allah, aku berdoa moga-moga Allah akan terus memanduku menuju jalan-Nya, jalan kejayaan, dunia dan akhirat. semogaaku akan terus tetap dan istiqamah atas perubahan ini.....................Ameen.
menjelang tahun baru ini, aku ingin nukilkan satu kalimat keramat guruku kepadaku suatu ketika dulu, Semoga Sentiasa Berjaya.