“Selamat berpisah. Kulihat ada bulan di atas kepala. Kukira dia akan jatuh di dalam mimpiku, tapi ia menolak. Lebih indah begini, katanya. Jadi baiklah, begitu saja. Kamulah itu yang akan selalu menyapa dan bersuara, meskipun aku tak punya telinga dan rasa kembali. Kamulah itu yang akan terus hidup dan mati dalam diriku. Kamulah itu yang telah menjadi kuburanku..." (Wijaya, 2008: 267).
Anda pernah tak pergi ke kafe untuk makan dalam keadaan belum mandi? Maksudnya, anda bangun pagi, (pagi tak pagi sangat la, dalam pukul 11 lebih), anda tak mandi sampai tengah hari, kemudian, anda lapar, anda turun ke kafe untuk makan. Pernah tak?
Saya tak tahu anda pernah atau tidak, tapi saya selalu. Bila naik motor nak ke kafe, rasa nak muntah bau mulut sendiri. Bila sampai di kafe, kena ramai orang pula. Terpaksa menjauh, kang tak pasal-pasal ada orang tak lalu makan. Segan juga sebenarnya. Tapi itulah.
Kemudian, kena pula ada kawan menegur. Tanya itu ini, macam-macam. Cakappun menjauh - menjarakkan diri - macam lari dari hantu sahaja. Tak boleh dekat-dekat, nanti bau, tak mandi lagi. Rambutpun macam kak limah dah. Nasib baik tak ada watak pak limah, atau ayah limah, kalau tak, gerenti saya yang dapat watak itu. Maklum sahaja, rambut ya Allah, kusut masai. Nasib baik ada Pak Jabit sahaja.
Kemudian, duduk di mejapun, di sudut, itupun bawah kipas juga. Tak boleh, nanti panas, gatal ketiak. Maklum, belum mandi. Kemudian, eh, tiba-tiba ada kawan yang tadi bertanya, "sorang sahajakah?" datang duduk sekali. Mengadap depan-depan pula tu. Aisey, nasib baik bau mulut sudah ditelan bau tomyam. Cakap-cakap pun coverlah juga.
Ada pula kawan lain datang, main cuit-cuit pipi segala. Berani sentuh saya tak mandi. Bila saya cakap macam tu, dia cium tangan dia. Hahahaha...
Untuk peperiksaan yang akan bermula esok, kepada saya sendiri, saya ucapkan Semoga Sentiasa Berjaya. Selamat menduduki peperiksaan akhir untuk semester yang terakhir. Selamat menikmati saat-saat terakhir di bumi UKM sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda.
Semoga sentiasa berjaya, semoga sentiasa berjaya dan semoga sentiasa berjaya. Saya tahu saya akan mampu melepasinya, dan saya tahu saya perlu berusaha melepasinya.
Semoga sentiasa berjaya untuk saya.
Sesungguhnya Allah sentiasa ada di atas sana.
Dan, semoga maju jaya untuk kita semua, untuk anda dan saya, anda tahu siapa anda. Semoga Tuhan menggenggam anda dengan lembut dalam Tangan-Nya.